© SEMUA HAKCIPTA ADALAH TERPELIHARA. All Copyrights Reserved


ISI KANDUNGAN BLOG ****** TENTANG PENULIS*******HOME


Monday, July 8, 2013

MENGENAI BANGSA [SANG JATI] DUSUN





Dusun merupakan salah satu puak bangsa Melayu jati yang bermastautin di Negara Brunei Darussalam.  Namun begitu orang-orang yang dikategorikan sebagai bangsa Dusun tersebut sendiri merujuk bangsa mereka sebagai "SANG JATI " saja sejak zaman berzaman.

"Sang " bermakna "bangsa"  atau "puak".  Sepertinya dalam ayat "Sang uno gat jelama ino?" yang dalam bahasa Melayunya bererti " Bangsa/puak apakah orang itu?".

"Jati" dalam kontek di atas diberi makna sebagai "Kita" dalam bahasa Melayu. Dalam ayat " Eyo ino jelama jati" diterjemahkan ke bahasa Melayunya sebagai "Dia itu orang kita". Manakala ianya boleh saja diertikan sebagai "jati/asli"  seperti dalam contoh ayat  "Eyo ino memang jelama jati senalom pagun iti" yang mana terjemahannya dalam bahasa Melayu sebagai "Dia itu memang orang jati/asli di dalam negeri ini".

"Dusun" boleh saja diertikan sebagai "kampung".  Perkataan "Dusun" itu sendiri memang tidak ada terdapat di dalam perbendaharaan kata orang-orang puak ini sendiri. Perkataan "kampung" memang ada yang mempunyai makna yang sama seperti di dalam Bahasa Melayu baku.

Satu andaian memperkatakan orang-orang bangsa Sang Jati di negara ini senghaja diklasifikasikan dalam golongan Bangsa Dusun sama seperti mereka yang bermastautin di Sabah, Malaysia oleh orang-orang yang bertugas di pejabat-pejabat kerajaan di negara ini suatu ketika di abad ke 19-20 yang lalu semasa pihak Kerajaan British berkuasa. Ini sebagai pemudahcara penggolongan semua kaum etnik yang tinggal di kawasan pedalaman (dusun-dusun) sebagai bangsa Dusun saja walaupun dialek serta budaya masing-masing berbeza-beza terutamanya antara etnik Dusun di Brunei dengan yang ada di Sabah.

Orang-orang Sang Jati (Dusun) di Daerah Belait pada masa sekarang banyak terdapat di kawasan-kawasan Mukim Bukit Sawat, Mukim Sukang dan Mukim Sungai Liang-Lumut sementara di Daerah Tutong pula terdapat di kawasan-kawasan Mukim Rambai, Mukim Ukong, Mukim Lamunin, Mukim Kiudang, Mukim Keriam dan Mukim Telisai.

Terdapat juga sekarang berlakunya penghijrahan penduduk dari kawasan-kawasan berkenaan ke kawasan-kawasan lain misalnya ke tapak-tapak kawasan perumahan negara,  Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati  atau di kawasan-kawasan persendirian di daerah-daerah Belait,  Tutong dan Brunei Muara.

Suatu ketika iaitu kira-kira sebelum kurun ke 19 dahulu  orang-orang puak Sang Jati Dusun di Mukim Bukit Sawat banyak bermastautin di kawasan-kawasan kampung Pasal, Bang Pak, Bang Butan, Pangkalan Siong, Merugi Bungkok, Kandol, Karusap, Ubok-Ubok,  Bukit Usong, Tarap, Kagu, Nong Arut, Pangkalan Deran, Bang Gunting, Merangking Ulu, Merangking Hilir, Laid Lakang, Pak Babau, Singap, Pulau Apil, Bukit Serawong dan Bukit Tadung Kayan yang kebanyakanya pada masa ini sudah tidak ada berpenghuni lagi. Namun begitu dua kawasan penempatan baru telah timbul iaitu Kg Kagu Baru dan Kg Sungai Mau di tahun-tahun 1970an.

Kaum Sang Jati Dusun yang tinggal sekarang di Mukim Sukang adalah semuanya berasal dari kawasan Mukim Bukit Sawat setelah berhijrah dan menerokai kawasan tersebut pada tahun 1930 - 1950an yang lalu iaitu di bawah bimbingan Awang Gagut bin Kapal, Awang Guntung bin Kapal serta Penghulu Dato Maharaja Setia Dian bin Kapal. Menurut cerita, Sukang merupakan penempatan mereka yang kedua sementara pada awalnya iaitu di bawah bimbingan Dato Bakong dan Dato Gunung mereka telah pernah membuka kawasan kediaman di Penipir dan sekitarnya berhampiran dengan sempadan Brunei-Sarawak di ulu Sungai Belait.  Terdapat juga beberapa penduduk asal SJD di sini berpindah tinggal di Marudi dan Ulu Baram, Sarawak sekitar tahun 1800an dan awal tahun 1900an.

[Kampong  "Bukit Sawat"  merupakan sebuah perkampungan yang baru dan ujud selepas terbangunnya sebuah sekolah kerajaan di sebuah tapak di tepi Sungai Belait yang bertebing tinggi di sebelah hilir kawasan perkuburan lama yang dikenali sebagai kawasan Lubuk Balai oleh orang-orang tempatan di akhir tahun 1930an.  Sebelumnya tapak asal bangunan sekolah tersebut terletak di Kampong Pangkalan Siong di suatu kawasan tanjung di tebing sebelah ulu Sungai Belait yang disebut sebagai Tinjor Durung di awal tahun 1930an.]



117 comments:

  1. Sang Telamba PapakanApril 29, 2014 at 3:25 AM

    adakah puak2 Dusun di daerah Tutong pun berasal dari Mukim Bukit Sawat?

    ReplyDelete
  2. Berbagai teori pernah diketengahkan oleh beberapa pencerita yang berumur sekarang dan juga dari cerita turun temurun di mukim ini bahawa beberapa penduduk dari bangsa sang jati dusun dari kawasan pedalaman daerah Belait berpindah secara ramai-ramai dari kawasan Tarap /Malayan dan Pasal ke Daerah Tutong beberapa ratus tahun dahulu atas sebab selain kahwin campur iaitu untuk mencari rezeki dan bebas dari ancaman serangan musuh yang sering datang menyerang dari sempadan Baram-Belait.

    Untuk mengatakan puak-puak Dusun di Daerah Tutong memang berasal dari Mukim Bukit Sawat penulis rasa adalah agak tidak relevan kecuali ianya dibantu (supported by) dengan kerja-kerja penyelidikan / kajian terperinci oleh pihak yang berpengetahuan sahaja.

    Ada juga kajian saintifik [forensik & antropologi] yang di adakan oleh salah sebuah pusat pengajian tinggi di Semenanjung [bermula tahun 2005] yang mendapati adanya unsur-unsur penghijrahan orang-orang puak dusun dari kawasan Kalimantan Tengah ke kawasan pesisiran pantai Borneo [dan kemungkinan ke kawasan Belait dan Tutong kemudiannya iaitu melalui jalan darat secara perlahan-lahan ].

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sang Telamba PapakanMay 27, 2014 at 12:44 AM

      Adakah penulis kenal atau ada saudara jauh penulis yg penulis tahu atau pernah dengar yg berhijrah ke kawasan Telamba/Papakan?

      Delete
    2. Nenek lelaki nenek perempuan penulis yang bernama Siob (OK Muda Siob) mempunyai seorang adik lelakinya tinggal menetap di kawasan Mukim Telisai. Nama Islamnya ialah TAMIN. Mungkin pada awal tahun 1800an dahulu.

      Delete
    3. Sang Telamba PapakanMay 27, 2014 at 6:41 AM

      Mungkin kiut(betulkan saya jika salah) datang sezaman dengan Moyang sayayg bernama Borata binti Obok dan suaminya Pateh Ajak.. Mungkin juga sezaman anak2 mereka seperti Kiu Rumput, Kiut Ancalau@Saadiah,kiut Saligan,kiut usop/Isang..
      Adakah Kiut Penulis yg bernama Tamin itu masih mempunyai waris2nya di Mukim Telisai?

      Delete
    4. Penulis masih belum ada maklumat tentang keturunan kiut penulis berkenaan. Mungkin akan diusahakan jika ada peluang nanti melalui beberapa "lead" yang sudah ada. pada penulis sekarang.

      Penulis kurang pasti tentang persamaan zaman penghijrahan antara mereka yang STP sebutkan. Tapi yang pasti adalah kiut Tamin berpindah ke sana kerana ingin bersama-sama dengan lain-lain penduduk yang beragama Islam di kawasan berkenaan dengan hasrat untuk mempelajari sesuatu yang baharu termasuk mempelajari ilmu perdagangan dan sebagainya yang masih belum terdapat di kawasan penulis pada zaman tersebut.

      Delete
    5. Sang Telamba PapakanMay 27, 2014 at 5:40 PM

      Mungkin penulis ada pernah mendgr beberapa keturunan orang di Telamba/Papakan yang sudah berhijrah ke kampung2 lain yg tidak menggunakan bahasa Sang Jati Dusun sebagai bahasa mereka. dalam erti kata lain,ada yang memeluk ugama Islam dan berpindah dari Telamba dan berkahwin dgn puak2 lain terutama sekali Puak Tutong dan Melayu Brunei.. dan ada salah seorang keturunan yg berasal dri Kg Bukit/Bkt Sawat yg berpindah ke Telamba disebabkan memeluk ugama Islam dan keturunannya berpindah ke kg2 lain seperti Keriam,Penanjong,Panchor dan sebagainya. malah ada keturunannya yg berkahwin dgn VVVIP(mungkin penulis paham)

      Delete
    6. Sang Telamba PapakanMay 27, 2014 at 6:01 PM

      Mengenai perdagangan,memang ada. salah seorangnya ialah keturunan saya sendiri yg mana kiut lelaki saya berasal dari Marudi dan berkahwin dengan kiut perempuan saya.. mungkin sambil berdagang sambil membawa ajaran Islam..

      Delete
    7. Sang Telamba PapakanMay 29, 2014 at 2:18 AM

      Kemungkinan besar Kiut penulis tersebut bersaudara dengan nenek moyang saya memandangkan penghijrahan Penduduk Sang Jati dri kwasan Kg Bukit Sawat/Kg Bukit dan seterusnya berkampung di Telamba dan Papakan(seberang kg Telamba). dan urg2 Sang Jati di Telamba/Papakan mula memeluk Islam mungkin dizaman perdagangan dengan urg2 dri Marudi.. pada masa itu,kg Telisai msh belum didiami.. manakala Kg Tanah Jambu(kawasan bersebelahan Sg Paku adalah tempat penanaman padi). manakala kubur2 SangJati di Telamba/Papakan sebelum memeluk Islam ialah di Tabudong dibelakang masjid Kg Telisai.. selepas ramainya penduduk.Sang Jati Telamba/Papakan.memeluk.Islam,maka ada yg terus menetap disana dan ada juga yang berpindah ke kg2 yg berdekatan dgn Pekan Tutong.. diantara2 waris urg2 Telamba yg berpindah ialah Allahyarham Pehin dato penglima Hj Abu Bakar(ibunya urg Telamba),Pehin dato harimau padang hj hussin(ibunya berketurunan Telamba),Hj Hasbullah Yusuf(neneknya urg Telamba) dan Allahyarham Pehin OK Saifuk Mulok Hj Abidin pun warisnya berasal dri Telisai/Penyatang

      Delete
    8. Sang Telamba PapakanMay 29, 2014 at 2:21 AM

      yang belum memeluk Islam,ada yg berpindah ke kg bukit udal,kg bukit dan kawasan sekitarnya...

      Delete
    9. bagaimana pulang kami dusun yang bermastautin di kampung long linei Baram... satu2 perkampungan org dusun di Marudi, Sarawak....

      Delete
  3. Sang Telamba PapakanMay 1, 2014 at 7:45 AM

    http://penapar.blogspot.com/2011/10/asal-usul-puak-tutongsang-keloyoh.html

    ReplyDelete
  4. Anak Jati Telamba

    Dapatkah kiranya saudara penulis untuk merungkaikan kenapa terdapat perbezaan dailek masyarakat dusun Telamba atau Telisai umumnya berbeza dengan dailek masyrakat dusun yang tinggal atau berasal dari kawasan Mukim Bukit Sawat dan juga dari kawasan perkampungan hulu di Daerah Tutong termasuklah Kg. Bukit Udal.

    Sebagai contoh : perkataan "ino" akan dipertuturkan dengan "ono" (Telamba/Telisai) dan yang lebih jelas lagi bunyi "ghar" akan dibunyikan "gar" (Telamba/Telisai) malah banyak lagi sebutan nama yang berbeza antaranya perkatan burung akan disebut "bamanuk" (Telamba/Telisai) sedangkan bagi masyarakat yang berasal dari pendalaman akan menggunakan "lagowou" , begitu juga perkataan sayur "gulai" (Telamba/Telisai) dan ada masyarakat dusun yang lain (asli) akan menggunakan perkataan "cancam" atau "umbus" dan banyak lagi perkataan yang lain yang tidak dapat disebutkan di sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sang Telamba PepakanFebruary 19, 2015 at 7:09 PM

      Besar kemungkinan disebabkan faktor alam sekiling dan juga kawin campur dengan puak lain membuatkan ada sedikit perubahan dalam sebutan.. Jika diamati, Puak Dusun yg tinggal di persisiran pantai banyak berkahwin campur dengan puak2 lain seperti Tutong, Brunei dan mungkin dari Marudi/Baram..

      Delete
    2. Keujudan perbezaan dialek masyarakat Dusun Telamba atau Telisai dengan lain-lain masyarakat Sang Jati Dusun di lain-lain kawasan di negara ini memang agak unik dan mempunyai berbagai rahasia yang tersembunyi. Penulis kuranglah peka dengan sebab-sebab sebenarnya dan ianya perlulah dirungkaikan melalui penyelidikan yang lebih terperinci oleh mereka yang berkemahiran sahaja.

      Secara kasarnya pada pengamatan penulis secara peribadi ianya terbit atas berbagai faktur dan paling utama antaranya adalah seperti berikut:

      1. Tempat asal penduduk

      Tempat dari mana penduduk kampung Telisai dan Telamba berasal menentukan ciri sedikit sebanyak tentang cara penggunaan bahasa yang mereka gunakan. Terdapat satu keyakinan pada majoriti masyarakat Sang Jati bahawa suatu ketika dahulunya ada terdapat 7 kelompok besar masyarakat Sang Jati Dusun di negara ini iaitu Kuban (Kg Long Mayan), Merimbun, Merangking, Pasal, Tamanda, Banggayo (Kg Rambai) dan Nulow (Kg Bukit). Masing-masing dengan ciri kepimpinannya yang tersendiri terutamanya mengenai adat resam yang masing-masing amalkan. Memang ada banyak yang sama tetapi terdapat juga berbagai variasi tentang cara pengamalannya. Demikianlah pula dengan dialek yang masing-masing gunakan. Mungkinkah penduduk Telisai dan Telamba kebanyakannya berasal dari kelompok Pasal atau mungkin Tamanda juga tidaklah penulis dapat pastikan sepenuhnya.

      Paling ketara berbeza adalah cara masyarakat Dusun Telisai / Telamba menyebut perkataan-perkataan yang ada mengandungi huruf "R" yang kelihatan ada kemiripan dengan sebutan orang-orang Filipina iaitu sama bunyinya seperti yang terdapat pada bahasa Melayu baku.

      Contohnya pada perkataan-perkataan "arao" (ada), "puroa" (berapa), "kara" (kera).

      Terdapat juga perkataan unik Dusun Telamba / Telisai seperti "inda-inda" yang bermaksud "barang" yang ada persamaannya dengan perkataan “indah-indah” yang digunakan oleh puak Kedayan.




      Delete
    3. 2. Tahap kemahiran penduduk awal menguasai bahasa

      Kemahiran menguasai bahasa juga menentukan sejauh mana sesuatu masyarakat itu dapat mengekalkan kesinambungan penggunaan bahasa/dialek bangsa/puaknya secara betul. Jika yang mula berpindah dahulu terdiri dari mereka yang muda dan mungkin kurang menguasai banyak perbendaharaan kata ibunda mereka maka sudah tentu mereka akan rasa kekurangan sebutan bagi sesuatu benda atau perbuatan dan mereka paling mudah menggunakan sebutan baharu atau sebutan pinjaman dari masyarakat lain.

      Contohnya bagi perkataan-perkataan "umbus", "gulai" dan "sancam" yang secara umumnya bermakna "sayur" .

      Ketiga-tiga perkataan di atas memang masih ada digunakan di kawasan mukim penulis yang membawa makna khusus iaitu:

      umbus = segala jenis sayur secara umumnya
      [bagumbus = mencari bahan untuk dijadikan sayur]
      gulai = sayur yang siap direbus air
      [nggulai = merebus sayur supaya lebih lembut]
      sancam = sayur yang siap dimakan

      Bagi perkataan "manuk" yang bermakna "ayam" di mukim penulis, di ulu Tutong serta Bukit Udal tetapi bermakna "burung" di kawasan Telisai / Telamba merupakan sesuatu yang tidak dihairankan kerana perkataan "manuk" juga turut digunakan oleh puak Tutong bagi maksud yang sama iaitu "burung". Puak Tutong telah banyak dan telah lama bergaul dengan masyarakat Dusun di kawasan tersebut dan dengan mudah dialeknya sedikit sebanyak ada terserap ke dalam perbendaharaan kata masyarakat Dusun Telisai / Telamba secara umumnya.

      Di mukim penulis perkataan “burung” disebut “lagawow”.

      Terdapat juga perkataan-perkataan "tian" yang digunakan oleh masyarakat Dusun Bukit Udal, Telisai dan Telamba yang bermakna dua iaitu "perut" dan "kandungan anak" dan perkataan "kaduan" yang bermakna dua juga iaitu "lusa" dan "keguguran". Agak berbeza dengan masyarakat di mukim penulis dan di kawasan ulu Tutong yang menggunakan perkataan berlainan bagi masing-masing maksud di atas iaitu:


      tian = perut wanita yang berisi anak dalam kandungan
      sidan = perut biasa bagi lelaki dan perempuan

      kaduan = keguguran anak dalam kandungan
      kedan = lusa


      Penggunaan "ino" dan "ono" yang bermakna "itu" adalah merupakan variasi biasa yang mudah ditiru oleh generasi muda dari orang-orang tua mereka. Tetapi terdapat juga beberapa perkataan SJD Telisai / Telamba dan Bukit Udal contohnya "engkuro" yang disebut sebagai "nguno" di kawasan penulis yang bermakna "kenapa" merupakan sesuatu perbezaan yang agak ketara.

      Penulis percaya ada lebih banyak lagi faktur yang turut menyumbang terhadap perbezaan dialek Telisai / Telamba dengan lain-lain masyarakat SJD di negara ini termasuklah apa yang diutarakan oleh Sang Telamba Pepakan di atas.

      Namun begitu “kahwin campur” boleh saja bukan sekadar menjejaskan tahap kefasihan seseorang menggunakan satu-satu dialek atau bahasa ibunda malah boleh saja membawa kepada kepupusan bahasa itu sendiri secara berperingkat-peringkat atas sebab-sebab tertentu samada secara senghaja atau tidak.

      Terdapat keunikan yang indah di negara kita ini bilamana semua masyarakat Sang Jati Dusunnya dapat dengan mudah berinteraksi di antara satu dengan yang lain sekadar dengan menggunakan dialek mereka sendiri ketika bercakap tanpa menggunakan bahasa perantaraan (lingua franca). Perkara yang sedemikian sulit kita hadapi apabila bertemu dengan orang-orang puak Dusun di negara jiran bilamana kita perlu menggunakan bahasa Melayu selaku bahasa perantaraannya.

      Delete
  5. Sang Telamba PepakanFebruary 19, 2015 at 7:07 PM

    Saya pernah membaca, puak Dusun yang tinggal di Kg Penyatang@Penyatong dahulunya berasal dari Kg Sungai Bera. Adakah Sg Bera yg di Seria/Anduki? Dikatakan generasi pertama yg tinggal di Sg Penyatang berhijrah dri Sg Bera sekitar awal jurun ke 19..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sungai Bera memang ada di kawasan Seria iaitu suatu tempat yang pernah digunakan untuk membuang najis (human faeces) suatu ketika dahulu di zaman bermulanya penerokaan minyak mentah (1920an?) di daerah Belait.

      Dalam ingatan penulis tidak ada terdapat sebarang perkampungan yang dibina di kawasan berkenaan pada tahun-tahun1960an. Para setinggan yang berasal kebanyakannya dari negara jiran yang berbangsa Iban dan lainnya dan bekerja secara kontrak terutamanya dengan syarikat-syarikat swasta seperti pemborong-pemborong Yong Tse Kiok, Yong Jung San, Yong Sok dan lainnya cuma mula membangun rumah-rumah sementara mereka beramai-ramai pada tahun-tahun 1970an di kawasan berhampiran dengan stesen lokomotif Seria-Badas lorong 2 yang lebih terkenal dengan nama 4000 dan di kawasan yang mereka gelar sebagai Kampong Jabang yang terletak di kawasan selatan Sekolah Cina Chung Ching Seria yang berhampiran.

      Penulis tak pasti tentang siapa generasi yang mula pertama tinggal di kawasan Sungai Penyatang tapi pernah mendengar cerita dari orang-orang tua di mukim penulis bahawa kampung berkenaan memang sudah ada ujud pada tahun-tahun 1920an atau mungkin lebih awal lagi kerana seperti yang diceritakan kampung tersebut merupakan tempat persinggahan dan bermalam bagi mereka yang dalam perjalanan berjalan kaki dari Daerah Belait ke Bandar Brunei atas urusan menghadap raja ketika itu. Penduduk kampung berkenaan yang berhahasa Dusun dirujuk sebagai Sang Panyataong oleh mereka.

      Delete
    2. Sang Telamba PapakanFebruary 24, 2015 at 3:58 AM

      Saya kongsikan kepada penulis blogspot mengenai Puak Dusun yang pernah menetap di Sg Bera dan berpindah ke Sg Penyatang. malah saya pernah membaca mengenai seorang Puak Dusun yg berasal dri Sg Bera yg berpindah ke Sg Kelakas(Kg Keriam). Lelaki Puak Dusun itu bernama Si Rium. Jika dilihat,masyarakat Dusun yg pernah menetap di Sg Penyatang memang mempunyai kaitan kekeluargaan dengan masyarakat Dusun Telamba. dari cerita orang2 tua di kg saya,memang mereka mengakui kebanyakkan mereka berasal dri mukim penulis..

      Delete
  6. Sang Telamba PapakanFebruary 23, 2015 at 7:04 PM

    http://penyuratbayan.blogspot.com/2013/04/zaman-kecil-bendahari-badar.html?m=1

    http://penyuratbayan.blogspot.com/2013/04/catatan-1-serangan-cacar-di-kg-penyatang.html?m=1

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih STP. atas infonya.

      Menyentuh mengenai kejadian penyakit cacar (smalllpox) yang dikira berlaku di mukim penulis sekitar pada tahun 1888 ramai penduduk di mukim sini terkorban akibat jangkitan penyakit dan sesiapa yang masih hidup telah meninggalkan tempat tinggal (kampung) masing-masing untuk menyelamatkan diri. Antara perkampungan yang terlibat adalah Pengkalan Siong, Bang Pak, Bang Butan, Tarap dan sekitarnya. Adalah dipercayai punca bermulanya serangan penyakit tersebut berlaku apabila penduduk tempatan di sini di datangi oleh peniaga asing dari luar negara yang menggunakan tongkang kecil membawa barang untuk ditukarkan dengan produk tempatan seperti getah jelutung, damar, rotan, gaharu dan sebagainya di suatu kawasan yang sekarang di kenali sebagai Pulau Ambung di tepi kuala Sungai Kandul, Mukim Bukit Sawat sebagai tempat bertamu secara besar-besaran. Ada di antara peniaga yang datang itu sudah ada terjangkit dengan penyakit smallpox tersebut dan kemudiannya menjangkiti penduduk tempatan. Sepertimana diceritakan oleh mereka yang berumur kebanyakan mereka yang pergi ikut mengkebumikan mayat orang yang mati akibat penyakit itu terkena jangkitannya dan membuat mereka yang tinggal itu menjadi panik dan membuat keputusan untuk pergi jauh meninggalkan rumah dan kampung masing-masing. Itulah di antara sebab kenapa banyak penduduk di mukim penulis ini menjadi jauh berkurang.

      Penulis juga agak tertarik dengan seseorang yang bernama Tamin di dalam blog tersebut. Apakah Tamin itu adalah adik kepada kiut penulis yang bernama Orang Kaya Muda Siob itu?

      Delete
  7. Sang Telamba PepakanFebruary 24, 2015 at 6:19 AM

    Mungkin penulis boleh mencari tiris keturunan Tamin jika penulis mengetahui salah seorang anak atau isterinya. Besar kemungkinan keturunan kiut penulis masih ada di Telamba/Penyatang atau besar kemungkinan sudah berpindah ke kg2 lain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penulis telah sedikit sebanyak telah berjaya menjejaki siapa sebenarnya keturunan Tamin yang berasal dari mukim penulis dan menetap di kawasan Telisai, Daerah Tutong.

      Delete
  8. Sang Telamba PepakanMarch 21, 2015 at 6:52 PM

    Mungkin penulis boleh mengongsikan nama-nama mereka. Kemungkinan besar keturunan Tamin itu mempunyai kaitan kekeluargaan dengan keturunan saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menurut apa yang penulis fahami dari sumber yang ada Tamin di kenali sebagai Yampu sebelum beliau memeluk agama Islam dan telah menetap tinggal serta mendirikan rumahtangga di kawasan Keramut, Telisai. Beliau mempunyai beberapa orang anak lelaki dan salah seorang darinya adalah FATIMAH. Fatimah adalah ayah kepada Cikgu Hj Md Said, Jaafar, Deli dan lainnya.

      Mungkin saja STP mengenali keluarga mereka secara lebih meluas lagi.

      Sebenarnya Tamin adalah pangkat datuk (yantud) kepada penulis dan bukannya kiut saperti yang penulis sangkakan pada mula asalnya.

      Delete
    2. UPDATE: Hasil Penyelidikan Penyelarasan awal penulis tentang fakta salasilah sebenar keluarga Tamin @ Yampu di atas masih lagi belum diketahui dengan jelasnya.

      Terdapat kemungkinan adanya kekeliruan pada info yang penulis kutip dari mukim penulis berkenaan.

      Namun begitu usaha penyelidikan penyelarasan akan diteruskan.

      Delete
  9. Sang Telamba PapakanMarch 22, 2015 at 11:53 PM

    Fatimah yang disebut di atas adalah ayah kepada cikgu hj md said? adakah Fatimah itu lelaki?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Fatimah adalah lelaki. Menurut cerita nama itu senghaja diberikan oleh beliau Tamin kerana beliau tidak mempunyai sebarang anak perempuan.

      Menurut khabar Cikgu Hj Md Said sekarang menetap di kawasan Pandan/Mumong, Kuala Belait. Cikgu tersebut pernah mengajar penulis dan menjadi Guru Besar di Sekolah Melayu Bukit Sawat pada tahun 1956 dahulu.

      Delete
  10. Sang Telamba PepakanMarch 23, 2015 at 2:51 AM

    Saya perlu merujuk kepada nenek lelaki saya memandangkan mereka lebih arif dan tahu mengenai tiris keturunan di sebelah Danau dan Keramut. Persoalan saya adakah gelaran Orang Kaya Muda itu cuma digunakan di Daerah Belait memandangkan dahulu di kawasan saya, ada yang menggunakan gelaran Orang Kaya Muda iaitu Orang Kaya Muda Yusuf iaitu nenek kepada Allahyarham Pehin OK Saiful Mulok Dato Paduka Hj Abidin bin OK Periwara Abd Rashid. Untuk pengetahuan juga, OK Muda Yusuf adalah adi beradik moyang perempuan saya. Memandangkan gelaran OK Muda Siob merupakan datuk kepada penulis...

    ReplyDelete
  11. Pada masa dulu banyak orang yang dipercayai oleh raja yang diberikan gelaran Orang Kaya Muda di seluruh negara. Orang Kaya Muda Siob adalah salah seorang dari mereka. Terdapat juga orang lain di kawasan penulis iaitu Orang Kaya Muda Bukol serta Orang Kaya Muda Engkuwow yang menyandang gelaran yang sama.

    Allahyarham Pehin yang STP sebutkan mempunyai kaitan keluarga dengan Cikgu Md Said. Kemungkinan dari sebelah pihak isteri Pehin yang mungkin juga adik beradik dengan cikgu berkenaan. Kerana anak-anak mereka penulis fahami adalah sepupu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari maklumat terkini yang penulis perolehi kenyataannya isteri Cikgu Hj Md Said adalah adik-beradik dengan Allahyarham Pehin.

      Delete
  12. Sang Telamba PepakanMarch 25, 2015 at 3:43 AM

    Terima Kasih. Saya belum berpeluang untuk bertanya kepada nenek saya. Cuma Allahyarham Pehin adalah pangkat datuk saya memandangkan Allahyarham adalah sepupu dua kali dengan datuk perempuan saya...

    ReplyDelete
  13. Assalamu'alaikum, saya ani Hajiah ada group bincang bincang sejarah.. Alhamdulillah dipertemukan dengan blog tuan ani....sangat sangat menarik.

    saya ingin mohon izin dari tuan untuk mengkongsikan artikel tuan ani dalam group atu untuk tatapan generasi dulu, kini dan akan datang.... banyak sejarah daripada Negara kitani yang orang orang kitani dulu, kini inda tau.

    semoga apa yang di kongsikan ani dapat memberikan manfaat untuk yang membacanya dan menambahkan pengetahuan di samping menjadikannya sebagai amal jariah...

    terima kasih


    Hajijah
    email: Hwahid90@gmail.com.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silakan. Semua bahan yang penulis terbitkan di sini adalah sumbangan ikhlas khusus bagi faedah tatapan semua yang berkenaan. Terima kasih di atas sokongan abiskita.

      Delete
  14. terima kasih banyak banyak...semoga Allah memberikan kemudahan untuk tuan terus berkarya....

    ReplyDelete
  15. Pembetulan:

    Menurut maklumat terkini dari hasil penyelidikan penulis sendiri melalui sumber-sumber yang sahih TAMIN (nama asalnya YAMPU) bukanlah adik-beradik dengan Orang Kaya Muda Siob. TAMIN sebenarnya saudara sepupu dengan Yandok bin Kipas dan Yandok memperisterikan anak-anak OK Muda Siob iaitu Bungoan dan kemudiannya Misah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penulis ingin nyatakan di sini bahawa menurut perkembangan penyelidikan penyelarasan penulis terkini bahawa fakta salasilah keluarga Tamin @ Yampu adalah tidak diketahui dengan jelasnya di kawasan Telisai dan apa yang penulis catat hasil kutipan info awal dari mukim penulis di peringkat awal di atas boleh saja ada keliruannya.

      Delete
  16. Nama mulah nini bini ku ruyu kahwin sama cina sia ah oi. Nini bini ku asal bukit sawat. Ada kita kenal?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apakah kita tahu nama ibu dan bapa nenek bini kita itu?

      Delete
    2. mana tau ada kaitan. sal nya datuk ku sebelah mama ku buka kampung long mayan dulu2.

      Delete
    3. Siapakah nama datuk anonymous berkenaan?

      Delete
    4. Orang yang bernama Ruyu belum pernah penulis temui atau dengar di mukim Bukit Sawat sini. Apa mungkiin dia ada mempuyai nama yang lain? Orang-orang Cina di sini biasanya dikenali dengan nama panggilan saja seperti Jukoi, Lisui, Yasang dan sebagainya. Apakah nenek kita juga dikenali dengan nama panggilan sedemikian dan apakah dia?

      Delete
    5. Nama nya ruyu binti siong and nama bini si siong simpul.

      Delete
    6. Pihak penduduk di mukim penulis lebih mengenali nama nenek bini kita sebagai Luyo binti Siong bin OK Penjaya.

      Siong adalah adik beradik dengan Guru. Luyo adik beradik dengan mulah Manai, Munchong, Libo, Darasit, Kasum, Siri dan Yukok.

      Mulah Siong memang penduduk mukim penulis. Mereka pernah menetap di kawasan Laid Lakang dan Bang Gunting.

      Delete
    7. Nama nini laki ku bapa mama ku. Belanda binti dayong bin yanaw bin yayub. Yayub ani dulu pahlawan sal ada ilmu kebal masa melawan kayan.

      Delete
    8. Awu,Jait bin lawing bin dayong. yang tinggal di long mayan bininya sepupu sekali nya. Tau kita c jait?

      Delete
    9. Menurut catatan yang ada pada penulis Dayung adalah adik-beradik dengan Yaram yang beristerikan Tallam. Anak mereka bernama Bilangan dan anak Bilangan bernama Sambang iaitu ayah kepada Penghulu bersara di mukim penulis iaitu Awang Bua @ Abd Rahman. Apakah catatan ini sama dengan apa yang anonymous sebutkan?

      Delete
  17. Ruyu binti siong. Nama bini siong simpul. Nama mama ku jamu binti belanda bin dayong bin yanaw bin yayub

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan Luyo Binti Siong bin orang kaya Penjaya?

      Delete
  18. inda ku tau siapa adik beradik nya. tapi kata orang yang tau mulah bapa n mulah mama ku mesti diorang cakap mulah bapa n mulah mama bukan orang lain diorang. yang ku tahu dayong ani buka kampung long mayan dulu2 atu saja. iatah tah ni kan mencari siapa saja saudara ku. mulah si diyok sepupu sekali mulah bapa ku si babi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baik tah tu kalau kita ingin mengetahui susur galur keluarga kita atu. Cuba jumpai anak si Deok di Kg Long Mayan utk maklumat lanjut.

      Delete
    2. Awu ngam c bua bukan orang lain si dayung. Bini c bua pun bukan orang lain jua.

      Delete
    3. Maksud ku c bua sama aku ank inchan 3x.

      Delete
    4. Terima kasih anonymous. Kita mungkin berkait dengan isteri penghulu Bua melalui si Gemurung (bini Yanji) dan adiknya Si Buka (bini Belanda).

      Delete
    5. Awu terima kasih,boleh ku jumpa kita nanti kalau dapat.

      Delete
    6. Terima kasih atas niat kita yang baik di atas. Namun begitu penulis rasa ada baiknya kita berhubung dan berjumpa terus dengan mereka yang penulis sarankan (anak mulah Deok di Kg Long Mayan) di atas kerana mereka lebih banyak mengetahui tentang keluarga abiskita. Begitupun sekiranya abiskita perlukan sebarang info silakan pos spt biasa di blog ini. Penulis akan cuba membantu.

      Delete
    7. Anonymous, My mother sama ur father atu sepupu

      Delete
    8. assalamaualaikum anak inchan, selamat ado raya. kita tahu adik beradik si siong selain si guru?

      Delete
    9. Deok nama bini Nya Libo ,adik beradik sama Luyo

      Delete
    10. Gumbang ,Siong sama Guru adikberadik

      Delete
  19. selamat mentuong..
    terimo kasih naak maklumat pasal sang jati selalom blog itih.
    Mudahan maklumat itih suang guno o isu mesyarakat masa itih.

    anak buah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salamat mantuwong Anak Buah
      Tarimo kasi samao-samao.

      Delete
  20. Anonymous usulnya kitani ani sepupu :D

    ReplyDelete
  21. Sang JatiSeptember 9, 2015 at 2:35 PM
    Pihak penduduk di mukim penulis lebih mengenali nama nenek bini kita sebagai Luyo binti Siong bin OK Penjaya.

    Siong adalah adik beradik dengan Guru. Luyo adik beradik dengan mulah Manai, Munchong, Libo, Darasit, Kasum, Siri dan Yukok.

    Mulah Siong memang penduduk mukim penulis. Mereka pernah menetap di kawasan Laid Lakang dan Bang Gunting.



    SAYA TERTARIK DENGAN PENERANGAN PERTALUAN AWG SIONG DENGAN AWG GURU. AWG GURU ADALAH NENEK LAKI SAYA - JINGAN BIN GURU.

    Malap Sang Jati nyambung cerita Awg Siong maya Awg Guru. Lapas ati jaie muot yapa ku untok namu cerita ati.


    Terimo kasi Sang Jati... Suang sudah tenulis kou mok blog ati..

    Getsk maaf ku... Bahasa Dusun aku ti andi berapa munchoi... Cukup- cukup makan gala... Untuk betuntut buasa gala����������

    Janidi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tarimo kasi ijun sudi mapit ngintong blog jaye ti.

      Anjop barapa suang maklumat yao aro mok jaye tantang salasilah yaki ijun nao. Mok jaye suma saboi antob Orang Kaya Penjaya ino gala.

      Mungkin ijun kalap muwot mok Che Gu Halim Kunchol atau Pintar Manai. Ngaran anak-anak Siong tantu ijun suda pandai.

      Delete
    2. Yaki ijun Guru nao basantari maya Gumbang (yama Lela) salain Siong (yama saro Manai).

      Delete
    3. kalau anak inchan add fb add hakymi phoenix. aku ada simpan sikit sal family siong sikit. aku mau tau adik beradik siong lagi sal ku dengar diorang adik beradik 5 orang.

      Delete
    4. OK Penjaya beristerikan Yapih. Anak-anak mereka 1. INUN/INUM bersuamikan SUNI 2. GUMBANG beristerikan SARAM 3. SIONG beristerikan SIMPUL 4. GURU beristerikan LIMAH 5. KIPA bersuamikan AKBAR. Demikianlah catatan yg ada pada penulis di sini.

      Delete
    5. terima kasih anak inchan bagi info nya

      Delete
    6. lagi ku heran macama mana OK osman uking boleh ada kaitan sama bapa ku katanya bukan orang lain ia ani orang ukong ,sama pehin tawih pun kata nya bukan lain orang sal yang aku tahu ia ani orang batang mitos.

      Delete
    7. Penulis masih belum ada catatan penuh tentang susur galur keluarga kedua mereka yg disebutkan. Mungkin juga ada berkaitan secara jauh sahaja dan melalui anak-anak mereka. Yang penulis ketahui salah seorang anak lelaki OK Osman Uking telah berkahwin dengan anak perempuan Awg Guma bin Lakok (sekarang menetap di Kg Bukit Udal, Tutong) . Ibu Guma adalah Dayang Siti Aisah @ Yabot bt Jair /Yawow yang dulunya tinggal di Kg Uboag-Uboag @ Ubok-Ubok , Bukit Sawat.

      Delete
    8. Dari satu sudut penulis difahamkan bahawa OK Penjaya adalah adik-beradik dengan OK Saging, OK Hitam dan OK Garai. Jika betul maka disitulah di mana kamu bersuku dengan OK Othman/Osman Uking tersebut.

      Delete
    9. dayang siti aisha ada nama nya sudah dalam senarai, macam atu jua dandan bin setia masih mencari dan apa kaitan nya.

      Delete
    10. assalamualaikum..ngam tu anak lelaki ok usman uking ani ada kwin dengan sepupu bekas lakiku..siti aisha ani adik beradik sma bekas mentuaku c kara.urg bukit udal

      Delete
    11. assalamualaikum..ngam tu anak lelaki ok usman uking ani ada kwin dengan sepupu bekas lakiku..siti aisha ani adik beradik sma bekas mentuaku c kara.urg bukit udal

      Delete
  22. Sang Telamba PepakanAugust 26, 2017 at 8:33 AM

    Ok Maya Bijaya Hj Osman bin Uking ada keturunandari Dato Pemacha Saging melalui anaknya yang bernama Yaba@Aba bin Dato Pemancha Saging. Kalau tidak silap dari ibu beliau. Manakala saya sendiri adalah keturunan dari Yalong@Alongb binDato Pemancha Saging atau pun nama Islamnya Adam bin Dato Pemancha. Saging. Keturunan Yalong banyak menetap di Kg Telisai dan akg Sungai Damit Pemadang/Ukong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang benar Sang Telamba Pepakan. Cuma yang menjadi tanda tanya kebanyakan orang adalah apakah benar OK Penjaya itu ada kaitannya dengan Dato Pemancha Saging?

      Delete
    2. Adakah Sang Telamba Pepakan ada menyimpan catatan tentang nama abang adik Dato Pemancha Saging tersebut?

      Delete
    3. Sang Telamba PepakanAugust 31, 2017 at 7:14 PM

      Betul. Saya ada menyimpan memandangkan kami adalah dari keturunan Dato Pemancha Saging sendiri. Orang Kaya Saging mungkin individu yang berlainan yang dikatakan kuburnya terletak di hulu Sg Telamba.

      Delete
  23. Sang Telamba PepakanAugust 26, 2017 at 8:35 AM

    Gumbang di atas adakah bapa kepada Mayong binti Gumbang yang keturunannya banyak di Rambai?

    ReplyDelete
    Replies

    1. Bukan. Di sini adalah Gumbang bin OK Penjaya. Tidak sama dgn Gumbang bin Tingang yg Sang Telamba Pepakan maksudkan.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. Saya ada lah cucu daripada Munchong Bin Siong Bin Orang Kaya Penjaya...sementara Jingan Bin Guru adalah sepupu sekali dengan nenek iaitu Munchong Bin Siong...Guru adalah adik beradik dengan yantud saya..Siong bin OK Penjaya...saya ingin lebih tahu lagi..adakah Dato Kurnia Diraja Gadong bekas penghulu atau Ketua kg di kg Ukong Tutong tersebut adalah besangkutan dengan waris ketane?

      Delete
    4. Sementara bapa pertuan saya yg mendiami di pengkalan tangsi Lamunin ..Suti bin Tikom bin Orang kaya Andar..sementara isteri Tikom adalah Kasom Binti Siong..adik beradik dengan Nenek saya..anak anak nenek saya yg tinggal di Lamunin pada masa ini dan sudah tiada..Suti Tikom, Kumiti Tikom, Mulah Andri Tikom, Mulah Kawin Tikom dan ada yang saya tidak ingat...sementara Luyu binti Siong anak nya adalah Mulah yambok, mulah babi dan mulah Kuyuk adalah adik beradik.

      Delete
    5. Saya ada menyimpan gambar Luyu binti Siong, Kasom binti Siong ..munchong bin Siong..derasit bin Siong dan gambar Tikom bin orang kaya Andar..

      Delete
    6. Dalam catitan penulis Orang Kaya Andar ada mempunyai 9 orang anak iaitu 4 lelaki dan 5 perempuan. Tikom dan Dato Gadong serta Utar dan Marikan adalah adik-beradik.

      Penulis tidak banyak mengetahui tentang kaitan persaudaraan antara Dato Gadong dengan keluarga Siong kecuali Tikom telah memperisterikan Kasum bt Siong sahaja. Mungkin saja patuan Shah Rul spt Suti dan Kumiti dapat memberi sedikit pencerahan tentang hal tersebut.

      Delete
    7. Adiberadi nini Gadong ada 5 lelaki, Nini Gadong, Nini Utar, Nini Tikom, Nini Paun, Nini Marikan...bini² Nini Yalas sama Nini Gudang

      Delete
    8. Mereka ada lagi seorang adik lelaki yang bernama Arum dalam catatan penulis.

      Delete
    9. suang disoh eno besantari.. suang gat lama jati iti.. alhamdulilah.. tapi andi parnah kito rabas disoh lama tuo tuo laid(maksudku yaki yantud jami)

      Delete
    10. Dato Gadong also ada adik nama baroh (if inda salah eja) yang meninggal dimakan buaya. Maybe ia yang bungsu n i think lelaki. Coz I've seen list nama adi beradi nini Dato Gadong.

      Delete
  24. Terima kasih kerana memberi penjelasan..adalah nampak di sini keluarga ketane di mana saja berada..semua bersangkut paut..alhamdulillah..sedikit sebanyak..dpt lah saya mengetahui sejarah keturunan sbelah ibu saya Rosamai binti Munchong@Rosni binti Abdullah Munchong...walau bagaimana pun ibu saya yang di angkat oleh mulah nenek laki saya..Nangkat bin Tubai@Mohammad bin Abdullah..dan nenek bini saya..Mastura binti Abdullah Mujun..walau pun di angkat..tpi masih mempunyai sangkut paut ...

    ReplyDelete
  25. Memang betul kerana kitani adalah dalam kumpulan masyarakat Sang Jati Dusun yang sama. Jika Shah Rul berpeluang berkunjung ke Labuan, di sana pun ada beberapa orang yang ada kaitan persaudaraan dengan keluarga keturunan Siong.

    ReplyDelete
  26. selamat mentuong... terima kasih suang maklumat selalaom blog ite
    ingin minta kepastian arah penulis
    bagaimana pula bagi kami urang dusun yang berada di Marudi sarawak..
    satu-satunya perkampungan org dusun di marudi adalah di Linei dan kampung padang kerbau marudi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salamat mantuwong Alai'izzatunnisa.

      Menurut catitan cerita yang ada pada penulis kebanyakan orang-orang Sang Jati Dusun yang tinggal di Marudi dan Ulu Baram adalah berasal samada dari kawasan Bukit Udal dan Merimbun di Daerah Tutong atau kawasan Bukit Sawat [Ulu Belait].

      Antara yang berhijrah ke kawasan Sarawak adalah Datu Galau, Tandu dan Bamban sementara Madang bersuamikan orang bangsa Kayan adalah sememangnya orang asal Kampong Merangking di Mukim Bukit Sawat.

      Boleh dapat tahu dari keturunan manakah Alai ini sebenarnya?

      Delete
  27. Saya juga pernah mendengar nama datu galau adalah nenek kami yg berhijrah ke marudi pada zaman dahulu. .Juga mendengar dari cerita nenek saya dahulu semasa beliau masih hidup. .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin saja mereka yang sekarang tinggal di Kg Padang Kerbau, Marudi mempunyai banyak pengetahuan tentang keluarga Datu Galau. Dikhabarkan beliau ada mempunyai empat orang isteri dan mengasuh dua orang anak sebagai anak angkat.

      Delete
  28. Replies
    1. Sungguh menarik. Apakah dialek yg mereka gunakan adakah sama spt yg ada dlm blog ini?

      Delete
    2. Dialek Sukang beza dgn dialek Dusun Brunei. Dialek mereka mirip dgn dialek Dusun Tangara (Kadazan) di pesisir Sabah dan Dusun Kujau di pedalaman Sabah.

      Delete
  29. Tolong beritahu saya siapakah OK.AMAU dan PANGLIMA INGAM ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah dengar org menyebut tentang Panglima Inggam. Sekadar menyebut nama sahaja. Tapi tak pernah dengar nama OK Amau.

      Delete
    2. Panglima Inggam anak nya kalau inda silap OK Temenggong Ari. Anak OK Temenggong Ari antaranya Litoh. Anak Litoh antara nya Likap, Rama Litoh, Rumput Litoh, dll. Ada 6 anaknya. 4 bini 2 lelaki. Kalau OK Amao tu anaknya OK Andar, Anak OK Andar Dato Kurnia Diraja Gadong. Maafkan kalau salah. Dan Rumput Litoh tu berkahwin sama Dato Kurnia Diraja Gadong. Ada 2 anak.

      Delete
  30. Sang Telamba PapakanOctober 20, 2019 at 5:41 AM

    Panglima Inggam ialah Datuk kepada Datuk Lelaki saya. Beliau menpunyak anak yang ernama OK Temenggong Ari yg pernah menjadi Ketua Kg Ukong sekitar penghujung abad ke 19. Banyak waris beliau di Kg Rambai dan Ukong. Mungkin OK Bandar Amou yang dimaksudkan oleh saudara Suluh diatas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adakah OK Temenggong Ari mempunyai adik-beradik lain? Saya juga merupakan waris ‘direct’ OKT Ari bin Panglima Inggam, kerna nenek laki saya adalah anak bongsu kepada OKT Ari. Terima kasih.

      Delete
  31. Terima kasih STP atas fed backnya. Lagi saya mau tau siapakah Penyurat Bundul. Bolehkah tuan terangkan secara detail.

    ReplyDelete
  32. Nenek saya adalah Sireh bt Siong bin O.K. Penjaya.

    ReplyDelete
  33. Kita ada lah sepupu 2kali.. nak inchan duo.... Ehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sireh berkahwin dengan Jangkok..

      Anak2 adalah :

      (1)Hjh Zaidah,@Yungi)(2) Hj.Othman (3)Hjh Zubaidah @Kalom(4) Jambu (5) Muhd. Jali @Jali(6)Hjh Fatimah@ Yantap(7)Hj. Abd Halim @Bali (8)Hjh Kasmah @Kulan (9)Noraini @ ljai

      Delete
  34. terima kasih bagi info tentang keturunan dan asal usul keluarga saya,sekarang kami sudah di satu kan dalam group whatsapp. tidak lama lagi kami akan berkumpul untuk mengenali satu sama lain dalam masa terdekat di kawasan mukim tuan. selamat hari raya. SAYA KETURUNAN OK PENJAYA

    ReplyDelete

  35. Hello Pelanggan,
    Pembiayaan Pakar Adalah penyelesaian pembiayaan yang pasti yang menawarkan semua jenis Perniagaan Besar/kecil dan pinjaman peribadi daripada $5,000 hingga 250,000 atau lebih dengan kadar faedah yang berpatutan sebanyak 2% tanpa penalti pembayaran balik awal atau lewat, kelulusan 24 jam.

    Tawaran istimewa
    Sila hubungi kami hari ini
    melalui E-mel: expertinfoq@gmail.com

    ReplyDelete
  36. Assalamualaikum...sang jati
    saya ingin mengetahui lebih lanjut utk mejejaki asal usul saya yg mana mendiang bapa saya dusun berasal dari kg Keluyoh, sg Liang dan ibu saya dusun berasal dari Kg Batang Mitus,Tutong mungkin biskita ada membuat penyelidikan mengenai asal usul dusun di Sg Liang

    ReplyDelete
  37. Assalamualaikum
    Saya salah seorang keturunan org dusun yang bmukim di kpung long linai baram dan separuhnya ada yg tinggal di kampung padang kerbau marudi

    ReplyDelete
  38. Istilah "Sang Jati" kalau dalam bahasa Dusun Sabah "Suang Yati", ertinya sama sj "bangsa kita". Di Sabah kaum Dusun pesisir masih memakai istilah yang sama, misalnya "Suang Lotud" yg ertinya "bangsa Lotud", "Uvang Pinampang" yg ertinya "bangsa Pimampang,l" dan sebagainya.

    ReplyDelete
  39. Dusun Brunei ni mgkn ada kaitan dgn kaum Dusun Sabah dr suku Lotud, Tatana, Tampasuk dan Bisaya Sabah. Sebab bahasa Dusun Sabah yg ada kemiripan dekat dgn bahasa Dusun Brunei adalah dr suku-suku ini. Dari segi klasifikasi bahasa, Dusun Brunei dimasukkan dalam group "Bisaya-Lotud, menunjukkan Dusun Brunei, Bisaya dan Dusun Lotud memiliki kaitan. Tapi kesemuanya adalah dr rumpun Dusunic.

    ReplyDelete
  40. Cool and I have a dandy present: Who To Contact For House Renovation split level home kitchen remodel

    ReplyDelete