Sunday, May 26, 2013

MUSIBAH MASAB DAN LAGENDA PULAU APIL


Masyarakat Sang Jati Dusun sejak dahulu lagi menyimpan kepercayaan mendalam tentang adanya keujudan fenomena malapetaka asab (masab). Masab adalah sesuatu fenomena kejadian yang berlaku atau timbul sebagai kesan akibat perbuatan manusia yang secara senghaja ataupun tidak senghaja mamulai (mempersenda-guraukan) benda-benda yang kelihatan ganjil di dunia ini ataupun berbuat sesuatu perbuatan yang agak pelik secara rasionalnya. 


Contohnya:

a)  Mempersenda-gurau keganjilan sesuatu:

     magirak rupa kabuding (mentertawakan rupa nandung / pepatung - dragonfly)

     magirak  rupa tumpi (mentertawakan rupa tumpi)

     magirak rupa maragang (mentertawakan rupa beruk merah)


b) Berbuat sesuatu yang ganjil atau pelik:



    nganjua duo inan utod (menyabung dua ekor ulat sagu)

    menau' rusoang mok rampaod  anci tabulang (meletak arang di hujung mata lembing)


Perbuatan masab tidaklah terbatas kepada yang di atas itu sahaja malahan meluas merangkumi kepada semua perangai atau perbuatan yang kelihatannya "menghina" dan "mempersenda-guraukan" serba-serbi yang dicipta oleh Tuhan Yang Maha Pencipta.  


[Apa kemungkinannyakah masab itu adalah amaran atau hukuman duniawi yang diperturunkan oleh Tuhan kepada hambanya? Entahlah. Masing-masing masyarakat mempunyai kepercayaan yang berbeza-beza dan amat subjektif untuk dipersoalkan. Pihak orang-orang tua SJD selalu mengingati anak buahnya agar jangan berbuat masab agar tidak ditimpa sebarang musibah yang tidak diingini. Jalama tatuwo labi tagulu nakan uson kain ero (Kata mereka, orang tua lebih awal merasai makan garam).  PENULIS]




CERITA-CERITA TENTANG KESAN MASAB


Banyak diceritakan tentang hal bagasab (membuat masab) ini di kalangan masyarakat SJD.  Diceritakan bahawa seseorang itu dengan semena-mena berkelakuan ganjil tergeleng-geleng kepalanya selepas mentertawakan rupa seekor nandung (pepatung) yang memang mempunyai kepala yang tergeleng-geleng ketika hinggap di atas daun. Ada juga orang yang pernah banungkar (diserang) oleh beruang ketika baharu sahaja masuk hutan setelah selesai mentertawakan rupa tumpi (kuih sagu yang menyerupai ruti canai) di rumahnya awal sebelum itu.

Kadang-kadang ada juga terdapat kisah orang cedera malahan mati akibat dipanah kedemat (petir) tunggal di siang hari setelah selesai mentertawakan rupa beruk merah ataupun apa saja benda-benda, binatang, serangga dan sebagainya.  Yang paling ganjilnya ada juga yang kononnya menjadi batu akibat berbuat masab sementara pernah diceritakan oleh beberapa orang bagaimana rumah mereka didatangi oleh berbagai bunyi yang menakutkan ketika malam menjelma akibat perbuatan anak-anak mereka yang suka membuat patung-patung tanah dan mentertawakannya.

Lagenda Pulau Apil berikut merupakan sebuah cerita asal usul  yang berhubungkait dengan musibah masab.



LAGENDA PULAU APIL

Aro no kisa sanginan kakimu nyisi sanginan sada apil sambil mamaba anak diok o mok likud diso mok sabua pangkalan mok disan pulau. Sa mana-mana nikot puro inan pikot ngacaw anak diok yo banaba o eno. Anak diok eno magiad.

"Adaong ngacaw anak ku" kain indu o sambil ngurab-ngurab langon o suba nyigo pikot-pikot yo mikot tulud-tulud eno.

Tapi pikot-pikot eno tatap ni ngacaw anak diok o eno tarus-tarusan mengal indu o raso batamba kasiow.

"Hei adaong ngacaw anak ku. Muyun nganggu  jami bakarijan.  Kalaw muyun pandai, suba muyun gala nyisi sada apil ti," rauk o kasiow.


Samana-mana cuaca jadi baruba jam-jam eno. Walaupun ampak sambut eno mata adaw senikit tarang tapi masa no baruba jadi liom karna tanutup gama awan itom tabal mok dadaw.
Langos mulo tamilib kancang.  Samana-mana samilaw no tunggal kademat yo kuat mikot memana indu ya anak o yo kakal nyisi sada apil mok pangkalan padas ti. Pana o ainka pana sabarang-barang.  Inan duo' eno samana-mana jadi kadow yo satarus o njadi batu.  Batu eno genalar jalama masa eno sabagai "batu bababa" yo bamaksud "batu bersikut" senalom tuntut Malayu..

Karna kajadian eno maka ngaran pangkalan padas eno kenadim sabagai Pangkalan Pulau Apil pasal kaitan o maya  "ikan kalui"   bamaksud sabagai  "sada apil" senalom  tuntut Sang Jati Dusun.  


Manino la gimana pulau eno nakalap ngaran o sabagai Pulau Apil.

"Batu bababa" eno kakal aro mok senalom aig bawang mok pangkalan eno saboi masati tapi nyugut ira jalama-jalama tuo eyo no andi malap gon ngacaw. Kalaw gon ngacaw maka malapataka ribut ya rasam sapow kan mendau.

 

  


 TERJEMAHANNYA:

Pangkalan Pulau Apil


LAGENDA PULAU APIL

Tersebutlah kisah seorang ibu menyisik seekor ikan kalui sambil menyikut anak kecilnya dibelakang di  sebuah pangkalan  di tepi pulau. Tiba-tiba datang beberapa ekor pikat mengganggu anak kecil yang disikutnya itu. Anak kecil itu menangis.

"Jangan kacau anak ku" kata si ibu sambil menepis-nepis tangannya cuba menghalau pikat-pikat yang datang berterbangan itu.

Tapi pikat-pikat itu tetap juga mengganggu anak kecilnya itu secara terus-terusan membuat si ibu rasa bertambah marah.

 "Hei jangan dikacau anak ku. Kamu mengganggu kami bekerja. Jika kamu pandai, cuba kamu saja  yang menyisik ikan kalui ini,"  teriaknya dengan geram.

Tiba-tiba cuaca jadi berubah serta merta. Walaupun di pagi itu matahari bersinar dengan terangnnya tapi kini berubah menjadi gelap kerana ditutupi oleh awan hitam yang tebal di langit. Angin mula bertiup dengan kencangnya. Tiba-tiba mencetuslah satu halalintar yang dahsyat datang memanah si ibu dan si anak yang sedang menyisik ikan kalui di pangkalan perahu tersebut. Panahannya bukanlah jenis panahan biasa. Badan kedua-dua mereka tiba-tiba bertukar menjadi keras dan seterusnya menjadi batu. Batu tersebut digelar oleh orang-orang di zaman itu sebagai "batu bababa"  yang bermaksud "batu bersikut" di dalam bahasa Melayu.

Atas kejadian tersebut maka nama pangkalan perahu itu disebut sebagai Pangkalan Pulau Apil kerana kaitannya dengan "ikan kalui"  bermaksud sebagai  "sada apil" di dalam bahasa Sang Jati Dusun.  

Begitulah bagaimana pulau tersebut mendapat namanya sebagai Pulau Apil.

"Batu bababa" berkenaan masih ada di dalam air sungai di kawasan pangkalan berkenaan sampai masa sekarang tapi menurut nasihat orang-orang tua ianya tidak boleh diganggu. Kerana jika diganggu maka malapetaka ribut dan hujan lebat akan turun.



No comments:

Post a Comment