© SEMUA HAKCIPTA ADALAH TERPELIHARA. All Copyrights Reserved


ISI KANDUNGAN BLOG ****** TENTANG PENULIS*******HOME


Thursday, May 2, 2013

PERBANDINGAN BAHASA SJD DENGAN DUSUN INDONESIA TENGAH



Beberapa perkataan orang-orang Dusun Indonesia Tengah mempunyai kemiripan serta perbezaan dengan bahasa Sang Jati Dusun di sini.


Antara perkataan-perkataan yang biasa digunakan hari-hari  yang ada kemiripan:



          Sang Jati Dusun      Dusun Indonesia Tengah      Bahasa Melayu/Iban



         asu                                     tasu                                              anjing/odok

         alai                                    walai                                            rumah/langkaw

         esoi                                    isai                                               siapa/sapa

        ngaran                                aran                                               nama/nama

        ngarangow                        ngaringow                                  mendengar/ninga

           duo                                   duey                                             dua/dua

           talu                                    tilu                                              tiga/tiga
          



Tapi ada juga perkataan yang jelas berbeza: 



        Sang Jati Dusun      Dusun Indonesia Tengah      Bahasa Melayu/Iban


        ambao                            nonggo                                     mana/dini

        ngintong                          niw                                        tengok/meda


[Kenapakah ada terdapat kemiripan sedemikian merupakan suatu persoalan yang perlukan jawapan.  Sebagai titik-tolak mula ianya memungkinkan kebenaran fakta tentang penghijrahan orang-orang Dusun di kawasan-kawasan pedalaman Borneo yang se tanah di zaman dahulu.  Orang-orang SJD di sini memang amat "affiliated" dengan kawasan-kawasan yang berbukit-bukau di pedalaman atas tujuan untuk menanam padi tugal di bukit-bukit dan tidak pernah ada seorang pun yang didapati tinggal menetap di kawasan pantai di masa dahulu berbanding di zaman sekarang bilamana berbagai bangsa ramai-ramai datang berhijrah ke kawasan bandar kerana makan gaji dan seumpamanya.

Bak kata pepatah Melayu: Jauhari saja yang kenal manikam. Nah kita serahkan saja kepada para pakar untuk menyelidiknya.  PENULIS]





4 comments:

  1. kalau.Dusun sekitar Telamba,Penyatang dan Papakan lebih hampir kepada Pantai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menurut apa yang penulis fahami orang-orang SJD yang ada di kawasan yang Anonymous sebutkan adalah datangnya dari kawasan pedalaman terutamanya dari Kg Pasal dan Bukit Barang juga yan terletak di Mukim Bukit Sawat. Mereka berpindah ke tempat lain atas beberapa tujuan tertentu terutamannya untuk menikmati cara hidup yang lebih selesa dan sebagainya. Ini adalah atas dasar cerita dari mulut ke mulut sahaja dan perlukan lebih banyak penyelidikan mendalam oleh pihak-pihak yang berkemahiran. Terima kasih Anonymous.

      Delete
  2. Replies
    1. Terima kasih R-Kudingking. Memang betul Dusun Witu yang tinggal di kawasan Barito, Kalimantan Tengah.

      Mungkin R-Kudingking ada mempunyai lebih banyak maklumat tentang bahasa yang mereka gunapakai dan budaya mereka dan tidak keberatan untuk mengongsikannya di sini. Penulis amat mengalu-alukan.

      Delete