© SEMUA HAKCIPTA ADALAH TERPELIHARA. All Copyrights Reserved
ISI KANDUNGAN BLOG ****** TENTANG PENULIS*******HOME
Friday, March 15, 2013
MEMPERKATAKAN TENTANG "KUAT" ATAU BANYAK"
Terdapat di dalam perbendaharaan kata SJD beberapa perkataan yang menggambarkan "KUAT " atau "BANYAK" tapi tidak disebutkan sepertimana yang terdapat di dalam Bahasa Melayu seperti "kuat makan, kuat bercakap, kuat berjalan, banyak tidur, banyak bermain" dan sebagainya. Begitulah juga di dalam Bahasa Inggeris seperti "eats a lot, talk a lot, travel a lot, sleep a lot". Semua perkara tersebut tergambar di dalam satu perkataan sahaja.
Contoh-contohnya:
B Melayu Inggeris SJD
kuat makan eats a lot marijang
kuat bercakap talks a lot bibiran
kuat berjalan travel a lot pangkajow
kuat tidur sleeps a lot paradop
kuat ketawa laughs a lot parinci
kuat bermain plays a lot pamalui
kuat mengumpat gossips a lot pamulut
banyak kepandaian knows a lot pamandai
kuat pemarah scolds a lot panuntut
kuat bergaduh quarrels a lot pangutoal
Contoh-contoh ayat:
1. Memang marijang. Naye kui enakan o.
Memang kuat makan. Habis kuih dimakannya.
2. Eyo no bibiran. Andi eyo mau baranti batuntut.
Dia itu kuat bercakap. Tidak dia mahu berhenti bercakap.
3. Tabiat pangkajow o balabi, andi pandai garom dalai.
Tabiatnya yang kuat berjalan itu keterlaluan, tidak pandai diam rumah.
4. Jelama paradop andi malap biton jati manaw buai.
Orang kuat tidur tidak dapat dibawa berjalan lama.
5. Parinci banor ekow ti. Kadiok-kadiok pun agaon mu ngirak
Kuat ketawa benar engkau ini. Sedikit-sedikit pun kamu ketawakan.
6. Anak pemalui harus agaon ngenjaga mancoi-mancoi.
Kanak-kanak yang kuat bermain harus dijaga baik-baik.
7. Suang jelama andi suka diso pasal eyo no pamulut banor.
Banyak orang tidak suka dia kerana dia itu betul-betul kuat mengumpat.
8. Sabagai satiausaha jalama yo suat calun eno mestila aro pemandai.
Sebagai setiausaha orang yang dicalunkan itu mestilah yang ada banyak kepandaian.
9. Labi banor penuntut o kimu tuo eno. Sengaye jalama esawan o.
Melampau betul kuat pemarah wanita tua itu. Habis orang dimarahinya.
10. Jati yo santimbang ya jalama pangutoal mastilah jaga-jaga.
Kita yang berjiran dengan orang yang kuat bergaduh mestilah berjaga-jaga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment