Sunday, March 10, 2013

KEBERADAAN UNSUR-UNSUR BAHASA CINA

Orang-orang SJD di sini selain menggunakan perkataan-perkataan pinjaman dari Bahasa Melayu dan Inggeris mereka juga ada sedikit sebanyak menggunakan perkataan-perkataan yang dipercayai dikutip dari bahasa Cina seperti:

     sincai   (bermakna buat mudah, tidak perlu banyak bicara)
     liaw  (bermakna hampa, habis kikis, kalah)
     tongkang  (bermakna kapal kecil)
     cun (tepat)
     ngam  (sesuai betul)


Contoh ayat:


1.  Kalaw kuji sincai gala andi paya susa-susa pikir lagi.
     Kalau saya buat mudah saja tidak payah berpikir panjang lagi.

2. Liaw, anjop aro alap jati ngencada.
    Hampa, tidak ada ikan kita dapat.

3. Suang  barang enibit ero senalom tongkang  eno.
    Banyak barang dibawa mereka di dalam kapal kecil (tongkang) itu.

4. Andi cun samuon pintu gol bul sanipak o.
    Tidak tepat masuk pintu gol bola yang ditendangnya.

5. Jaye kito baju enali mu eno memang ngam ya inan mu.
    Saya nampak baju kamu beli itu memang sesuai betul dengan badan kamu.

Tongkang di zaman dulu






Walaupun perkataan-perkataan tersebut jarang-jarang digunakan tetapi kenyataannya ianya ada digunakan oleh beberapa penduduk setempat pada waktu-waktu tertentu.

Faktur penyebab kemasukan unsur-unsur bahasa Cina besar kemungkinan adalah kerana adanya pergaulan bebas di antara penduduk-penduduk setempat dengan beberapa orang berbangsa Cina yang datang berdagang ke sini sejak tahun 1800an dahulu. Mereka juga ada yang tinggal menetap dan berkahwin dengan penduduk tempatan di mukim ini.

Antara orang-orang berbangsa Cina yang awal tiba dan tinggal menetap sehingga meninggal dunia di kawasan Mukim Bukit Sawat adalah (menurut nama panggilan biasa):
      
     
      Yalok  (Ah Lok) tinggal di kawasan Nung Juru, Bukit Sawat
      Yanam  (Ah Nam) tinggal di kawasan Pangkalan Siong
      Yangi   (Ah Ngee)  tinggal di kawasan Singap
      Yasang (Ah Sang) tinggal di kawasan Merangking
      Jukui  (Jiu Kui) tinggal di kawasan Singap
      Tukang  (An Tu San) tinggal di kawasan Lubuk Karusap, Kandul
       Lukim (Liu Kim) tinggal di kawasan Singap
       Yalu (Ah Loo) tinggal di kawasan Merangking
       Bong Leong - tinggal di kawasan Singap
       Tikus (Lim)  - Pangkalan Siong
       Yakaw  (Ah Kaw) - Pangkalan Siong
       Yatung (nama Islamnya Hj Sulaiman) - tinggal di Kg Bukit Sawat 
       Lisui (Li Sui)  - Kg Merangking)
      

No comments:

Post a Comment