© SEMUA HAKCIPTA ADALAH TERPELIHARA. All Copyrights Reserved


ISI KANDUNGAN BLOG ****** TENTANG PENULIS*******HOME


Tuesday, March 26, 2013

KEPERCAYAAN: BENDA-BENDA YANG MENGUNTUNGKAN


Masyarakat SJD pernah dan sekarang walaupun sudah beransur kurang masih ada yang menaruh kepercayaan kepada sesuatu yang dianggap keuntungan apabila mendapat sesuatu benda yang ganjil yang ada kaitannya dengan binatang, burung dan sebagainya.

Benda-benda tersebut, jika ada,  ianya akan disimpan secara rahasia oleh mereka dan jarang malahan boleh dikatakan tidak pernah ada yang dijual kepada orang ramai. Menurut cerita mereka apa yang ada dijual itu sebenarnya bukanlah sesuatu yang tulin. Hal  seperti ini pernah berlaku di negara ini dan di negara jiran dengan beberapa kisah penipuan penjualan "batu tabaol pasaw" (batu tumbung kelapa) baru-baru ini. Berwaspadalah supaya jangan terpedaya oleh tipu helah para penjual yang tidak bertanggungjawab itu.

Beberapa perkara yang dipercayai dikira boleh menguntungkan si pemiliknya adalah seperti:

   1. Galiga lawow  (geliga tikus)

 Geliga ini pernah dilihat di dalam dua bentuk warna iaitu warna merah dan putih bercahaya. Ianya dibawa oleh tikus pada mulutnya dan biasanya tikus ini berlari-lari ke sana ke mari akibat di kejar oleh tikus-tikus lain yang ingin merampas geliga berkenaan dari mulutnya. Cahayanya jelas kelihatan pada waktu malam.

Menurut cerita orang-orang tua SJD,  geliga jenis merah tidak baik diambil kerana ianya dianggap "panas" untuk disimpan manakala jenis putih adalah dianggap "sejuk" dan baik untuk disimpan dan dipercayai bertuah untuk menambahkan rezeki.

 
  2. Janggut katabi ya siang (janggut ikan tapah yang bercabang)

Ikan tapah biasanya mempunyai janggut yang panjang di kiri kanan bahagian bibir mulutnya. Sekiranya janggut tersebut ada bercabang dua maka ianya dianggap sebagai sesuatu keganjilan dan biasanya diambil untuk disimpan oleh mereka yang menjumpainya. Menurut kepercayaan lama ianya  digunakan sebagai "palusir"  iaitu memperbolehkan si penangkap ikan memperoleh lebih banyak tangkapan ikan dari biasa apabila ianya dibawa bersamanya di sungai. 

3. Ikiw sasaok ya siang (ekor cicak yang bercabang)



               4. Pangkur empaluan (pangkur balingkarung)

               5. Aig mato puok bulan (titisan air mata punggok bulan)

               6. Uwai tamu buku  (rotan bertemu buku)

               7. Bulu tamu buku  (buluh bertemu buku)

               8. Batu anak bunian (batu anak bunian)

               9. Tanduk naga  (tanduk naga)

              10. Tanduk pelanuk  (tanduk pelanduk)

              11. Gading tanduk tambang matai baragan (gading tanduk rusa mati beragan)

              12. Buntat ramo  (buntat babi hutan)

              13. Batu tabaol pasaw (batu tumbung kelapa)


Walaupun kelihatan pelik seperti "batu anak bunian" dan "tanduk naga" akan tetapi kenyataannya begitulah kepercayaan orang-orang tua SJD di zaman dulu mengenai sesuatu yang ganjil yang dianggap mereka boleh didapati di dunia ini.  Setiap sesuatu yang disebut sebagai contoh di atas dipercayai oleh mereka sebagai ada mempunyai faedah yang tertentu yang boleh memberi keuntungan kepada pemiliknya.




[Perkara di atas ini merupakan sesuatu  yang subjektif maka ianya tidak akan diperbincangkan di dalam blog ini. Ia ditulis sekadar untuk catatan sahaja.  PENULIS]

No comments:

Post a Comment