© SEMUA HAKCIPTA ADALAH TERPELIHARA. All Copyrights Reserved


ISI KANDUNGAN BLOG ****** TENTANG PENULIS*******HOME


Monday, April 15, 2013

BAHASA DALAM - unik dan unggul



BAHASA UNIK

Ada juga ayat-ayat dengan perkataan-perkataan yang agak unik yang terdapat  di dalam perbendaharaan kata Sang Jati Dusun di sini.  Maknanya sulit untuk difahami atau ditafsirkan oleh orang-orang biasa. Contohnya:


 Bahasa Unik :  Ngkeruak Kaluyon (Burung Keruak "Kegigiran")
 Burung keruak apabila terkejut maka ia akan berbunyi bising sepertinya seseorang yang  "kegigiran"  (melatah) . Bunyi bising keruak tersebut ditafsirkan kononnya sebagai ungkapan-ungkapan perkataan berikut:
  
        "karuak babaok nakaon nibung,
          indu akaong bagang salaong,
          siuk bagancul bangow madang"


Bahasa Unik:  Lama Kaluyon (Orang Terkejut Kegigiran - melatah)
Orang-orang dahulu apabila terkejut dan terjatuh benda dari tangannya akan secara tidak sedar melatah dan mencetuskan ungkapan-ungkapan perkataan seperti:

       "e pok ngak balanga yasong"


Bahasa UnikTuntut Lamatai (Bahasa "Hantu")
Ini berkaitan dengan bahasa "hantu". Dikatakan hantu pandai menghitung dari satu hingga sepuluh sebagai:

    sin  duin  talun latun  tak  tudu  malai  lutai  langit  tupu

    sa   duo talu  apat limo anom turu walu siam mapod (SJD)

    satu dua  tiga  empat lima enam tujuh lapan sembilan sepuluh (BM)



2.  PERKATAAN UNGGUL YANG BERMAKNA DALAM 

Terdapat juga perkataan-perkataan unggul yang mempunyai makna yang dalam:
Contohnya:

bagulid  =   Berpantang membuat aktiviti-aktiviti jenis suka-suka  (hiburan) seperti bernyanyi,
                  memasang radio, tv dan sebagainya di rumah seseorang selepas kejadian kematian dan    
                  dipantangkan ahli keluarga untuk berkunjung secara bebas ke rumah orang lain.

taduyon =   Tanpa disedari membuat perbuatan atau aktiviti yang sama atas sebab terlalu biasa dan
                   sudah banyak kali melakukan perbuatan / aktiviti tersebut berulang-ulang.

sasilon  =   Membuat aktiviti yang sama selalu seperti orang yang ketagihan

   nyisil  =  Sesuatu yang mengakibatkan tidak terjumpa binatang buruan misalnya sewaktu dalam
                   perjalanan terjumpa seekor binatang "kedurau" yang berbau busuk.

                  ...................... dan banyak lagi

No comments:

Post a Comment