© SEMUA HAKCIPTA ADALAH TERPELIHARA. All Copyrights Reserved
ISI KANDUNGAN BLOG ****** TENTANG PENULIS*******HOME
Sunday, April 14, 2013
INDAHNYA BAHASA
Memang terdapat beberapa perkataan di dalam bahasa SJD secara dasarnya 100% sama seperti perkataan di dalam Bahasa Melayu tetapi yang lainnya sangat berlainan. Kita ambil perkataan "makan" sebagai contoh:
SJD BM ENGLISH
makan makan eat
Perkataan dasar "makan" di dalam bahasa SJD boleh berubah menjadi perkataan-perkataan seperti inakan", nakan, kanon, akan-akan, pengakan, mengakan, pakan, tarakan dan lainnya. Sementara perkataan "makan" di dalam Bahasa Melayu tidak berubah kecuali ditambah diawal dan akhir perkataan sahaja seperti dimakan, makanan, memakan dsb.
Contoh-contoh ayat dengan terjemahannya:
a) Jaye suka makan sada.
Saya suka makan ikan.
b) Naye suda umbus eno inakan ero.
Habis sudah sayur itu dimakan mereka.
c) Esoi nakan bua epol jaye?
Siapa makan buah epal saya?
d) Kanon gala dambo yo aro.
Makan saja mana yang ada.
e) Sengaye akan-akan ti alap diso mali.
Semua makanan ini oleh dia membeli.
f) Uno tabiat pengakan ero ti kuma. Naye nakama meja gama ero.
Apa tabiat cara makan mereka ini tadi. Habis kotor meja oleh mereka.
g) Adaong malakak. Andi lama eno mengakan mu!
Jangan takut. Orang itu tidak memakan kamu.
h) Pakan o sengaye tanok sada o ti kuma.
Dia suruh makan semua gulai ikan dia ini tadi.
i) Eyo masati ngancak tarakan kain o.
Dia masa ini memasak hidangan makanan temarok katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment