Setiap manusia mempunyai pelbagai jenis parangai (perangai) masing-masing. Perangai berupa taabiat yang dapat dilihat dan dirasa oleh orang-orang lain dan boleh sahaja berbentuk baik atau positif mahupun kurang baik yakni negatif sementara ada di antaranya berbentuk neutral (di tengah-tengah) sahaja.
Di dalam masyarakat Sang Jati Dusun bentuk-bentuk perangai atau taabiat seseorang itu boleh sahaja di senaraikan sebagai berikut:
a. PARANGAI MANCOI (Perangai baik)
pamura (pemurah hati)
andi singot (tidak kedekut)
suka nulung (suka menolong)
irak-irak (wajah tersenyum)
tunjur (lurus)
jujur (jujur)
panyabar (penyabar)
sigot (rajin)
panyayang (penyayang)
mataod gena (berhati tenang)
pintar (pintar)
barakal (berakal)
madun (membuat sesuatu dengan baik dan sempurna)
suka bagaul (suka bergaul atau berkawan dengan orang lain)
siow (berani)
sargas (cergas)
b. PARANGAI RAT (Perangai buruk)
banciow (penyemburu)
panipu (penipu)
pangabow (pembohong)
pandakaw (pencuri)
pangalimut (pengumpat)
panapi (pengadu domba)
andi tunjur (tidak lurus)
andi jujur (tidak jujur)
singot (kedekut)
pusoang (panas baran)
marung rabah (muka bengis)
lundung (malas)
dangki (dengki )
pangasaw (pengacau)
parisaw (gemar bermain dengan benda-benda di rumah)
gauk (nakal)
murung (bodoh)
kalamuit (lambat membuat sesuatu pekerjaan)
masiow-masiow (pemarah)
pentalaw (penakut)
pungkas (bermegah-megah)
sumbung (sombong)
panggitak (peminta-minta)
penyalao (pengacau)
pendandam (pendendam)
c. PARANGAI TANGA-TANGA (Perangai neutral)
suka basandiri (gemar bersendirian)
paradop (gemar tidur)
pangkajow (gemar berjalan-jalan)
bibiran (kuat bercakap)
lamaot (pendiam)
parikum (pemalu)
....... dan banyak lagi contoh yang lain
No comments:
Post a Comment