Ada terdapat beberapa perkataan Sang Jati Dusun yang agak istimewa kerana ianya mempunyai secara sendirinya berbagai jenis makna tertakluk kepada cara penggunaannya dan boleh menimbulkan berbagai makna lagi jika dibubuh penambahan samada di depan atau dibelakangnya ataupun jika digandakan.
Kita ambil di sini perkataan "duduk" sebagai contoh.
a) Dalam Bahasa Melayu "duduk" bermakna "sit" di dalam bahasa Inggeris dan bermaksud "kuku" di dalam bahasa Sang Jati Dusun (SJD).
SJD BM ENG
kuku duduk sit
Contoh ayat:
Kuku ekow tagulu.
Duduklah kamu dahulu.
You sit first.
b) Perkataan "duduk" yang digunakan di dalam bahasa SJD mempunyai berbagai jenis makna tertakluk kepada cara penggunaannya. Contohnya:
SJD BM ENG
duduk keduduk a kind of a small plant
duduk keputusan conclusion
duduk gadai pawn
Contoh-contoh ayat:
1. Duduk eno andi lagi nangusak
Keduduk itu belum lagi berbunga.
The keduduk plant is not flowering yet
2. Dambo no dampal duduk o pakara yo narunding jati ti?
Di manakah letak keputusannya perkara yang kita rundingkan ini?
What is the conclusion on the thing we have discussed?
3. Barang suat duduk masti malap lapaon balik
Barang kena gadai mesti boleh diambil balik
Thing pawned should be retrievable.
c) Selain itu ianya boleh dijadikan perkataan berganda atau dibubuh penambahan awal dan akhir (prefix &
suffix) untuk menerbitkan perkataan-perkataan seperti berikut:
SJD MEL ENG
duduk-duduk terhendap-terhendap moving stealthily
kadudukan tempat kedudukan site
panduduk penduduk resident
ngaduduk menghendap spying
danuduk digadaikan pawned
dudukon dihendap be followed
Contoh-contoh ayat:
1. Duduk-duduk panaw o tad likud.
Terhendap-hendap jalannya di belakang.
He walked stealthily from behind
2. Iti no yo kadudukan alai yo kan yalan jaye eno.
Inilah dia tempat kedudukan rumah yang akan ku bina itu.
This is the site of the house I want to build.
3. Eyo memang jalama panduduk asal kampung eno.
Dia memang orang penduduk asal kampung itu.
He is the original resident of the village .
4. Eyo ngaduduk banatang nakan bua mitus.
Dia menghendap binatang memakan buah meritus
He is spying on animals eating meritus fruits
5. Suda danuduk ao sincing amas ao mok kadai pajak kaniab.
Sudah digadaikan nya cincin emasnya di kedai pajak kelmarin.
He has pawned his golden ring at the pawn shop yesterday.
6. Adaong manaw sandiri la dudukon jalama rat ekow la.
Jangan jalan sendiri nanti dihendap orang-orang jahat kamu nanti.
Don't walk alone you could be followed soon by bad characters.
No comments:
Post a Comment