© SEMUA HAKCIPTA ADALAH TERPELIHARA. All Copyrights Reserved
ISI KANDUNGAN BLOG ****** TENTANG PENULIS*******HOME
Sunday, March 10, 2013
NAHU: GANTI NAMA
Para penutur bahasa SJD di sini juga ada menggunakan perkataan-perkataan ganti nama (pronouns) sama seperti yang digunakan di dalam Bahasa Melayu dan Inggeris.
Contoh-contohnya:
SJD BM INGGERIS
kuji, aku aku, saya I
jaye aku, saya me, mine
ekow kamu (seorang) you (one person)
muyun kamu (banyak) you (for many)
ero mereka they
mundao' kamu berdua you both
duo' kamu (berdua) you both, they both
indao' kami (berdua ) we both
jami kami (banyak) we, us (for many)
eyo dia he, she
ijun kamu (seorang) you
Contoh-contoh ayat:
1. Kuji la ngibit barang eno.
Aku nanti membawa barang itu.
I will bring that thing.
2. Barang eno jaye mpuan.
Barang itu aku yang punya.
That thing is mine.
3. Ekow manaw la tagulu.
Kamu jalanlah dahulu.
You go first.
4. Muyun ngintai mok kadai la.
Kamu tunggu di kedai nanti.
You all wait at the shop later.
5. Andi ero pandai esoi ngaran jalama eno.
Mereka tidak tahu siapa nama orang itu.
They do not know the name of that person.
6. Mundao' gala la jadi wakil jami.
Kamu berdua saja nanti jadi wakil kami.
Just both of you be our representatives later.
7. Duo' eno segano sawo.
Mereka berdua itu suami isteri.
They both are husband and wife.
8. Indao' andi jadi manaw.
Kami berdua tidak jadi berjalan.
We both do not want to go.
9. Jami la ngadim ijun.
Kami akan panggil kamu.
We will call you.
10. Eyo suda kalamuan namali buk anak-anak o.
Dia telah terlupa membeli buku anak-anaknya.
He forgot to buy his children's book.
11. Ago no barang eno ijun sendiri gala yo nau.
Biarlah barang itu kamu sendiri saja yang simpan.
Just let the thing to be kept by you alone.
12. Nak jami masa untuk bafikir tantang hal iti.
Berikan kami masa untuk berfikir tentang hal ini.
Give us time to think about this matter.
Keunikan perkataan-perkataan ganti nama SJD:
Jelas dilihat bahawa perkataan-perkataan jaye, aku, kuji , eyo, ijun dan ekow menggambarkan ganti nama bagi pihak perseorangan.
Perkataan-perkataan duo', mundao' dan indao' menggambarkan ganti nama bagi pihak dua orang.
Perkataan-perkataan muyun dan ero menggambarkan ganti nama bagi pihak ramai yang melebehi daripada dua orang secara umumnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment