© SEMUA HAKCIPTA ADALAH TERPELIHARA. All Copyrights Reserved


ISI KANDUNGAN BLOG ****** TENTANG PENULIS*******HOME


Tuesday, June 9, 2015

SERBA TAK JADI



Andi jamadi (serba tak jadi)?


Orang-orang tua sering kita dengar pernah berkata:

Lain yumoan lain gat narumpak.
(Lain yang dicari lain pula yang dijumpai)

Agaon nakaon andi masuat; yalan andi jamadi
(Ditikam tak kena; dibuat tak menjadi)

Tambang tanimbak palanuk gat nakasuat
(Rusa ditembak pelanduk pula yang kena )


IMPIAN YAND IDEAL:
Boleh dikatakan semua orang di dunia ini mahukan segala yang diharap-harapkannya menjadi kenyataan kerana itulah merupakan naluri biasa bagi setiap insan. Tak ingin satupun yang salah walau sedikit jua. Semuanya perlu sempurna  -  The perfect life.  The perfect world.

Tapi sayangnya itu cuma impian sahaja bagi kebanyakan orang!


Memang indah jika dapat dicapai. Tapi kenyataannya tak semua apa  yang kita kehendaki itu semuanya dapat diperolehi sepenuhnya.   Ini bukan keganjilan tapi lumrah kehidupan yang biasa.  

Apa yang diikhtiarkan tak semestinya semuanya tetap  menjadi  100% seperti yang dirancangkan samada kerana bersebab ataupun tanpa ada sebab langsung sekalipun.



Contohnya pokok buah yang  berbunga tapi  tak semestinya setiap kuntum bunganya itu akan menghasilkan buah. Kadang-kadang sebiji pun tak menjadi.

Itu hakikat yang sebenarnya. Hakikat semua yang hidup di dunia ini.  Kadangkalanya lain yang diharap-harapkan lain pula yang diperolehi. 


PERIBAHASA SANG JATI: 
Terdapat satu peribahasa Sang Jati Dusun yang berbunyi:

 "Baliung jadi usus"

yang diterjemahkan secara kasar berbunyi "tombak besar menjadi tombak kecil" yang membawa maksud "apa yang dirancang awal tidak kesampaian malahan lain pula yang diperolehi iaitu sesuatu yang kurang berfaedah".




Berikut adalah beberapa perkataan khusus Sang Jati Dusun di sini yang menggambarkan keadaan sesuatu yang serba tak jadi:



1. nupoar  
   Jatuh habis;  bunga pokok buah jatuh semuanya tanpa menghasilkan sebarang buah.


2. nabawaol 
    Tak masak betul; nasi yang dimasak tak jadi masak sepenuhnya dengan baik


3. nalibah 
   Hilang keberkesanan; rasa tuak atau kesan tuba yang hilang bisanya.

4.  napasakan
 Mengering; bahan penawar dan sebagainnya yang disimpan di rumah  mengering dan hilang keberkesananya akibat terlanggar pantang khusus.

5. nangancag  /nangadow
    Mengeras; keadaan buah yang mengeras saja dan langsung tidak mahu masak apabila diperam atau nasi yang mengeras akibat kekurangan jumlah air ketika dimasak.

6. natali 
     Cair; keadaan embuyat yang terlalu cair akibat tersalah cara menyediakannya.

7. muli lamoi
    Kembali tanpa ada perolehan; pulang dengan tangan kosong selepas pergi berburu, menangkap ikan atau mengumpul buah-buahan dan sebagainya. 

8. kalagaos
   Merajuk; pokok buah yang berhenti berbuah akibat sesuatu kejadian kejutan seperti selepas buah di atas pokoknya dinaiki dan habis dimakan oleh binatang babi..


  
[Apa betulkah pokok buah itu pandai merajuk?  Memang itulah kepercayaan orang-orang dahulu berdasarkan pengalaman dan pemerhatian mereka sendiri sejak zaman berzaman. Adakah cara untuk membujuk sesuatu pokok yang "merajuk" itu untuk berbuah kembali seperti dahulu?  Mungkin juga ada!  Tapi apakah dia?   Penulis]


3 comments:

  1. Uno rati so 'uppor'?

    ReplyDelete
    Replies
    1. "Upoar" arti ao usak atau engkawak bua yao andi jamadi bua.

      Macam selalaom ayat:

      Sangaye usak bua taun ti jadi upoar gala. Anjop tunggal pun sanakaot janadi bua.

      Delete
    2. "Upoar" ni barati pun bua yao satiap kali mangusak memang sangaye ao andi jamadi. Suntu ao pun bua jenis ramakaot ataw pugi. Arao sabatang ataw duwo ya tatap andi jamadi bua ao walaupun usak ao masapow.

      Delete