Wednesday, February 26, 2014

MENGENAI BAHASA [SANG JATI ] DUSUN




Bahasa atau dialek yang digunakan oleh orang-orang Sang Jati Dusun di daerah-daerah Belait dan Tutong adalah serupa kecuali pada loghat dan sedikit perkataan yang berbeza jika dibandingkan dengan dialek yang digunakan oleh lain-lain puak di negara ini sepertinya puak Melayu Brunei, Murut, Belait, Tutong dan Kedayan manakala puak Bisaya mempunyai dialeknya yang tersendiri yang hampir serupa dan mudah difahami oleh orang Sang Jati jika digunakan di dalam percakapan biasa.

 a) Perbezaan perkataan:
Antara perkataan-perkataan Sang Jati yang berbeza ialah seperti perkataan Melayu "nenas" yang disebut sebagai "pisang" di kawasan Ukong dan Bukit Udal sementara di lain kawasan ianya disebut sebagai
"basung".

Basung





Ramaok


Sejenis umbut palma yang dikenali dalam bahasa Melayu sebagai "umbut bengkala"  disebut sebagai "punu labong" di kawasan Ukong dan Bukit Udal tapi disebut sebagai "punu ramok" di beberapa tempat yang lain.  Perkataan "barang-barang" dalam bahasa Melayu boleh saja disebut sebagai "inda-inda" bagi mereka yang tinggal di kawasan Telisai sementara di kawasan-kawasan Bukit Sawat dan Sukang ianya disebut sebagai "karuban". Namun begitu perkataan "inda-inda" pernah digunakan oleh orang-orang tua di kawasan Kg Merangking dahulu tapi kemudiannya tidak dipakai lagi sekarang.

Contoh-contoh lain:

   SJD Bkt Sawat               SJD Bkt Udal           Bahasa Melayu



      sidan                                     tian*                         perut

      tian                                       tian*                          bunting

      lenggayo                              ngalalan                     jalan

      ngimot                                  ngamasak                   masak
 
      nguno                                   ngkuro                        kenapa

      kedan                                    kaduan**                    lusa

      kaduan                                  kaduan**                   keguguran
    
      tukal                                       ngiri***                    nipis isi

      ngiri                                       ngiri***                    kurus (badan)



    [  * Tian boleh saja bermakna "perut" atau "bunting/mengandung" bagi SJD Bukit Udal dan beberapa kawasan tertentu tapi bermakna "bunting/mengandung" saja bagi SJD Bukit Sawat.

    ** Kaduan  boleh saja bermakna "lusa" atau "keguguran" bagi SJD Bukit Udal dan beberapa kawasan tertentu tapi bermakna "keguguran" saja bagi SJD Bukit Sawat.

    *** Ngiri bagi SJD Bukit Udal boleh ada dua makna, iaitu "nipis isi" dan "kurus" namun di kawasan Bukit Sawat  ada perkataan berbeza bagi  perkataan-perkataan tersebut iaitu "tukal" dan "ngiri".

Hal di atas tentu sekali ada faktur penyebabnya. Huraiannya jika ada adalah diluar skop blog ini. Penulis ]


b) Perbezaan loghat:
Sesuatu yang unik terdapat di kalangan kaum Sang Jati Dusun adalah penggunaan loghat yang berbeza-beza misalnya di antara penduduk asli Kampong Bukit berbanding dengan penduduk kawasan-kawasan Bukit Udal, Bukit Sawat atau Sungai Liang. Ianya ketara ditunjulkan melalui penekanan suara dan alunan irama sewaktu mereka bercakap.

Paling ketara adalah tentang bunyi huruf "r" pada setiap perkataan yang digunakan oleh mereka yang tinggal di kawasan  Liang/Lumut dan Telisai sama seperti bunyi asal yang digunakan di dalam Bahasa Melayu baku. Sementara di kawasan yang lain bunyi huruf  "r" agak mendalam sedikit.  Contohnya:


SJD Bkt Sawat        SJD Bkt Udal      SJD Sg Liang            BM

   a(r)o                           a(r)o                       a(rr)o                     ada

   nadi(r)                       nadi(r)                     nadi(rr)                 disediakan     

   (r)angow                  (r)angow                  (rr)angow              dengar

 
[SJD = Sang Jati Dusun, BM = Bahasa Melayu]


8 comments:

  1. Sang Telamba PapakanMay 5, 2014 at 12:03 AM

    Ada perkataan yang digunakan.oleh Sang Jati samada di Sg Liang atau Danau yg menggunakan 'Dul' untuk sakit. contoh ayat 'Dul Atis kuh'. saya pun kurang pasti.samada Danau atau Sg Liang yg menggunakan. saya pernah bercerita dgn kwn2 saya Sang Jati dri kwasan Lamunin yg mengatakan Dusun Sg Liang adalah Dusun yang paling keras loghatnya jika.dibandingkn dgn Dusun2 yg lain terutamanya dri.kwasan Telisai dan Danau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perkataan "dul" memang ada digunakan oleh SJD di sini yang membawa makna "terasa sakit" dan "kedulan" bagi "kesakitan" . Perkataan "sanakit" digunakan bagi "jatuh sakit" , "samakit" bagi "mengidap penyakit" sementara "penyakitan" membawa makna "selalu jatuh sakit"..

      Sementara di Bukit Udal dan sekitarnya perkataan "dul" yang bermakna "sakit" disebut secara berbeza sedikit iaitu "duwol".

      Delete
    2. Selanjutnya "medul" membawa makna "sakit kuat/tenat" .

      Delete
    3. Sang Telamba PapakanMay 5, 2014 at 7:57 AM

      Ada sesetengah Sang Jati di Bkt Udal berasal dri Telwmba dan Papakan...

      Delete
    4. Penghijrahan penduduk adalah lumrah di mana-mana sejak dari awal zaman atas tujuan yang berbagai-bagai. Majoritinya adalah atas sebab kahwin campur dan keperluan mencari rezeki yang lebih luas dari kawasan asal. Contohnya para pendatang yang tiba di benua Australia dan Amerika yang inginkan kemewahan melalui sumber alam di tempat berkenaan.

      Delete
    5. Sang Telamba PapakanMay 8, 2014 at 5:43 AM

      Menurut cerita dari nenek saya,Kaum Sang Jati Telamba ada.yg berpindah ke Kg Bukit Udal/Kg Bukit dan kawasan sekitarnya disebabkan selepas ramai Penduduk di Telamba/Papakan/Penyatang memeluk ugama Islam,maka ada yang masih tinggal di sini,yg belum memeluk ugama Islam berpindah ke kg lain terutama di Bukit Udal,ada yg berhijrah mengikut suami/isteri ke kg lain untuk tujuan seperti penulis nyatakan dia atas dan sebagainya..

      Delete
  2. Sang Telamba PapakanMay 5, 2014 at 7:41 AM

    Di Telamba dan Telisai,kmi menggunakan Duwol..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perkataan "duwol" ada digunakan di mukim penulis iaitu sebagai nama sejenis tumbuhan yang timbul banyak berketul-berketul bulat membujur di kawasan paya atau tanah rendah yang lembab. Ia timbul secara beranak-ranak

      Delete