© SEMUA HAKCIPTA ADALAH TERPELIHARA. All Copyrights Reserved


ISI KANDUNGAN BLOG ****** TENTANG PENULIS*******HOME


Monday, May 6, 2013

BAHASA-BAHASA PERBANDINGAN


Bahasa-bahasa perbandingan banyak terdapat di dalam perbendaharaan kata SJD. Ianya merupakan perbandingan di antara satu benda dengan benda yang lain. Perkara ini ujud pada awalnya demi untuk menggambarkan secara lebih jelas betapa besar, jauh, berat, tinggi, dan sifat sesuatu benda itu semasa bercerita atau berbual dengan orang lain kerana ketiadaan benda-benda seperti pengukur panjang, penimbang berat, jam dan sebagainya di zaman dahulu.

Bahasa Perbandingan telah menjadi suatu kaedah yang lazim digunapakai oleh masyarakat SJD dari dahulu sehingga sekarang.

Meskipun pada masa ini sudah ada terdapat alat penyukat mereka masih juga ada menggunakan perkataan-perkataan perbandingan  seperti "andi ni pa gayao, kurang labi gayao langaon ku ta gaya o"  untuk menggambarkan sesuatu benda yang sederhana besar yang bermaksud "tidak juga berapa besar, kurang lebih besar lengan ku barangkali agaknya".

Ataupun ketika bercerita tentang banyak makanan mereka akan berkata: " Kakal arao lagi sukup duo inan makan" yang membawa maksud "Masih ada lagi cukup untuk dua orang makan banyaknya"

Berikut adalah beberapa contoh Bahasa Perbandingan yang sering biasa didengar:


A. Berkenaan sais (kecil-besar)

i) Bagi yang kecil - diok

1. Diok macam jarum
    Kecil macam jarum

2. Arao gayao palad langaon
    Ada sebesar tapak tangan

3. Laku inan kilaw
    Seperti badan semut

4. Arao gayao jari.
    Ada sebesar jari.

5. Arao gayao sangilu.
    Ada sebesar kuku.


iii) Bagi yang sederhana besar - sadaong gayao

1.  Arao gayao makalaom
    Ada sebesar landak


2. Arao gayao palanuk
    Ada sebesar pelanduk

ii)  Bagi yang besar - gayao

1. Gayao macam gaja
     Besar macam gajah
 
2. Arao gayao baruang
    Ada sebesar beruang

 -------------------------------------------------------------------------------------------

B. Mengenai ketinggian

i)  Bagi yang tinggi - masawat

1. Arao duo tumpak jalama makakat
    Ada dua tumpak orang berdiri

2. Arao apat tumpak kayu.
    Ada empat tumpak kayu.
 
3. Arao limo kali ranjat manakaod
    Ada lima kali langkah memanjat

4. Arao pat limo rapao tad tana.
    Ada empat lima depa dari tanah.

ii)  Bagi yang tidak tinggi (rendah) - andi masawat

5. Malap gon nyaliat.
    Dapat di naiki kesebelah.

6. Malap gon ngelang.
    Dapat dilangkah.

------------------------------------------------------------------    
C. Mengenai jauh

 i) Bagi yang tidak jauh - andi sadu


1. Karangow katab enkuruk manok.
    Kedengaran bunyi kokok ayam.

2. Mikot tempalungoan tad sabaraong.
    Sampai dilempar dari seberang.

3. Malap gon nindak tad sabaraong.
    Dapat dilompati dari seberang.

4. Malap saduyon li sabaraong
    Dapat direnang ke seberang

5. Karangow katab antut
    Kedengaran bunyi kentut


 ii) Bagi yang jauh - sadu

1. Andi makito tad siti
    Tidak dapat dilihat dari sini

2. Arao sangadaw manaw atis
    Ada satu hari berjalan kaki

------------------------------------------------------------------------------------------------------

D. Mengenai berat

i) Bagi yang rengan - gan

1.  Malap tanggangon sanginan
     Dapat diangkat seorang

2. Malap gon nyait mok talingo.
     Dapat digantung di telinga

3. Malap gon nanggang sambila langaon.
    Dapat diangkat sebelah tangan

ii) Bagi yang berat - magat 

1.  Mapoad inan pun andi mait
     Sepuluh orang pun tidak terangkat

2.  Laku agat gaja
     Seperti berat gaja

-----------------------------------------------------------------------------------------------------




E. Mengenai perbuatan

1.   Lingkor-lingkor laku lanut
      Melingkar-lingkar seperti ular

2.  Tilib-tilib laku raun
     Melayang-layang seperti daun

3.  Tindak-tindak laku tabajang
     Melompat-lompat seperti katak

4. Tuing-tuing laku engkalit
     Gantung-gantung seperti kelawar

5.  Tulud-tulud laku kaniw
     Terbang melayang seperti helang

6.  Makan gagaol-gagaol laku lama baruran
     Makan kelam-kabut seperti orang sangat kebuluran

7.  Balaku padas nalulun
     Seperti perahu hanyut

8.  Kuat madoap balaku indu lutung
     Gemar tidur seperti luntung

9.  Bal-bal panaw laku lama balaow.
     Tak tentu jalan seperti orang buta

10. Gidu-gidu panaw o laku lama mita.
      Terhuyung hayang jalannya seperti orang mabuk.

10. Bal-bal tuntut laku jalama gilo.
     Tak tentu cakap seperti orang gila.

11. Guring-guring laku bua pasaw.
       Terguling-guling seperti buah kelapa.

----------------------------------------------------------------------------------------------------

F. Mengenai sifat

1.  Gulung-gulung laku batang punti
     Tergolong-golong seperti batang pisang

2.   Pasagi laku meja.
      Persegi seperti meja

3.  Bulat laku bua embangan / bol
     Bulat seperti buah embangan / biji bola

4.  Laju laku laggawow tamulud
     Laju seperti burung terbang

5.  Lawa laku tuan puti kayangan
     Cantik seperti tuan puteri kayangan

6. Lidut manaw laku babag
    Lambat  berjalan seperti kura-kura

7. Kuat balaku badang
    Kuat seperti badang

8. Taroam makan bulu
    Tajam makan bulu

9.  Lawis inan laku biula
     Langsing badan seperti biola

10. Lunoak inan laku tampin nataok
      Gemuk badan seperti karung sagu.

11. Tutit-tutit kabang o laku palita
       Bising mulutnya seperti murai

12. Pintar tuntut o laku enira tetuwo
      Pintar cakapnya seperti diajar orang tua

13. Rat tabiat o laku lamatai
      Buruk tabiatnya seperti hantu

14. Sadui-sadui laku sada
      Berenang-renang seperti ikan

15. Lantaw-lantaw laku karatas
      Terapung-apung seperti kertas

16. Sarok-sarok katab o laku jalama katalanan umi bua
      Carok-carok bunyinya seperti orang tertelan biji buah

17. Lumoai laku jalama baruran buai andi nakan
      Lemah longlai seperti orang kelaparan lama tak makan

18. Murung laku yalui
      Bodoh seperti yalui

19. Pintar laku palanuk
      Pintar seperti pelanduk

20. Garang laku kanah bukid
      Garang seperti harimau

21. Lamaow laku umaow
      Licin seperti minyak

22. Purak laku  kapas
      Putih seperti kapas

23. Itoam laku tunggul kayu nancaroab
      Hitam seperti tunggul kayu hangus

24. Ragang laku ra.
       Merah seperti darah.

25. Gadung laku raun kayu
       Hijau seperti daun kayu.

26. Biru laku aig laut.
      Biru seperti air laut.

27. Jarani laku aig tapisan.
       Jernih seperti air bertapis.

28. Lambut laku libun sutra
      Lembut seperti kain sutera

29. Kadaow laku batu
      Keras seperti batu

30. Pemalui laku anak diok
      Kuat bermain seperti budak-budak kecil

31. Mawow laku kadurow
      Berbau seperti kadurau.

32. Kama laku inan karabau pangao ngalayoan
      Kotor seperti badan kerbau siap berkubang

33. Tunjur laku luang sapuk
       Lurus seperti lobang sumpitan

34. Lingkok laku siku.
      Bengkok seperti siku.

35. Mapaok laku ramao nakan bua bingol.
       Tuli seperti babi hutan memakan buah "bingol"

36. Karutab-karutab mingor  katab o laku manuk senalom lembung.
      Bergelutan bising bunyinya seperti ayam di dalam reban.

37. Anjop katab laku lama ngendakaw
      Tidak berbunyi seperti orang mencuri.

No comments:

Post a Comment