Tuesday, May 28, 2013
PERBANDINGAN BAHASA SJD DENGAN MURUT TIMUGON
Bahasa Sang Jati Dusun agak berbeza sedikit jika dibandingkan dengan Murut Timugon di Sabah. Kemiripan memang ada tapi pada kebanyakan tempatnya ianya kelihatan berbeza sekali.
Contoh-contohnya:
SJD MURUT TIMUGON B MELAYU
madaop mombolong tidur
makan mangkan makan
manaw mugar jalan
buli mabuli boleh
tulung tulungo tolong
uno atan apa
dambao ati mana
esoi osoi siapa
umbus sansam sayur
adaw iti raiti hari ini
lagu rimbai lagu
Contoh ayat 1.
BM: Siapa nama kamu?
Murut: Osoi inggalan muno?
SJD: Esoi ngaran ijun?
Contoh ayat 2:
BM: Tolong saya ambil gitar itu.
Murut: Alapi raki gitar no.
SJD: Lapao dijaye gitar eno.
Contoh ayat 3:
BM: Kamu masak apa itu?
Murut: Atan ansakon muno?
SJD: Ekow nanaok uno eno?
Contoh ayat 4:
BM: Apa sayur kita hari ini?
Murut: Atan sansam takau raiti?
SJD: Uno umbus jati adaw iti?
Contoh ayat 5:
BM: Sudah makan atau belum?
Murut: Naka'akan kono kia?
SJD: Pangao nakan ataw andi?
Contoh ayat 6:
BM: Mari kita makan sama-sama.
Murut: Ibok mangkan takau sasama.
SJD: Sung jati makan samao-samao.
Kalau dilihat,kebanyakan Psrkataan Sag Jati di kawasan2 selain dari Telisai menggunakan Sancam.. Tetapi di Telisai menggunakan gulai.. Berbeza dgn Sang Jati di kawasan penulis yg bahasaya mirip dengan bahasa puak Sang Jati di Kg Bukit(kalau saya tidah salah).
ReplyDeleteKawasan Kg Bukit berjiranan dengan mukim penulis maka tidaklah dihairankan kenapa banyak kemiripan penggunaan bahasa di antara kedua-dua masyarakat. Demikian juga dengan mereka yang tinggal di Kg Long Mayan. Yang jelas berbeza adalah cara membunyikan sebutan sesuatu perkataan itu ataupun loghat yang digunapakai. Perkataan "sancam" turut digunakan sama di mukim penulis tapi ianya terbatas di kawasan-kawasan perkampungan di bahagian darat sahaja seperti di Merangking contohnya.
DeletePerkataan "gulai" turut digunakan di kawasan penulis yang membawa maksud "merebus sayur-sayuran contohnya jenis rebung atau umbut-umbutan" sebelum dimasak sebenarnya menurut citarasa seseorang.
Contoh ayat:
"Lapao gulai rabung eno kan agaon ku nanaok sapak sada la"
(Ambil gulai rebung itu akan ku masak campur ikan nanti )
Seterusnya dengan menggunakan perkataan dasar "gulai" terbit beberapa perkataan lain seperti "ganulai" "ngagulai" dan " pagulai" seperti pada contoh-contoh ayat berikut:
Delete"Pangao suda punu nibung eno ganulai ku kemaye."
(Siap sudah umbut nibung itu aku rebus tadi)
"Aku masati sibok ngagulai rabung nalap ku kaniab"
(Aku sekarang sibok merebus rebung yang ku ambil kelmarin).
"Rabung eno pagulai ku diso"
(Rebung itu aku suruh dia rebuskan)
Terima kaeih bnyk2 penulis. bnyk ilmu dan info bermanfaat yang diperolehi. itulah keunikan bahasa Sang Jati Dusun yg mempunyai variasi mengikut tempat masing. contohnya di Telisai/Telamba,walaupun bersebalahan dan mempunyai hubungan darah dengan puak Sang Jati Danau@Penyatong,tetapi terdpt variasi dan loghat yg berbeza terutamanya dlm membunyikan perkataan yg ada mempunyai bunyi huruf 'R' seperti Aro(ada).
ReplyDeleteDi situ pasti ada banyak rahsia yang tersembunyi misalnya rahsia asal usul sesuatu masyarakat. Contohnya di manapun seseorang itu berada ia tetap terikat sedikit sebanyak dengan budaya lama masyarakat asalnya. Penerapan budaya baru boleh saja berlaku tertakluk kepada diri ahli sesuatu masyarakat itu samada cepat atau lambat mensesuaikan diri masing-masing. Pengekalan "lugat" contohnya.
DeleteNamun begitu pensesuaian terhadap loghat tidaklah penulis anggap sebegitu serius yang membawa kepada kepupusan mana-mana bahasa tetapi penerapan bahasa-bahasa lain jika tidak terkawal pasti akan membuat sesuatu bahasa itu menjadi beransur hilang. Ini tidaklah bermakna kita tidak boleh belajar bahasa-bahasa lain. Penulis pernah terbaca suatu ketika dulu tentang seorang Professor yang mampu menguasai hampir 100 jenis bahasa di dunia ini. Hakikatnya makin banyak bahasa yang diketahui maka paling beruntunglah seseorang itu. Intipatinya - biarlah kita berbahasa dengan betul supaya bahasa tersebut akan dapat ditiru dengan betul juga oleh masyarakat muda yang akan mewarisi segala apa yang kita tinggalkan nanti.
Penulis percaya perkara di atas memang sudah banyak dikaji oleh pihak UBD misalnya.
Saya setuju dengan penjelasan yang dikemukakan oleh penulis. saya ucapkan syabas dan tahniah di atas usaha penulis membuat blog ni memandankan kurangnya info-info samada yang bertulis,bercetak atau dari media masa mengenai Sejarah,cerita atau.apa saja yang berkaitan dengan Puak Sang Jati Dusun untuk dijadikan tatapan atau rujukan bagi kaum Sang Jati Dusun khas dan maayarakat lain amnya. banyak ilmu-ilmu yang berguna dengan merujuk blog penulis.Jika.penulis memperluaskan lagi skop cerita atau contoh2 dari tempat lain,mungkin bagi saya akan membuatkan blog penulis lebih menarik. ini cuma pendapat saya. syabas saya ucapkan!
DeleteTerima kasih Sang Telamba Papakan atas feedbacknya.
DeleteBlog ini akan penulis update dari masa ke semasa dan akan penulis muatkan dengan beberapa paparan baharu yang bertepatan dengan tujuan matlamat penerbitan blog ini dan tertakluk kepada batasannya. Semoga semua pengunjung blog ini mendapat sedikit sebanyak faedah darinya.
Sekirannya ada sebarang kemuskhilan yang berkaitan dengan bahasa Sang Jati Dusun sila ajukan soalan abiskita dan penulis akan cuba membantu sedaya yang termampu. Terim kasih sekali lagi.
Adakah Murut Timugon dan Murut Tagol berbeza?
ReplyDeletemungkin kah adanya perkataan dari Suku-suku Murut yang ada di Borneo yang mempunyai kosa kata yang sama atau seakan-akan sama dengan Puak Madi?
Fakta yang ada pada penulis adalah bersifat terhad. Mungkin STP boleh mendapatkan maklumat sampingan selanjutnya dari sumber yang lain. Contohnya pada www.sumandakdusunmurut.blogspot.com.
Delete