© SEMUA HAKCIPTA ADALAH TERPELIHARA. All Copyrights Reserved


ISI KANDUNGAN BLOG ****** TENTANG PENULIS*******HOME


Wednesday, April 24, 2013

TENTANG PENULIS


Berasal dan membesar di Mukim Bukit Sawat, Daerah Belait, Negara Brunei Darussalam.

Pernah menuntut di Sekolah Melayu Bukit Sawat, Sekolah Melayu Muhammad Alam dan Anthony Abell College dan melanjutkan pelajaran di seberang laut di Republik Singapura dan United Kingdom.

Pernah berkhidmat dengan Kerajaan KDYMM Negara Brunei Darussalam selama tiga puluh lima tahun sehingga bersara pada tahun 2003.

Berpengalaman dan berkelayakan di bidang kesihatan awam,  kebersihan alam sekitar, perhubungan awam, pendidikan dan promosi kesihatan dan pernah menjadi penceramah undangan (visiting lecturer) di Universiti Brunei Darussalam (UBD), Brunei  Teachers Training College (BTTC), College of Nursing dan Sinaut Agriculture Training Centre.

Pernah menghadiri persidangan dan bengkel antarabangsa  di negara-negara Kanada, Singapura, Malaysia, Jepun dan Thailand.

Boleh menguasai bahasa-bahasa Melayu, Inggeris dan [Sang Jati]  Dusun, dan boleh berinteraksi di dalam bahasa-bahasa Iban,  Bisaya dan Tutong, dan sedikit dialek Punan dan Belait.



Pernah menggemari permainan catur dan mencapai menjadi sepuluh pemain yang terbaik di negara ini pada tahun-tahun 1975 - 1980 dan pernah bermain dengan Chess Grandmaster dan bekas Johan Catur Dunia, Prof. Max Euwe di Pusat Belia, Bandar Seri Begawan pada tahun 1975 dengan berkeputusan seri.  Terpaksa meninggalkan hobi ini pada tahun 1980 atas sebab-sebab kesihatan. 

 
Mempunyai minat di bidang kajian bahasa secara sambil-sambilan.



SANG JATI


29 comments:

  1. Sang Telamba PapakanApril 28, 2014 at 10:48 PM

    dato saya bapa mereka berasal.dri.Bukit Sawat. nma bapa mereka Gumbang. nma2 anak2 nya yg saya ingat ialah dato.Nangkat bin Gumbang tinggal di Rambai.

    ReplyDelete
  2. Hai Sang Telamba Papakan.

    Terima kasih kerana sudi menjenguk blog saya ini. You're welcome. Ya saya kenal betul dengan banyak ahli keluarga keturunan Gumbang.

    ReplyDelete
  3. Sang Telamba PapakanApril 30, 2014 at 12:11 AM

    kenal betul? adalagi mungkin pangkat moyang saya.... nama beliau Pateh Ajak... beliau ialah dato kepada nenek saya. mungkin beliau hidup sezaman moyang saya yg bernama Dato Pemancha Saging..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak-anak Gumbang yang saya kenali selain Nangkat adalah seperti Gadong, Teradi, dan Halimah. Serta banyak cucu-cucunya secara peribadi.

      Delete
    2. Sang Telamba PapakanApril 30, 2014 at 8:47 PM

      saya adalah cicit kepada Gumbang.. nama nenek Saya ialah Bidin@Edin bin Harun.

      Delete
    3. Sang Telamba PapakanApril 30, 2014 at 9:23 PM

      Nama dato saya Mayong binti Gumbang. ada keturunan saya disebalag Telamba. nama moyang saya ialah Pateh Ajak. dikatakn Patek Ajak berasal dri Bukit Sawat..

      Delete
    4. Penulis masih belum banyak menyimpan fakta tentang salasilah penuh penduduk asal di mukim ini. Penulis percaya Ketua Kampong Rambai masih boleh membantu STP tentang fakta berkenaan. Memang penulis pernah mendengar nama-nama yang STP sebutkan tetapi penulis masih belum jelas betul tentang sejarah asal-usul mereka.

      Delete
    5. Sang Telamba PapakanMay 2, 2014 at 9:01 PM

      Mayong adalah dato saya sebelah ibu. Edin@Bidin adalah nenek leleki saya iatu abang kepada ketua kg Rambai. Pateh Ajak adalah moyang saya disebalah Telamba Telisai. bnyk keturunan di sebelah Telisai dan Bukit Udal dri Pateh Ajak..

      Delete
    6. Sang Telamba PapakanMay 2, 2014 at 10:42 PM

      Saya pernah melihat salahsilah yang dari sebelah Bukit Sawat. antara nama2 yg saya ingat yg ada hubungan kekeluargaan dengan keturunan Gumbang ialah Pehin Kifli dan Setia(bapa Cikgu Etuala).
      sekarang waris Pateh Ajak di sebelah Telisai dan Bukit Udal sedang cuba menjejaki keturunan Pateh Ajak yg dikatakan berasal dari.Kg Bukit Sawat..

      Delete
    7. Menurut catitan awal salasilah penulis kedudukannya adalah seperti berikut:

      A. SIBAR adalah adik-beradik dengan TINGANG

      SIBAR (beristerikan PANTUN BT LALU) melahirkan SHAIR (isteri JANAH) yang melahirkan SETIA, YUNGGAT, YASU dll.

      TINGANG beranakkan GUMBANG (suami TANING) yang beranakkan MAYONG


      B. INA adik-beradik dengan GARAI @ YUSOF

      INA (bersuamikan ADUT B OK BELARI) melahirkan TANING (bersuamikan GUMBANG) melahirkan MAYONG, TERADI dll

      GARAI @ YUSOF melahirkan RAZAK yang melahirkan PEHIN KIFLI.

      Di atas adalah sekadar catitan awal penulis dan masih perlukan penyemakan dan pembetulan.

      Delete
    8. Sang Telamba PapakanMay 3, 2014 at 12:03 PM

      Terima kasih bnyk2 penulis. Adakah penulis mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Gumbang?

      Delete
    9. Memang ada STP. Gumbang adalah pangkat nenek pupu sekali (yaki incan - first cousin grandpa) kepada penulis. Bidin merupakan saudara pupu tiga kali (nakincan ngentalu - third cousin) penulis.

      Delete
    10. Sang Telamba PapakanMay 6, 2014 at 4:17 AM

      Terima kasih di atas infonya...

      Delete
    11. Sang Telamba PapakanMay 14, 2014 at 5:56 AM

      Jika penulis tidak keberatan, siapakah nama penuh penulis?

      Delete
    12. Sang Telamba PapakanMay 15, 2014 at 8:16 AM

      Terima kasih banyak2 Penulis.

      Delete
    13. Untuk info STP, nama PATEH yang disebut itu tidak terdapat sebarang maklumat yang berkaitan yang ada diketahui oleh penduduk asli di sini manakala OK Pemancha Saging memang ada. Manakala Barota binti Obok mungkin ada kaitan keturunannya dengan beberapa penduduk di Kg Merangking sendiri atas dasar penggunaan semula nama OBOK digunapakai oleh seseorang yang bernama UBOK BIN ILAP. Adalah menjadi kelaziman oleh penduduk SJD di sekitar sini di zaman dulu mengguna semula nama orang-orang terahulu yang ada hubungan kekerabatan dengan mereka supaya nama berkenaan terus dapat diingati oleh pewarisnya..

      Nama PATIH AJAK pernah penulis dengar disebut-sebut oleh orang-orang yang penulis kenal di tahun-tahun 1970an dulu terutamanya mereka yang berasal dari Kampong Kuala Balai terutamanya Awg Haji Janai (sekarang sudah meninggal dunia). Haji Janai fasih berbahasa Sang Jati bersama-sama dengan bahasa Meting (bahasa Belait). Ini adalah atas dasar pengamatan kasar penulis sahaja. Hakikatnya memang tidak ada sesiapa pun yang pernah menerima gelaran PATEH di mukim penulis.

      Delete
    14. Sang Telamba PapakanMay 18, 2014 at 6:33 AM

      Terima kasih banyak2. Untuk pengetahuan Penulis,Pateh Ajak mungkin dkurniakan gelaran setelah berpindah ke kg Papakan/Telisai. cerita mengenai beliau pun saya mendengar dari salah salah warisnya yg menetap di Kg Bukit Udal. mengikut cerita,beliau seorang yg kebal. keturunan Pateh Ajak bnyk dikawasan Telisai,Danau,Bukit Udal dan Sg Liang. Kubur Pateh Ajak di Tanah Pekuburan Sang Jati di Kg Bkt Udal..

      Delete
    15. Sang Telamba PapakanMay 18, 2014 at 6:38 AM

      Adakah Dato Pemancha Saging berasal dari Ukong atau dari kawasan penulis?

      Delete
    16. Mungkinkah OK Pemancha Saging itu sama dengan Dato Pemancha Saging yang STP ceritakan? Kuburan OK Pemancha Saging ada di Tasik Merimbun. Menurut cerita beliau adalah adik-beradik dengan Lasuk. Anak buah OK berkenaan ada di Bukit Sawat iaiitu keturunan Gilim seperti Gandong, Kerama, Galas dan Nyamaok.

      Delete
    17. Sang Telamba PapakanMay 18, 2014 at 8:18 AM

      Klu mengikut, saya adalah keturunan ke 5 DPS.. Bnyk yg mengatakan kubur DPS ada di Pengkalan Dalai(sebuah perkampungan lama urg2 Telisai. Ada yg mengatakan di Kg Ukong memandangkn nama sek rendah disana menggunakan nma DPS.

      Delete
    18. Sang Telamba PapakanMay 19, 2014 at 6:30 AM

      Terima kasih banyak-banyak.di atas sumbangan info2nya penulis. untuk pengetahuan penulis,saya dan seorang waris Pateh Ajak.dan Dyg Borata binti Obok yg berada di Bukit Udal iaitu seorang pensyarah di UBD msh cuba mencari dan menyusun salahsilah yang sudah jauh berkembang..

      Delete
    19. Teruskanlah usaha baik STP dan rakan. Mudah-mudahan usaha penyusunan salasilah abiskita berjaya terlaksana dengan baik.

      Delete
  4. Sang Telamba PapakanMay 1, 2014 at 3:03 AM

    Selamat Adau Gayoh saya ucapkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salamat adau gayao samo-samo. Medan jati sengaye kakal sihat ya berajeki mura santiasa. Tarimo kasi.

      Delete
  5. Assalammualaikum dato, saya seorang student..ingin bertanya mengenai apa "suangan" dalam bahasa brunei..adakah ianya ketiding?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Sugar Manis. "Suangan" adalah bakul anyaman kecil khusus bagi membawa benih padi sewaktu kerja menugal padi bukit. Suangan bukanlah jenis tekiding.

      Delete
  6. Siapakah nama ibubapa Pateh Ajak dan adek beradek-nya?

    ReplyDelete
  7. Salam Tuan Penyelidik,

    Sang Jati Dusun is it referring to Dusunic Language?

    Isai Ngaran Nu
    Nonggo tadon nu
    Miagal tokou nogi ti Misompuro Koposion

    Are the above familiar to Dusun Brunei?

    Thanks for help

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear Unknown,
      Yes, Sang Jati Dusun language is a Dusunic Language spoken in Brunei as well as those living in Marudi, Miri.

      Not all the example you have listed are familiar except for "Isai ngaran nu" which is spoken as "Esoi ngaran mu"

      Thanks for your interest.

      Delete