Setiap tempat biasanya diberi nama tertentu. Begitulah halnya dengan kampung-kampung yang terdapat di kawasan mukim ini. Setiap nama ada keunikannya samada dari segi sejarah, penempatan, kepercayaan dan lainnya.
a. Nama-nama kampung yang tersalah eja:
Bahasa SJD memang ada kalanya sulit untuk dieja dengan betul 100% kerana bunyi sebutan asli perkataannya yang sengau dan mendalam. Beberapa nama tempat telah diberikan ejaan yang kurang tepat mengakibatkan makna asal nama tempat-tempat berkenaan berubah dan menjadi hilang sama sekali. Di kawasan mukim ini contohnya ada terdapat kesilapan seperti yang disebutkan terhadap ejaan kepada sekurang-kurang empat buah kampung seperti:
1. Kg. Tarap (ta-rap)
2. Kg. Singap (si-ngap)
3. Kg Ubok-Ubok (u-bok u-bok)
4. Kg Pak Babau (pak ba-bau)
Pada hakikatnya nama tempat tersebut seharusnya dieja seperti berikut:
1. Kg. Taraop (ta-raop) - tidak ada kaitannya dengan buah "tarap" atau "taraf"
2. Kg Singob (si-ngob) - tidak ada kaitannya dengan "cungap" dsb
3. Kg. Uboag-Uboag (u-boag-u-boag) - tidak ada kaitannya dengan "lubuk-lubuk" dsb
4. Kg Pak Babaow (pak ba-baow) - tidak ada kaitannya dengan "bau" dsb
Semuanya adalah nama asal sebenar tempat seperti yang disebut-sebut oleh semua penduduk di sini sejak zaman berzaman dan sehingga sekarang juga.
[ Kesalahan boleh saja berlaku. Kerana tidak tahu mengeja betul maka sesuatu itu tercatit dengan ejaan yang salah yang mempunyai kesan yang banyak terhadap sesuatu itu. Kesan sejarah umpamanya. Nama Kampong Sukang misalnya ada kaitannya dengan terdapatnya buah durian sukang di kawasan berkenaan suatu masa dahulu. Kg. Pulau Apil ada kaitannya dengan lagenda si ibu dan si anak tertimpa musibah "masab" menjadi batu semasa menyisik ikan "apil" (ikan kalui). Manakala Kampong Tarap (Taraop yang sebenarnya) tidak ada kaitannya dengan buah tarap tapi - menurut cerita orang-orang tua - ianya ada kaitannya dengan sebatang kayu yang dipanggil kayu taraop yang tumbang dan melintang di kuala anak sungai kampung berkenaan. Penulis]
b. Nama-nama kampung yang ada kaitannya dengan sesuatu
Di sekitar kawasan mukim ini banyak terdapat nama-nama tempat / kawasan yang ada hubungkaitnya dengan nama peneroka, nama buah, lagenda dan sebagainya. Contoh-contohnya:
1. Berkaitan dengan nama peneroka dan pengusaha awal:
Merangking
Gapu Jangkok
Gapu Yambir
Imba Lana
Puruk Baton Jalibu
Engkalan Siong
Ga Paing
Sangkul Yaluk
Pak Babow
2. Berkaitan dengan nama kayu atau tumbuh-tumbuhan:
Nung Arut
Nung Anggi
Nung Mandai
Danggi
Laid Kamiri
Laid Lakang
Pak Pasaw
Pok Payang
Maggilang
Nung Mandai
Engkalan Deran
Kid Luba
Kandawing
3. Berkaitan dengan nama anak sungai, lagun dan nama kayu:
Lagaon Mangan
Bang Kandul
Bang Pukul
Bang Uboar
Bang Gunting
Bang Bilik
Bang Ranggow
Bang Kagu
Tang Papo
Tang Rugi
Bang Butan
Bang Layong
Bang Lada
Pu Rigan
Pupu Gayo
Pupu Diok
4. Berkaitan dengan bukit:
Kid Usong
Kid Pasal
Kid Barang
Kid Tabuk
5. Berkaitan dengan telaga:
Sukoan Yuntir
Sukoan Pagar
6. Berkaitan dengan lagenda:
Marugi Bungkok
Pulau Apil
Pagino Papas
Kid Sarawong
Kid Puktibas
Kid Tadung Kayan
Gampuok
7. Berkaitan dengan keadaan tanah:
Nung Daru
Nung Juru
Kid Sawat
Tana Bila
Pulau Pisu
Pulau Nyamaok
No comments:
Post a Comment