© SEMUA HAKCIPTA ADALAH TERPELIHARA. All Copyrights Reserved


ISI KANDUNGAN BLOG ****** TENTANG PENULIS*******HOME


Thursday, March 7, 2013

KESALAHAN EJAAN BOLEH MENJEJASKAN BAHASA

Sesuatu bangsa menghadapi berbagai cabaran berupa percubaan senghaja atau tidak senghaja oleh berbagai pihak kendatipun bukan pada dasarnya bertujuan untuk ingin menjejaskan bahasa-bahasa berkenaan.

Paling ketara adalah apabila berbagai pihak memilih dan menggalakkan pembelajaran dan penggunaan sesuatu bahasa baharu atas dasar kepentingan kemajuan ekonomi atau mendukung hasrat nasional contohnya.  Masing-masing masyarakat akan asyik mendidik anak-anak mempelajari bahasa-bahasa tersebut supaya mereka boleh melanjutkan pelajaran diseberang laut misalnya. Tanpa disedari mereka akan jarang-jarang mengajar bahasa ibunda mereka sendiri kepada anak-anaknya sementara terdapat juga keadaan di mana kanak-kanak sendiri yang langsung tidak gemar belajar bahasa ibunda masing-masing    Tidak hairanlah kenapa beberapa bahasa di dunia ini sudah pupus dan juga hampir pupus akibat faktur tersebut

Faktur ejaan juga membawa kesan negatif yang serupa  terutamanya apabila sesuatu perkataan itu disalah-eja atau senghaja diubah-ubah ejaannya yang akhirnya membawa makna yang jauh terpesong dari maksud yang sebenarnya..

Ejaan adalah penting di dalam mana-mana bahasa kerana ejaan yang salah boleh saja menimbulkan beberapa masalah seperti perkataan menjadi berubah maknanya ataupun tidak difahami akan maksud sebenarnya. Perkataan Inggeris "want" jika dieja "went' setentunya menghadirkan makna yang berlainan. Perkataan Melayu "ekor" dieja sebagai "ekar" juga akan memberikan makna yang berasingan. Demikianlah juga pada perkataan-perkataan SJD.


Sebagai contoh:

1.  Antara perkataan langow   dan langgow 
 
     Perkataan langow bermakna hingus yang keluar dari hidung sementara perkataan langgow     tidak ada bermaksud apa-apa. Jika disebut "langgow-langgow" maka ianya bermakna bunyi     suara yang besar atau persis orang berlagu yang terkeluar tempo dan irama.

     Suang langow sanilaw tad adung o.
       Bermakna: Banyak hingus keluar dari hidungnya.

     Eyo ngadim jami langgow-langgow.
       Bermakna:  Dia memanggil kami dengan suara besar.



2.  Antara perkataan rangow (dengar)  dan ranggow (dahan kecil)

     Perkataan rangow bermakna dengar manakala perkataan ranggow bermakna dahan kecil. Masing-masing mempunyai makna yang berlainan.
    

     Andi eyo rangow katab suara mu eno.
      Bermakna: Tidak dia dengar bunyi suara mu itu.

     Naye tanipu o ranggow eno.
     Bermakna: Habis dipatahkannya dahan kecil itu.
        


3.  Antara perkataan gena dan gina

    Perkataan gena bermakna hati atau perasaan manakala perkataan gina bermakna perangai    atau kelakuan. Juga masing-masing mempunyai makna yang berlainan.


    Mancoi gena jalama eno
     Bermakna: Baik hati orang itu

   Anjaop arao jalama suka ngintoang gina o eno.
    Bermakna;  Tidakada orang suka melihat kelakuannya itu.

    

4. Antara perkataan kabaot dan kabut

    Perkataan kabaot bermakna perangkap ampangan ikan di sungai kecil sementara kabut bermakna keruh.

    Suang isi sada mok kabaot eno
      Bermakna: Banyak isi ikan di  perangkap ampangan ikan itu.

    Aig  bawang eno kabut 
      Bermakna:  Air sungai itu keruh.

    

5. Antara perkataan adaong dan adong

    Perkataan adaong bermakna jangan atau berhenti makan. Sementara perkataan adong     bermakna hidung. Masing-masing dengan pengertiannya yang tersendiri sepeti dalam ayat:  

            Adaong manaw li sino
               Bermakna:  jangan jalan ke sana

            Kuji kan adaong andi buai lagi
               Bermakna:  saya akan berhenti makan.tidak lama lagi.

            Penid o adong o maya parasa
             Bermakna:  dilapnya hidungnya  dengan saputangan.



Beberapa waktu yang lalu (Rabu 6 Mac 2013) diterbitkan di suratkhabar Borneo Bulletin dan Media Permata berita tentang ampangan air terbaru di Negara Brunei Darussalam yang dilapurkan sebagai Empangan Kargu, Labi di Daerah Belait.

Ini merupakan sesuatu perkembangan yang sangat dialu-alukan. Bersyukur kepada semua pihak yang berusaha kerana berjaya mereliasasikan projek yang amat berfaedah itu kepada penduduk-penduduk yang terlibat.

Di sini ada terdapat contoh tentang  kesalahan (?) pada ejaan  nama tempat di mana ampangan tersebut terletak dan kesalahan fakta tentang tempat terletaknya ampangan berkenaan.

Ampangan tersebut terletak di kawasan Mukim Bukit Sawat di kawasan pedalaman yang dikenali oleh penduduk tempatan sebagai Kampong Kagu dan bukannya di kawasan LABI.

Perkataan KAGU dan KARGU adalah dua perkataan yang berbeza maknanya.

Di dalam bahasa SJD  perkataan  KAGU  bermakna nama seekor haiwan jenis kelawar yang biasa banyak terdapat di kawasan berkenaan di suatu masa dahulu. Sementara perkataan KARGU adalah perkataan pinjaman dari Bahasa Inggeris - CARGO  yang bermakna "barang muatan".

Setentunya kedua-dua perkataan tersebut tidak ada persamaan ertinya. Bunyinya sahaja yang hampir sama.  Jika pada pantun ianya  mudah saja dikarang sebagai:

         Kapal mikot mangibit  kargu
          Barang enibit tad pagun sadu    
        Ampangan agu mok Kampong Kagu
          Alan banatang kagu tagulu midu 
               
            Terjemahan pantun:

          Kapal datang membawa kargu
          Barang dibawa dari negeri jauh
          Ampangan baru di Kampong Kagu
          Tempat binatang kagu dahulu lari




KISAH  BERKAITAN DENGAN NAMA DAN KAMPONG KAGU


Di dalam masyarakat SJD ada terdapat pepatah/perumpamaan  yang berbunyi:

                        "Laku tulud-tulud kagu"
                             (Seperti terbangnya "kagu")

   Bermakna:  Walaupun berjalan jauh mengembara  maka tetap akan pulang ke tempat asalnya jua  kemudian untuk mendapat jodoh (isteri).



[Apa salahnya jika ampangan berkenaan digelar sebagai AMPANGAN KAGU saja supaya sejarah namanya terpelihara. PENULIS]


AMPANGAN AIR BAHARU  DI KAWASAN KAGU (KARGU?)


TUTURAN LAID KAMPUNG KAGU:

Baratus-ratus taun tagulu kawasan dud Bang Kagu suda ganarom jenadi sabagai parkampungan gama jalama Sang Jati eyo eno Kampong Kagu. Suang jalama bakabun baparai nganjarat ngalatik mok entalun ntuk ngalap tambang bancalong sabagai o dino. Ero ni ngancada mok Bawang Kagu ataupun mok lagaon yo aro dino. Kawasan eno suang sada badus ya sada dalog.

Nyugut tuturan tatuo,  Orang Kaya Pemancha Gabuk bin Pengarah Imung (yapa Penghulu Orang Kaya Pemancha Berandai ) parna maya anak bua o garom mok kawasan Nung Merugi, Pak Bumbun ya Nung Bubuk mok kawasan dud Bawang Kagu  sabalum pinda li kawasan tambing bawang Belait pasal tampat eno sadu manaw atis tad tambing bawang pali. Kabun bua-bua ero kakal lagi aro saboi masa ti. Sadu manaw atis tad tambing bawang gayo li Kampong Kagu aro no kiro-kiro duo jam. 

Yo paling aer pinda tad Kampong Kagu eo no anak bua Md Batiam yo masa ti garom mok kawasan agu ganalar ero Kampong Kagu Baru sambila kawasan sakula Kid Sawat yo mulo asal o aro ngaran laid eo eno Nung Dungun.  Ti balaku senalom taun-taun 1950 - 1960an tagulu. Masati anjop aro jalama Sang Jati garom mok kawasan Kampong Kagu yo laid.



RISTAAN SEJARAH KAMPONG KAGU:
Beratus-ratus tahun dahulu kawasan ulu Sungai Kagu sudah didiami dan dijadikan perkampungan oleh orang-orang Sang Jati iaitu Kampong Kagu. Mereka banyak berkebun berpadi, menjerat mamasang bingkasan menangkap binatang rusa dan sebagainya di hutan sana. Mereka juga menangkap ikan di Sungai Kagu ataupun di lagun yang ada di sana. Kawasan tersebut terdapat banyak ikan badus dan ikan dalak.

Menurut cerita orang-orang tua,  Orang Kaya Pemancha Gabuk bin Pengarah Imung (ayah Penghulu Orang Kaya Pemancha Berandai) pernah bersama anak buahnya tinggal di kawasan Nung Merugi, Pak Bumbun dan Nung Bubuk di kawasan ulu Sungai Kagu sebelum pindah ke kawasan tebing Sungai Belait kerana tempat itu jauh dari tebing sungai besar untuk berjalan kaki. Kebun buah-buahan mereka masih kekal sampai masa sekarang. Jauh berjalan kaki dari tebing sungai besar ke Kampong Kagu adalah kira-kira dua jam.

Yang paling akhir pindah dari Kampong Kagu adalah anak buah Md Batiam yang masa ini tinggal di kawasan baharu yang mereka gelar Kampong Kagu Baru iaitu bersebelahan sekolah Bukit Sawat yang mula asalnya ada nama lama iaitu Nung Dungun. Perkara ini berlaku di dalam tahun-tahun 1950 - 60an dahulu. Masa sekarang tidak ada orang-orang Sang Jati tinggal di kawasan Kampong Kagu yang lama.



No comments:

Post a Comment