Monday, April 14, 2014
PERNAH DENGAR BANGSA SANG MADI TAK?
Sang Madi adalah suatu puak yang dikatakan oleh orang-orang sekarang sudah tidak ada lagi tapi pernah ada bermastautin di kawasan Mukim Bukit Sawat suatu ketika dahulu. Mereka dikatakan tinggal di kawasan Bukit Barang (berhampiran Kg Bisut dan Kg Sg Ubar) dan kawasan Kampong Danggi di Merangking Hilir dan kemudian berpecah belah melarikan diri akibat serangan "ayau" (penceroboh) yang datang dari negeri Sarawak.
Lagenda "Si Mugang Sidu" adalah berkaitan dengan kaum tersebut.
Bahasa yang digunakan oleh kaum Sang Madi tidak banyak diketahui oleh penduduk mukim generasi sekarang. Dipercayai bahasanya mirip seperti bahasa Sang Jati Dusun. Berikut adalah segelintir bahasa yang penulis berjaya kutip:
SANG MADI SANG JATI DUSUN BAHASA MELAYU
mputit ramao babi hutan
lamamo emputid anak katak
badon-badon makan-makan makan-makan
Di Telamba ada masih peninggalan Sang Medih seperti Tajau2 dan Pandam.
ReplyDeletemengikut dri.info yg diceritakn oleh nene saya,Sang Medi ani mungkin Puak Murut tp terhapus disebabkan ayau oleh Kaum Kayan dri Baram
Terima kasih Anonymous. Banyak juga terdapat andaian yang menyebut-nyebut kebersamaan Sang Madi dengan Puak Murut. Dalam penelitian peribadi penulis puak Sang Madi sebenarnya tidak pupus tapi bahasanya sahaja yang tidak digunakan lagi tapi orang-orang berketurunan Sang Madi memang masih banyak lagi di negara ini dan mereka merujuk diri mereka sebagai kaum lain sahaja. Kemiripan budaya terutamanya cara pengkebumian di masa dahulu yang menggunakan "punggon" iaitu sejenis tajau memang hampir sama dengan orang-orang yang kita sebut sebagai kaum Murut sekarang. Pertempuran terbesar dan terakhir puak Sang Madi yang diketuai oleh pahlawan handalannya yang dikenali sebagai Si- Mugang Sidu menentang "ayau" bangsa Kayan dari Sarawak berlaku di kawasan Bukit Barang berhampiran dengan Sungai Ubar di Bukit Sawat dan kerana tewas maka saki bakinya telah membawa diri meninggalkan perkampungan berkenaan dan berhijrah ke kawasan-kawasan lain di negara ini.
DeletePernah disebutkan oleh beberapa orang penulis bahawa bangsa/puak Murut ini sekurang-kurangnya ada lapan jenis di kepulauan Borneo ini. Jadinya memungkinkan persamaam Sang Madi denga puak Murut memang ada asasnya dan ianya memerlukan penyelidikan yang lebih mendalam juga terutamanya dari segi penyelidikan bahasanya.
[Penulis sangat mengalu-alukan sumbangan dari semua pembaca tentang perkataan-perkataan bahasa Sang Madi untuk sama-sama dipaparkan di blog ini. Terima kasih.]
Cerita yang penulis kongsikan saya share di facebook arah group 'Menjejak Sejarah Silam'. seperti yang penulis katakan,Sang Madi adalah salah satu puak Murut selain dripada Lun Bawang,Lun Dayeh dan sebagainya..
ReplyDeletekemungkinan Dusun2 di Telamba atau dri kwsan Bukit Sawat dan termasuk Puak Tutong berkemungkinan ada yang menpunyai darah Sang Medi hasil dari kawin campur.
http://borneodigest.blogspot.com/2012/09/beri-kami-tanah-garius.html?m=1
ReplyDeleteSalah seorang bangsawan Brunei dari bangsa/puak Sang Madi yang terkenal iaitu Orang Kaya Temenggong Yadam bin Barung bin Kumbang [di sekitar tahun-tahun 1700-1800an?] ada mempunyai banyak keturunan hasil kahwin campur di kawasan pedalaman di Daerah Tutong. Demikian juga beberapa orang kenamaan dahulu yang tinggal di kawasan Merangking dan lainnya.
ReplyDeleteTerima kasih Sang Telamba Papakan atas input infonya.
ReplyDeleteSang Madi menurut cerita lama adalah orang-orang pendatang baru dan bukannya penduduk asli di mukim ini. Mereka diketahui berasal dari suatu tempat lain yang ada kaitannya dengan perkataan Madi dan kerana itulah orang-orang di sini merujuk kaum mereka sebagai Sang Madi. Mereka ujud di mukim ini sejak kira-kira pada tahun-tahun 1700-1800an yang lalu.
masih ada kah keturunannya? pasal kami ada keturunan dri Bukit Sawat..
ReplyDeleteSebahagiannya yang penulis ketahui adalah keluarga Orang Kaya Pemancha Bugal bin Teradi dan keluarga Orang Kaya Indera Perkasa sahari bin Karim.
DeleteAdakah di Mukim Bukit Sawat masih terdpt Peninggalan Sang Madi seperti Tajau-tajau dan juga perkuburan? Mengikut cerita nenek saya,Sang Madi masih diayau oleh Kaum Kayan walaupun mereka tinggal di Telamba dan sekitar kwasan Tg Maya. mengikut cerita,Asal usul nama Perkuburan Islam Lubuk Pulau iaitu Pengkalan Jalur dri seseorang Yg berbangsa Madi yg bernama Jalur dan sungai di bawah kubur itu adalah pengkalan kepunyaan si Jalur..
ReplyDeleteTerdapat beberapa tapak perkuburan lama yang diketahui sebagai tanah perkuburan orang-orang Sang Madi iaitu di Kid Barang dan tidak kurang dua kawasan di Kg Merangking.
DeleteMenurut cerita dari nenek2 saya,Sang Madi ini pernah hidup dgn aman bersama Puak SangJati di Telamba. Menurut cerita,Urg2 Dusun Telamba dahulu tinggl di Papakan yakni diseberamg Telamba manakalan Sang Madi tinggal di Telamba. Sang Madi ini terkenal dengan bangsa yang suka bercucuk tanam dan suka menghindari konflik dgn puak2 lain. Berlakunya ayau dri puak Kayan yg datang ke Telamba yang menyebabkn tiada lagi tertinggal Bangsa Madi yang asli. Menurut cerita lagi, Dato Pemancha Saging yang dikatakan seorang yang gagah lagi kebal ini pernah menolong bangsa Madi melawan ayau dari bangsa Kayan. Dato Pemancha seorang yang berbangsa Dusun. Kisah ini dikatakan berlaku pada zaman pemerintahan sultan Abdul Momin memandangkan Dato Pemancha Saging adalah orang2 Sultan Abdul Momin. Kisah ini dperkatakan berlaku sekitar tahun 1870-1880. Dikisahkan lagi puak Dusun terselamat di atas bantuan Dato Pemancha Saging dan Puak Madi abis terkorban. Mungkin seperti yang dikatakan penulis,adanya keturunan Sang Madi tapi ukan yang asli lagi.
ReplyDeleteTerima kasih atas infonya.
DeleteDi mukim sini pun memang ada kisah pertempuran orang-orang Sang Jati menentang ayau bangsa Kayan di kawasan yang sekarang dikenali sebagai Kid Tadung Kayan yang terletak di bahagian ulu Kampong Merangking dan pihak musuh telah dikalahkan hasil taktik peperangan yang sempurna oleh orang-orang tempatan.
sayang sekali kisah tentang Sang Madi tidak terdapat dimana2 buku sejarah.. mungkin ada sesetengah generasi baru kurang mengtahui tentang kewujudan Sang Madi.. mungkin lebih cantik jikalau penulis dapat mengongsikan gambar barang2 peninggalan bangsa Sang Madi dan juga Kubur2 mereka. cerita Mengenai Sang Madi adalah antara kisah2 yang memang saya minati. begitu juga kisah mengenai Kid Tadung Kayan.. saya mencari2 kisah tersebut tapi tidak menjumpai..
DeleteSemua kisah yang disebutkan adalah dalam bentuk lisan sahaja dan memang belum pernah dibukukan. Kisah Si Mugang Sidu pernah di keluarkan ceritanya dalam bentuk Sandiwara Radio oleh RTB pada tahun-tahun 1970an yang lalu. Penuturnya adalah OK Indera Perkasa Sahari sendiri. Terima kasih atas -saranan-saranan Sang Telamba Papakan di atas. Akan penulis cuba usahakan. TQ
DeleteMudahan suatu hari nanti akan adanya buku2 yang boleh dirujuk pakai mengenai Puak Dusun atau Puak Madi yang boleh diguna pakai oleh generasi2 akan datang supaya cerita tersebut tidak akan hilang begitu sahaja..
DeleteDi Sabah,ada Sebuah tempat Pergunungan/Hutan yang dikenali sebagai Gunung Trus Madi. Ada suku Murut di Sabah di kawasan Keninggau mengakui nenek moyang mereka pernah tinggal di kawasan hutan Pergunungan Trus Madi. besar kemungkinan Sang Madi ini berasal dri kawasan yang saya sebutkan..
DeleteKemungkinannya memang ada. Yang pasti bangsa Sang Madi pernah ada di mukim ini adalah pendatang baharu kerana menurut cerita cara kehidupan dan bahasa yang mereka gunakan adalah berlainan dengan bahasa yang digunakan oleh penduduk asal di kawasan ini. Kenapa sebenarnya mereka berhijrah ke sini adalah masih menjadi tanda tanya. Keinginan untuk mencari tempat yang lebih selesa dan mewah dengan sumber makanan adalah dikira satu antara sebabnya.
DeleteSang Madi di sini diketahui pada masa dahulu tinggal di kawasan yang berdekatan dengan tebing Sungai Belait terutamanya di kawasan Sungai Ubar. Ini seolah-olah memberi petunjuk bahawa mereka tiba ke sini melalui jalan air dengan cara berperahu dari tempat lain, mungkin juga dari tempat yang STP sebutkan iaitu Pergunungan Trus Madi kerana mereka biasa memperkenalkan puak mereka sebagai Sang Madi kepada penduduk tempatan. Sebenarnya mereka hidup aman damai dengan puak Sang Jati Dusun dan ada di antara mereka mengadakan kahwin campur dengan penduduk asli di sini. Namun begitu mereka adalah lebih terdedah kepada serangan para ayau bangsa Kayan dan lainnya yang datang melalui jalan sungai pada masa itu berbanding kebanyakan puak Sang Jati yang banyak membuat perkampungan di kawasan ulu anak sungai seperti Kg Kagu, Merangking, Bang Butan, Bang Pak, Pangkalan Deran, Sindum serta di kawasan ulu Sungai Belait di Kukub, Kaduan serta Penipir di sempadan Belait-Baram, tempat yang agak sulit didekati oleh ayau yang tiba dengan perahu panjang ketika itu.
adakah Si Mugang Sidu iaitu pahlawan Sang Madi terkorban?
DeletePertempuran terakhir antara Sang Madi dengan orang-orang Kayan berlaku di Kid Barang suatu kawasan yang terletak berhampiran dengan Kg Sungai Ubar. Orang-orang Kayan telah datang menyerang perkampungan mereka secara mengejut pada masa si Mugang Sidu tidak ada di sana. Si Mugang Sidu ketika itu sedang berada di Kampong Danggi di kawasan Merangking dan dia telah diberitahu oleh beberapa anak buahnya tentang serangan mengejut itu dan dia dengan segera pergi untuk membantu akan tetapi setibanya dia di Bukit Barang pihak Kayan telah berjaya membunuh hampir kesemua orang-orang Madi di situ kecuali beberapa di antara mereka yang berjaya melarikan diri sahaja.
DeleteSi Mugang Sidu menurut cerita berasa marah bercampur kecewa dan dengan sendirinya menentang semua Kayan-Kayan yang ada di kawasan itu dan berjaya membunuh ramai di antara mereka. Apabila letih berlawan Si Mugang Sidu akan melompat untuk berehat di atas tunggul kayu manggis yang kira-kira 10 depa tinggi dari tanah jauh dari jangkauan musuh. Kerana memandang anak isterinya semua sudah terkorban maka akhirnya Si Mugang Sidu terus-menerus berjuang dengan musuhnya hingga sampai dia tertewas oleh musuh yang terlalu banyak itu.
Si Mugang Sidu telah berkali-kali berjaya menentang serangan ayau Kayan sebelumnya akan tetapi pada kali ini dia tertewas atas kehendak dirinya sendiri kerana kehilangan semua kaum kerabatnya.
Begitulah cerita tragedi pahlawan handalan Sang Madi - Si Mugang Sidu.
Nama dirinya adalah Sidu sementara nama ayahnya adalah Mugang. Menurut kebiasaan Sang Madi menggunakan nama bapa pertama dan nama sendiri sebagai nama kedua iaitu Si Mugang Sidu.
Menurut cerita lama pada lazimnya pihak ayau biasanya menghantar "samayao" (pemberitahuan awal) bila mereka akan datang menyerang akan tetapi pada kejadian di atas perkara tersebut tidak dilakukan dan jelasnya pihak Kayan telah memenangi pertempuran tersebut dengan cara penipuan atau dalam bahasa Inggerisnya "ungentlemanly".
(Entahlah,....... Peperangan pun ada etikanya.)
Cerita yang menarik... Tidak banyak kisah mengenai Sang Madi yg saya bnyk dgr kecuali melalui penulis yg bnyk menambah ilmu pengetahuan saya.. saya juga tertarik dengan sejarah Kid Tadung Kayan tetapi belum pernah membaca atau mendgr cetita mengenainya..
DeleteKID LADUNG KAYAN I
DeleteKid Tadung Kayan atau Kid Ladung Kayan adalah tempat bersejarah yang terletak di kawasan ulu sekali Sungai Merangking yang dijadikan perkampungan berkota oleh masyarakat Sang Jati Dusun di masa dulu bagi mempertahankan diri dari serangan musuh terutamanya " ayau" bangsa Kayan yang datang dari negara jiran, Sarawak. Bangsa Sang Jati Dusun adalah terkenal dengan kehidupan yang beradat resam yang teratur demi untuk keharmonian hidup semua ahli masyarakatnya dan hidup aman damai dengan semua masyarakat lain. Mereka mengamalkan kerja bercucuk tanam terutamanya bertanam padi bermusim samada padi tugal /padi bukit ataupun padi sawah /padi paya. sejak zaman berzaman. Mereka juga ada bertanam rumbia bilamana sagunya digunakan sebagai makanan "penyalaot" (makanan disimpan sewaktu pertengahan musim apabila bekalan beras kemungkinan menjadi kurang) sahaja manakala beras /padi atau nasi adalah merupakan makanan utama mereka. Mereka juga pergi menangkap binatang dihutan dengan berbagai cara ataupun menangkap ikan di sungai-sungai akan tetapi mereka tetap hidup secara berkampung dan tidak berpindah-randah atau nomadik (nomadic) seperti kebanyakan masyarakat etnik lain ketika itu.
KID LADUNG KAYAN II
DeleteSetelah menerima amaran tentang ancaman kaum Kayan akan tiba untuk "ngayau" (menyerang) ke kawasan mereka maka mereka pun membuat persediaan dengan membina berbagai benteng pertahanan di sekitar kawasan bukit tersebut sebagai kota untuk menangkis serangan musuh.
Mereka dirikan sebuah bangunan tinggi dan besar di atas bukiit tersebut. Semua tiang yang digunakan adalah dari jenis kayu yang keras dan tiangnya didirikan rapat-rapat agar musuh tidak mudah berkejar-kejaran di bawah bangunan berkenaan. Batang-batang kayu besar dinaikkan di sekitar keliling bangunan tersebut secara berlapis-lapis dan diikkat setiap satunya dari atas. Mereka juga pergi menghimpun "salaong" (salang) dengan banyaknya sebagai persiapan untuk dibakar kelak.
Apabila pihak musuh iaitu ayau Kayan tiba maka mereka sudah pun siap bersedia menanti. Pihak ayau tersebut sebenarnya tidak sedar tentang taktik yang digunakan oleh orang-orang Sang Jati Dusun ketika itu dan mengambil sikap memandang rendah sahaja akan keupayaan mereka mempertahankan diri apabila diserang beramai-ramai. Kesombongan mereka itu membawa padah kepada mereka sendiri. Batang-batang besar digulingkan turun bertubi-tubi dari atas bukit oleh pihak pertahanan Sang Jati dan menghempap semua mereka yang tidak sempat melompat atau menghindarnya dengan cepat.
Sementara mereka yang berjaya menghindar diri dari terkena hempapan batang-batang kayu tersebut cuba untuk naik tiang bangunan tetapi semua mereka dihujani dengan cecair "salaong " yang dibakar dan ditumpah turun kebawah melalui lobang lantai secara ramai-ramai oleh kaum lelaki dan wanita dari atas. Tidak banyak yang dapat menyelamatkan diri dari tumpahan air api salang tersebut maklumlah susah untuk mereka bergerak bebas disebabkan oleh tiang-tiang yang senghaja didirikan rapat-rapat itu.
Semua ayau yang berbaki melarikan diri dan tidak berani maju menyerang semula kawasan tersebut. Ini merupakan kemenangan besar bagi kaum masyarakat Sang Jati Dusun ketika itu dalam mempertahnkan diri dari serangan "ayau" yang banyak dan satu pengajaran bagi kaum Kayan yang suka memandang remeh tentang keupayaan penduduk tempatan mempertahankan diri.
Menurut cerita tidak seorang pun masyarakat Sang Jati yang berkota di Kid Ladung Kayan tersebut yang terkorban semasa pertempuran itu berlaku.
Kejadian ini berlaku lebih awal dari kejadian pertarungan "sanginan-samao-sanginan" (satu-sama-satu) di antara Raja Kayan yang bernama Kului dengan Bandang iaitu seorang pahlawan handalan yang gagah perkasa berbangsa Sang Jati Dusun yang berlaku di Bukit Pasal.
Masyarakat Sang Jati Dusun sememangnya sudah lama mengamalkan cara hidup yang aman damai dan jarang sekali bersikap agresif terhadap kaum yang lain.
Jika diserang.... nah itu lain pula ceritanya.... setentunya kita terpaksa mempertahankan maruah diri sebaik mungkin.
Terima kasih banyak2 Penulis. kisah yang sungguh menarik.. Penulis ada menjelaskan diatas bahawa cara kehidupan Sang Madi berbeza dengan kehidupan SJD di kawasan penulis..
DeleteYang ketara berbeza adalah jenis makanan yang puak Sang Madi gemari seperti memakan " emputid" iaitu anak-anak katak sesuatu yang tidak dimakan oleh masyarakat Sang Jati contohnya.
DeleteSaya ada membaca terdptnya beberapa pulau buah di Lamunin dan Sinaut.. menurut dri buku yg saya baca,pokok dipulau buah itu ditanam ileh Puak Murut. begitu juga dijumpai tulang2 di dalam tajau pusk Murut di Kg Penanjong. persoalannya adakah puak Murut yg dimaksudkn Adalah Sang Madi atau Murut Lun Bawang..
DeleteOrang-orang Sang Madi tidak ada bertanam pokok buah-buahan di mukim penulis. Entah apa sebabnya tidaklah diketahui dengan jelas. Mungkin kerana mereka biasa hidup sebumbung dalam satu rumah besar panjang tidak seperti orang-orang Sang Jati yang biasa tinggal dalam rumah yang biasannya tidak begitu panjang - sekadar untuk menampung tiga atau empat keluarga kecil sahaja dan mereka ada kawasan tempat bertanam pokok buah-buahan di sekitar rumah mereka di zaman itu. Lagi pula orang-orang Sang Madi tinggal di kawasan berdekatan dengan tebing sungai yang mudah dibanjiri air maka sudah tentu tidak sesuai untuk menanam apa-apa.
DeletePuak Sang Madi yang tinggal di sini pun pernah sesetengah orang-orang tempatan katakan sebagai salah satu bangsa kaum Murut. Penulis tidak ada fakta yang mencukupi untuk mententukan perkara yang sebenarnya tentang perbezaan maupun persamaan antara Sang Madi dengan Murut Lun Bawang kerana tidak ada sesiapapun di sini sekarang yang tahu benar tentang bahasa yang digunakan oleh Sang Madi tersebut..
seperti yang diceritakan oleh orang2 tua di Telamba bahawa Sang Madi disini ialah bangsa yg bercucuk tanam. cuma yg menjadi tanda tanya,tanah di Telamba adalah jenis pasir yg cuma jenis2 tumbuhan tertentu sahaja boleh tumbuh seperti tembikai. lagipun tinggal Sang Madi di Telamba bukanlah ditebing2 sungai. mereka tinggal boleh saya katakan jauh sedikit dari tebing2 sungai..
Deletemengenai Puak Murut memang saya diberitahu bahawa.Sang Madi adalah salah satu bangsa Murut. memang ada fakta2 yg tidak sempat diceritakan oleh urg2 tua dikawasan saya. tetapi pernah penduduk dsini menjumpai tajau2 dan manik2 serupa yg digunakan.oleh kaum murut yg boleh dilihat sekarangg..
Adakah penulis tahu tentang budaya Sang Madi? seperti.tarian,adat pengkebuman dan sebagainya. bagaimana pula mereka berkomunikasi dengan Puak SJD di kawasan penulis? memandangkan bahasa mereka berlainan..
DeleteSemua perhubungan dilakukan dengan menggunakan bahasa Sang Jati di kawasan sini sejak awal-awal lagi. Sebagai contoh lain, walaupun sudah banyak bangsa Iban dan Cina yang turut bermastautin dan berkahwin campur di mukim ini tetapi mereka perlu menguasai bahasa Sang Jati untuk berinteraksi kerana "lingua franca" (bahasa perhubungan) yang lazim digunapakai di sini adalah Sang Jati.
DeletePenggunaan bahasa Melayu adalah baharu iaitu bermula di sekitar tahun-tahun 1950an sahaja.walaupun sekolah Melayu pertama pernah dibangunkan pada tahun-tahun 1930an di sini.
Makanya pihak Sang Madi perlu berinteraksi dalam bahasa tempatan sahaja dan ini memungkinkan sebab kenapa orang-orang di sini tidak banyak tahu bahasa Sang Madi yang sebenarnya. Kalau adapun keturunan Sang Madi atas dasar kahwin campur akan tetapi mereka secara langsung mensesuaikan diri mereka lebih kepada cara kehidupan Sang Jati berbanding Sang Madi sendiri dan dengan itu maka budaya mereka tidak banyak diketahui di zaman sekarang di sini.
Tentang pengkebumian memang Sang Madi didapati turut menggunakan tajau atau "punggon" iaitu suatu adat yang serupa dengan beberapa kaum bangsa Murut yang lain. Ini berbeza dengan kaum bangsa Sang Jati yang biasa membangunkan "kubur" (rumah kubur) di tapak "labangan" (tanah perkuburan) bagi mereka yang meninggal dunia.
Terima Kasih di atas infonya. memang dri blog dan cerita penulis menambah pengetahuan saya mengenai Sang Madi yang saya hanya dengar dulu semasa kecil2 bahawa wujudnya Sang Madi yang pernah mendiami dikawsan saya. cuma yang diberitahu bahawa Sang Madi itu Bangsa Murut memandangkan bahasa mereka berbeza dari bahasa Sang Jati Dusun. itu yang telah disampaikan oleh.orang2 tua. mungkin disebabkan orang2 tua dahulu bukanlah orang yang educated seperti sekarang..
DeleteSatu info yang saya dapat dari kawan saya yang berbangsa Murut dari Sabah mengatakan Bahasa Murut Paluan(kalau tidak salah) bagi anak katak ialah Lamamo@Pantong... Murut yang berasal dari Keningau. Gunung Trusmadi terletak di Keningau. Kemungkinan Sang Madi dan Murut di Sabah terutama sekali dari kawasan Keningau adalah dari kelompok yang sama...
DeleteMungkin juga kerana meereka pada ketika itu mengaitkan diri mereka sebagai Sang Madi yang bererti mereka tiba atau berasal dari kawasan yang ada nama "Madi" yang kebetulannya terletak di Keningau di Sabah.
DeleteApa yang penulis yakin mereka yang menyebut diri mereka Sang Madi itu sebenarnya adalah tergolong dalam kumpulan bangsa Murut (Murutik). Sama seperti tindakan menggolongkan bangsa Sang Jati di Brunei sebagai Dusun yang amat ketara tidak ada banyak persamaannya dengan Dusun di Sabah.
Untuk pengetahuan STP perkataan "pantung" memang ada digunakan oleh masyarakat Sang Jati di sini yang bermaksud "sejenis katak yang pandai mengembangkan badannya di air" sementara "tabajang" adalah "katak biasa yang sederhana besar". Tetapi anak-anaknya disebut sebagai "emputid" bersamaan dengan "lamamao" oleh orang Sang Madi.
Deletesaya memang pernah mendengar perkataan 'tabajang'digunakan disini.. darimanakah penulis memperolehi 3 perkataan Sang Madi tersebut? salah satu yang saya dengar dari kawan saya di Sabah,katak memang pernah menjadi makanan kaum Murut dahulu . mungkin di Sabah yang dimaksudkan.. cuma sekarang zaman moden,mungkin menu katak tidak lagi ada di kalangan kaum Murut
DeleteSuatu masa dahulu pangkat moyang dan beberapa teman kepada Penghulu mukim yg sedang bersara sekarang pernah diceritakan berkunjung ke rumah orang puak Sang Madi dan telah dipelawa untuk makan bersama. Sebelum makan mereka ditanya samada mereka hendakkan makanan "lamamo" atau "mputit". Tidak faham tentang maksud sebenar maka mereka katakan "lamamao" sahaja kerana mereka sangka "lamamao" itu bererti "ramao" dalam bahasa Sang Jati yang bermakna "babi hutan". Pada fikiran mereka "mputit" itu adalah "emputid" di dalam bahasa Sang Jati yang membawa makna "anak katak". Mereka agak tercengang juga apabila diberikan hidangan "lamamo" yang sebenarnya adalah anak katak kemudian dan tidak jadi makan benda tersebut. Cerita ini dibawakan oleh anak buah mereka hingga ke hari ini. Kisah kekeliruan memahami sesuatu bahasa dengan betul.
DeleteAda juga beberapa puak Sang Jati terutamanya di kawasan Kg Bukit dan sekitarnya pada suatu ketika dahulu ingin makan sejenis katak yang agak besar badannya yang disebut sebagai "abaop" atau "ikiw sai" oleh sesetengah masyarakat. Tapi jarang ada dilakukan di mukim ini.
Bilakah kira-kiranya Sang Madi tinggal buat kali terakhir di mukim penulis? memandangkan cerita yang Sang Madi pernah tinggal di Telamba semasa era Dato Pemancha Saging(zaman Sultan Abd Momin). adakah Sang Madi yang melarikan.diri itu berpindah ke Telamba atau memang ada Kumpulan Sang Madi yang lain berpecah dan tinggal di Telamba? adakah teman-teman penghulu yang penulis ceritakan masih hidup di abad ke 20?
DeleteMereka bukannya teman-teman penghulu tetapi teman-teman kiut (maaf bukannya moyang ) penghulu yang dimaksudkan. Semuanya biukan di zaman sekarang. Penulis tidak begitu tahu tepat tentang zaman sebenarnya tetapi perkara di atas berlaku sebelum Sang Madi berkenaan diserang oleh ayau kayan di Bukit Barang. Tidak juga ada cerita yang dapat disandarkan secara kukuh tentang ke mana saki baki kaum berkenaan berpindah.
DeleteAda juga cerita dari keturunan kahwin campur antara Sang Madi dengan Sang Jati di sini yang menyebut bahawa yantud (datuk) nya yang bernama Teradi (bapa kepada Orang Kaya Pemancha Bugal) telah turut terkorban semasa berlawan bersama-sama dengan Sang Madi menentang kayan di Bukit Barang tersebut. Pencerita sekarang masih hidup dan berumur dalam lingkungan 80 tahun. Jika dibuat perkiraan umur, maka besar kemungkinan kisah pertempuran terakhir Sang Madi di sini terjadi pada awal suku pertama tahun masehi 1800.
kalau mendengar cerita nenek saya yang diceritakan oleh bapanya(datuk saya) bahawa kisah ayau Sang Madi di Telamba terjdi zaman Dato Pemancha Saging(dato kepada nenek saya). mungkin sekitar tahun 1850~1870. Mungkin Sang Madi yang di Telamba adalah saki baki yang lari dari mukim penulis. Peninggalan mereka seperti pecahan pinggan/tajau masih boleh dilihat di Telamba di belakang rumah Hj.Sulaiman Hj Manan kira2 300 meter sungai..
Delete300 meter dari sungai
DeletePenulis berpendapat Sang Madi yang ada di Telamba dan di Bukit Barang agaknya bukanlah satu kumpulan yang sama. Mereka dapat diandaikan sebagai tiba dari tempat yang sama dari Sabah tetapi berpecah. Ada yang menetap di Telamba dan ada yang terus ke daerah Belait memasuki mudik Sungai Belait dan membina perkampungan di Bukit Barang. Bukit Barang adalah kira-kira 45 minit berjalan kaki dari tebing Sungai Belait di kawasan Sungai Ubar.
DeleteTanda-tanda yang Sang Madi di sini pernah menerokai bukit bukau untuk bertanam padi bukit masih ada terdapat saperti adanya teras batang-batang kayu besar yang ada kelihatan di kawasan sekitar bukit tersebut.
Menurut cerita tidak banyak penduduk Sang Madi di situ yang dapat menyelamatkan diri ketika diayau oleh kayan di zaman itu.
Saya baru mendapat satu info di Perpindahan Kg Bukit Beruang tempat hiking,adanya dijumpai Kubur Sang Madi (kemungkinan suami isteri). menurut cerita,sekumpulan kecil Sang Madi berjalan kaki dari Kg Telamba merentasi hutan menuju Bukit Beruang tetapi suami isteri(kemungkinan)tersebut mati kerana sakit dan dikebumikan di sana. tidak pasti apa yang terjadi kepada Sang Madi yang lain memandangkan Sang Madi pernah juga tinggal di kawasan Lubuk Pulau. Perkuburan Islam di Lubuk Pulau yang dikenali sebagai Pengkalan Jalur diambil dari nama seorang yang berbangsa Madi dan sungai di bawah kubur tersebut adalah pengkalannya..
DeleteTerima kasih Sang Telamba Papakan. Penulis mendapat info tambahan tentang Sang Madi di sini bahawa menurut cerita keturunan saki baki mereka yang masih hidup sekarang mereka berpindah ke kawasan ulu Sungai Belait seperti Sukang dan Penipir. Keturunan mereka sekarang menggunakan bahasa-bahasa Iban dan Sang Jati Dusun tetapi tidak sesiapa di antara mereka yang tahu tentang bahasa Sang Madi itu sendiri. Kebanyakan di antara mereka sekarang sudah pun memeluk agama Islam.
Deletesaya memang setuju yang keturunan Sang Madi sudah bercampur aduk dengan puak-puak yang lain seperti Puak Iban, Sang Jati Dusun dan mungkin juga Puak Tutong memandangkan Sang Madi pernah tinggal di kawasan Kg. Lubok Pulau dan sekitar Tanjong Maya. cuma saya belum pernah mendengar tentang Sang Madi berkahwin dengan Sang Jati Dusun di kawasan saya. Mungkin lebih banyak cerita Sang Madi boleh diperolehi selain daripada cerita dari kampung saya dan kampung-kampung di kawasan penulis.
DeleteDimanakah saya boleh membaca sejarah Si Mugang Sidu dan Kid Tadung Kayan?
ReplyDeleteMasih belum ada sesiapa yang menerbitkan buku sejarah kisah-kisah berkenaan. Ianya cuma dalam bentuk lisan sahaja.
DeleteUntold History : X-File Di Sungai Belait
ReplyDeleteKisah misteri yang jarang kita dengar tentang Sungai Belait, Brunei.
Sungai Belait, Brunei. 1938
Pada tahun 1933, sekumpulan pembalak tempatan menemui sebatang pokok balak yang tumbang dihanyutkan di tebing Sungai Belait.
Pohon Merbau yang tumbang itu cuba dipotong dan dipindahkan untuk mendapatkan balaknya tetapi mereka telah menemui sesuatu yang menakutkan.
Baru separuh mereka potong, bau busuk and lendir keluar dari batang Merbau itu. Mereka pun tinggalkan balak tu ditepi sungai Belait.
5 tahun selepas itu British Surveyor datang memeriksa penemuan itu menurut dari apa yang diberitahu oleh pembalak-pembalak itu.
Kayu Merbau yang dijumpai oleh pembalak itu dipotong lagi beberapa inci dari tempat yang telah dipotong dahulu. Dan amat mengejutkan apabila mereka mendapati di dalam batang kayu balak itu ada rangka-rangka manusia. Ada empat biji tengkorak manusia dan satu rangka manusia yang lengkap di dalamnya.
Namum bagi masyarakat Borneo , pengebumian mayat didalam 'tajua' atau keranda atas pokok adalah biasa. Mereka selalu kebumikan mayat mayat di dalam batang pokok. Namum penemuan kayu Merbau di Sungai Belait ini lain. Penuh Misteri kerana pokok tu masih hidup. Mayat-mayat yang ditemui itu telah mati lebih kurang 50 tahun sebelum itu, iaitu kira-kira pada tahu 1883. Pokok itu tumbuh tegak dan tumbang ke Sungai Belait dan lalu dihanyutkan.
Mungkin penulis mengenai kisah yang saya kongsikan. adakah kaitannya dengan Sang Madi?
Pada zaman dahulu adalah menjadi kebiasaan bagi sebilangan penduduk Sang Jati di kawasan ulu Belait untuk "menyemadikan" (memasukkan mayat orang mati) ke dalam batang kayu hidup yang besar yang ditebuk khusus dan kemudian ditutup semula selain dari cara pengkebumian secara di tanam ke dalam tanah seperti yang ada pada zaman sekarang.
Delete"Penyemadian" tersebut dilakukan secara khusus sahaja dan tidak dilakukan bagi setiap mereka yang meninggal dunia. Khusus dalam erti kata atas wasiat si mati ataupun setelah diberikan arahan melalui sesuatu mimpi kepada anak buah si mati yang si mati itu hendaklah "disemadikan" sedemikian rupa.
Perkara pengkebumian tersebut adalah suatu amalan biasa bagi masyarakat Sang Jati di zaman dulu iaitu atas dasar terkhusus atau pilihan mereka sendiri sahaja.
Menurut cerita lama mereka yang disemadikan sedemikian rupa adalah terdiri daripada mereka yang hebat-hebat belaka iaitu berjasa sebagai perwira dan pembela atau pelindung bagi kaum bangsanya sewaktu mereka hidup. Mereka ingin roh mereka terus menjadi pelindung walaupun mereka sudah meninggal dan disemadikan sedemikian rupa di dalam batang kayu besar yang masih hidup dengan kepercayaan yang roh mereka akan bangkit semula untuk menentang musuh suatu masa nanti. Ada beberapa cerita yang serupa lagenda yang berkaitan dengan hal-hal seperti itu berlaku akan tetapi kesahihannya masih perlu dikaji sepenuhnya. Buat masa sekarang ianya adalah dianggap sebagai kepercayaan lama sahaja.
Penulis tidak pernah mendengar kisah yang disebutkan oleh STP di atas akan tetapi penulis berandaian pokok tersebut adalah salah satu pokok yang pernah dijadikan tempat persemadian mereka yang penulis sebutkan tadi apatah lagi ianya berada di kawasan tebing sungai terutamanya di kuala anak sungai kecil yang dianggap strategik tempat menjaga kemasukan para "musuh".
Penulis tidak ada mempunyai sebarang data kukuh yang mengaitkan kisah di atas dengan bangsa Sang Madi.
http://v12gether.blogspot.com/2013/10/untold-history-x-file-di-sungai-belait.html?m=1
DeleteTerima kasih Sang Jati Telamba atas info di atas.
ReplyDeleteHai.
ReplyDeletesudah lama tidak mendengar kisah dari Tuan. adakah kisah-kisah baru yang hendak dikongsikan terutama Kisah Sang Madi..
Keturunan Sang Madi memang ada terdapat di kawasan Mukim Sukang, di Ulu Belait melalui kahwin campur samada dengan masyarakat puak Iban atau Sang Jati Dusun akan tetapi mereka sudah tidak mengenal langsung tentang bahasa sebenar yang digunakan oleh Puak Sang Madi yang terdahulu dan mereka sudah tidak menggelarkan bangsa mereka sebagai Sang Madi lagi bahkan kebanyakannya sudah menganut agama Islam dan mencatat bangsa mereka sebagai Bangsa Melayu.
Deletesama macam keturunan Sang Jati Dusun yang menjadi Puak Tutong. dipercayai penutur awal bahasa Tutong berasal dri Hilir Baram/Marudi sebelum mereka bergerak secara berperingkat2 sehinggalah mereka pernah menetap di Sg Keluyoh di Sg Liang. kenapa mereka digelar Sang Keluyoh kerana Urg2 Sang Jati Dusun pertama sekali bertemu dengan Puak Tutong ini di Sg Keluyoh. seterusnya mereka berpindah ke Sg Telamba,Sg Penyatang dan Lurah Saban. Puak Tutong yanv ada sekarang dikatakan berasal dri Puak Dusun yang memeluk ugama Islam dan berkahwin dengan puak.Tutong. dan juga terdiri dari Utusan2 Sultan dri Kg Ayer yg ditugaskan di Daerah Tutong dan berkahwin dengan wanita2 dri Puak Tutong. ada pun Puak Tutong mendapat nama Puak Tutong sempena penempatan mereka di tebing2 Sg Tutong. seperti Puak Dali yg menetap di tebing2 Sg Belait dan akhirnya digelar Puak Belait.
Deletemenurut cerita,Sang Madi yg pernah menetap di Telamba berasal dari Sang Madi yg lari dri mukim Penulis.. mereka lari mrnyebabkan Kaum Kayan terus memburu mereka sehingga di Telamba..
ReplyDeleteSuatu info yang sungguh menarik. Terima kasih STP. Para penduduk di mukim penulis memang tidak banyak menyimpan cerita tentang berapa banyak dan ke mana perginya baki Sang Madi yang diserang oleh orang-orang kayan tersebut. Memang ada kemungkinannya mereka itu lari membawa diri secara berperingkat-peringkat melalui jalan hutan melintasi Kagu, Bang Ligi, Pak Bidang dan kemudiannya ke kawasan Telamba.
Deletekalau dilihat dari bekas peninggalan mereka seperti Pecahan Pinggan Mangkuk,pecahan tajau menunjukkan mereka menetap di Telamba untuk jangka masa yang myngkin agak lama. menurut cerita,kehidupan mereka disana sebagai petani dan bercucuk tanam. terdapat satu pokok belunu yang agak besar di Telamba yang dikatakan berusia lebih 200 tahun. menurut cerita,pokok itu pernah digunakan oleh Kaum Kayan untuk mengantung kepala kaum Madi selepas ayau.. cuma belum dapat dipastikan samada Kaum Madi yang di Telamba pernah berkahwin dengan orang2 Tempatan. cuma dari cerita,adanya Kaum Madi yang berhijrah tetapi mati didalam perjalanan. kubur mereka masih ada di kawasan Perpindahan Bukit Beruang..
DeleteMenurut cerita yang pernah penulis dengar tentang kenapa kaum Sang Madi di Daerah Belait itu mula sering di"ayau" oleh kaum Kayan dari kawasan Sarawak dulu adalah berdasarkan untuk membalas dendam atas kematian beberapa orang Kayan yang dibunuh oleh bangsa Madi sewaktu mereka (orang-orang Kayan) datang di kawasan Ulu Belait.
DeleteKononya sejak itulah mereka sentiasa bermusuhan secara berpanjangan.
Saya baru mendapat info/cerita dari nenek leleki saya yg lahir dlm tahun 1932 yg mengatakan yg beliau sendiri pernah melihat Sang Madi di Telamba. malah ada diantara mereka pernah dihantar balik oleh Puak Dusun di Telamba balik ke pedalaman Belait. perpindahan mereka ke Telamba disebabkan diburu oleh Kaum Kayan kerana atas faktor dendam.. sebab itu Kaum Kayan memburu mereka sehingga ke Telamba.
ReplyDeleteKubur Sang Madi ada di kawasan Kg Telisai iaitu di belakang ladang ternakan kolam udang di kawasan pengambilan Sungai Paku. Dikatakan kubur tersebut adalah kubur lama bagi Puak Sang Jati Telisai dahuluyang tinggal di Kg Pepakan sebelum memeluk ugama Islam. Kubur tersebut juga dikatakan tempat berkuburnya Sang Madi yang besar kemungkinan terkorban dari ayau Kaum Kayan. Kubur tersebut dikenali sebagai 'Jalor'. Dikatakan dalam 50 ke 100 batang nisan masih ada di sana.
ReplyDeletePengambilan Tanah
DeleteNama perkuburan Orang-orang Islam di Kampung Lubok Pulau dipanggil Pengkalan Jalur yang mana di bawah kubur tersebut dahulunya dikatakan Pengkalan Si Jalur yang dikatakan berbangsa Medi(Sang Madi). Adakah perkuburan 'Jalor' bagi penduduk Kg Pepakan(Telisai lama) adalah orang yang sama. Maksudnya c Jalor dikebumikan di Jalor...
DeleteKan mahu tahu, Dato Pemancang Saging seorang dusun muslim or non muslim.
ReplyDeletePenulis kurang mengetahui tentang samada Dato Pemancha Saging telah menganut agama Islam atau tidak kerana beliau tinggal di kawasan daerah Tutong.
DeleteMungkin saja mereka yang tinggal lama di daerah berkenaan lebih mengetahui tentang hal tersebut.
terima kasih tuan...amba sangat-sangat tertarik dengan penulisan tuan.teruskan usaha tuan.
DeleteMenurut cerita dari beberapa orang tua di Kg Ukong,Dato Pemancha Saging adalah campuran Brunei dan Dusun. Ayahnya dikatakan berdarah Pengiran dan ibunya adalah dari puak Dusun.
DeleteTerima kasih Anonymous. Dari salah satu sumber lain penulis pernah mendengar cerita bahawa Dato Pemancha Saging adalah sememangnya berketurunan Sang Jati Dusun tapi pada suatu ketika pernah menjadi anak angkat seseorang yang bergelar Pengarah dan beragama Islam yang tinggal di kawasan Telisai, Tutong. Menurut cerita Dato Pemancha Saging adalah sekedar menjadi anak angkat saja dan tidak pernah dibawa sama memeluk agama Islam ketika itu.
DeleteAdakah betul ayah angkatnya menetap di sebuah Kg di kawasan Telisai.? Jika betul dimana kgnya? Memang sebilangan penduduk di Kg Telisai, Bukit Beruang dan Kg Danau adalah dari keturunan OK Muda Daud yg dikatakan berasal dari Kg Ayer dan berdarah Pengiran dari ibunya. Ok muda daud diarahkan oleh Sultan Hashim untuk menjadi pentadbir bagi penduduk2 di kawasan Sg Penyatang sehingga ke kawasan Anduki. Ok Muda Daud berkahwin dengan perempuan tempatan dari Kg Sg Penyatang dan mempunyai anak seramai 3 orang iaitu Salmah,Siti Hawa dan Ok Muda Yusof(nenek kepada Allahyarham Pehin OK Saiful Mulok Dato Seri Setia Hj Abidin bin OK Periwara Abdul Rashid).
DeleteMenurut cerita, ayah angkat Dato Pemancha Saging yang bernama Pengarah Kandung yang berasal dari kawasan Kampong Ayer, BSB pada awalnya menetap di Papakan, Telisai dan atas sebab tertentu kemudiannya berpindah dan menetap terus di Kampong Bang Pangan di Mukim Ukong.
DeleteTerdapat juga seseorang yang bernama sama "Saging" yang pernah menetap tinggal di kawasan Telisai yang memangnya berketurunan Islam yang dikenali sebagai Orang Kaya Setia Di Raja Saging bin Orang Kaya Paduka Raja dari keturunan Orang Kaya Setia Kalat.
Menurut cerita dari versi yang berlainan yang saya dengar megatakan DPS itu memang anak dari Pengarah Kandung. Cuma kebenarannya memang tidak dapat disahkan memandangkan pada zaman tersebut tidak ada catatan bertulis.. Yang hanya ada cerita dari mulut ke mulut. Cerita ini diceritakan oleh waris DPS dari anak DPS yang berkahwin dan menetap di Kampong Telisai. Memang tidak dapat dinafikan bahawa penduduk-penduduk di persisiran pantai seperti Kampung Telisai, Kampung Danau, Kampung Bukit Beruan(Sungai Penyatang) yang pada asalnya belum berugama Islam dan berbangsa Dusun memeluk ugama Islam disebabkan lebih terdedah kepada ajaran Islam yang dibawa oleh pembesar-pembesar Istana dan Golongan Aristokrat dari Kampung Ayer yang singgah di salah satu Sungai Tulin/Kuripan Sultan iaitu Sungai Penyatang. Ada di antara pembesar-pembesar ini berkahwin dengan perempuan tempatan dan seterusnya menetap di sana. Salah satunya ialah OK Muda Daud yang berasal dari Kampung Ayer dan berkahwin dengan salah seorang perempuan dari Kampung Sungai Penyatang. Kebanyakan golongan-golongan Aristokrat ini mempunyai pertalian darah dengan kerabat diraja Sultan. Manakala OK Setia Di Raja Saging itu adakah dari keturunan Sang Jati? Memang saya ada mendengar yang dikatakan kuburnya terletak di salah satu perkampungan lama di hulu Sungai Telamba.
DeletePenulis difahamkan melalui apa yang diceritakan oleh keturunan cicit Dato Pemancha Saging (DPS) yang masih tidak beragama Islam berumur dalam lingkongan 75 tahun yang tinggal di Kg Bukit Udal pada ketika ini bahawa OK Setia Di Raja Saging adalah dari bangsa Kedayan beragama Islam dari Kampong Ayer dan telah diutuskan oleh pemerintah untuk bertugas di kawasan Kg Telisai suatu ketika dahulu.
DeleteMemang tidak dinafikan memang banyak fakta yang pernah diceritakan dari satu generasi ke satu generasi kadangkala ada kekurangan atau kelebihanya dan ada juga yang boleh dikatakan tulin tertakluk kepada beberapa faktur yang tertentu. Penulis juga pernah terjumpa beberapa orang yang tidak mengetahui siapa sebenarnya nama nenek mereka sendiri sewaktu penulis mengutip butiran tentang salasilah keluarga.
Secara peribadi penulis memanglah kurang arif tentang beberapa fakta yang disebutkan di dalam cerita-cerita tentang DPS atau OKSDS di atas. Penulis percaya dengan usaha yang terus menerus Anonymous akan dapat berhasil menemukan cerita yang sebenarnya di suatu masa nanti.
Cerita yang didengar oleh saya melalui cucu DPS yang lahir pada tahun 1905. Mengenai OK Setia Di Raja Saging itu pada mulanya saya menyangkakan beliau adalah berbangsa Sang Jati. Memandagkan kuburnya berada di hulu Sungai Telamba bukannya di Perkuburan Orang-Orang Islam di Latukan Telisai. Memang ada beberapa orang pembesar-pembesar Sultan dari golongan Aristokrat yang pernah berhijrah ke Daerah Tutong khususnya di Sungai Penyatang dan Sungai Telamba. Ada di atara mereka yang berkahwin dengan wanita tempatan dari Puak Sang Jati yang memeluk ugama Islam. Antaranya Orang Kaya Muda Daud yang keturunannya masih ada di Mukim Telisai, Penyurat Bayan dan banyak lagi yang sudah berhijrah ke Mukim Pekan Tutong dan keturunannya menjadi Puak Tutong walaupun pada asalnya mereka adalah campuran dari perkahwinan Puak Brunei dan Puak Dusun.
DeletePenulis memang sependapat dengan Anonymous tentang OK Setia Di Raja Saging tersebut.
Delete"Saging" adalah perkataan SJD yang bermakna "tekiding" dan nama Saging sering digunakan sebagai nama seseorang di kalangan masyarakat SJD. Juga tentang tempat di mana beliau dikebumikan seperti yang Anonymous katakan di atas.
Besar kemungkinan beliau adalah keturunan bangsa Sang Jati Dusun dan bukannya keturunan Kedayan tapi tinggal bersama atau menjadi anak angkat seseorang aristokrat di Kg Ayer kerana ketika suatu masa dahulu banyak juga orang-orang SJD yang turut berkhidmat dengan raja dan tinggal di kawasan tersebut atau yang berhampiran dengannya, kawasan Sumbiling dan Kiulap misalnya.
Menurut cerita Dato Pemancha Saging ada mempunyai dua orang anak dan kuburan beliau terletak di kawasan Kampong Anggi, di Mukim Ukong, Tutong.
DeleteBetul. Seorang anaknya bernama Yaba dan salah seorang keturunannya OK Maha Bijaya Hj Osman bin Uking. Manakala anaknya seorang bernama Yalong dan memeluk Islam dan nama Islam Yalong ialah Adam yang mempunyai 2 orang anak iaitu Piah(dari isteri pertama) dan Peninggir@Idris dari isteri kedua.
DeleteManakala itu dalam sejarah awal orang-orang Kayan di Long Laput terdapat cerita mengenai kisah peperangan mereka dengan Kaum Tering (Murut). Dalam peperangan tersebut orang-orang Tering telah berjaya dikalahkan dengan membunuh raja mereka dan akhirnya orang-orang Kayan dapat menduduki hulu Baram(diceritakan oleh Jok Deng, Long Laput, Baram Sarwak pada 23 April 2003). Dengan kekalahan itu orang-orang Tering terpaksa berpindah ke daerah-daerah Belait dan Tutong dan menjadi penduduk terawal mendiami daerah-daerah berkenaan.
ReplyDeleteDipetik dari buku:
Pusaka Bilangan 12 terbitan Pusat Sejarah Brunei
Muka surat: 29.
Persoalannya: adakah kaum Tering ini Sang Madi? Menurut pembacaan saya, Kaum yang dikategorikan di bawah Kaum Murut ini lebih banyak menetap di sebelah kawasan Lawas menuju ke Sabah...
Menurut apa yang penulis pernah dengar melalui cerita-cerita dari orang-orang tua di sini bahawa kaum "Tering" dan kaum "Sang Madi" adalah tidak sama walaupun sememangnya kedua-duanya telah dikategorikan sebagai Murutik.
DeleteKaum "Tering" yang Sang Telamba Pepakan sebutkan di atas mungkin juga kaum yang disebutkan sebagai bangsa "Sang Bataring" oleh penduduk di mukim penulis, iaitu satu kaum lain dari Sang Madi.
Selain itu tak berapa banyak fakta yang tinggal yang boleh dirujuk tentang kaum Sang Bataring tersebut selain ianya merupakan sebagai suatu kaum yang pernah ujud di kawasan hilir Sungai Belait suatu ketika dahulu. Salah satu irama gendangan kaum Sang Bataring telah ditiru dan digunapakai oleh masyarakat Sang Jati Dusun di sini iaitu "Gendang Ibang-Ibang Bataring". Irama pukulan gendangnya serupa dengan gendang "Ibang-Ibang" SJD biasa cuma ianya lebih rancak dan pukulan canangnya ada ketukan terbalik yang berulang-ulang.
Fakta di atas boleh saja memberi petunjuk tentang keberadaan kaum tersebut di daerah sini dan bahawa Sang Jati Dusun di mukim penulis suatu ketika dahulu sememangnya pernah sedikit-sebanyak berinteraksi mesra dengan kaum berkenaan.
Adakah masih saki baki Kaum Tering itu di mukin penulis?
ReplyDeletePenulis tidak mempunyai banyak fakta rujukan tentang kaum Sang Bataring (Tering) tersebut cuma yang pasti kaum tersebut tidak ada pernah membuat perkampungan di kawasan mukim penulis. Mereka dikatakan menetap di kawasan hilir Sungai Belait sahaja.
DeletePernahkah Sang Telamba Pepakan terlintas tentang cerita yang seakan-akan "fairy-tale" tentang satu kaum kelompok manusia yang pernah tinggal di negara ini yang digelar "Malahia" oleh orang-orang Kedayan di kawasan Lumapas dan Subok. Orang-orangnya kerdil dengan ketinggian tubuh badan tidak melebehi 3 kaki tetapi kononnya mempunyai tenaga yang luarbiasa seperti berupaya dengan mudah mengangkat batang besar. Kaum tersebut (dikatakan dalam 50 orang sahaja) kononnya pernah tinggal di kawasan-kawasan berbukit di antara kawasan Subok dan Pandam di Limbang tetapi kemudiannya atas sebab sesuatu berpindah ke kawasan Balik Papan atau Banjar Masin di Indonesia.
DeleteSaya pernah mendengar sendiri dari cerita sepupu saya tentang keberadaan Kaum Kerdil ini di suatu tempat di hulu Daerah Tutong. Jikalau tidak silap di kawasan Hutan Kg Medit.. Saya tidak pernah mendengar mana-mana orang pernah menjumpai di kawasan Mukim saya. Menurut sepupu saya,orang Kenit@Kerdil itu berpakaian seperti manusia cuma baju mereka agak klasik ala-ala zaman Hang Tuah. Adakah 'Malahia' ini wujud di mukim penulis?
ReplyDeleteOrang kerdil Malahia tidak ada wujud di mukim penulis. Ia adalah sekadar cerita mulut yang penulis pernah dengar melalui beberapa orang bangsa Kedayan di Kg Lumapas.
DeleteFaktor keujudan mereka (Malahia) di sekitar kawasan berbukit kawasan Bukit Ladan penulis kira adalah memang ada kesahihannya sapertimana jua yang diceritakan oleh sepupu STP itu. Mereka adalah agaknya serupa seperti kaum-kaum asli di kebanyakan benua iaitu orang-orang asal atau "the aborigines" dikepulauan Borneo. Sayangnya kaum tersebut nyatanya sudah "pupus" di negara kita ini.
Cuma sifat kelebihan kekuatan yang ada pada mereka itu mungkin saja "direka-reka atau ditambah-tokok" saja oleh para penceritanya dari masa ke semasa dahulu.
Suatu info baru mengenai kubur Sang Madi yang ada di kawasan Pengambilan tanah di Sg Paku Mukim Telisai. Menurut cerita dari salah seorang yang pernah nampak sendiri kubur Sang Madi terdapat beberapa bilah pedang/parang kepunyaan Sang Madi itu. Cuma kurang pasti samada barang-barang itu masih ada atau sudah hilang. Saya melihat google map bahawa adanya pertemuan sungai dari kawasan mukim penulis ke mukim saya. Dari sana memang tidak hairan bagaimana Sang Madi yang asalnya menetap di mukim penulis boleh sampai ke mukim Telisai akibat lari diayau oleh Kaum Kayan. Malah dari Kaum Sang Jati sendiri pun ads yang berhijrah ke mukim saya seperti moyang saya sendiri yang dikenali Sang Bang Pali.
ReplyDeleteAda beberapa kemungkinan tentang perkara di atas. Antaranya, orang Sang Madi yang dikebumikan di kawasan Sg Paku itu adalah memang dari mereka yang sudah bermastautin di kawasan tersebut dan tidak pernah sampai di kawasan mukim penulis ataupun saki-baki Sang Madi yang dapat lari dari kawasan Daerah Belait selepas diserang oleh kaum Kayan.
DeleteKisah penghijrahan penduduk mukim penulis ( kawasan Bang Pali) berpindah beramai-ramai ke kawasan lain atas sebab khuatir diserang oleh "ayau" berlaku sekitar tahun-tahun sebelum 1850 dan atas sebab "panyakit gayao" yakni wabak cacar Smallpox sekitar tahun 1888 yang lalu.
Tidak kurang juga ada beberapa penduduk di sini turut berhijrah ke kawasan Sarawak, terutamanya kawasan Ulu Baram/Marudi kerana terpikat dengan peluang pekerjaan yang pernah ujud di sana semasa pemerintahan keluarga Rajah Brooke yang lalu.
Orang-orang tua penulis pada satu pihak sememangnya berasal dari kawasan Kampong Kagu Lama yang letaknya berhampiran dengan kawasan Mukim Telisai dan juga Kg Bang Ligi di Mukim Ukong. Kampong Penyataong adalah tempat persinggahan bermalam bagi mereka yang berjalan kaki semasa dalam perjalanan menuju ke Kg Ayer di zaman tersebut.
DeleteSaya pernah terbaca bahawa generasi pertama yang tinggal di Kg Sg Penyatang berasal dari Kg Sg Bera. Malah salah seorang ketua bagi Kg Sg Penyatang yang bernama Bendahari Badar(meninggal pada tahun 1904 pada usia 40an akibat cacar) adalah generasi ke 3 yang mula-mula sekali berpindah ke Kg Sg Penyatang. Ibunya generasi ke 2 yang berpindah dari Kg Sg Bera dan ayah Bendahari Badar bernama Penyurat Bayan berasal dari Kg Ayer. Persoalannya dmana kah sebenarnya perkampungan Sg Bera itu? Adakah Kaum Sang Jati pernah membina perkampungan di sana atau ia hanya penempatan semantara yang kemungkinan besar mereka berasal dari Hulu Daerah Belait.
ReplyDeleteMengenai Sang Madi yang tinggal di mukim Telisai itu, meang mereka berasal dari mukim penulis. Kisah ini diceritakan sendiri oleh nenek lelaki saya. Disebabkan penghijrahan Sang Madi itulah teah menyebabkan Kaum Kayan dari Hulu Sungai Baram terus menjejaki dan membuat ayau di mukim saya. Kaum Kayan dikatakan datang melalui Laut iaitu masuk melalui Kuala Sungai Tutong dan terus masuk ke Sungai Telamba. Malah menurut cerita Kaum Kayan pernah bertarung dengan Dato Pemancha Saging yang dikatakan sakti dan mmpunyai ilmu kebal..
ReplyDelete