© SEMUA HAKCIPTA ADALAH TERPELIHARA. All Copyrights Reserved


ISI KANDUNGAN BLOG ****** TENTANG PENULIS*******HOME


Thursday, October 31, 2013

PERIBAHASA - Proverbs, Simile, Idioms



Sang Jati Dusun terutamanya di kawasan pedalaman daerah Belait mempunyai kata-kata halus atau peribahasa/perumpamaan yang sering mereka gunakan sewaktu berinteraksi di antara satu sama lain. Kumpulan bahasa ini biasa  mereka sebut sebagai "peradan tetuwo" yakni perumpamaan orang-orang tua.  Kumpulan bahasa ini dapat dibahagikan kepada beberapa bahagian, seperti :


A) Jenis pertamanya adalah berbentuk perbandingan:

i) Laku apui ya umow
(Seperti api dengan minyak)
Bermakna: Akan menimbulkan sesuatu kejadian apabila saja berdampingan

ii) Laku using ya asu
(seperti kucing dengan anjing)
Bermakna:  Sering berkelahi

iii) Laku Etinong ya Etanong.  Laku Egunung ya Eganang
(Seperti si-Tinong dan Si Tanong. Seperti si Gunung dan si Ganang)
Bermakna: Mirip saja tapi tak 100% sama.


iv) Laku Entor ya Yantop 
(Seperti Entor dan Yantop)
Bermakna: Tak mirip pun dan tak ada persamaan langsung

v)  Laku Yalui ya Yadong
(Seperti si Alui dan si Adong)
Bermakna: Sering berlaku kesilapan atas sebab kejahilan dan ketololan

vi) Laku Edan ya Edandow
(Seperti si Dan dan si Dandow)
Bermakna: Sering membuat angkara buruk kepada orang lain

vii) Laku Etadui ya Esuon
(Seperti si Tadui dan si Suon)
Bermakna: Lain yang dipesan lain pula yang disampaikan





B) Jenis kedua ianya berbentuk teguran yakni nasihat:

i) Eyaw ainka sengadaw
(Hidup bukannya sehari)
Bermakna:  Perlu perihatin dan jangan sombong.

ii) Ainka layo, kakaton karaso pados
(Bukannya halia, digigit terasa pedas)
Bermakna:  Sesuatu perbuatan salah tidak semestinya dijatuhi  hukumannya serta merta.

iii) Kalaw manaw, entong-entong ni li kibang kanan.
(Jika berjalan lihatlah kiri kanan)
Bermakna: Sentiasalah berwaspada dan perihatin tentang hal-hal sekeliling.

iv) Kalaw nuju li dapan keli-keli ni li likud
(Jika jalan depan toleh-toleh juga ke belakang)
Bermakna: Jangan sombong atau melupakan asal ususl diri. 

v) Adong tamindak bal-bal
(Jangan lompat sebarangan)
Bermakna: Berfikir dan periksa dahulu sebelum bertindak.

vi) Adong kamuan pagun sawat.
(Jangan lupa dunia akhirat)
Bermakna:  Jangan berbuat dosa atau berbuat jahat ketika hidup di dunia.

vii) Kakal nipis ta baju sanulung mu
(Masih nipis barangkali baju yang kamu pakai)
Bermakna: Jangan sombong dan bermegah diri.

viii) Kakal lami ta taud ulu mu
(Masih lembut barangkali dahi kepala mu)
Bermakna: Masih muda dan belum banyak ilmu dan pengalaman yang dipelajari.

ix) Puas suda nakan uson
(Puas sudah makan garam)
Bermakna:  Banyak ilmu dan berpengalaman.




C) Jenis ketiga berbentuk menunjukkan sesuatu yang diragui:

i) (Je)lama lain makan nangka, yo lain  gat kasuat pulut o.
(Orang lain makan nangka, yang lain pula terkena getahnya)
Bermakna:   Terkena tuduh akibat perbuatan bukan oleh dirinya sendiri.

ii) Esoi makan lada, eyo suat pados o.
(Siapa makan lada dia kena pedasnya)
Bermakna:  Sendiri berbuat sesuatu maka dia sendirilah terkena akibatnya.


iii) Laku manuk taman banulang, andi lagi tantu esoi yo ala.
(Seperti ayam baru bersabung, belum lagi tentu siapa yang kalah)
Bermakna:  Sesuatu yang baharu dilakukan maka belum tentu ianya  berjaya atau tidak.




D) Jenis keempat berbentuk sindiran:

i) Laku (je)lama kakatop umi madang
(Seperti orang tergigit biji tarap)
Bermakna: Makan makanan sehingga habis baru berhenti

ii) Laku jalama kakalap talam.
(Seperti orang terdapat talam)

Bermakna: Baru mendapat barang tapi dirosakkan

iii) Laku kabang palita
(Seperti mulut murai)
 Bermakna: Kuat bercakap

iv) Laku  di  Umpit
(Seperti si Umpit)
Bermakna: Barang yang disimpan hilang atau tidak dapat dicari  kemudian.

Contoh ayat:
Adaong tau-tau andi tantu balaku di Umpit ekow la.[SJD]
Jangan simpan tidak tentu seperti  si Umpit kamu nanti. [BM]

v) Laku  (tapi)  manuk balow
(Seperti ayam buta)
Bermakna:  Tidak tahu membezakan mana yang baik dan sebaliknya.

Contoh ayat:
Ngencawo ekow ti laku manuk balow,  bal-bal gala. [SJD]
Beristeri engkau ni seperti ayam buta, sembarangan saja. [BM]





E) Jenis kelima berbentuk penggelaran tabiat/tingkah laku:

i) Laku Yago
(Seperti Yago)
Bermakna: Suka menjadi seorang Pak Sanggup

Contoh ayat:
Yamat ino laku Yago gala tapi andi ni malap yalan o tugas ino. (SJD)
Si Amat itu seperti Yago saja tapi tidak juga dapat dibuatnya tugas itu. (BM)


ii) Laku Enterigi
(Seperti Enterigi)
Bermakna: Suka menyakiti hati orang lain

Contoh ayat:
Laku Enterigi gala tabiat o pantang eyo kito jelama lain sanang. (SJD)
Seperti Enterigi saja tabiatnya pantang dia terlihat orang lain senang. (BM)


iii) Raja bukid raja gana
(Raja darat raja lurah)
Bermakna: Suka mencampuri hal orang lain.

Contoh ayat:
Eyo ino suka jadi raja bukid raja gana gala tabiat o. (SJD)
Dia itu suka jadi raja darat raja lurah saja tabiatnya. (BM)


iv) Laku lamatok
(Seperti limatak)
Bermakna: Pergi setelah kenyang.

Contoh ayat:
Jami ti laku lamatok, pango miaw makan tarus muli.
Kami ini seperti limatak, siap kenyang makan terus pulang.


v) Laku indu lutung
(Seperti ibu lutung)
Bermakna: Tidur saja diwaktu siang

Contoh ayat:
Madaw iti eyo no laku indu lutung gala. Madop gala karijan o.
Siang ini dia itu seperti ibu lutung saja. Tidur saja kerjanya.

vi) Laku marijang
(Seperti marijang)
Bermakna: Kuat makan

Contoh ayat:
Laku marijang gala ayu o. Nae nubur enakan o duo kuron.
Seperti marijang saja tingkahnya. Habis nasi dimakannya dua periok.





F) Jenis keenam berbentuk gambaran kesihatan badan:

i) Laku nataok masa aig
(Seperti sagu dibasahi air)
Bermakna:  Mudah saja jatuh sakit

Contoh ayat:
Eyo nao muda samakit laku nataok masa aig gala.
Dia itu mudah jatuh sakit seperti sagu dibasahi air sahaja.

ii) Laku manuk nakan pilai
[Seperti ayam lemah kesakitan]
Bermakna:  Lemah tidak bertenaga lakunya.

Contoh ayat:
Samakit ekuwo eno kito ku samo laku manuk nakan pilai.
Dia itu saya nampak sakit seolah-olah lemah tidak bertenaga lakunya.





G) Jenis ketujuh yang berbentuk am:

i) Baliung njadi usus
(Beliong menjadi usus)
Bermakna: Yang asalnya sempurna baik menjadi kurang baik kemudian

Contoh ayat:
Adaong pandai-pandai nguba la baliung njadi usus anjaop arao guno ao.
Jangan pandai mengubah nanti beliong menjadi usus tidak ada gunanya.


ii) Laku jalama katiga bang luan
(Seperti orang terpandang bang luan)
Bermakna:  tidak kesampaian hajat.

Contoh ayat:
Kuat banaor ni niat ao kan manaw li sino tapi pabila suda katamu jalama lain tarus eyo muli nabalik laku jalama katiga bang luan gala.
Kuat sungguh juga niatnya untuk pergi ke sana tapi apabila sesudah bertemu orang lain dia terus berpatah balik  seolah-olah orang yang tidak kesampaian hajat sahaja.

iii) Laku adaw masadaop.
(Seperti matahari ketika senja)
Bermakna: Beransur lanjut usia (tua).

Contoh ayat:
Jami ti suda pun  laku adaw masadaop gala.
Kami ini sudah saja pun beransur tua.




H) Jenis kelapan yang menggambarkan bentuk tabiat seseorang

i) Budi-budi bayao
(Budi buaya)
Bermakna: Tidak mengenang  baik jasa atau budi orang lain terhadap dirinya.

Contoh ayat:
Ekow ti laku budi-budi bayao gala. Andi pandai ngalaos mancoi budi jalama.
Kamu ini berbudi seperti buaya saja. Tidak pandai membalas baik budi orang.

ii) Tunjur-tunjur ikiw asu.
(Selurus ekor anjing)
Bermakna:  Tidak jujur. Tidak boleh dipercayai.

Contoh ayat:
Janji mu sengaye ao tunjur-tunjur ikiw asu.  Anjaop arao yao lurus.
Janji mu semuanya selurus ekor anjing. Tidak ada yang betul.

iii) Anja-anja araob.
(Kasih ikan araob)
Bermakna:  Kasih pura-pura untuk memperdaya seseorang supaya mudah ditipunya kemudian.

Contoh ayat:
Eyo nao anja-anja araob gala. Arao maksut rat ao eno, adaong muyun andi ingat.
Dia itu menunjukkan kasih pura-pura sahaja. Ada maksud buruknya itu, jangan kamu tidak awas.

iv) Lamaot-lamaot karagaom.
(Diam-diam burung kuragam)
Bermakna:  Pura-pura diam tapi ada saja rencana sulit di dalam otaknya. 

Contoh ayat:
Eyo nao lamaot-lamaot karagaom. Arao gala senalaom otak ao yao jati andi pandai.
Dia itu  pua-pura jadi pendiam. Ada saja di dalam otaknya yang kita tidak tahu.

v)  Laku pangal ngalabow inan.
(Seperti haruan mewarnai kabut dirinya)
Bermakna:  Tabiat suka mempamirkan kehebatan diri.

Contoh ayat:
 Jalama suang suda pandai tabiat ao  yo salalu laku pangal ngalabow inan gala nao.
Orang ramai sudah tahu tabiatnya yang selalu suka mempamirkan kehebatan dirinya sahaja itu.



I) Jenis kesembilan: Bentuk lain

i) Lasaod-lasaod batu
(Tenggelam seperti batu)
Bermakna: Tidak bernasib baik.

ii) Palanuk duwo sarupa
(Pelanduk dua serupa)
 Bermakna: Sesuatu yang kelihatan sama tapi memang berlainan,

iii) Laku Pulow Gitu
(Seperti Pulau Gitu)
Bermakna:  Hampir bertelanjang atau tidak berpakaian  untuk menutup semua tubuh badan.

No comments:

Post a Comment