© SEMUA HAKCIPTA ADALAH TERPELIHARA. All Copyrights Reserved


ISI KANDUNGAN BLOG ****** TENTANG PENULIS*******HOME


Monday, May 11, 2015

PARADOKS (PARADOX)



Masyarakat Sang Jati Dusun di sini gemar menggunakan kenyataan-kenyataan yang berunsur paradoks pada waktu-waktu yang tertentu semasa mereka berbual-bual.

PARADOKS  (paradox)  adalah kenyataan yang kelihatan bercanggah atau bertentangan tetapi mengandungi kebenaran walaupun pada awalnya kadangkala kelihaan tidak logik.


Nyatanya apa yang diungkapkan mempunyai makna yang bertentangan dari apa yang disebutkan. Seseorang boleh mengenal samada ianya paradoks atau bukan cuma dengan memerhati dan mendengar bagaimana alunan dan nada suara sesuatu ungkapan kata itu disampaikan. Biasanya ianya seolah-olah serupa dengan kata seruan tapi agak berbeza di dalam cara penyampaiannya. Ada di antaranya berunsur senda gurau  supaya orang lain berasa geli apabila mendengarnya.


Jika dikatakan "madan jelama nagilo makakito diso!" (pengsan tergila-gila semua orang terlihatnya) sebenarnya bermaksud "wajahnya tidak cantik"  sebagai contoh.



Berikut adalah antara beberapa kenyataan paradoks yang sering biasa didengar:


1.  Batata ni ayu jalama eno!
      (Hebat betul usul orang  itu!)

      Makna sebenar:
      Kelihatan buruk atau hodoh.


2. Palap ku ejun sengaye  engkali bao ta nao!
     (Barangkali ku suruh kamu ambil  kah itu semua!)

      Makna sebenar:
      Melarang mengambil.


3.  Patayao nao jami ti sengaye!
     (Bunuh saja kami ini semua)

      Makna sebenar:
      Jangan mengganggu kami.


4.  Mikum eyo nao makan.
      (Dia itu malu makan)

      Makna sebenar:
       Makan sepuas hati.


5.  Temun ulu ao kan nulung dijati.
      (Terjun dia nanti datang untuk  menolong kita)

    Makna sebenar:
    Tidak boleh diharap sebagai tempat untuk meminta pertolongan.


6. Arao usin duwo guni tenauu ku untuk mu.
     (Ada duit dua guni aku simpan untuk kamu)

     Makna sebenar:
     Tak ada duit yang disimpan

7. Mapaod inan suda sawao ao kalaw muyun andi pasaya.
    (Sepuluh orang sudah isterinya kalau kamu tidak bercaya)

      Makna sebenar:
      Tidak pernah beristeri.


8.  Mancoi banaor bao gena ao nao..
      (Baik betul hati dia itu )

     Makna sebenar:
     Paling kedekut orangnya.


9.  Kanao banaor-banaor la anak mu eno!
      (Kamu makan habislah anak kamu itu!)

      Makna sebenar:
      Sabar. Jangan disakiti sangat anak itu.


10.  Eyo nao lamaot.  Anjaop suang tuturan!
     (Dia itu pendiam. Tak banyak cerita!)

      Makna sebenar:
      Dia itu pembual atau kuat bercerita.


11. Andi mancoi rasao kui eno!
      (Tak nyaman rasa kuih itu!)

     Makna sebenar:
     Kuih itu sangat sedap dan cepat habis dimakan.


12.  Temun ta ulu ku manau li sino la.
       (Terjun barangkali kepala ku berjalan ke sana nanti)

       Makna sebenar:
       Aku tak ingin pergi.


13. Andi yao ingat. Kalamuan ao suda.
      (Tidak dia ingat. Terlupa sudah dia.)

      Makna sebenar:
      Dia ingat  akan segalanya.


14. Malap diarap bao eyo nao. Andi malao langaon ao nao.
      (Boleh diharap dia itu. Tangannya tak membuat kacau)


     Makna sebenar:
     Tak boleh diharap. Memang suka mencuri orangnya.

No comments:

Post a Comment