© SEMUA HAKCIPTA ADALAH TERPELIHARA. All Copyrights Reserved


ISI KANDUNGAN BLOG ****** TENTANG PENULIS*******HOME


Monday, April 15, 2013

KEDINAMIKAN BAHASA SANG JATI




Secara semulajadi (natural) bahasa yang digunapakai oleh puak Sang Jati Dusun di negara ini pun turut serta mengalami perubahan ketara terutamanya di kalangan penutur-penutur generasi muda. Antara faktur penyumbangnya adalah seperti bertambahnya pergaulan rapat antara penutur-penutur yang datangnya dari kawasan yang berlainan demi untuk mensesuaikan keadaan serta faktur perkahwinan campur antara pasangan yang berbeza keturunan asal misalnya,  bilamana bahasa yang digunakan di rumah sudah bercampur-aduk bentuk loghat dan bahasanya sehingga budak-budak kecil yang mendengarnya mula meniru dan membentuk suatu bahasa yang ala moden dan bukanlah lagi sepertimana yang pernah digunakan oleh nenek moyang mereka di suatu ketika dahulu. Ini bukanlah sesuatu yang boleh dianggap sebagai kerugian tetapi ia merupakan kedinamikan bahasa itu sendiri yang mampu bertahan dan menerima perubahan tanpa mencacatkan imej bangsa itu sendiri.

Sebagai contoh, penutur-penutur muda kini dengan mudah menerima perkataan-perkataan baharu seperti :

             using yang bermakna kucing yang dulunya disebut sebagai anjang             

Kebanyakan perkataan-perkataan baharu adalah terbit sebagai pinjaman dari bahasa lain terutamanya bahasa Melayu dan Inggeris. Misalnya:

buku atau buk  yang asalnya dari perkataan buku (Melayu) dan book (Inggeris)
lampung pinyik atau tuslait yang berasal sebagai lampu picit (Melayu) dan torchlight (Inggeris)

Perkataan-perkataan yang dipinjam terus dari bahasa Melayu baku adalah seperti:

     pintu (pintu)
     jandila (jendela)
     saramin (cermin)
     kuda (kuda)
     pinang (pinang)
     tilam bantal (tilam bantal)
     karusi meja (kerusi meja)
     masuarat (mesyuarat)

     ...... dan banyak lagi contoh-contoh yang lain.

19 comments:

  1. Sang Telamba PepakanApril 16, 2015 at 11:27 PM

    Jika ei kawasan saya, perkataan pintu disebut 'Abon'. Terdapat beberapa perkataan Dusun di kawasan saya yang perkataannya sama dengan perkataan yang digunapakaii oleh Puak Tutong seperti 'jayi' yang bererti 'saya'. 'Selare' yang bererti 'bida', dan beberapa perkataan seperti 'likud', 'karagan' dan sebagainya. Besar kemungkinan, perkataan yang mempunyai persamaan disebabkan mengikut cerita, penutur asal Puak Tutong yang dikatakan berasal dari kawasan Sg Baram/Marudi pernah tinggal dan singgah di kawasan Twlamba dan Sg Penyatang sebelum berpindah ke Lurah Saban dan berpecah di kampung2 yang ada sekarang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sungguh menarik jika diteliti secara halus tentang keberadaan kebersamaan dan perbezaan makna perkataan bagi masing-masing puak jati di negara kita ini terutamanya di kalangaan puak Sang Jati (Dusun) sendiri.

      Contohnya perkataan Sang Jati Dusun "abaon" yang digunapakai di mukim penulis bermakna "dinding" dan perkataan SJD "selari" pula bermakna " dalam masa yang sama atau sama zamannya" .

      Perkataan SJD "jaye" selain "kuji" turut digunakan bagi makna "saya/aku" - sama seperti dalam bahasa Puak Tutong.

      "Likud" bermakna "belakang" sementara penggunaan perkataan "karagan" oleh SJD di sini bernakna dua iaitu 1. termasuk atau tercemar oleh sesuatu benda yang terbang atau jatuh dsb 2. pernah kematian anak kandung sendiri.

      Memang terdapat banyak persamaan perkataan di antara Puak Tutong dan Sang Jati Dusun di negara ini. Mungkin atas sebab seperti yang Sang Telamba Pepakan sebutkan di atas dan atas sebab-sebab yang lain juga.

      Terima kasih STP atas inputnya.

      Delete
    2. Sebagai tambahan di atas:

      Perkataan-perkataan SJD "abaon " dan "pintu" lazimnya di sini digunakan secara berbeza bagi makna yang berlainan.

      "Abaon" adalah "dinding" (English = wall). Iaitu dinding bagi apa saja benda.

      "Pintu" adalah "pintu atau ruang kosong tempat keluar-masuk" manakala "abaon pintu" adalah "daun pintu bagi menutup dan membuka lobang pintu"(English = door).

      Sama seperti di dalam bahasa Melayu pintu ada bermacam-macam gelaran misalnya "pintu dapan (pintu depan), pintu likud/dapur (pintu belakang/dapur), pintu bilik, pintu jamban dsb. Jika bahagian depan dan belakang rumah ada tangga maka pintu-pintu di situ disebut sebagai "pintu tukad dapan (pintu tangga depan) dan "pintu tukad likud " (pintu tangga belakang).

      Penggunaan yang lainnya termasuklah "pintu gua" dan "pintu sampadan".

      Delete
    3. Masih adakah terdapat masyarakat yang bertutur dalam bahasa Tutong di kawasan yang STPsebutkan iaitu Sg Baram / Marudi pada masa sekarang?

      Delete
    4. Penulis memahami memang ada terdapat beberapa perkampungan di kawasan berkenaan yang masyarakatnya masih lagi menggunakan bahasa Sang Jati Dusun terutamanya keturunan Madang dan Tandu yang berasal dari mukim penulis dan keluarga Sapik dari Bukit Udal.

      Delete
  2. Sang Telamba PepakanApril 23, 2015 at 7:43 AM

    Menurut dari pembacaan saya dari buku 'Puak Tutong' terbitan Pusat Sejarah Brunei, mengatakan penutur asli Bahasa Tutong berasal dari Utara Sarawak iaitu di kawasan Marudi/Baram dan mungkin Miri. Bahasa dikategorikan dalam bahasa Utara Sarawak iaitu seperti bahasa Narum, Dali, Meteng/Lemeteng, Baking, Kiput dan banyak lagi. Di dalam buku tersebut mengatakan bahawa penutur asal bahasa Tutong(dahulu dikenali sebagai Bahasa Belait Asli) pernah menetap di pedalaman Belait sebelum mereka berpindah secara berperingkat-peringkat seperti di Sg Keluyoh, Sungai Telamba, Sg Penyatang dan seterusnya Lurah Saban(di Kuala Sungai Birau) dan sebelum berpecah ke kampung-kampung Puak Tutong yang ads pada masani. Di dalam buku tersebut, Puak Dusun pertama kali berjumpa dengan penutur asal Bahasa Tutong ini di kawasan Sg Keluyoh di Sg Liang. Sebab itulah kenapa Puak Dusun menggelar mereka sebagai Sang Keluyoh.. Mereka pernah menetap di Sg Telamba. Faktor inilah menyebabkan beberapa perkataan yang memungkin kenapa adanya perkataan yang sama di antara Bahasa Puak Dusun dan Puak Tutong. Dikatakan juga bahawa puak Tutong yang ada sekarang bukan lagi yg asli tetapi dikatakan mereka ini kebanyakannya ialah campuran Puak Dusun dan Puak Melayu Brunei.. Dikatakan Puak Tutong ini mendapat nama Puak Tutong sempena nama Sungai Tutong kerana mereka dahulunya menetap ditebing-tebing Sg Tutong. Seorang pensyarah UBD mengatakan bahawa Puak Tutong itu sebenarnya adalah pecahan dari Puak Belait(Dali) yang ada sekarang tetapi bahasa mereka sedikit demi sedikt berubah disebabakan faktor masa, alam sekeliling dan sebagainya..

    ReplyDelete
  3. Sang Telamba PepakanApril 23, 2015 at 7:44 AM

    Bakong bukan Baking.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selain Bahasa Melayu ada terdapat beberapa penduduk di mukim penulis yang mahir menggunakan bahasa/dialek Belait dan Sang Jati Dusun manakala mereka yang tinggal di Mukim Kiudang pula mahir menggunakan tiga dialek iaitu Kiudang, Tutong dan Sang Jati Dusun.

      Delete
    2. Dialek Kiudang-Mungkom adalah mirip seperti dialek puak Belait.

      Delete
  4. Sang Telamba PapakanApril 23, 2015 at 7:37 PM

    Menurut nenek saya,ada beberapa orang di kawasan saya seperti di Danau,Telisai/Telamba, Bkt Beruang adalah keturunan campuran Dusun,Dali(Belait) dan dari Marudi seperti Narum. tetapi bahasa yang mereka gunakan ialah Bahasa Dusun. Bahasa Kiudang adalah salah satu variasi bahasa Belait. mereka sebenarnya menggunakan Bahasa Meteng/Lemeteng. cuma kenapa dipanggil Bahasa Belait di Labi/Kuala Balai kerana mereka tinggal di lereng2 Sg Belait. tetapi sebenarnya Orang2 Kiudang itu adalah pecahan dari Puak Belait sekarang. tetapi mereka lebih dikenali sebagai Puak Dali iaitu merujuk kepada nama Puak/etnik asal mereka di Marudi/Sg Baram..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seperti yang STP sebutkan buku "Puak Tutong" terbitan Pusat Sejarah Brunei ada mengutarakan "teori" tentang asal-usul puak Tutong di negara ini.

      Pada pendapat STP apa semudah dan sesingkat itukah sesuatu masyarakat itu merubah dialeknya seperti yang ditulis contohnya dari bahasa Meting atau Dali menjadi dialek "baru" dialek Tutong/Keluyoh tersebut? Kedua-dua dialek adalah jauh berbeza. Contohnya perkataan biasa iaitu MAKAN dalam Bahasa Melayu adalah "KUMAN" bagi Meting/Dali dan "MIAN" bagi puak Tutong. Begitu juga halnya dengan perkataan MINUM akan disebut "MESAP"(Meting) dan "MUMBA" (Tutong).

      Sebaliknya dialek Puak Penan memang banyak kemiripannyan dengan dialek Puak Belait/Dali seperti KUMAAN dan MESOP bagi maksud di atas.

      Delete
    2. Apa mungkin dialek Tutong tersebut memang ujud sendiri sejak zaman berzaman digunapakai oleh sesuatu masyarakat yang pernah tinggal di kawasan Sarawak dan kemudiannya berpindah ke tempat lain atas berbagai sebab seperti mencari nafkah yang lebih baik atau perlu berpindah demi mengelak dari terkena serang oleh musuh-musuh mereka di suatu masa dahulu. Seperti yang terjadi kepada kaum Madi yang tinggal di mukim penulis yang sering diserang oleh kaum Kayan.

      Penulis percaya mungkin memang sudah ada pihak-pihak tertentu di negara ini yang telah membuat penyelidikan/kajian yang berkaitan dengan isu di atas.

      Delete
    3. Sang Telamba PepakanMay 23, 2015 at 9:17 PM

      Menurut buku yang bertajuk "Struktur Bahasa Tutong" hasil kajian Cikgu Hj Ramlee bin Tunggal menunjukkan bahawa sebanyak 54% adanya persamaan kosa kata di antara Bahasa Tutong dan Bahasa Belait. Saya pernah membaca tetang laporan atau report yang dibuat oleh beberapa orang Inggeris sekitar pertengahan dan hujung kurun ke 19 menunjukkan adanya Kaum Bisaya dan Murut yang tinggal di daerah Tutong dan Belait. Persoalannya pada zaman sekarang tidak ditemukan lagi Kaum Bisaya dan Murut yg berkampung di kedua daerah ini. Yang ada pun di Kampung Bebuloh Daerah Brunei Muara. Kalau pun ada cuma pendatang atas sebab bekerja dan berkahwin. Persoalannya, adakah kaum Bisaya yang dimaksudkan itu ialah Puak Sang Jati Dusun sendiri? Bagaimana pula Kaum Murut? Adakah mereka Sang Madi? Dari cerita2 yang saya dengar, sebenarnya Kaum Bisaya dan Dusun adalah sama. Cuma bahasa mereka ialah variasi bahasa2 Dusun/Bisaya. Cuma mengikut cerita, kaum Dusun dan Bisaya di Brunei dipisahkan melalui nama kerana yang memberi gelaran tersebut adalah orang luar sendiri iaitu Pihak Inggeris.

      Delete
    4. Sesuatu yang menarik. Tak heranlah jika pelapor bangsa asing berbuat tulisan sedemikian ketika itu kerana atas dasar pergaulan mereka yang terhad dengan penduduk-penduduk tempatan apatah lagi jika mereka tidak mahir dengan berbagai dialek yang dipergunakan di negara ini.

      Memang tidak ada bangsa kaum Bisaya yang pernah tinggal menetap di kawasan mukim penulis di zaman berkenaan. Bangsa Bisaya dirujuk sebagai Sang Sambila (bermakna orang sebelah) oleh masyarakat SJD di sini kerana mereka tinggal di kawasan Limbang iaitu bersebelahan dengan banjaran Bukit Ladan. Memang banyak persamaan di antara dialek SJDusun dengan dialek Bisaya dan mereka memang mudah sahaja berinteraksi sekadar dengan menggunakan dialek masing-masing kendatipun ada perbezaan ketara tentang bahasa dan sebutan sementara hal serupa tidak akan dapat dilakukan dengan bangsa-bangsa lain seperti kaum Murut dan Kadazan misalnnya.

      Tidak ada bangsa lain yang pernah turut tinggal di kawasan sini secara beramai-ramai kecuali Sang Madi sahaja pada zaman yang disebutkan (kurun ke 19). Apatah lagi Sang Madi juga pernah membuat perkampungan di kawasan Telisai/Telamba di daerah Tutong pada masa yang sama maka apa yang disebut sebagai bangsa Murut itu penulis berpendapat memanglah merujuk kepada kaum Sang Madi sahaja.

      Orang-orang Dusun Witu yang tinggal di kawasan Barito di Kalimantan Tengah juga menggunakan bahasa yang hampir serupa dengan orang-orang Bisaya.

      Delete
  5. Sang Telamba PepakanMay 25, 2015 at 3:07 AM

    Menurut buku yang saya sebutkan di atas, pernah ditemukan pulau-pulau buah di Kg Penanjong dan juga beberapa biji tempayan yang berisi tulang-tulangyang manusia di Kg Penanjong. Menurut Cg Hj Ramlee bin Tunggal, sebelum kadatangan Puak Tutong di Lg tersebut, terlebih dahulu lg tersebut didiami oleh Puak Dusun. Cuma yang menjadi pertanyaan saya, kaum Dusun di Kg Penanjong otu dikenali sebagai Puak Terongak. Persoalannya apakah Terongak itu? Adakah diambil dari pada nama ketua suku dusun tersebut? Atau adakah kaum Terongak itu adalah Kaum Madi sendiri memandangkan cara pengembumian mereka mirip seperti Kaum Madi dan Murut... Malah nama Kg Keriam sendiri berasal dari seorang Puak Dusun yang bernama Si Rium yang pernah membuat penepatan di Sg Kelakas Keriam. Menariknya, Si Rium itu dikatakan berasal dari kg Sg Bera sebelum berpindah ke Kg Penambang(salah sebuah Kg lama di Keriam berdekatan Jalan Pengkalan Ajong)...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Besar kemungkinan penduduk-penduduk yang tinggal di mukim-mukim Ukong dan Tanjung Maya ada banyak mengetahui tentang fakta-fakta tersebut. Maklumat tersebut tidak ada pada penulis sendiri dan "Terongak" atau "tarungak" itu adalah perkataan Sang Jati yang bermaksud antara lainnya "sifat gigi depan yang terkeluar" ataupun "tercongang/jongang" dan mungkin saja adalah nama seseorang pemimpin atau nama perkampungan tersebut.

      Orang-orang Sang Jati Dusun pada ketika dahulu pun turut mengamalkan cara pengkebumian yang menggunakan tajau. Pengkebumian tersebut digelar "penulangan" iaitu tulang-tulang orang yang meninggal dan dikebumikan terdahulu itu digali semula selang beberapa tahun kemudian dan dimasukkan semula kedalam tajau dan ditanam kembali tetapi pada peringkat paras bumi sahaja. Hal sedemikian cuma dilakukan bagi mereka yang mampu sahaja dan bukannya bagi semua mereka yang telah meninggal dunia. Upacara "penulangan" adalah terikat dengan aturcara adat resam masyarakat berkenaan seperti mengorban beberapa ekor kerbau untuk diberi makan kepada orang ramai dan setentunya memerlukan banyak belanja dan tenaga.

      Besar kemungkinan suku kaum Terongak di atas adalah sememangnya dari puak Sang Jati Dusun ditambah lagi dengan kegemaran mereka yang selalu bertanam pokok buah-buahan jenis kekal tersebut.

      Delete
  6. Sang Telamba PepakanMay 25, 2015 at 5:15 PM

    Terima kasih infonya Sang Jati. Untuk info tambahan,penduduk-penduduk Sang Jati yang pernah tinggalDi Kg Luagan Duduk dahulunya dikenali sebagai Sang Mapog iaitu merujuk kepada nama lama kg tersebut iaitu Kg Mapog. Dari cerita yang saya dengar adanya terdapat perkuburan lama Puak Dusun di belakang bangunan pertanian di Kg Sinaut yg dipercayai kepunyaan Sang Mapog. Terima kasih banyak2 Penulis. Dengan adanya blog ani,dapatlah kita bertukar2 info dan pengetahuan.

    ReplyDelete
  7. Terima kasih kembali. Mudah-mudahan sedikit-sebanyak ada di antaranya mendatangkan faedah kepada mereka yang berkenaan juga.

    ReplyDelete
  8. Penggunaan perkataan "Sang" juga digunapakai bagi merujuk keturunan asal usul sesuatu kumpulan masyarakat kecil di daerah mukim penulis di sini iaitu berdasarkan tempat asal mereka bermastautin yang lazimnya mempunyai loghat, adat resam dan kepercayaan masing-masing yang berbeza-beza yang ketara kendatipun mereka itu berketurunan dan berbahasa sama iaitu Sang Jati Dusun. Antaranya adalah Sang Merugi Bungkok, Sang Laid Lakang, Sang Marangking, Sang Kagu, Sang Pangkalan Siong, Sang Taraop, Sang Singob dan lainnya.

    Tapi ianya tidak termasuk kepada semua mereka yang dikira pendatang baru, apapun bangsa atau puak mereka. Mereka tetap akan dirujuk sebagai orang pendatang sahaja kerana mereka bukannya berasal dari mukim di sini walaupun mereka berkahwin dengan penduduk tempatan misalnya.

    Di zaman dahulu setiap kumpulan itu mempunyai struktur kepimpinannya sendiri bagi mengawasi aspek-aspek ketenteraman dan keharmonian hidup kumpulannya serta adat resam masing-masing.

    ReplyDelete