Terdapat di dalam bahasa Sang Jati Dusun di sini di mana perkataan-perkataan yang serupa digunakan di dalam bahasa Melayu baku turut dipakai sama secara gandingan kepada sesuatu perkataan SJD yang lainnya.
Contohnya perkataan-perkataan LUPA dan SATU seperti pada gandingan-gandingan berikut::
a) INGAT LUPA
b) PUN SATU
1. ingat lupa
Maksudnya: kadang-kadang ingat dan kadang-kadang lupa.
Contoh ayat:
Kuji ingat lupa ni pasal ngaran-ngaran jalama yao garaom tagulu mok kampung jati ti.
[Saya kadang-kadang ingat dan kadang-kadang lupa tentang nama-nama orang yang tinggal dahulu di kampung kita ini]
Perkataan lupa digunakan di sini sebagai gandingan kepada perkataan "ingat" sedangkan memang ada terdapat perkataan SJD kalamuan bagi perkataan lupa tersebut.
Perkataan "ingat" memang ada di dalam bahasa SJD dan terdapat juga perkataan SJD yang lain "sintao" yang bermaksud sama iaitu "ingat" tapi ianya tidak digunakan bagi gandingan ungkapan perkataan seperti yang tersebut di atas.
Contoh-coontoh penggunaan perkataan "sintao" di dalam ayat:
a) Kuji salalu sintao di dijun.
[Saya selalu ingat kepada mu]
b) Kakal masintao ni kuji kisa jati samasa jati kakal lagi diok tagulu.
[Masih teringat juga saya kisah kita semasa kita masih lagi kecil dahulu]
Ungkapan sintao kalamuan memang tidak ada digunakan secara bergandingan di dalam perbendaharaan kata Sang Jati Dusun. Yang digunakan adalah "ingat lupa" sahaja. Malahan bagi maksud yang sama ianya digunakan sebagai:
Kuji kadang-kadang sintao kadang-kadang kalamuan ni pasal ngaran-ngaran jalama yao garaom tagulu mok kampung jati ti.
Perkataan SJD "lupa" berkenaan memang ada digunakan pada ayat seperti:
Kuji jadi palupa banaor masa suda baumur ti.
[Saya menjadi pelupa benar masa sudah berumur ini.]
Penggunaan betul perkataan ingat dan lupa serta sintao dan kalamuan:
Jami kakal ingat lagi ngaran mu.
[Kami masih ingat lagi nama kamu]
Adaong ni jadi angat-angat palupa saboi-saboi ngaran sandiri pun andi neo ingat.
[Janganlah menjadi terlalu pelupa sehingga nama sendiri pun tidak ingat lagi]
Kadang-kadang kuji masintao ni kisa-kisa samasa tagulu eno.
[Kadang-kadang saya teringat / terkenang juga kisah-kisah di masa dahulu itu.]
Iti suda kuji ngara di dijun jadi adaong ekow kalamuan la.
[Sekarang sudah saya beritahu kepada kamu maka jangan kamu lupa nanti]
2. pun satu
Maksudnya: berbuat tabiat seolah-olah disenghajakan
Contoh ayat:
Ekow ti pun satu, suda pandai barang eno andi malap lapaon kakal ni ekow bakuat kan mengalap di diso.
[Kamu ini pun satu, sudah tahu benda itu tidak dapat diambil masih juga kamu kepingin benar untuk mengambilnya.]
Perkataan "pun" di sini digunakan sebagai perkataan gandingan kepada perkataan "satu". Memang ada perkataan SJD lain seperti "tunggal" dan "miso" bagi perkataan SATU berkenaan tapi ianya seolah-olah tidak serasi digandingkan dengan perkataan PUN - misalnya PUN TUNGGAL, PUN MISO untuk digunakan untuk memberikan maksud yang sama seperti di atas.
Contoh penggunaan perkataan TUNGGAL dan MISO:
i) Eyo eno anak tunggal. Anjaop arao rumoa santari ao..
[Dia itu anak tunggal. Tidak ada adik-beradiknya.]
ii) Eyo miso gala kalap nakaod kayu eno.
[Dia seorang sahaja dapat memanjat kayu itu]
Perkataan PUN mempunyai beberapa makna di dalam bahasa SJD seperti pada contoh-contoh ayat berikut:
i) Eyo pun naya nanaw di jami.
[ Dia pun ikut pergi bersama kami.]
ii) Pun kayu eno gayao.
[Pohon kayu itu besar.]
iii) Uno kan pun sarita jati ti kuma?
[Apakah pangkal cerita kita ini tadi?
"PUN" di atas bermakna "pun" , " pohon" dan "pangkal" di dalam bahasa Melayu.
No comments:
Post a Comment