© SEMUA HAKCIPTA ADALAH TERPELIHARA. All Copyrights Reserved
ISI KANDUNGAN BLOG ****** TENTANG PENULIS*******HOME
Monday, April 15, 2013
RUJUKAN TENTANG KAUM ETNIK / BANGSA LAIN
Orang-orang Sang Jati Dusun yang tinggal di kawasan Mukim Bukit Sawat sejak beberapa lama dahulu merujuk nama-nama kaum bangsa atau etnik yang tinggal di kawasan-kawasan luar dengan nama-nama unik. Berikut adalah sebahagian darinya:
a) Sang Kuban bermakna orang-orang yang tinggal di kawasan Nung Tadion atau Long Mayan, Ulu Tutong.
b) Sang Nulow bermakna orang-orang yang tinggal di kawasan Kampong Bukit, Ulu Tutong
c) Sang Mating bermakna orang-orang yang tinggal di kawasan Kg Kuala Balai, Daerah Belait
d) Sang Kaluyo bermakna orang-orang berbangsa Tutong
e) Sang Marimbun bermakna orang-orang yang tinggal di kawasan Tasik Merimbun
f) Sang Banggayo bermakna orang-orang yang tinggal di kawasan Ukong dan Rambai
g) Sang Bangdiok bermakna orang-orang yang tinggal di kawasan Bukit Udal
h) Sang Talamba bermakna orang-orang yang tinggal di kawasan Telisai dan Danau
i) Sang Panyatong bermakna orang-orang yang tinggal di kawasan Bukit Beruang
j) Kadayan Pungit bererti orang-orang berbangsa kedayan
k) Ramputi bererti orang-orang Inggeris
l) Sang Sambila bererti orang-orang Bisaya dari Limbang, Sarawak
m) Banca Abai bererti orang-orang berbangsa Melayu Brunei
n) Sang Bukid bererti orang-orang yang tinggal di kawasan bukit jauh dari tebing Sungai Belait.
o) Sang Bangpali bererti orang-orang yang tinggal berhampiran dengan tebing Sungai Belait.
p) Banca Daya bererti orang-orang bangsa iban (dayak)
q) Banca Punan bererti orang-orang bangsa punan
r) Sang Labuan bererti orang-orang yang datang dari Pulau Labuan
s) Sang Sarawak bererti orang-orang Sarawak
t) Banca Kadazan bererti orang-orang Kadazan
u) Banca Dusun Sabah bererti orang-orang Dusun Sabah
v) Banca Santanlia bererti orang-orang Australia
w) Banca Jipun bererti orang-orang Jepun
x) Banca Kina bererti orang-orang Cina
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sang Papakan yang berseberangan dgn kampong telamba telisai
ReplyDeleteTerima kasih Anonymous atas infonya. Kemungkinan kenapa semua orang yang tinggal di kg berkenaan dirujuk sebagai Sang Telamba kerana keberadaan Sungai Telamba yang ada di sana.
Deleteagaimana pula dengan Bukit Ambog/ambok/ apakah cerita disebalik nama tersebut? mohon penjelasan...terima kasih.
DeleteAda banyak lagi nama kg2 kecil dsana. seperti Pengkalan Dalai,Binchaya,Churan,Latukan(tempat kubur Islam Telisai masa ini),Tabidong(belakang masjid tempat pandam Sang Madi),Dukong,Binturan,Basai dan sebagainya. menurut cerita urg tua2,urg Papakan ini dahulunya mahir mmbuat perahu.
ReplyDeleteTerima kasih Sang Telamba Papakan atas sumbangan infonya.
ReplyDeleteJika di mukim sini mereka yang dirujuk sebagai Sang Bang Pali suatu masa dahulu adalah meliputi semua penduduk yang tinggal di kawasan tebing sungai Belait seperti Kg Sungai Ubar/Bisut, Kg Bukit Sawat, Kg Ubok-Ubok, Kg Merugi Bungkok, Kg Kandul, Kg Pengkalan Siong dan sekitarnya.
Bagaimana pula Puak.Murut Lun Bawang? adakah dikawasan penulis puak Murut dipanggil sebagai Sang Betaring?
ReplyDeleteSebutan Sang Bataring memang ada digunakan oleh penduduk asli di sini dan mereka juga meniru sejenis irama gendang yang digelar Gandang Ibang-Ibang Bataring iaitu irama gendang serupa dengan Gandang Ibang-Ibang tetapi lebih rancak pukulannya dan sering digunasama sewaktu upacara Majlis Tamarok Makan Parai.
DeleteBagaimna pula panggilan bagi puak Dusun di kawasan Lamunin,Padnunok,Batang Mitus, Kebia dan sebagainya?
ReplyDeleteBiasa didengar masyarakat SJD di sini merujuk mereka yang berkenaan di atas sebagai Sang Jati Lamunin / Padnunuk/ Batang Mitus, Kebia sahaja. Tidak ada perkataan "Dusun"nya. Kalau mereka itu dari kaum puak bisaya maka mereka akan dirujuk sebagai Bisaya "garaom" Lamunin/ Pad Nunuk/Batang Mitus, Kebia dan lainnya.
DeleteDimanakah letaknya Sungai Bang Dalih@Palih? adakah sungai ini terletak di Mukim Penulis?
ReplyDeleteMungkin yang dimaksudkan adalah Bang Pali. Bang Pali adalah sebutan orang tempatan di sini bagi merujuk nama Sungai Belait yang ada sekarang. "Bang" adalah sebutan pendek bagi "bawang" yang bermakna "sungai" di dalam Bahasa Melayu.
DeleteSungai Belait atau Bang Pali bermula dari kawasan Lubuk Palam di Kuala Belait sehinggalah ke sebelah ulunya di kawasan Mukim Melilas. Banyak anak sungai di kiri kanannya seperti Sungai Ujung Daun, Sungai Badas, Sungai Bukit Puan, Sungai Ubar, Sungai Kagu, Sungai Kandul, Sungai Baran, Sungai Buau, Sungai Biadong, Sungai Saud, Sungai Dungun (Dangaon), Tempinak, Kaduan, Penipir dan lainnya di sebelah ullu sekali.
Suatu ketika di zaman dahulu orang-orang Sang Jati banyak tinggal di tebing-tebing kawasan sungai di kawasan Mukim Bukit Sawat di bahagian hilirnya sehinggalah ke Mukim Sukang serta apa yang dikenali sekarang sebagai Mukim Melilas yakni di kawasan-kawasan Kaduan, Kid Tuding dan Penipir contohnya.
Terima kasih penulis. saya baru mendapat info bahawa Moyang Saya berasal dari Bang Pali. Nama moyang(nenek saya pnya nenek) ialah Dyg Barota binti Obok dan suaminya bernama Pateh Ajak bin ?. dikatakan asal mereka dari Bang Pali/Kawasan Bukit Sawat dan berhijrah ke Telamba sebelum warisnya bergerak ke Sg Liang,Bukit Udal,Danau dan lain2 tempat.
Deletemaaf. nenek saya punya datuk..
DeleteSiapakah Puak Belait Asli?
ReplyDeleteHasil penyelidikan Pusat Sejarah ke atas Puak Belait di Kuala Balai dan Kg Labi, Daerah Belait mendapati bahawa sebelum Bahasa Meting bertapak di daerah tersebut, terdapat satu bahasa yng lebih awal mendiami hulu Sungai Belait yang dipanggil Bahasa Belait Asli. Hanya sedikit penutur di kalangan orang2 tua Puak Belait yang mampu bertutur bahasa tersebut. Persoalan yg menarik untuk ditimbulkan mengenai penutur bahasa Belait yg asli itu ialah kemungkinan penutur bahasa tersebut telah berhijrah ke Sg Tutong. Dengan kata lain, masyarakat awal yg pernah mendiami hulu Sg Belait sebelum kedatangan puak Meting ialah masyarakat yg berbahasa Tutong. Mereka sebahagian besarnya berhijrah ke Sg Tutong dan satu kumpulan lagi dikenali sebagai puak Meting berhijrah ke Sg Belait. Penyelidikan ke atas daftar kata bahasa Belait asli yang masih diingati oleh golongan tua puak tersebut mendapati bahawa hampir semua perkataan yg dikumpulkan itu mempunyai persamaan dengan bahasa Tutong. Kajian selanjutnya juga mendapati bahawa penutur bahasa Tutong dan bahasa Belait asli mampu berkomunikasi dengan baik walaupun kedua2 penutur tersebut menggunakan bahasa masing2(Maklumat diperolehi daripada Awg Hj Mohd. Ura bin Taha,Pekan Belait). Oleh itu anggapan awal yg mengatakan bahawa kehilangan penutur asli bahasa Belait asli itu disebabkan oleh kemasukan bahasa Meting ke dalam masyarakat Belait adalah sesuatu yg boleh dikaji semula. Bahasa Tersebut sebenarnya tidak hilang tetapi telah berpindah dibwa oleh penuturnya ke Sg Tutong yang disekarang dikenali sebagai Bahasa Tutong.
Daftar Perkataan yang sama di antara Bahasa Tutong dan Belait Asli
Melayu. Tutong. Belait Asli
Tidur. Mangkul. Mangkul
Makan. Mian. Mian
Minum. Mumba. Mumba.
Berjalan. Lakau. Lakau
Rumah. Lamin. Amin
Ketawa. Resing. Resing
Mandi. Mandu. Manju
Tidak ada. Dado. Dado
Habis. Nabi. Nabi
Nyamuk. Karias. Lias
Gigi. Ipon. Ipon
Sireh. Kawa. Kawa
Pinang. Gerat. Gerat
Kamu. Jimu. Jimu
Di mana. Dembo. Didame
Ulu. U'ud. U'ud
Perempuan. Turis. Turis
Lelaki. Layie. Layie
Jika hasil penemuan penyelidikan tersebut boleh diterima sudah tentu ianya menguatkan lagi hipotesis tentang asal usul puak Tutong yang dikatakan dari hulu Baram. Perpindahan masyarakat hulu Baram ke Daerah Tutong bukanlah sesuatu yang unik bagi puak Tutong sahaja, kerana puak2 lain dari kawasan tersebut dari kawasan tersebut dari kawasan tersebut menjadikan daerah Tutong sebagai destinasi mereka untuk membuka penempatan2 baru . Sebagai contoh, puak2 Dali(Meting), dan Baong (Narum dan Kiput) yang kini menetap di kg Kiudang dan Mungkom Daerah Tutong adalah juga berasal dari Marudi yang terletak di hulu Baram. Apa yang berbeza mengenai perpindahan puak2 tersebut ialah mereka menggunakan jalan darat dengan merentasi kampung2 Kuala Balai, Bukit,Ukong dan Lamunin. Puak Dali yg tinggal di kg Kiudang merupakan pecahan dari puak Belait yg tinggal sekarang di Daerah Belait dan dari segi bahasanya kedua2 puak tersebut menggunakan bahasa Meting. Ini membuktikan bahawa perpindahan penduduk yg berasal dar hulu Baram khususnya Maruditelah menggunakan dua jalan iaitu persisiran pantai(Telisai sebab ada urg Marudi yg berkahwin dengan Puak Dusun Telisai) dan pedalaman Daerah Belait dan Tutong.
Budaya hidup berpindah randah telah membuwa mereka sampai ke daerah Tutong dan membuat perkampungan di Sg Tutong, Kg Kiudang dan Mungkom. Kehidupan berpindah randah ini merupakan suatu budaya hidup msyarakat yg mengamalkan kegiatan ekonomi secara beramu dan berburu.
Mereka perlu mencari tempat2 baru yg mudah utk medapatkan hasil2 hutan seperti rotan, damar, gaharu dan sebagainya yg laku untuk diperdagangan dengan pihak luar. Mereka juga berburu binatang dan bercucuk tanam untuk keperluan sendiri. Oleh sebab itu, mereka lebih suka membuat penempatan dan perkampungan di tebing2 sungai bagi memudahkan mereka mendapat sumber air dan berhubung dengan pihak luar. Berdasarkna daripada kajian ke atas ketiga2 puak itu menunjukkan bahawa penduduk2 yg tinggal di hulu Baram menjadikan daerah Tutong sebagai destinsi penghijrahan apabila berlakunya keadaan tidak selamat dari ancaman ayau puak Kayan. Dalam sejarah Brunei, seorang Ketua Puak Kayan di Baram yg bernama Tamal telah membuat pengkuan kepada Inggeris di Labuan pada tahun 1846 tentang perbuatan mereka melakukan ayau keatas orang2 yg tinggal di daerah Tutong, Belait, Miri dan Limbang. Penghijrahan puak Tutong ke Sg Tutong ialah untuk melepaskn dari aktiviti ayau yg dilakukan oleh Puak Kayan.
DeletePenyelidikan telah dilakukan ke atas Puak Tutong yg tinggal di mukin Pekan Tutong mengakui bahawa datuk nenek mereka pada awal ya menetap di Sungai Telamba, Telisai dan akhirnya berpindah ke Sg Tutong. Perkampungan awal puak tersebut di Sg Telamba telah menghimpunkn mereka dengan Puak Dusun yg menetap di kawasan Papakan. Di sinilah kedua2 puak ini mula bertemu sehingga tempat tersebut menjadi sebuah perkampungan terbesar di daerah Tutong. Kehidupan di sana mula ditinggalkn apabil Puak Tutong berpindah ke Sg Tutong dang meningglkn Puak Dusun terus mentap dikawasan tersebut.
Wujud dua golongan masyarakat di daerah Tutong iaitu pertama Tutong jati yg terdiri dari orang2 Tutong keturunan dari Puak Tutong asli dan kedua Tutong-Dusun yg terdiri daripada org2 Dusun yg memeluk ugama Islam. Dengan kata lain, apabila seseorang Dusun memeluk ugama Islam, mereka dengan sendirinya dipanggil sebagai Tutong-Dusun. Selain dari itu mereka juga digelar oleh Puak Tutong jati sebagai bunu Pepakan atau bunu Penyatong iaitu merujuk kepada penempatan awal puak tersebut.
Mereka adalah kumpulm Dusun yg terus menetap di Papakan yg menjadi perkampungana awal puak berkenaan sementara sebahagiannya yg berpindah ke kawasan pedalaman kekal dengan kepercayaan animisme. Majoriti orang Tutong-Dusun sekarang mendiami kg Telisai,Keramut, Tumpuan Ugas, Danau,Penapar(Danau), Telamba, Bukit Pasir, Bukit Basong dan Bukit Beruang. Walaupun orang Tutong Dusun ini sudah menganut ugama Islam tetapi dari segi bahasa mereka msih menggunakan bahasa Dusun yang digelar sebagai bahasa Penyatong iaitumengambil sempena nama penempatan awal mereka di Sg Penyatang.
Saya pernah mendangar tentang rujukan satu puak Dusun di Brunei sebagai Sang Uud tpi saya kurang pasti Sang Jati mana yang digelar Sang Uud..
ReplyDeleteKaum yang menggelarkan diri mereka "orang Uud" adalah dirujuk oleh masyarakat di sini sebagai "Sang Dud" yang bermaksud "puak Orang Ulu".
DeletePerkataan Uud [u-ud] di dalam bahasa Tutong adalah bermakna "ulu" dalam bahasa Melayu atau "Dud" di dalam bahasa Sang Jati Dusun.
Yang dikatakan sebagai bangsa Uud di sini adalah mereka yang tinggal di kawasan-kawasan paling hulu di Sungai Belait dan juga di hulu Sungai Tutong.
Kenapa digunakan perkataan Tutong "Uud" merupakan sesuatu perkara yang jika dikaji secara mendalam boleh saja merungkai sesuatu penemuan yang menarik.
Menurut cerita lama masyarakat di sini "orang-orang ulu" berkenaan mengamal cara hidup yang berlainan berbanding masyarakat Sang Jati. Contohnya cara mereka makan. Menurut cerita Sang Dud gemar makan makanan yang sudah busuk misalnya.
Mereka telah berpindah ke hilir dan bergaul sama dengan penduduk lain di sini secara beransur-ansur dan mengamal cara hidup yang baru. Bekas tempat asal mereka terutamanya di Mukim Melilas dan Mukim Sukang sekarang sudahpun di diami oleh bangsa Iban yang tiba dan tinggal menetap di sana sejak pertengahan tahun 1900 dahulu.
Jadinya Sang Uud tersebut adalah Sang Jati yang tinggal hulu sekali Daerah Belait dan Tutong?
DeleteKedudukan sebenarnya tidaklah begitu jelas pada masa ini samada mereka yang digelar Sang Dud atau Kaum Uud itu adakah memang kaum Sang Jati atau sebaliknya kerana penggunaan perkataan Uud itu bukannya dari bahasa Sang Jati Dusun sendiri. Waris-waris mereka banyak terdapat di Mukim Bukit Sawat dan juga di Kampong Merimbun dan sekitarnya dan kesemua mereka sekarang dikategorikan sebagai puak Sang Jati (Dusun).
DeleteApakah mereka pernah mengguna bahasa yang lain atau tidak suatu ketika dahulu masih menjadi tanda tanya kepada penulis dan pastinya memerlukan penyelidikan lanjut terhadapnya. Yang ketara semua mereka [waris-waris ] semuanya fasih berbahasa SJD dan mengamalkan cara hidup SJD sepenuhnya di kawasan masing-masing.
Menurut cerita lama sebagai contoh Tingang (bapa Gumbang) dan Sibar kedua-duanya adalah berketurunan Sang Dud melalui kahwin campur. Waris mereka diceritakan pernah tinggal di kawasan Saud, Mukim Sukang di zaman itu sebelum berpindah ke kawasan lain di hilir.
DeleteWah,satu info yang baru saya mendengar. Salah satu lagi misteri ialah Sang Dud selain daripada Sang Madi..
DeleteSaya tertarik mengenai penyataan yang dibuat penulis mengenai Sang Dud/Uud yang gemar makan makanan yang busuk. adakah makanan yang busuk itu berupa makanan yang dijeruk atau makanan yang dibiarkan memburuk/busuk sebelum dimakan? Jika dilihat dari faktor kedudukan tempat tinggal Sang Dud yang mana mereka tinggal di tempat paling hulu Sungai Tutong dan Belait,berkemungkinan mereka adalah kaum yang ada kaitan dengan mana-mana kaum di Marudi atau Limbang. Kaum-kaum seperti Kiput,Narum,Berawan,Dali,Miri(Mirek),Kelabit dan sebagainya. Ini cuma pendapat saya yang cuma disokong melalui faktor geografi walaupun bahasa Kaum Dud ini belum dapat dipastikan samaada mereka menggunakan Bahasa Sang Jati Dusun atau bahasa-bahasa lain.
DeleteSelain membuat jeruk adalah menjadi kebiasaan bagi mereka [Sang Dud] untuk membiarkan makanan seperti ikan untuk menjadi lembik [tahap busuk] sebelum memasaknya. Dalam bahasa Sang Jati ianya disebut "ne lot".
DeleteMenurut cerita, yang banyak berkeliaran keluar masuk di kawasan sempadan ulu Sungai Belait adalah kaum Penan. Mereka merentas kawasan hutan dari Ulu Baram hingga ke Ulu Tutong. Kaum Penan tidak menetap malahan berpindah-randah dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Mereka sering berkunjung ke rumah-rumah orang Sang Jati di zaman itu untuk mendapat bekalan garam serta daun tembakau.
Kaum-kaum lain seperti bangsa Long Kiput, Dali, Narum, dan lainnya tidak pernah disebut-sebut kehadiran mereka di kawasan tersebut kerana besar kemungkinan mereka keluar masuk melalui kawasan Bukit Teraja, Labi kerana menurut kedudukannya yang berhampiran dengan Ridan di Ulu Baram iaitu satu jam 15 minit saja jauhnya untuk berjalan kaki.
Pada tahun-tahun 1970an salah seorang penduduk asli Kg Kuala Balai iaitu Awg Hj Janai ada menceritakan bahawa mereka yang mula-mula mendiami kawasan Labi adalah para penduduk Kg Kuala Balai sendiri yang berhijrah suatu masa dahulu mudik ke ulu melalui sebatang anak sungai menuju ke kawasan Bukit Teraja.
DeleteJadinya Keturunan Gumbang dan Penulis sendiri adalah keturunan dari Sang Dud hasil dari campuran dengan Kaum Sang Jati Dusun sendiri? terima kasih di atas infonya.
DeleteYunggau bapa kepada yantud Sibar dan Tingang pernah diceritakan kepada penulis memangnya pernah bermastautin di kawasan Saud dan disebut sebagai "Sang Dud".
DeleteAda juga cerita yang mengatakan semua saki baki Sang Madi selepas pertempuran di Bukit Barang telah berpindah ke kawasan ulu Sungai Belait. Dalam catatan penulis beberapa dari mereka yang dikatakan sebagai Sang Dud di ulu Daerah Tutong adalah keturunan Sang Madi terutamanya nenek Awg Madah di Merimbun yang bernama O K Temenggong Yadam.bin Barong bin Kumbang adalah Sang Madi.
Persoalannya
1). Adakah Sang Dud itu adalah Sang Madi juga?
2) Adakah atas niat untuk memadamkan pengalaman pahit maka Sang Madi yang tersisa itu ingin mahukan suatu kehidupan yang baharu dan menggelarkan diri mereka sebagai Sang Dud?
3) Adakah perkataan "Uud" itu perkataan Sang Madi dan bermakna "Ulu" juga?
Jadinya kemungknan besar keturunan Antah Yunggau yang menurunkan waris-waris Moyang Sibar dan Moyang Tingang adalah keturunan dari Sang Dud yang ada kemungkinan besar Sang Dud adalah Sang Madi yang telah menukar nama dan cara kehidupan mereka yang lama sebagi Sang Madi yang banyak bertaburan di Rambai dan di kawasan-kawasan sekitarnya seperti Kg Bukit, Kuala Ungar, Bang Pangan dan di kawasan penulis sendiri...
DeleteAda satu variasi fakta yang dapat penulis perolehi yang menyebut Sibar dan orang tuanya bukanlah penduduk tetap di Saud tetapi cuma membuatkan tempat tersebut sebagai perhentian sementara ketika mereka mencari hasil-hasil hutan seperti getah jelutung dan sebagainya dan kemudian turun ke hilir untuk menjualnya. Mereka bukanlah bangsa Sang Madi tetapi Sang Jati Dusun yang merantau ke daerah ulu sungai hinggalah ke kawasan sempadan Brunei Sarawak ketika itu.
DeleteAdakah Saud ini masih didiami? terima kasih di atas info-infonya. dengan adanya blog ini,sedikit sebanyak dapat saya mengetahui tentang sejarah2 datuk moyang saya yang saya sendiri tidak sempat bertanya kepads nenek saya dahulu. lagipun keturunan Gumbang memang tersebar luar yang mana ada ada waris keturunan beliau berkahwin dengan bangsa yang bukan di Brunei..
DeleteKawasan Saud di Mukim Sukang telah didiami oleh puak Iban di bawah pimpinan Ketua Rumah Panjang yang bernama Suat dan mereka telah kesemuanya meninggalkan perkampungan tersebut pada pertengahan tahun-tahun 1970an yang lalu.
DeletePenulis ada terdengar bahawa nenek Gumbang juga ada mempunyai seorang anak di kawasan Bario, Sarawak hasil dari kahwin campur dengan seorang wanita di sana.
Datu saya Mayong,suaminya iaitu bapa kepada Ketua Kg Rambai, nenek saya Bidin dan lain2 adalah Iban berasal dari Saribas Sarawak. Ada cucu Mayong yang berkahwin dengan orang dari Jamaica dan England dan menetap disana dan mempunyai anak2. Ada jug anak Datuk Nangkat yang berkahwin dengan orang di semenanjung Malaysia. Salah seorang anak Gumbang ada berkahwin dengan orang Korea.
DeleteKahwin campur memang tetap berlaku di mana-mana. Memang banyak faedah positifnya dan sebaliknya boleh saja menjadi salah satu faktur penyumbang besar kepada kepupusan beberapa bahasa di dunia ini. Itulah namanya kehidupan. Tak ada apa yang tetap kekal buat selama-lamanya.
Deletewarisnya banyak bertaburan*
ReplyDeleteKuji merujuk komen Sang Telamba Papakan pasal sang Belait asli. Aro bonor ne tuntud oh. Aro jelama tuntud yo sang Belait mok Kiudang noh yo noh sang Dali ngaran oh. Macam kuji tih, kuji sang jati sebila ina ku. Yapa ku sang Kiudang. Tapi, ngkuro jami suwat taki ngaran Dusun slalom IC jami andi pandai walaupun mengikut keturunan jami tih sebonor oh tad Kuala Balai. Tuntud Belait Kiudang, Mungkom samo mok Kuala Balai lain kediok tad segi katab,perkataan samo sebutan. Kuji aro campuran Belait Kiudang (Dali/Meting) Samo Mungkom (Baong). Kalau kan banding tuntud Belait kuala balai samo Belait Kiudang contoh oh
ReplyDeleteKuala Balai - Ndraau (Adau)
Kiudang - Ndaau (Adau)
Kuala Balai - Mendrau (Manju)
Kiudang - Mendau (Manju)
Kalau kan banding lagi tuntud Belait Kiudang samo Mungkom lain lagi katab samo perkataan oh.
Kiudang - Mbai (Uno)
Mungkom - Bai (Uno)
Kiudang - Ndeh (Andi)
Mungkom - Wan (Andi)
Kiudang - Ndeh Meci (Andi Pandai)
Mungkom - Wan Meja (Andi Pandai)
Kiudang - Nai (Isoi)
Mungkom - Nye (Isoi)
Kiudang - Tureh (Kimu)
Mungkom - Turai (Kimu)
Masa ati, enjop berapa suang lagi jelama sang Belait yo pandai tuntud Baong. Yapa ku samo jami puan suku2 gala aro pandai. Mengikut cerita yapa jaie, jami (sang Belait )secara am oh ngaran asal Meting/Lemeting. Jami pun aro kaitan samo sang Kiput/Lakiput yo tad Marudi noh.
Tarimo kasi Melvin Mastor.
DeleteTuntut atau sabitan memang salalu kito jati bamasing-masing rupa ao enisu gama masing-masing jalama mok pagun jati ti walaupun ero nao memang ao miso rumpun tapi garaom balainan tampat. Uno lagi jikalau keturunan ao balainan. Adat resam ao pun kadang-kadang suang andi samao. Memang arao sebab ao pekara macam ino buli balaku.
Yao penting arao nao ketahanan tuntut ino buli kakal diguno tarus-manarus sapaya tuntut ino andi malanjop turi adau. Ino arao nao warisan jati Warisan yao paling baragao agaon jati nganjaga.
Saya pernah membaca buku yang bertajuk 'Puak Tutong' terbitan Pusat Sejarah Brunei mengenai hubungan di antara Puak-puak yang berasal dari Sungai termasuk Puak Belait yang ada di Belait dan di Kiudang termasuklah Puak Tutong sendiri. Mengikut cerita dari buku dan ada cerita melalui dri Puak Belait sendiri, bahasa Puak Belait Asli yang digunakan dahulu mirip dengan Bahasa Tutong sekarang. Bedar kemungkinan Puak Belait Asli yang dimaksudkan itu ialah Puak Tutong yang terlebih dahulu menetap di hulu Sungai Belait sebelum penutur bahasa tersebut berhijrah secara perlahan bermula dari Sungai Keluyoh di sg Liang, seterusnya ke Kg Pepakan di Telisai sehinggalah merka berhijrah ke Lurah Saban di Kuala Sungai Birau sebelum mereka tinggal di kampung-kampung yang ada sekarang di Daerah Tutong. Manakala Puak Belait yang ada sekarang adalah Puak Belait yang menggunakan Bahasa Meteng kerana berkahwin dengan Meteng. Pendapat saya Puak Belait yang berada di Labi dan Kuala Balai adalah pecahan dengan Puak Tutong yang berada di Daerah Tutong. Tetapi di atas sebab-sebab geografi dan masa serta pengaruh dari Puak/etnik lain, maka bahasa kedua-dua Puak ini berubah sedikit demi sedikit. Mungkin perpindahan Puak Tutong ke Daerah Tutong lebih awal dari perpindahan Puak Dali/Belait ke Kiudang dan Mungkom. Malah moyang saya sendiri berbangsa Dali dan Narum. Saya sendiri adalah generasi ke 5 dari moyang saya yang berhijrah ke Daerah Tutong. walaubagaimanapun saya tidak tahu berbahasa Belait@Meteng dan Narum. Cuma Bahasa Dusun dan Tutong sahaja saya boleh berkomunikasi dan memahami.
DeleteBahasa yg kamu pakai ni mirip bahasa Dusun Sabah. Sy masih dapat mengerti dan banyak kosa kata yg sama dgn Dusun Sabah.
ReplyDeleteTerima kasih Panglima Dusun sudi menjenguk blog KBSJD penulis ini.
DeleteKemiripan bahasa memang ada dan ada di antaranya (terutamanya bagi Dusun Liwan Sabah) adalah betul-betul sama seperti perkataan-perkataan KARA, SADA, KABANG, LIOW, MATO, LIKUD, DILA, NGARAN, TUKAD,LANJANG, BALANGA, DANGOL, PARAI, SIUD, TUMULUD, BAWANG, dan beberapa yang lainnya.
Penulis kepingin tahu menurut pengalaman Panglima Dusun sendiri, puak/etnik Dusun Sabah yang mana satukah yang lebih banyak kemiripan dan persamaan dengan bahasa Sang Jati Dusun yang digunapakai di Brunei?
Yup, sy keturunan Dusun Liwan. Klo tak salah, antara semua suku Dusun, mgkn yg plg dekat dgn dialek Dusun Brunei ini dialek sblh Tuaran (Dusun Lotud).
DeletePenulis pernah berjumpa dengan orang-orang Dusun Tuaran dan berinteraksi dengan mereka. Ada sedikit saja persamaan bahasa yang ada dan tidak memperbolehkan kami berbual bebas dengan menggunakan dialek masing-masing yakni kami perlu menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan.
DeleteAsal usul Puak Belait dan Bahasa Belait.
ReplyDeleteDarimanakah asal usul Puak Belait? Apakah benar dari negeri jiran (Sarawak)? Apakah benar Puak Belait ini adalah puak yang berbahasa Metteeng atau Bahasa Belait? Persoalan ini tidak dapat dijawab dengan tepat. Walau bagaimanapun penulis menerangkan secara ringkas hanya bersumberkan kepada perbualan penulis dengan ketua kampung Kuala Balai, Shafie bin Lewin (lahir: 1922) dan salah seorang penduduk kampung Mukim Labi; Hj Seri bin Abdul Ghafar (lahir :1919, meninggal : 31.12.1991).
Menurut mereka, Puak Belait itu memang asalnya bermastautin di Kuala Balai, bahasa yang digunakan ialah Bahasa Belait bagi Puak Belait. Oleh kerana sifat Orang Belait tidak suka berperang dan bermusuh-musuhan atau Baabieh (menganyau=memenggal kepala) maka mereka dengan mudah dikuasai oleh satu puak yang datang dari Ulu Baram/Marudi yang digelar orang Metteeng. Mereka ini adalah dari puak yang gagah dan berani. Untuk melindungi Puak Belait yang lemah lembut daripada sarangan Kaum Kayan, maka anak kedua-dua suku kepala, iaitu dari Puak Metteeng dan Puak Belait disatukan. Memandangkan Puak Metteeng ini sangat besar pengaruhnya maka kononnya lama-kelamaan Bahasa Belait yang asli mulai tenggelam lalu diganti dengan Bahasa Metteeng yang dianggap Bahasa Belaitt dewasa ini; justeru permastautin puak ini dalam Daerah Belait, tetapi penuturnya tetap orang daripada Puak Belait itu sendiri bukan orang Metteeng, hanya meminjam bahasa Metteeng.
Oleh kerana Puak Belait ini berbesan dengan orang Metteeng, sebab itulah mereka menyimpan kepala sembilan biji, kata orang Belait meppaie beragian, oaitu sembilan biji kepala. Kepala ini dibahagi tiga, tiga biji kepala ditinggalkan di Pak Metteeng(nama tempat), tiga dibawa ke Kuala Belait(Kuala Balai) dan tiga dibawa ke Kiudang. Oleh itu sesiapa saja keturunan yang memeganh kepala ini tidak makan rusa/kijang.
Menurut Hj Seri bin Abdul Ghafar orang yang bertanggungjawab membawa orang Metteeng yang sudah berbesan dengan Orang Belait, berpindah ke Kuala Belait ialah nenenl Datuk Arip yang bernama Achuun dengan Tuk Agieng kerana mereka juga tidak tahan dengan serangan Kaum Kayan. Itulah namanya kerja mereka lek teshiek teshiu itak (ke hilir ke bawah ini) iaitu Long Pellaie(Kuala Balai) digelar mereka balai (orang Brunei) tendraan bunyi bahasa Belaitnya.
Menurut Hj Seri, bahasa Belait sama dengan cakap Bahasa Tutong: (rujuk gambar dilampirkan).
Kebanyakan mereka bermastautin di Labi justeru di sinilah tempat mereka berpadi sementara di Kuala Balai adalah tempat mereka tinggal dan mencari sumber rezeki di sungai. Hal ini terjadi ratusan tahun dahulu. Pada masa ini tidak lagi demikian kerana mereka ada yang sudah menetap di Labi atau tempat lain di Negara Brunei Darussalam.
Sungguhpun ada pendapat yang mengatakan bahawa bahasa yang dituturkan oleh Puak Belait adalah Bahasa Metteeng, tetapi oleh kerana yang menuturkan orang Belait sendiri, maka bahasa yang digunakan oleh Puak Belait Asli berkecenderungan dikatakan bahasa Belait daripada bahasa Metteeng.
Adapun Bahasa Belait tempat-tempat lain pada anggapan penulis pada umumnya sama sahaja tidak jauh berbeza; perbezaannya hanya pada penggayaam berbahasa atau disebut dialek: bahasa Belait dialek Kiudang(dituturkan di Kiudang Tutong), bahasa Belait dialek Bo'oong/Baung(dituturkan di Kampong Mungkom Kiudang/Lamunin) dan bahasa Belait dialek Dali(dituturkan di Kampong Kiudang/Lamunin).
Rujukan:
Struktur Bahasa Belait
Noot Alifah binti Abdullah
Terbitan: Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei.
agaimana pula dengan Bukit Ambog/ambok/ apakah cerita disebalik nama tersebut? mohon penjelasan...terima kasih.
ReplyDeleteAmbog bukan Ambuk(monyet). Ambog ialah nama sejenis tumbuhan kerana di sana dulu banyak terdapat pohon buah ambog. Sebab itu dinamanya Bukit Ambog.
ReplyDeleteSang Telamba Pepakan
Kuji berketurunan SJD, bebasa seadau2 beya setari2 atau lama sekampung kuh bertuntud SJD. Kujih islam sejak lahir, mcmono nie keduo2 indu kimu (yama sebutan jamie (kami) beya indu menyanai kuh (yapa) samo nie pure muslim sejak lahir dari hasil nenek keduo2 pihak yg berugama Islam. Tapi ttp kakal mengisu tuntud SJD saboi utih kecuali anak2 andi nio pasal campuran kawin Tutong SJD beya Temburong Iban yg neneknya berasal dari Sarawak, jadi utk tuntud seharian komunikasi beya anoh (suami) dgn anak2 terpaksa bertuntud melayu. Anoh kuh /kuji faham kediok2 tuntud SJD mcmono nie kuji faham kediok tuntud Iban /Dayaa doh (mereka). Tapi syg klu kuh /kuji ketamu beya jelama /lama SJD asal yg andi Islam, pyh soroh /doh (mereka) ngaku bertuntud SJD tih, tapi kuji andi kuh peduli, iton kuh nie kakal bertuntud SJD tih, ionoh soroh merati tuntud kuh /kuji, tpi soroh menjawap /menyimbar deh kuji ngisu tuntud melayu. Kuji bonor oh sengajo bertuntud SJD noh supaya tuntud SJD utih /itih andi midu tab asal usulkuh /kuji. Supaya andi lapuk dek zaman kajun lama sejarah lagih / perimbahan lama tuo2. Utk makluman yapa (indu menyanai) bapa berasal dri kwsn bukit sawat, bukit puan, labi dan dolou (andulau dulu ada) masa ane Andulau pupus sdh. Yama (indu kimu) Mama berasal dri kwsn Belait iaitu Bang Liang (Sg Liang serta persekitarannya) juga (beya) awo /aroh bau2 bacang dri Sang Bukit Udal serta puakTutong dari (tab) keduo2 belah (bilah) pihak. Jadi suang (bnyk) jua keluarga tab (dari) pihak sebila (sebelah) yapa/ bapa malahan Yama /mama bermastautin di kwsn Tutong selalom (dlm) kwsn kg Suran, Pancur Dulit persekitarannya oh nie (jua) Sekian onoh gala, sengajo kuh /kuji bernostalgia ttng asal muasal kuji noh gala. Utk penulis, awo /aroh kah persamaan (samo) tuntud (bahasa) SJD kuh utih /tih /utih beya (dgn) penulis. Mudahkah andi difahami tuntud kuh /kuji utih /utih. So bagaimana Org Sabah @ Dusun Sabah adakah dpt difahami /dimengerti pengunaan bahasa puak Dusun saya ini. Salam kenal / persahabatan.. Wassalam
ReplyDeleteSaya tertarik dengan penjelasan mengenai suku kaum-suku kaum dan bahasa seperti dinyataan diatas ini. Saya dari kaum Lakiput di Kampung Kuala Tutoh, Baram.Saya berminat untuk mencari penjelasan yang sebenarnya bagaimana kah mereke ini boleh berbagi kepada beberapa bahasa selain daripada tempat asal kemudian berpindah randah seperti terdapat sekarang ini. Mungkin juga kita berasal atau datang dari satu tempat 'from central Borneo.' Salam hormat, saya Henry c. Belawing Tingang.
ReplyDelete