Sunday, March 10, 2013
BAHASA-BAHASA HALUS BERKAITAN DENGAN MULUT
Masyarakat SJD gemar menggunakan bahasa-bahasa halus ketika berinteraksi di antara satu sama lain sebagai suatu etika pergaulan yang diwarisi sejak dari dahulu lagi.
Ada berbagai bahasa-bahasa halus yang timbul dengan menggunakan perkataan "MULUT" yakni "KABANG" di dalam bahasa SJD. Contohnya:
a) masa kabang (basah mulut)
Bermakna: ada benda untuk di minum
b) andi kala kabang (tidak kering mulut)
Bermakna: tidak putus-putus bercakap
c) gayo kabang (besar mulut)
Bermakna: bercakap dengan suara besar
d) nakaput kabang (tertutup mulut)
Bermakna: tidak mahu bercakap
e) mok kabang-kabang (di mulut-mulut)
Bermakna: sentiasa selalu diingati
f) tumpih kabang (pintar mulut)
Bermakna: pintar bercakap
g) suang kabang (banyak mulut)
Bermakna: suka mengarang banyak cerita yang bukan-bukan
h) kabang palita (mulut murai)
Bermakna: sentiasa becakap
i) rat kabang (jahat mulut)
Bermakna: sering mengumpat dan menghina orang lain
j) mancoi kabang (baik mulut)
Bermakna: sering bercakap baik tentang hal orang lain
k) iyaw kabang (hidup mulut)
Bermakna: asyik bercakap-cakap menceritakan hal orang sahaja
No comments:
Post a Comment