© SEMUA HAKCIPTA ADALAH TERPELIHARA. All Copyrights Reserved


ISI KANDUNGAN BLOG ****** TENTANG PENULIS*******HOME


Monday, May 20, 2013

KEUNIKAN PERKATAAN SISIPAN : ATUK TUNTUT


Atuk tuntut yakni perkataan sisipan yang tidak bermakna sering dijumpai di kalangan para penutur bahasa Sang Jati Dusun di masa-masa dahulu hinggalah membawa ke zaman sekarang. Atuk tuntut merupakan sesuatu perkataan atau beberapa ungkapan perkataan yang terselit tanpa disedari  di antara ayat yang dicakapkan oleh seseorang itu. Orang lain mudah sahaja mendengarnya manakala si penutur sendiri biasanya tidak akan menyedarinya malahan ada di antaranya menafikannya.


Yang pasti ianya memang ada. Tidak semua orang memilikinya. Ia bukanlah jenis tabiat atau perilaku keturunan atau sesuatu yang dapat dipelajari dan digunapakai atau dipinjam-pinjam.  Fenomena keberadaan "atuk tuntut" merupakan sesuatu "keunikan" yang "natural"  bagi seseorang. Justeru itu kadangkala sebagai senda gurau seseorang yang memiliki "atuk tuntut" tertentu akan dikaitkan dengan keunikannya itu ketika orang lain membuat rujukan tentang dirinya. Namun begitu ianya adalah sesuatu isu yang sensitif  dan banyak di antara pemiliknya tidak mahu ianya disebut-sebut atau dijadikan bahan senda gurauan.

Berikut ada beberapa atuk tuntut yang pernah didapati digunakan oleh penutur-penutur bahasa SJD:

     kar

     ngat

     ji

     kuo kuo

     nyong nyong

     bir bir

     nyi

     kih

     aib aib

     nya nya


................ dan banyak lagi 



Contohnya:

Ji ji uno nengal mu ji eno?
Apa yang kamu buat?

Puro nyi rago o barang nyi iti?
Berapa harganya barang ini?

Kalaw aku bir bir andi bir aku mau maya bir diso.
Kalau saya tidak saya mahu ikut dia.


Perkataan-perkataan ji , nyi serta bir  di atas tidak ada mempunyai makna apa-apa. Semuanya merupakan perkataan sisipan yang tidak disedari oleh penuturnya. 

Pentingnya hampir semua ahli masyarakat setempat akan kenal seseorang itu melalui rujukan atuk tuntut tertentu. Misalnya bila dikatakan, "Ji nalanjop sambut kamaye"  membawa makna  "Orang yang ada perkataan sisipan 'ji' meninggal dunia pagi tadi".


ATUK TUNTUT SEBAGAI "BUNGA BAHASA PERTUTURAN"

Atuk tuntut bukanlah sebagai sesuatu bahasa yang salah kendatipun perkataan-perkatan itu tidak membawa sebarang maknapun tetapi boleh saja dianggap sebagai usak tuntut yakni  "bunga-bunga" bahasa pertuturan vokal (unwritten words) yang dimiliki oleh seseorang sepertinya terdapat pada beberapa penceramah terkenal yang sering menggunakan perkataan Melayu "maksudnya"  dan lainnya berulang-ulang di sana-sini tanpa disedarinya semasa  berceramah. [Setentunya perkataan tersebut memang tidak ada tertulis di dalam skrip yang mereka baca.]




No comments:

Post a Comment