Secara otomatis ada beberapa perkataan SJD dijadikan satu dan perkataan panjang dipendekkan sahaja justeru menghasilkan bahasa-bahasa singkatan. Evolusi sebegini memang banyak berlaku di dunia ini. Contohnya perkataan-perkataan Melayu berikut:
Berdiri di tapak kaki sendiri kini menjadi Berdikari
Dalam hal yang sama maka masyarakat SJD juga mengalami proses yang serupa. Contoh-contohnya adalah seperti berikut:
a) Perkataan yang dihasilkan melalui penyingkatan dua perkataan yang lain.
Perkataan Singkatan SJD Perkataan Asal SJD Bahasa Melayu
mantiti macam iti macam ini
manino macam ino macam itu
pulung pulau enulung kawasan yang dipulaukan
b) Perkataan panjang yang biasa dipendekkan sebutannya:
Perkataan Singkatan SJD Perkataan Asal SJD Bahasa Melayu
Nung tamunung tanjung di hujung bukit
Pu pupu kawasan yang mudah dibanjiri
air dan ada banyak ikan
Pak papak kawasan pulau buah-buahan
Kid bukid bukit
Puk puruk puncak bukit
Bang bawang sungai
Lama jalama orang
Tang batang batang
c) Berkaitan dengan nama-nama tempat:
Kebanyakan perkara di atas ada kaitannya dengan nama-nama tempat.
Contoh-contoh:
Nung Tadion, Nung Anggi, Nung Arut
Pu Rigan,
Pak Pasaw, Pak Babau, Pak Kudu
Kid Usung, Kid Serawong, Kid Barang
Puk Teripos, Puk Tibas
Bang Gunting, Bang Ligi
Tang Papo, Tang Rugi
No comments:
Post a Comment