© SEMUA HAKCIPTA ADALAH TERPELIHARA. All Copyrights Reserved


ISI KANDUNGAN BLOG ****** TENTANG PENULIS*******HOME


Wednesday, March 22, 2017

HOME

Selamat datang 


Blog ini berupa khazanah bahasa SJD yang diolah pada bentuk yang berbeza agar mudah difahami khusus untuk tatapan semua.

Setiap isi kandungannya sebaik-baiknya telah disusun menurut kategori masing-masing dan blog ini akan dikemaskini dari masa ke semasa menurut keperluan. 


Semoga blog ini dapat memberi faedah kepada mereka yang berkenaan dan orang ramai umumnya.





I've learned that I still have a lot to learn.
I've learned that you should pass this candle on to everyone you care about. 

I just did!
I am not going to be the one who lets it die.


FRIENDSHIP CANDLE





This candle was lit on the
15th of September, 1998

Someone you know has helped
keep it alive by sending it here.

Don't let The Candle die.

Pass It On To All Of Your Friends
and Everyone You Love!





SANG JATI




                                                    ISI KANDUNGAN BLOG

PUISI: SAJAK SANG JATI





Masyarakat Sang Jati Dusun sejak dahulu kala lagi memang sering menggunakan bahasa-bahasa halus ketika bertutur dengan teman-teman dan ada di antaranya  mirip menyerupai sajak bentuk dua baris atau disitkhon.

Sebagai contoh:
1.  Esoi makan nangka; 
     Eyo suat pulut ao.
     [Siapa makan nangka, dia kena getahnya]

2. Lain inajat ;
    Lain gat gaon nyimbat.
    [Lain dihajati lain; pula diambil]

3. Lain gaon ngipa; 
    Lain gat yao mikot ngadudul inan.
    [Lain yang diintai; lain pula yang datang menyerah diri]

4.  Kalau suda nasip inan;
     Uno gala andi buli jadi.
     [Kalau sudah nasib badan;  apa saja tidak boleh jadi]


5.  Kalau suda tuwa badan
    Uno gala tatap malap
    [Kalau sudah tuah badan, apa saja tetap dapat]

6. Lamaot-lamaot karagaom,
    Memang arao gaon nagaom 
    [Diam-diam kuragam, memang ada yang terpendam]





SAJAK MODEN
Sajak jenis moden masih  jarang terdapat dalam masyarakat Sang Jati Dusun di zaman sekarang.  Penulis senghaja turunkan sebuah sajak bebas jenis Quintain (lima baris) ciptaan penulis sendiri di bawah sabagai tatapan para pembaca blog ini:



RASAO 


Mamis,
Arao hal memang mamis,
Tapi mamis ainka sabarangan,
Mamis ainka nengal-nengal,
Ingat-ingat la nao.

Pait,
Arao hal memang pait,
Tapi pait ao nao  andi kapatai,
Karna kadang-kadang pait ao mengancoi,
Suma sulit gaon nalaon.

Mancom,
Tatap mancom,
Ancom garung kandis kalumbi,
Lapaon sapak umbus sada,
Kan mancoi jadi ao.

Kalaot,
Kenyamaon bua uwai bua ulam, 
Ngal ngerejit lata matao,
Silap-silap agaon ngaluwa,
Andi katalaon la nao.

Masin,
Empuni, sada ya jaruk masin,
Padaor rasa mok dila,
Kalau anjop asin ao,
Andi jadi, lanjaop rasao ao.

Manino ni padaos,
Ainka sakadar padaos lada gala,
Padaos asut uwai ngira anak magayao ni,
Sampor padaos katab umi tuntut nagur di jati,
Sapaya iyaw jati baruba mancoi.

Pait ka mamis ka,
Kalaot ka mancom ka,
Masin  ka padaos ka,
Sengaye ao suma sakadar  rasao, 
Agaon nginyam -  agaon nalaon gala!



 KARYA:  SANG JATI 
Tarikh: 23 mac 2017
 ------------------------------------------------------



Terjemahan sajak di atas:


RASA


Manis
Ada hal memang manis
Tapi manis bukannya sembarangan
Manis bukannya direka-reka
Ingat-ingat lah.

Pahit 
Ada hal memang pahit
Tapi pahitnya itu tidak membunuh
Kerana kadang-kadang pahit itu mengubati
Cuma sulit ditelan

Masam
Tetap masam
Asam limau gelugur kelumbi
Buatkan campuran sayur ikan
Kan baik jadinya

Kelat
Rasai buah rotan buah pisang kera 
Membuat berkenyit buka mata
Silap-silap hendak diluahkan
Tak tertelanlah itu.

Masin
Telur ikan serta jeruk masin
Pedar rasa pada lidah
Kalau tanpa masinnya
Tak jadi,  hilang rasanya.

Begitu juga pedas
Bukanlah sekedar pedas lada sahaja
Pedas hambatan rotan mengajar anak membesar juga
Campur pedas bunyi suara menegurkan kita
Supaya hidup kita berubah elok

Pahitkah maniskah
Kelatkah masamkah
Masinkah pedaskah
Semuanya cuma  sekedar rasa 
Rasaikanlah - telankan sahaja!



 KARYA:  SANG JATI 
Tarikh: 23 mac 2017 

 


 




Tuesday, January 5, 2016

PENGGUNAAN BAHASA-BAHASA HALUS




Sepertinya biasa digunakan di dalam Bahasa Melayu,  para penutur bahasa SJD  juga ada menggunakan perkataan-perkataan khusus yang menggambarkan makna yang mendalam tapi halus bahasanya. Antaranya adalah seperti berikut:

i)  Jenis Umum

a) Purak mato (bermaksud hampa atau kecewa)

Purak mato mu la kalaw andi enalap mu lingkas-lingkas.
Kecewa kamu nanti kalau tidak kamu ambil cepat-cepat


b) Masa kabang (bermaksud ada benda untuk di makan)

Kalaw anjop  enibit jati tantu andi masa kabang jalama dalai la.
Kalau tidak ada yang kita bawa tentu tidak ada benda untuk dimakan orang di rumah nanti.


c) Masa atis (bermaksud berjalan keluar)

Kalaw andi mau masa atis anjop no aro barang malap lapon o.
Kalau tidak mahu berjalan keluar tidaklah ada barang dia boleh dapat.


d) Andi masa atis andi masa kabang (bermaksud ada usaha baharu ada hasil pendapatan)

Ingat gala kalaw andi masa atis andi masa kabang muyun la.
Ingat sahaja jika ada usaha baharu ada hasil pendapatan kamu nanti.


e) Andi kala bibir (bermaksud belum lama siap bercakap)

Andi lagi kala bibir ku na suda kasuat tangkap pulis neo eo.
Belum lagi kering bibir ku sudah kena tangkap polislah dia.


f)  Ngelalop mato (bermaksud tidur)

Anjop aro ngelalop mato kuji senyaban entuwong kemaye.
Tidak ada saya tidur sepanjang malam tadi.  


g) Tunjur-tunjur ikiw asu (bermaksud tidak jujur)

Adaong selalu mapinjam usin li diso no pasal eo no tunjur-tunjur ikiw asu selalu.
Jangan selalu pinjamkan dia duit kerana dia itu tidak jujur selalu


h) Limut (bermaksud tidak ikut serta)

Muyun gala manaw kuji limut adaw iti.
Kamu saja jalan saya tidak ikut serta hari ini


i) Labow mato (bermaksud kabur mata = tertipu)

Karana labow mato gama sawo o rumo santari pun eyo andi paduli.
Kerana tertipu oleh isterinya adik-beradiknya pun dia tidak perduli.


j)  Nalulun batang  (bermaksud meninggal dunia sewaktu melahirkan anak)

Ina ao nalulun batang ampak masa eno.
Ibunya meninggal dunia sewaktu melahirkan anak  pada masa itu.



ii) Jenis Berkaitan dengan perkataan "gena" atau "hati"

a) mancoi gena (baik hati)

Eo eno salalu mancoi gena o mok lama lain.
Dia itu selalu baik hatinya sama orang lain.

b) dul gena (sakit hati)

Tuntut macam eno bole ngal jalama dul gena.
Cakap macam itu boleh membuat orang sakit hati

c) merat gena  (tersinggung perasaan hati)

Adaong ngara diso la merat gena o.

Jangan beritahu dia nanti tersinggung perasaan hati nya.

d) ngalap gena (ambil hati)

Adaong ngalap gena ngarangow tuntut diso no kuma.
Jangan ambil hati mendengar cakap dia itu tadi.

e) kuat gena (kuat hati)
Memang kuat gena ku kan ngentamu di dijun.
Memang kuat hati ku untuk bertemu kamu.

f)  gena  lasu ( hati panas)

Kalaw kan gitak barang suba ngintai ampak gena o andi lasu.
Kalau untuk minta barang cuba tunggul waktu hatinya tidak panas.

g) gena sagit  (hati sejuk)

Kuji mikot ni la kalaw gina ku suda sagit.
Aku datang juga nanti kalaw hati ku sudah sejuk

h) gena lamukon (hati merpati  = mudah lupa)

Tabiat o laku gena lamukon satagol ingat satagol andi.
Tabiatnya seperti "hati merpati" sekejap ingat sekejap tidak.

i) gena rat (busuk hati)

Susa jati baguil maya jalama yo aro gena rat
Susah kita bergaul dengan orang yang ada berhati busuk.

j) naliw gena (berubah hati)

Andi kuji pandai uno pasal naliw gena o mok jami masati.
Tidak aku tahu kenapa hatinya berubah terhadap kami masa ini.

k) saboi gena (sampai hati)

Andi saboi gena ku kakito eo giad-giad gitak tolong.
Tidak sampai hati ku melihat dia menangis-nangis minta tolong


......dan banyak lagi yang lain

Thursday, June 25, 2015

PROSES AWAL TANAMAN BERBUAH







Engkawa tabadak



Setiap tanaman samada jenis berpokok atau tidak menghasilkan sesuatu terdahulu sebelum menjadi buahnya. Lazimnya tanam-tanaman berbuah mempunyai cara mereka tersendiri yang agak unik bagi menandakan yang mereka akan menghasilkan buah. 







Terdapat beberapa perkataan khusus yang digunapakai oleh masyarakat  Sang Jati Dusun di sini bagi menceritakan tentang masing-masing jenis tanam-tanaman bagi maksud  "proses awal dalam menghasilkan buah"  seperti berikut:

a) Ngusak 
Khusus bagi berbagai jenis pokok-pokok yang  mengeluarkan bunga seperti  rambutan, pengelaban,  tampoi, belimbing tampoi, mata kucing jambu,  kembayau, embanganmanggamatan dan sentul .
 
b) Nambagaoh
Khusus bagi pokok jenis langsat yang mula mengeluarkan tangkai kecil

c)  Ngkawa
Khusus bagi pokok tarap, tembedak dan nangka  yang mula mengeluarkan buah-buah kecil.

d) Ngalaput
Khusus bagi pokok durian ketika mula menunjukkan tanda-tanda letupan/pecahan pada kulit batang dan dahannya sebelum mengeluarkan bunga.

e) Ngantian
Khusus bagi tanam-tanaman padi ketika mula bunting sebelum mengeluarkan tangkai bunga.

f) Ngulow
Khusus bagi pokok-pokok pisang yang mula menghulurkan jantung tandan buahnya

g) Ngamayang
Khusus bagi pokok pinang dan kelapa ketika mula mengeluarkan mayangnya.  





Tuesday, June 9, 2015

SERBA TAK JADI



Andi jamadi (serba tak jadi)?


Orang-orang tua sering kita dengar pernah berkata:

Lain yumoan lain gat narumpak.
(Lain yang dicari lain pula yang dijumpai)

Agaon nakaon andi masuat; yalan andi jamadi
(Ditikam tak kena; dibuat tak menjadi)

Tambang tanimbak palanuk gat nakasuat
(Rusa ditembak pelanduk pula yang kena )


IMPIAN YAND IDEAL:
Boleh dikatakan semua orang di dunia ini mahukan segala yang diharap-harapkannya menjadi kenyataan kerana itulah merupakan naluri biasa bagi setiap insan. Tak ingin satupun yang salah walau sedikit jua. Semuanya perlu sempurna  -  The perfect life.  The perfect world.

Tapi sayangnya itu cuma impian sahaja bagi kebanyakan orang!


Memang indah jika dapat dicapai. Tapi kenyataannya tak semua apa  yang kita kehendaki itu semuanya dapat diperolehi sepenuhnya.   Ini bukan keganjilan tapi lumrah kehidupan yang biasa.  

Apa yang diikhtiarkan tak semestinya semuanya tetap  menjadi  100% seperti yang dirancangkan samada kerana bersebab ataupun tanpa ada sebab langsung sekalipun.



Contohnya pokok buah yang  berbunga tapi  tak semestinya setiap kuntum bunganya itu akan menghasilkan buah. Kadang-kadang sebiji pun tak menjadi.

Itu hakikat yang sebenarnya. Hakikat semua yang hidup di dunia ini.  Kadangkalanya lain yang diharap-harapkan lain pula yang diperolehi. 


PERIBAHASA SANG JATI: 
Terdapat satu peribahasa Sang Jati Dusun yang berbunyi:

 "Baliung jadi usus"

yang diterjemahkan secara kasar berbunyi "tombak besar menjadi tombak kecil" yang membawa maksud "apa yang dirancang awal tidak kesampaian malahan lain pula yang diperolehi iaitu sesuatu yang kurang berfaedah".




Berikut adalah beberapa perkataan khusus Sang Jati Dusun di sini yang menggambarkan keadaan sesuatu yang serba tak jadi:



1. nupoar  
   Jatuh habis;  bunga pokok buah jatuh semuanya tanpa menghasilkan sebarang buah.


2. nabawaol 
    Tak masak betul; nasi yang dimasak tak jadi masak sepenuhnya dengan baik


3. nalibah 
   Hilang keberkesanan; rasa tuak atau kesan tuba yang hilang bisanya.

4.  napasakan
 Mengering; bahan penawar dan sebagainnya yang disimpan di rumah  mengering dan hilang keberkesananya akibat terlanggar pantang khusus.

5. nangancag  /nangadow
    Mengeras; keadaan buah yang mengeras saja dan langsung tidak mahu masak apabila diperam atau nasi yang mengeras akibat kekurangan jumlah air ketika dimasak.

6. natali 
     Cair; keadaan embuyat yang terlalu cair akibat tersalah cara menyediakannya.

7. muli lamoi
    Kembali tanpa ada perolehan; pulang dengan tangan kosong selepas pergi berburu, menangkap ikan atau mengumpul buah-buahan dan sebagainya. 

8. kalagaos
   Merajuk; pokok buah yang berhenti berbuah akibat sesuatu kejadian kejutan seperti selepas buah di atas pokoknya dinaiki dan habis dimakan oleh binatang babi..


  
[Apa betulkah pokok buah itu pandai merajuk?  Memang itulah kepercayaan orang-orang dahulu berdasarkan pengalaman dan pemerhatian mereka sendiri sejak zaman berzaman. Adakah cara untuk membujuk sesuatu pokok yang "merajuk" itu untuk berbuah kembali seperti dahulu?  Mungkin juga ada!  Tapi apakah dia?   Penulis]


Saturday, May 23, 2015

KETULAHAN



A. KONSEP  "KATULA" (KETULAHAN )

Masyarakat Sang Jati Dusun di sini sejak zaman berzaman mendidik anak-anak mereka supaya sentiasa tidak membantah sebarang nasihat orang-orang yang lebih tua dari mereka terutamanya kedua ibu bapa, nenek-nenek serta mertua dan semua yang bermertabat lebih tinggi dari mereka.

Sedangkan menyebut nama sebenar mertua sendiri adalah terlarang kerana perbuatan sedemikian bukan sahaja dianggap seolah-olah tidak menghormati  mertua bahkan dipercayai perbuatan sedemikian akan mengundang "tula"  (ketulahan) yakni bala atau kehidupan yang penuh dengan kecelakaan di masa depan.

Banyak perkara yang dianggap "makatula"  (menjadi ketulahan)  di dalam kehidupan bermasyarakat Sang Jati Dusun di sini yang sedikit sebanyak telah banyak mempengaruhi cara kehidupan yang harmoni penuh dengan sopan santun dan saling hormat menghormati di antara satu dengan yang lain sejak zaman dahulu.


Contoh-contoh perkara yang menimbulkan ketulahan adalah:


1. Andi kasa nyabit ngaran bangiwan.
    [Tidak kuasa menyebut nama mertua]

2. Andi kasa tamalib kuai lidau dapan rabas jalama tuwo.
    [Tidak kuasa melintas-lintas depan muka orang tua]

 3. Andi kasa ngaramu jalama pangkat sawat tad jati.
    [Tidak kuasa memaki orang berpangkat tinggi dari diri sendiri]

4. Andi kasa baparurud andi tantu ya jalama yao labi tuwo tad jati.
   [Tidak kuasa bergurau tidak menentu dengan orang yang lebih tua dari diri sendiri]

5. Andi kasa tajao-tajao nikom ulu tetuwo.
   [Tidak kuasa  memegang kepala orang-orang tua dengan senghaja]

6. Andi kasa madaop sariba atis jalama tuwo.
   [Tidak kuasa tidur di bawah kaki orang tua]

7. Andi kasa nganjawap kasar tuntut jalama tuwo.
   [Tidak kuasa menjawap kasar cakap orang tua]

8. Andi kasa nuru jari mok jelama-jelama tuwo.
   [Tidak kuasa menunjuk jari kepada orang-orang tua.]

9. Andi su ngancawao kakimu pangkat sawat tad sandiri.
   [Tidak disuruh beristeri wanita yang pangkatnya tinggi dari sendiri]

10.  Andi kasa ngalawan tuntut indu yama atau tetuwo.
      [Tidak kuasa melawan cakap ibubapa atau orang-orang tua]
  
11. Adaong manyumpa anak la matula diso.
      [Jangan menyumpah anak nanti ketulahan dia]


KATULA (ketulahan) dan DARAKA (derhaka) adakah  berbeza?


Katula (ketulahan) bagi masyarakat SJD di sini  adalah tidak sama dengan perbuatan daraka (derhaka).

Ketulahan adalah kesan akibat sesuatu perbuatan yang lazimnya dipercayai terlarang sementara derhaka adalah dianggap sebagai perbuatan menentang sesuatu yang secara normalnya adalah tidak selayaknya terjadi. 

Banyak buku dan filem yang diterbitkan tentang hal-hal anak-anak menderhaka kepada ibu-ibu kandung mereka misalnya saperti kisah-kisah Si Tanggang dan Nakhoda Manis. Mereka ditonjolkan sebagai menderhaka dan disumpah oleh ibu mereka kerana enggan mengakui ibu mereka sendiri atas sebab malu kepada isteri masing-masing.

Doa seorang ibu yang melahirkan adalah dianggap mengasi (berkesan) apatah lagi jika dia menyumpah sudah tentu menjadi ketulahan besar kepada seseorang anak yang dilahir dan diperbesar dengan air susu dan penat lelahnya itu. Tak selayaknyalah seseorang anak sampai menderhaka kepada ibu kandungnya sendiri atas sebab apa jua sekalipun. Jika tidak disumpah sekalipun perbuatan sedemikian memang dipercayai sudah cukup jelas mengundang musibah "ketulahan" yang besar  kepada seseorang anak.


Seseorang yang  natula (ketulahan)  lazimnya tidaklah akan menjadi batu serupa dengan yang dikisahkah di sana. Kesan natula di sini kebanyakannya berbentuk wajah-wajah kehidupan yang kelihatan rumit atau susah yang dipenuhi dengan kesempitan rezeki dan kebanyakan yang dilaksanakan atau dirancangkan sering berakhir dengan kegagalan. Itulah sesuatu akibat natula (ketulahan) menurut kepercayaan masyarakat Sang Jati Dusun setempat.

Kepercayaan adalah subjektif.  Betul tidaknya terserahlah kepada diri masing-masing. Yang penting ianya adalah bersifat positif dan menjurus kepada ciri-ciri kepentingan hidup bermasyarakat agar sentiasa rukun damai dan saling hormat-menghormati di antara satu dengan yang lain.



B.  KATA-KATA TERBITAN

Dari kata dasar "tula" maka terbitlah beberapa perkataan lain seperti berikut:

1.  tula
     Arao tula muyun la andi bapantang mayabit ngaran bangiwan muyun sandiri
    (Ada ketulahan kamu nanti tidak berpantang menyebut nama mertua kamu sendiri)
  

2. katula
   Andi katula ka kalau jati ngalawan tuntut mancoi indu yama?
   (Tidak menjadi ketulahankah kita melawan cakap baik ibu bapa?)

3. natula
    Eyaw ao andi ni pa sanang pasal natula nangada indu yama diso.
   (Kehidupannya tidak juga berapa senang sebab ketulahan membuang ibu bapanya. )


4  matula
    Matula bao jati jikalau nyamarana jalama tuwo jati sandiri.
    (Ketulahanlah kita jikalau menyeksa kehidupan orang tua kita sendiri)


5. makatula
    Andi kasa nyabit ngaran bangiwan la makatula.
    (Tidak boleh menyebut nama mertua nanti ketulahan)

6. ngantula
    Adaong ngantula di jalama la suat ukum ekow.
    (Jangan mengeluarkan kata-kata yang menimbulkan ketulahan orang nanti kena hukum)

    
7. mangantula
    Tuntut mu iti macam mangantula dijaye katab ayu ao.
   (Kata-kata kamu ini seperti menimbulkan ketulahan pada diri ku bunyinya)

8. entelaan
    Selalaom adat arao ukum "entelaan" jikalau manyanai eno ngencawao kakimu pangkat nakaon di diso.
    (Di dalam adat ada hukum "penebus kesalahan yang dianggap mengundang bala ketulahan" apabila pemuda itu beristerikan gadis pangkat kemanakan kepadanya)
   
9. ketelaan
    Jadi ketelaan la di diso kalau mangada di indu yama sandiri.
    (Menjadi ketulahan nanti bagi dia jikalau dia membuang ibu bapanya sendiri.)





C.  Peribahasa Yang Berkaitan Dengan Ketulahan


Tula ti ainkan laku layao kakaton padaos.
(Kesan akibat ketulahan bukanlah seperti halia pabila digigit terasa pedasnya)


Maksud peribahasa: 

Kesan akibat "ketulahan" tidak semestinya timbul dengan serta-merta. Ianya mungkin timbul di suatu masa yang akan datang secara sembunyi-sembunyi tanpa disedari.



D.  Petua penangkis musibah ketulahan

Musibah ketulahan dipercayai dapat ditangkis sekiranya tidak disenghajakan atas sebab secara jujurnya terpaksa dilakukan demi untuk memberikan keterangan yang tepat tetapi tidak ada berunsur negatif disebaliknya.
 
Ada terdapat satu kepercayaan beberapa ahli masyarakat setempat di sini tentang petua  yang dianggap sebagai penangkis kepada segala bala  "ketulahan"yang lazimnya dibaca awal sebelum menyebut sesuatu yang terlarang misalnya apabila menyebut nama orang-orang yang berpangkat mertua, menyebut tentang kisah rumahtangga orang-orang tua mereka sendiri dan lainnya.


Mantera yang dibaca adalah:  
 "Tula batu tatuli"

Maksud sebenar makna mantera tersebut adalah mirip seperti 
"biarlah bala ketulahan itu jatuh kepada batu dan tempurung dan tidak mengena kepada diriku". 

Namun begitu ianya tidaklah layak digunakan bagi mereka yang melawan, menyiksa atau menderhaka kepada ibubapa mereka!

Monday, May 11, 2015

PARADOKS (PARADOX)



Masyarakat Sang Jati Dusun di sini gemar menggunakan kenyataan-kenyataan yang berunsur paradoks pada waktu-waktu yang tertentu semasa mereka berbual-bual.

PARADOKS  (paradox)  adalah kenyataan yang kelihatan bercanggah atau bertentangan tetapi mengandungi kebenaran walaupun pada awalnya kadangkala kelihaan tidak logik.


Nyatanya apa yang diungkapkan mempunyai makna yang bertentangan dari apa yang disebutkan. Seseorang boleh mengenal samada ianya paradoks atau bukan cuma dengan memerhati dan mendengar bagaimana alunan dan nada suara sesuatu ungkapan kata itu disampaikan. Biasanya ianya seolah-olah serupa dengan kata seruan tapi agak berbeza di dalam cara penyampaiannya. Ada di antaranya berunsur senda gurau  supaya orang lain berasa geli apabila mendengarnya.


Jika dikatakan "madan jelama nagilo makakito diso!" (pengsan tergila-gila semua orang terlihatnya) sebenarnya bermaksud "wajahnya tidak cantik"  sebagai contoh.



Berikut adalah antara beberapa kenyataan paradoks yang sering biasa didengar:


1.  Batata ni ayu jalama eno!
      (Hebat betul usul orang  itu!)

      Makna sebenar:
      Kelihatan buruk atau hodoh.


2. Palap ku ejun sengaye  engkali bao ta nao!
     (Barangkali ku suruh kamu ambil  kah itu semua!)

      Makna sebenar:
      Melarang mengambil.


3.  Patayao nao jami ti sengaye!
     (Bunuh saja kami ini semua)

      Makna sebenar:
      Jangan mengganggu kami.


4.  Mikum eyo nao makan.
      (Dia itu malu makan)

      Makna sebenar:
       Makan sepuas hati.


5.  Temun ulu ao kan nulung dijati.
      (Terjun dia nanti datang untuk  menolong kita)

    Makna sebenar:
    Tidak boleh diharap sebagai tempat untuk meminta pertolongan.


6. Arao usin duwo guni tenauu ku untuk mu.
     (Ada duit dua guni aku simpan untuk kamu)

     Makna sebenar:
     Tak ada duit yang disimpan

7. Mapaod inan suda sawao ao kalaw muyun andi pasaya.
    (Sepuluh orang sudah isterinya kalau kamu tidak bercaya)

      Makna sebenar:
      Tidak pernah beristeri.


8.  Mancoi banaor bao gena ao nao..
      (Baik betul hati dia itu )

     Makna sebenar:
     Paling kedekut orangnya.


9.  Kanao banaor-banaor la anak mu eno!
      (Kamu makan habislah anak kamu itu!)

      Makna sebenar:
      Sabar. Jangan disakiti sangat anak itu.


10.  Eyo nao lamaot.  Anjaop suang tuturan!
     (Dia itu pendiam. Tak banyak cerita!)

      Makna sebenar:
      Dia itu pembual atau kuat bercerita.


11. Andi mancoi rasao kui eno!
      (Tak nyaman rasa kuih itu!)

     Makna sebenar:
     Kuih itu sangat sedap dan cepat habis dimakan.


12.  Temun ta ulu ku manau li sino la.
       (Terjun barangkali kepala ku berjalan ke sana nanti)

       Makna sebenar:
       Aku tak ingin pergi.


13. Andi yao ingat. Kalamuan ao suda.
      (Tidak dia ingat. Terlupa sudah dia.)

      Makna sebenar:
      Dia ingat  akan segalanya.


14. Malap diarap bao eyo nao. Andi malao langaon ao nao.
      (Boleh diharap dia itu. Tangannya tak membuat kacau)


     Makna sebenar:
     Tak boleh diharap. Memang suka mencuri orangnya.

Thursday, May 7, 2015

HIPERBULI (HYPERBOLE)

Hiperbuli  (Hyperbole) adalah ungkapan yang kelihatan serupa kelakar yang berlebih-lebihan atau melampau  digunapakai untuk memperkatakan sesuatu maksud.

Bentuknya adalah seperti berlawanan kepada pernyataan yang tidak lengkap (understatement).  Hyperbole berasal dari perkataan orang-orang Greece yang bermakna "lebihan" (excess) .

Penggunaan hyperbole juga turut hadir di dalam perbendaharaan kata masyarakat Sang Jati Dusun di sini atas tujuan menambah "warna" kepada bahasa agar kelihatan menarik dan lucu didengar sewaktu berbual.

Sebagai contoh:

1. Naus suda dila ku batuntut mangira di dijun
   ( Manipis sudah lidahku bercakap menasihati kamu)

2. Andi magat malap gaon nyait mok talingo gala.
    (Tidak berat dapat disangkut pada telinga sahaja)

3. Kan baribu kali suda kuji ngara.
    (Hampir beribu kali sudah aku memberitahu)

4. Laus ku ti sanginan karabaw pun maye kanaon ku.
    (Saya lapar sekarang seekor kerbau pun habis aku makan)

5. Nigiri banaor inan ao laku tinggor pasaw.
   (Kurus benar badannya seperti lidi daun kelapa)

6. Laju eyo basimbul laku pilak ganit.
   (Laju dia berlari seperti cahaya kilat)

7. Matai ti kalaw andi kalap mikot nyabaoi bilin jalama yao suang eno.
    (Mati nanti kalau tidak dapat hadir menyampaikan pesanan orang yang banyak itu).

8. Paling miskin miso sen pun anjaop arao mok langaon.
    (Paling miskin satu sen pun tidak ada di tangan)

9.   Murung banaor ngitung jari pun andi pandai.
    ( Bodoh benar menghitung jari pun tidak pandai)

10. Naye parai ku inakan kara.
     (Habis padi ku dimakan kera)

11. Malaong adaop ao laku bangkai.
     (Nyenyak tidurnya seperti bangkai)

12. Kuat lakak ao laku jalama kakito lamatai.
     (Takut benar dia seperti orang ternampak hantu)

13. Bambaol-bambaol akan ao laku salama umur ao anjop  parna tenak nakan.
     (Laju makannya seolah-olah selama umurnya tak pernah diberi makan)

14. Suang usin ao baguni-baguni.
     (Banyak wangnya berguni-guni)





PANTUN BERUNSUR HIPERBULI
Berikut ada beberapa pantun yang mengandungi ungkapan-ungkapan berunsur hiperbuli yang penulis karang sendiri.

1. Sada bantaong salalaom pariuk,
    Lalaw baribu disan paku;
    Adaong ngintoang inan ku diok,
    Musu saribu malap lanaon ku.

2.  Pira pena isan bantuka,
    Kito bayao pukot ranggang ;
    Kalaw gena suda suka,
    Gunung gayao malap gaon nanggang.

3.   Batang talasai isu mamali,
     Tancaok tabulang kasuat sandi;
     Agao matai saribu kali,
     Nyara ala pantang kuji andi.



TERJEMAHAN PANTUN DI ATAS:

1. Ikan sisik di dalam periuk
    Akar ribu-ribu tepi paku
    Jangan nampak badanku kecil
    Musuh seribu dapat ku lawan

2. "Pahat penukul"  tepi kereta
     Ternampak buaya pukat renggang
      Kalau hati sudah suka
      Gunung besar dapat di angkat 

3. Batang talijuru guna menutup
    Lempar lembing terkena tepat
    Biar mati seribu kali
    Menyerah kalah pantang saya tidak mahu.
    





Sunday, March 29, 2015

MAKANAN KLASIK

Setiap masyarakat di dunia ini biasanya mempunyai makanan klasik mereka yang tersendiri .

Berikut adalah senarai nama beberapa jenis makanan klasik masyarakat Sang Jati Dusun yang terdapat di Mukim Bukit Sawat amnya:




1. Nama makanan yang dihasilkan dari bahan sagu rumbia:

      a)  embuyat
      b)  tumpi nataok
      c)  kulut
      d)  lamat embuyat
      e)  laput embuyat 


2. Nama makanan yang dihasilkan dari bahan beras:



   
Panjaram
     a) nubur
     b) panjaram tapung dadaok
     c)  tanggilan
     d)  tumpi tapung
     e)  kapinis
     f)  kapunjung
     g)  kingkin
     h)  kanupis nubur
Kanupis




     i)  nubur lapaot
     j)  asin
     k) burak
     l)  pangasi
    m) nubur tambulu
    n)  wajit
    o)  amping
    p)  dadi 
    q) panjaram umow

Kingkin

Tanggilan


3. Nama makanan yang dihasilkan  dari bahan ikan:

    a)  jaruk sada
    b)  guring sada
    c)  pais sada
    d)  lungku sada kala
    e)  salaw sada
    f)  gadaw sada, liking sada
    g)  tambulu sada
    h)  lempan sada
    i)   ampaop sada, karaoh sada
    j)   padar sada  (sada badadang)
    k)  karut anci sada
    l)   liking sada
   m) balambaom sada
   n)  sada masin


4. Makanan yang dihasilkan dari bahan daging binatang:

    a) lempan daging (daging masak air bercampur bahan-bahan perasa) 
    b) jaruk daging
    c) lampayang daging
    d) goring daging
    e) panggang daging (dadang daging)
    f) lungku daging,  tulang
    g) sup tulang
    h) pais daging

[Nota:  Binatang yang biasa dimakan adalah termasuk kambing, karabaw (kerbau), sapi, bancalaw (kijang), tambang (rusa) dan palanuk (pelanduk) dan bagi yang tidak beragama Islam termasuklah  ramao (babi hutan) dan bawi ( babi peliharaan)]


5. Makanan jenis haiwan yang bersayap

a) lempan, goring, tunu manuk, itik, angsa (ayam, itik, angsa)
b) lempan, goring, tunu laggawow (burung)

[Nota: Jenis burung yang biasa ditangkap untuk dimakan termasuklah jenis sarokan (punai tanah), manuk entalun (ayam hutan) , lamukoan (punai) , tawan (punai dahan)  dan lainnya.]


6. Makanan yang dihasilkan dari bahan tumbuh-tumbuhan:



Raun Tetuwod

     a) umbus raun bagu
     b) umbus kangkung
     c) umbus pusuk darajai
     d) umbus pusuk paku
     e) umbus raun bayamnur / taum
     f) umbus raun entupak
     g) umbus tunjung
     h) umbus raun tetuwod

Raun Taum

Raun Pusuk bagu









     i) umbus tih
     j) umbus babayi
    k) umbus pusuk bakayu
    l)  umbus pusuk mangan
   m) umbus pusuk danculuk
    n) umbus pusuk timbun, sangup, labu, lambu, paria, bagao 
   o) umbus raun pagaga, raun asang sada, raun kacang
Raun Pagaga
    p) umbus abi,  jaruk abi
    q) umbus rabung
    r) umbus papa kaladi
    s) umbus punyoad ulam, rancawan, sagang, engkibing
    t) umbus batang punti,  batang binci
    u) gulai rabung
    v) jaruk rabung 


7. Makanan jenis umbut tumbuh-tumbuhan:

     a) umbus punu uwai dabur,  kitoan, uwai lambat
     b) umbus punu luba
     c) umbus punu ramaok
     d) umbus punu nibung
     e) umbus punu bidang
     f) umbus punu danjiru
     g) umbus punu eyol
     h) umbus punu kalumbi
     i)  umbus punu pasaw
     j) umbus punu rambiyo
  

8. Makanan yang dihasilkan dari bahan buah-buahan:

     i) Kumpulan masakan sayur:

       a) umbus bua-bua labu,  sangup, kasula, paria, angab, lambu, timbun
       b) umbus bua lada mata
       c) umbus bua kacang
       d) umbus bua tarung
       e) umbus bua-bua tabadak,  nangka,  dedan,  madang
       f) umbus  bua-bua punti, ulam
      g)  umbus kulit bua mangan

    ii) Kumpulan makanan kering:

       a)  liking tabadak
       b)  lua bua lalit
 
    iii) Kumpulan masakan bubur:

      a)  bubur bua palajau
      b)  bubur kacang gadung

    iii) Kumpulan minyak makan:
 

       a) ling mitus
       b) ling piton 
       c) umow pasaw




9) Makanan yang dihasilkan dari bahan isi tumbuh-tumbuhan:

    a) umbus anci bagao
    b) umbus anci bakayu
    c) bubur anci-anci kaladi, bagao, bakayu
    d) kanupis bakayu
    e) umbus anci ubi tumbung
    f) tunu/ tanaok anci bakayu, anci bagao, anci kaladi
    

10) Makanan jenis kulat yang dibuat sayur:

    i) Kulat yang tumbuh di batang:

   a) kulat kadaop
   b) kulat sabibir
   c) kulat kugan
   d) kulat bangungu batang ramaok
   e)  kulat karanci
   f)  kulat bura
   g) kulat bulu

   ii) Kulat yang tumbuh di tanah:

   a)  kulat taun
   b)  kulat sarokan
   c)  kulat tindik
   d)  kulat piton


11)  Makanan jenis buah

  i)  Buah dimakan ketika sudah masak:

      a) bua danculuk
      b) bua dancalaw
      c) bua upis
       d) bua-bua dedan sawat, dedan sariba, dedan dangang
       e) bua-bua lalit nera, lalit simpur, lalit suluk
       f) bua lampun
       g) bua taye
       h) bua-bua sukang,  mangkaom, engkelan
       i) bua-bua mangan, tadiyon, mangan bakas, ukung, palipis, kamasang,
       j) bua-bua ramakaot, barasan, lentung, kamati, lakang, kamanggis, enggalaw
       k) bua-bua bantut, kamata, langitom
       l)  bua-bua arut, jukit
      m) bua-bua tababui, pugi,  mamaling
      n) madang, papuan
      o) barun, balunu, deran
      p) bua  sibut (sabal)
      q) mawao (mata kucing)
      r) bua  kamambu (duku)
      s) bua lancat
      t) bua jejuluk parinta

  ii) Jenis buah yang perlu direndam terlebih dahulu dengan air panas:

     a) langagi
     b) ngaluwon
     c) baliakong
     d) karamao
     e) karakas
  

12) Bahan perasa:

       i) Dari jenis buah:

        a) bua ancaom kalumbi
        b) bua kandis
        c) kulit bua sarapit
        d) bua ancaom garung
        e) bua lada parai,  lada gading  
        f)  kulit bua  angaoh
        g) umi langa
        h) kulit bua kalukug



       ii) Dari jenis tumbuh-tumbuhan:

        a) anci engkibing
        b) anci kunyit
        c) anci layao
        d) batang sagumow
        e) anci bawang , raun bawang
     
13) Jenis makanan sayur dari bahan bunga:

       a) umbus usak kadundum
       b) umbus usak sagang



14) Jenis-jenis bahan minuman:

       a) Ling mutit
       b) Ling kabuduk
       c) aig tabu


15) Makanan dari jenis serengga:


   
Utoad rambiyo
  


  a) Guring utoad rambiyo
  b) Padar utoad rambiyo







16) Makanan dari bahan jenis haiwan liar yang lain:


    a) lempan sawaong (buaya punggur),  
    b) Lempan labi,  babag (kua-kura)
    c) Tunu / panggang/ goring ikiw sai,  abaop (jenis katak)
    d) Goring,  lempan, tunu engkutung (tenggiling)
    e) tunu engkawot  (kelalawar)
    f) lempan sigug

[ Nota:  Makanan di atas adalah terhad khusus bagi penggemarnuya sahaja]





Sunday, March 15, 2015

BERKAITAN DENGAN API



Terdapat satu ungkapan berupa teka-teki lama yang dalam bahasa Sang Jati Dusunnya berbunyi:


Diok-diok jadi kawan
suda gayao jadi lawan


iaitu yang lebih dikenali ramai dalam Bahasa Melayunya:

"Kecil-kecil menjadi kawan,
 sudah besar menjadi lawan"

Jawapannya tentulah APUI (API)


-----------------------------------------

Apui diok (api kecil)  memang perlu digunakan untuk urusan-urusan mangimot (memasak), manunu (membakar) atau ngalasu (memanaskan) makanan. Tapi apui gayao (api besar) yang tidak terkawal adalah amat membahayakan.

-------------------------------------------

Apui diok lutoan
(Api kecil kayu api)
Alan nancaraob nakan apui yao andi takawal
(Rumah terbakar dimakan api  yang tidak terkawal)





Apui gayao mok entalun
(Api besar di hutan)



A.   Perkataan Sang Jati Dusun yang berkaitan dengan api:

Ada berbagai perkataan SJD yang ada hubungkaitnya dengan api.   Antaranya adalah seperti di bawah:


1. Lasu (panas)

a) Lasu (panas)

Kuat lasu apui eno.
Kuat panas api itu.

b) kalasuan (kepanasan)

Kalasuan rabah kuji gama apui eno.
Kepanasan muka aku oleh api itu.

c) ngalasu (memanaskan)

Agaon ngalasu tagulu nubur eno sabalum makan.
Dipanaskan dulu nasi itu sebelum makan.

d) nalasu  (dipanaskan)

Nubur suda nalasu.
Nasi sudah dipanaskan.

e)  palasu (suruh panaskan)

Palasu ku diso nubur eno kamaye.
Ku suruh dia panaskan nasi itu tadi.

f) lasu-lasu (panas-panas)

Mancoi makan nubur masa eyo kakal lasu-lasu lagi.
Baik makan nasi semasa ia masih panas-panas lagi.


2. Pisoak (padam)

a) pisoak (padam)

Agao eyo pisoak.
Biarkan ia padam

b) misoak, mamisoak  (padam, memadam)

Agao misoak apui eno.
Padamkan api itu.

Ngalap aig untuk mamisoak apui eno.
Ambilkan air untuk memadam api itu.


c) napisoak (padam)

Apui eno suda napisoak.
Api itu sudah padam

d)  kapisoak (terpadam)
Andi jami kapisoak apui eno.
Kami tidak terpadam api itu.


e)  pisoakaon (padamkan)
Pisoakaon jati suang-suang apui eno sabalum eyo malarat.
Kita padamkan ramai-ramai api itu sebelum ia melarat.


f) panisoak (padamkan)

Apui eno suda panisoak jami.
Api itu sudah kami padamkan

g) pasaokaon (api terpadam)
Pasaokaon gala nubur tananaokku pasal apui lanjang ku napisoak.
Mentah saja nasi yang ku masak kerana api periok ku terpadam.

h) nakapisoak (tersalah padam)
Andi sadar apui balanga ao nakapisoak gama ku.
Tanpa disedari api belanganya tersalah padam oleh ku.



3. Nunu (bakar)

a)  tunu  (bakar)
Uno bua tunu muyun  buku eno!
Apa sebab  kamu bakar  buku itu!

b)  nunu  (membakar)

Jalama eno nunu karatas .
Orang itu membakar kertas.


c)  manunu (membakar)

Ero manunu libun baju yao andi lagi malap isu.
Mereka membakar kain baju yang tidak lagi dapat dipakai.

d)  tanunu (dibakar)

Naye libun baju laid tanunu ero.
Habis kain baju lama dibakar mereka.

e)   tunuwon (bakarkan)

Tunuwon gala kalau andi malap isu neyo.
Bakarkan saja kalau tidak dapat digunakan lagi

f)  batunu (dibakar)
Sada batunu labi mancoi rasao ao babanding sada baguring..
Ikan dibakar lebih baik rasanya berbanding ikan bergoreng.

g) nanunu (membakar)
Esoi ka nanunu alai jalama eno?
Siapakah membakar rumah orang itu?


4. sikit (nyala)

a) sikit (nyala)
Kuat sikit apui mu eno.
Besar nyala api mu itu.


b)  likit  ( nyala)

Likit apui esoi ta eno?
Nyala api siapakah itu?



c) ngalikit  (menyalakan)

Eyo ngalikit apui ngisu nyak gas.
Dia menyalakan api menggunakan minyak tanah.


d) nab sikit  (sinaran nyala )

Makito tad siti nab sikit apui eno.
Ternampak dari sini sinaran nyala api itu.

e) sanikit  (bernyala)

Apui eno sanikit kanduwo.
Api itu bernyala semula.

f) bur-bur sikit (bernyala terjulang-julang tinggi )

Bur-bur gala sikit apui kito jami tad sadu.
Bernyala terjulang-julang tinggi saja api itu kami nampak dari jauh.


5. dilom-dilom ( terkedip-kedip kecil)

Dilom-dilom gala sikit apui lampung ao.
Terkedip-kedip kecil saja nyala api lampunya..


6.  iyaw (hidup)


a) iyaw  (hidup)

Iyaw suda apui tanunu ku.
Hidup sudah api yang aku bakar.

b) ngiaw   (hidupkan)

Agao ngiaw apui mok kabun sino.
Hidupkanlah api di kebun sana.

c) iniyaw (dihidupkan)

Iniyaw ao kanduwo apui yao suda napisok eno
Dihidupkannya semula api yang sudah padam itu.

d)   kiyaw    (terhidupkan)

Andi eyo kiyaw apui tad kamaye.
Dia tidak terhidupkan api sejak tadi.



7.  tugi  (tiup )

a) tugi (tiup)

Apui eno eyaw sandiri andi paya suat tugi.
Api itu hidup sendiri tanpa payah kena tiup.
 
b) Nugi  (tiupkan)

Agao muyun nugi apui eno.
Kamu tiupkanlah api itu.


c)  tigi / tugi (tiupan)

Eyaw apui eno pabila suat tigi langaos .
Hidup api itu apabila terkena tiupan angin.


d) tanugi (tiupkan)

Andi tanugi muyun ta apui eno.
Kamu tidak tiupkan api itu barangkali..


e)  manugi (meniup)

Uno isu manugi apui eno?
Apa pakai meniup api itu?

f)  tugiyon / tigiyon (ditiup)

Apui eno samikit sandiri tugiyon langaos.
Api itu bernyala sendiri ditiup angin.

g) Patugi (suruh tiupkan)
Suba patugi mu diso gala apui mu eno.
Cuba suruh tiupkan dia saja api mu itu.

h) Tugi-tugi  (tiup-tiupkan)

Tugi-tugi apui ku eno la adaong saboi mapisoak.
Tiup-tiupkan api ku itu nanti jangan sampai terpadam



8. lanuk  (luka terbakar )

a) lanuk (luka terbakar)

Lanuk apui paya kan nguru.
Luka terbakar api payah diubati .


b)  malanuk  (terbakar luka)

Malanuk la kalau andi ingat-ingat.
Terbakar luka nanti kalau tidak berhati-hati.

c)  nalanuk (luka terbakar)

Nalanuk pao ao suat apui.
Pahanya luka terbakar terkena api.


d) kalanuk (membakar luka)

Papow apui pun buli kalanuk.
Bara api pun boleh membakar luka.



9. padar (panas)

a)   padar (panas)

Sada ti andi suat padar kamaye.
Ikan ini tidak kena panas tadi.


b)  panadar   (dipanaskan )

Sada eno panadar ao mok apui.
Ikan itu dipanaskannya pada api.

c) mamadar (memanaskan)

Kuji mamadar sada sawat sikit apui.
Saya memanaskan ikan di atas api bernyala.

d) padaraon (panaskan)

Padaraon gala diso disan apui eno.
Panaskan saja  ia di tepi api itu.



10. tanapik apui (api yang melarat)
Nancaraob kabun Yamat tanapik apui tad jalama sambila.
Hangus kebun si Amat terkena api yang melarat dari orang sebelah.


11. lisun  apui(asap api)

Kuat lisun apui mu eno.
Kuat asap api mu itu.

 
12. putoang  (kayu api yang dibakar)
Dambao suang putoang apui ti kuma?
Mana banyaknya kayu api yang dibakar ini tadi?


13. rusoang   (asap arang )
Itom rabah ao suat rusoang apui.
Hitam mukanya terkena asap arang api. 


14. papow (abu)
Jadi papow suda kayu eno inakan apui. 
Jadi abu sudah kayu itu dimakan api.


15. lutoan  (kayu api)
Suba muyun ngalap lutoan untuk lapaon isu mamuang apui.
Cuba kamu ambil kayu api untuk dipakai menghidupkan api.


16. nyudu  (hulurkan)
Agaon nyudu kayu yao suda kala sapaya lingkas apui ao samikit.
Hulurkan kayu yang sudah kering supaya lekas apinya bernyala.



17. tugi apui (alat peniup api)
Ngalap batang bulu kow isu yalan mu tugi apui. 
Kamu ambil batang buluh pakai kamu buat alat peniup api.



18. anak apui  (anak api)
Rancang-rancang gala ayu anak apui eno tamulud li sawat.
Terlompat-lompat tinggi saja rupanya anak api itu terbang ke atas.



19. Saraob (hangus)

a)  saraob (hangus) 

Mancoi saraob ao tunu ku kaniab.
Baik hangusnya pembakaran ku kelmarin.


b) nancaraob (hangus) 


Nancaraob tap alan jalama eno kasuat ratu tulud anak apui.
Hangus atap rumah orang itu terkena jatuh anak api yang berterbangan.



20.  jalab (jilat)

 a) jalab (jilat)
Natai tabadak ao nakasuat jalab apui eno.
Mati pokok tebedaknya terkena jilat api itu. 

b) Jalab-jalab (menjulang-julang)
Jalab-jalab gala ayu apui eno nakan raun kayu sabaoi li untu ao..
Menjulang-julang sahaja rupanya api itu membakar daun kayu hingga ke pucuknya.

c) Jalabaon (hangus terjangkit)

Agaon ngiang kabun jati mancoi-mancoi sapaya andi mancaraob jalabaon apui jalama lain.
Bersihkanlah baik-baik kebun kita supaya tidak hangus terjangkit jilatan api orang lain.



21. parun (tompok tempat pembakaran)

a) parun  (tompok tempat pembakaran)
Agao muang apui mok parun eno.
Hidupkan api di tompok tempat pembakaran itu.

b) marun (bakar secara bertompok)
Agao marun kayu eno la.
Bakarkan secara bertompok kayu itu nanti.

c) panarun (bakarkan secara bertompok)
Panarun ku suda kayu eno kamaye.
Sudah aku bakarkan secara bertompok kayu itu tadi.

d) paparun (suruh bakarkan secara bertompok)
Paparun ku diso kayu eno.
Ku suruh dia bakarkan secara bertompok kayu itu.


22. lincoab  (siram dengan air)

 a) lincoab (siram dengan air)
Apui eno napisoak suat lincoab gama pasukan bumba.
Api itu padam kena siram dengan air oleh pasukan bomba.

b) nalincoab (siramkan dengan air)
Andi nalincoab mu apui eno sapaya mapisoak..
Kamu tidak siramkan dengan air api itu supaya padam.

c) lincoab-lincoab  (dipadam-padamkan dengan air )
Adaong lincoab-lincoab puang apui ku iti la.
Jangan dipadam-padamkan  dengan air api yang ku hidupkan ini nanti.

d) palincoab (suruh siramkan dengan air)
Palincoab ku diso apui eno sapaya andi malarat.
Ku suruh  dia siramkan dengan air  api itu supaya tidak melarat.

----------------------------------------------------------------------------------------------


B.  PERIBAHASA SJD YANG BERKAITAN DENGAN API

i. Laku apui nalincoab ya aig .
(Seperti api disirami dengan air)

Maknanya: Berhenti serta merta atau putus semangat.

ii. Lasu inan laku apui.
(Panas badan seperti api)

Maknanya:  Panas badan meningkat naik

iii. Laku panadar mok apui rasao ao.
(Seperti dipanaskan ke api rasanya)

Maknanya:  Rasa panas

iv. Laku apui saniram nyak gas.
(Seperti api disirami minyak tanah)

Maknanya:  Memburukkan keadaan

v. Laku manaw sawat apui rasao ao.
(Seperti berjalan atas api rasanya)

Maknanya:  Perasaan tidak selesa

vi. Laku apui imba tata ao.
(Seperti api belukar rimba coraknya)

Maknanya:  Pembakaran api yang cukup memuaskan

vii) Jadi batu apui
(Jadi batu api)

Maknanya:  Menjadi dalang membuatkan orang berkelahi atau bermusuhan  


-------------------------------------------------------------------------------------------------

 C.   PERKATAAN SINGKATAN

 i)  papuipapuang apui  (suruh hidupkan api)


 Contoh ayat:

Papui ku diso mok bataon o eno tiap-tiap sambut.
(Ku suruh dia hidupkan api di ladang padinya itu setiap pagi.)



 ii)  enapui = panuang apui   (dihidupkan api)

Contoh ayat:

Suda enapui ao tanaom lada  ao eno.
Sudah dihidupkannya api  tanaman ladanya itu.