© SEMUA HAKCIPTA ADALAH TERPELIHARA. All Copyrights Reserved
ISI KANDUNGAN BLOG ****** TENTANG PENULIS*******HOME
Sunday, April 28, 2013
BAHASA BERUNSUR MANTERA
Orang-orang tua SJD mempunyai kepercayaan mereka yang tersendiri yang mereka pelajari dari nenek moyang mereka sejak zaman berzaman dan sering mengajar anak buahnya untuk mengamal petua atau perkataan-perkataan yang ada unsur manteranya khusus untuk tujuan tertentu.
Contohnya:
i) Ilag-ilag-ilag. Lampuyang jarangaw.
(Dibaca sewaktu buang air kecil di kawasan hutan)
ii) Et la laku sala.
(Dibaca untuk memohon sesuatu sebagai doa)
iii) Pun sia sia
(Diucapkan sewaktu menyentuh sesuatu makanan atau minuman yang dia tidak mahu makan atau minum supaya terhindar dari bala kempunan )
iv) Su su su. Asu gayo asu diok.
(Diucapkan sewaktu menumpahkan air panas yang mendidih ke tanah konon untuk menghindar supaya sebarang tanam-tanamannya tidak rosak akibat air panas tersebut.)
v) Palis-palis
(Diucapkan supaya terhindar dari ditimpa bahaya atau bencana yang serupa )
vi) Puri yalui puri yadong
(Diucapkan supaya terhindar dari azab "masab" apabila terserempak kejadian atau perbualan yang ganjil)
vii) Sao Sao Sao . Laku parai sasao kow la
(Diucapkan ketika mula menugal atau menabur padi di sawah supaya hasil padi akan bertambah baik dengan banyaknya)
viii) Tula batu tatuli
(Diucapkan sewaktu sebelum menyebut tentang kisah orang-orang tua yang berkaitan dengan hal-hal pasangan suami isteri agar tidak menjadi "ketulahan")
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment