Nama-nama panggilan:
Di mana-mana sahaja kita akan dapat perhatikan bahawa setiap masyarakat di dunia ini ada mencipta sebutan khusus bagi memanggil nama seseorang iaitu sebagai suatu tanda penghormatan atau pun rasa mesra dengan orang-orang di sekelilingnya tidak kira yang tua ataupun yang muda. Selain itu ianya merupakan sebagai suatu peradapan yang diwarisi zaman berzaman bilamana adalah kurang sopan kiranya seseorang menantu memanggil nama sebenar kedua orang mertuanya ataupun seorang anak menyebut nama sebenar ibu atau bapanya. Semua ini disebut sebagai "ngaran aliw" oleh masyarakat SJD.
"Ngaran aliw" atau "nama panggilan" sudah lama ujud di dalam masyarakat SJD di sini walaupun tidak secara total dan mempunyai variasinya yang tersendiri tertakluk kepada pengaruh dan amalan kelompok atau sub-ethnicity mereka.
Berikut adalah beberapa nama-nama panggilan biasa (standard) yang lumrah dijumpai di kalangan masyarakat SJD di sini:
NAMA-NAMA PANGGILAN MAKNANYA
(Ngaran aliw)
1. Kategori adik-beradik
yutu adik lelaki
ining adik perempuan
yakao abang tertua
yayang kakak
yadi adik perempuan
eyok adik yang termuda
2. Kategori beriparan
yangu ipar lelaki
yalaong ipar perempuan
yaka kakak ipar
3. Kategori ibu bapa saudara
yabu ibu saudara
yanga bapa saudara tengah
yuwa bapa saudara tertua
yuncu bapa saudara paling muda
bueyok ibu saudara paling muda
4. Kategori pangkat nenek
ki , yaki nenek lelaki
ni, eni nenek lelaki
du, yadu nenek perempuan
5. Kategori pangkat ibubapa dan mertua
na, ina ibu, ibu mertua
bu ibu, ibu mertua
ya, yaya bapa, bapa mertua
pa, yapa bapa, bapa mertua
pabuncu adik lelaki mertua termuda
bueyok adik perempuan mertua termuda
yabu adik perempuan mertua
6. Kategori pangkat cucu
cu , yucu cucu
7. Kategori anak-anak perempuan
ayang anak perempuan
siun anak perempuan
yakaong anak perempuan
emu anak perempuan
ilai anak perempuan
yumoi anak perempuan
yamaoi anak perempuan
yamom anak perempuan
8. Kategori anak-anak menantu
edik anak menantu perempuan
yawang anak menantu lelaki
9. Kategori anak-anak lelaki
enong, enoang anak lelaki
yangaong anak lelaki
yanja anak lelaki
yuloan anak lelaki
imoang anak lelaki
yamoang anak lelaki
yalai anak lelaki
nakdiok anak lelaki
10. Kategori bersaudara yang sama pangkat
yamao saudara perempuan
yancaom saudara perempuan
anakincan saudara berpupu (cousins)
Variasi kepada nama-nama panggilan
A. Tentang adik beradik kepada mertua
Amalan memberi nama panggilan kepada seseorang ini tidaklah rata-rata dipraktikkan oleh semua masyarakat SJD terutamanya kepada saudara mara dan adik-beradik. Yang pasti ada adalah panggilan penghormatan kepada nenek, ibu dan bapa dan mertua terdekat sahaja. Selalunya seseorang itu memanggil bapa saudara mertua sebagai "yama (disusuli dengan nama anak tertuanya) " dan demikianlah juga halnya kapada ibu saudara mertua yang lainnya. Sebagai contoh:
i) Bagi ibu atau bapa saudara mertua yang ada anak:
Yama Kamis bererti bapa si Kamis (Kamis adalah nama anak tertua) dan
Ina Kamis bererti ibu si Kamis
ii) Bagi ibu atau bapa saudara mertua yang tidak ada anak sendiri:
Kamaman Kamis bererti bapa saudara si Kamis
Kaminan Kamis bererti ibu saudara si Kamis
iii) Bagi mereka yang berpangkat nenek saudara mertua:
Yaki Kamis bererti nenek lelaki si Kamis
Yadu Kamis bererti nenek perempuan si Kamis
B. Tentang nama panggilan jenis ikut-ikutan
Yang banyak berlaku adalah kelaziman bagi anak-anak terikut-ikut dengan nama-nama panggilan yang dibuat oleh pihak ibubapa atau kakak dan abang mereka. Ini terjadi kerana mereka tidak dilatih oleh orang-orang tua mereka semasa mereka kecil tentang cara betul bagaimana memanggil nama seseorang itu. Tidak hairanlah jika kita terjumpa seseorang itu memanggil abangnya sebagai yanak bermaksud "anak" iaitu iaitu sesuatu nama panggilan yang dikira agak "tidak sesuai" sebagai ikut-ikutan kepada nama panggilan ibu mereka kepada abangnya itu.
Begitulah juga halnya apabila seseorang itu dipanggil dengan nama "yumoi" oleh ibu atau adik-beradiknya maka orang-orang lain terikut-ikut memanggil orang itu sebagai "yumoi" juga. Sekurang-kurangnya panggilan sedemikian berupa "neutral" saja bunyinya berbanding dengan ketika apabila seseorang itu memanggil bapanya sebagai "yakao" bermaksud "abang tertua" atau memanggil ibunya sebagai "yayang" yang bermaksud "kakak" yang kelihatan agak "extreme" lakunya.
C. Tentang nama yang diubah atas sebab tertentu, kepercayaan misalnya
i) Akibat nama sama dengan orang yang terkena musibah tertentu
Terdapat juga pihak ibubapa dan orang-orang tua mengubah nama seseorang anak perempuan atau wanita itu atas dasar terpaksa kerana nama yang diberikan itu sama bunyinya dengan nama seseorang wanita di dalam masyarakat mereka yang meninggal sewaktu melahirkan anak yang di sebut sebagai natai lulun batang (meninggal dunia sewaktu melahirkan anak) oleh masyarakat SJD.
Berdasarkan amalan kepercayaan setempat maka perempuan atau wanita tersebut akan diberikan nama baharu dan semua orang adalah secara tidak langsung dilarang untuk menyebut nama asalnya.
ii) Menyembunyi nama sebenar agar terlindung dari gangguan iblis dan shaitan
Ada juga para ibubapa atau orang-orang tua seseorang kanak-kanak pada suatu ketika dahulu memberi nama panggilan yang agak ganjil malahan ada di antaranya kelihatan kurang manis didengar oleh pihak umum, yang mana contoh-contohnya tidak akan didedahkan di sini demi untuk menjaga etika kesopanan media khususnya.
Hal sedemikian berlaku bersandarkan kepercayaan setempat pada masa dahulu bahawa kononnya seseorang kanak-kanak jika dipanggil dengan nama sebenarnya selalu akan mudah jatuh sakit akibat "dikacau" oleh iblis dan shaitan. Untuk menyembunyikan nama sebenar maka mereka membuat nama-nama panggilan yang ganjil-ganjil bagi setiap orang anak mereka agar terlindung dari gangguan iblis dan shaitan berkenaan. Kepercayaan seumpama itu telah banyak dipertikaikan sendiri oleh generasi muda dan sekarang nama-nama panggilan yang berbentuk rambang dan kurang manis sedemikian sudahpun tidak banyak dipakai atau didengar lagi.
D. Tentang mereka yang mempunyai nama yang sama
Ada juga di antara mereka yang bernama asal yang sama sepakat untuk panggil-memanggil nama masing-masing dengan suatu nama mesra khusus seperti:
ngaran
[Apa juga hakikatnya amalan memberi ngaran aliw atau nama panggilan ini merupakan suatu contoh peradapan hidup yang positif dan bertata-susila bermatlamatkan kehidupan masyarakat yang saling hormat menghormati di antara satu dengan yang lain. PENULIS]
No comments:
Post a Comment