© SEMUA HAKCIPTA ADALAH TERPELIHARA. All Copyrights Reserved


ISI KANDUNGAN BLOG ****** TENTANG PENULIS*******HOME


Friday, April 26, 2013

BERBAGAI KEGIATAN BERKAITAN DENGAN KAYU


Berbagai perkara dapat dilakukan terhadap sebatang kayu iaitu selain daripada kerja-kerja menebang dan mengambil kulit atau isi kayunya untuk dijadikan dinding, papan, kayu api dan sebagainya. Manakala bagi pokok buah-buahan, ditunggu ianya berbunga, berbuah dan apabila buahnya masak diambil buahnya untuk dimakan. Dan seterusnya.

Masyarakat SJD mempunyai perkataan-perkataan tertentu bagi setiap jenis usaha yang berkaitan dengan kayu seperti nagad kayu (menebang kayu), natas ran kayu (menetas dahan kayu) dan sebagainya .

Berikut adalah senarai beberapa kegiatan yang bersangkut paut dengan kayu:




     nibak (menetak batang kayu dengan pemarang)

     nagad (menebang kayu)

     mupul (memotong tunggul kayu hingga ke paras bumi)

     nutu  (memotong dahan-dahan)

     munggor (membuang semua dahan-dahan kayu sehingga seperti punggur)

     mancung (memancung)

     nambalai (memasang kayu titian sebagai tempat berpijak sewaktu menebang pokok)

     nantad (menetak pohon kayu dengan kapak)

     ngalantur (melentur pokok)

     ngalantak (memasang kayu atau buluh dijadikan tangga untuk menaiki pokok)

     ngirud (mengalih arah condong pokok kayu)

     nyincib (merantas bahagian luar kayu dengan parang)

     nyincil (memotong sedikit bahagian kayu)

     ngarouk (mengharuk lubang pada batang pokok)

     nantom (menebang separuh sahaja)

     nyapi (mematah dahan-dahan pokok)

     nyungkil (mencungkil pohon)

     kayu langgar (pokok ditebang guna bagi melanggar kayu-kayu lain)

     natas (menetas dengan pemarang)

     mila (membelah batang kayu)

     mampod (memotong di bahagian hujung)

     ngubak kulit (membuka kulit kayu)

     mutul (memotong atau memenggal)

     ngarabut  (mencabut)

     nanaom (menanam)


    

    

No comments:

Post a Comment