© SEMUA HAKCIPTA ADALAH TERPELIHARA. All Copyrights Reserved
ISI KANDUNGAN BLOG ****** TENTANG PENULIS*******HOME
Saturday, March 30, 2013
KEKERABATAN KELUARGA - SUATU PENGHURAIAN
Keluarga mempunyai pengaruh yang besar di dalam mana-mana masyarakat di dunia ini. Ikatan persaudaraan membuat mereka yang sekeluarga menjadi lebih rapat dan mudah hidup harmoni pada umumnya.
Masyarakat SJD memang peka dengan usaha pengikatan kaum kerabat mereka dan pada suatu ketika dahulu mereka lebih gemar menjodohkan perkahwinan anak-anak mereka di kalangan yang bersaudara saja. Ini mereka sebut sebagai muli pun iaitu berbalik ke pangkal. Namun begitu selain daripada bentuk-bentuk perkahwinan lazim yang terlarang, mereka yang berpangkat sepupu yang bapa mereka adik-beradik sama sekali tidak dibenarkan berkahwin kerana ianya dikira sebagai sumbang (yang terlarang) sebab bapa-bapa mereka dianggap samo ra (sama darah) dan anak-anak mereka pun dikira dianggap adik-beradik miso ra (berdarah sama).
Penyimpanan data salasilah atau susunan kekerabatan keluarga tidak banyak yang ada diperolehi dalam bentuk tulisan di suatu masa dahulu atas sebab pertamanya tidak banyak di antara mereka yang tahu menulis dan membaca, keduanya tidak banyak orang yang mengetahui tentang faedah sebenar untuk menyimpan data seperti itu dan ketiga tidak banyak orang yang mahir untuk menyusun dan membuat kajian tentang salasilah kekerabatan mereka sendiri. Semuanya tersimpan di dalam ingatan otak mereka sahaja. Walau bagaimanapun terdapat juga sekarang ini beberapa dari mereka yang mulai berusaha mengkaji, menyusun dan merekod data-data tersebut demi untuk rujukan di kemudian hari.
Kaum kerabat kekeluargaan dalam masyarakat SJD biasanya disusun menurut urutan pangkat khusus seperti berikut:
1. anta (antah) - great-great-great-great grandparents
2. moyang (moyang) - great-great-great grandparents
3. kiut (kiut) - great-great grandparents
4. yantud (atuk - ibubapa kepada nenek) - great-grandparents
5. yaki & yadu (nenek lelaki & nenek perempuan) - grandfather & grandmother)
6. yama & indu (bapa & ibu) - father & mother
7. kuji sandiri (saya sendiri) - self
8. anak (anak) - child
9. aki & adu (cucu) - grandchild
10. antud (cicit) - great grandchild
11. piut (piut) - great-great grandchild
12. katurunan moyang (keturunan moyang) - great-great-great grandchild
13. katurunan anta (keturunan antah) - great-great-great-great grandchild
Ianya bermula dari kuji sandiri (saya sendiri) membawa sehingga ke pangkat anta (antah) ke atas dan sehingga ke katurunan anta (keturunan antah) di bawah. Tidak banyak di kalangan SJD di sini yang sampai menyusun sehingga ke pangkat anta atau lebih dari itu atas sebab-sebab tertentu di atas. Walau bagaimanapun initiatif positif mereka pada masa ini yang berusaha mengkaji, merekod dan membukukan salasilah kekerabatan keluarga itu amatlah dihargai sepenuhnya sekurang-kurangnya demi untuk memberi suatu gambaran sejarah kawasan setempat yang sebenarnya.
Nota:
Atuk iaitu yantud (SJD) di sini bermakna ibu dan bapa kepada nenek perempuan dan nenek lelaki seperti yang difahami dan digunapakai oleh orang-orang Melayu setempat dan kaum Kedayan di Negara Brunei Darussalam dan agak berbeza dengan apa yang digunapakai di Malaysia dan di dalam kamus-kamus Dwibahasa iaitu Datuk yang bermakna nenek lelaki.
Sebagai perhatian untuk penjelasan lanjut:
atuk kata lawannya cicit
nenek kata lawannya cucu
Terjemahannya:
BM SJD
atuk = yantud
cicit = antud
nenek = yaki / yadu
cucu = aki / adu
2. KAITAN KEKERABATAN (PERSAUDARAAN):
i) Pangkat anak (anak)
a) anak dinan (anak sendiri)
b) anak tiri (anak tiri yakni anak pasangan tapi bukan anak sendiri)
c) anak inang (anak angkat, anak asuh)
d) anak ikut (anak orang lain yang dianggap anak sendiri)
e) anak akun (anak yang diakui sabagai anak sendiri)
f) anak susuan (anak orang lain yang diberi penyusuan badan semasa kecil)
i) Pangkat basantari (adik-beradik)
a) basantari dinan (adik-beradik seibu sebapa atau sama bapa)
b) basantari asu (adik-beradik sama ibu sahaja)
c) basantari tiri (adik-beradik berasingan bapa dan ibu tapi ibubapa mereka berkahwin)
d) basantari angkat (adik-beradik angkat)
e) basantari satakin susu (adik-beradik sesusuaan)
f) basantari ikut (adik-beradik ikutan)
g) basantari akun (adik-beradik akun)
ii) Pangkat anak incan (berpupu)
a) anak incan dinan (sepupu - ibu atau bapa masing-masing adik-beradik)
b) anak incan ngenduo (pupu dua kali - nenek-nenek masing-masing adik-beradik)
c) anak incan ngentalu (pupu tiga kali - atuk masing-masing adik-beradik)
d) anak incan nga'apat (pupu empat kali - kiut masing-masing adik-beradik)
iii) Pangkat kaminan (ibu saudara = babu)
a) kaminan dinan (ibu saudara adik-beradik dengan ibu atau bapa sendiri)
b) kaminan ngincan (ibu saudara sepupu)
c) kaminan ngenduo (ibu saudara pupu dua kali)
iv) Pangkat kamaman (bapa saudara = patuan)
a) kamaman dinan (bapa saudara adik-beradik dengan ibu atau bapa sendiri)
b) kamaman ngincan (bapa saudara sepupu)
c) kamaman ngenduo (bapa saudara pupu dua kali)
v) Pangkat yaki ( nenek lelaki)
a) yaki dinan (nenek lelaki sendiri)
b) yaki tiri (nenek tiri lelaki)
c) yaki kamaman (adik lelaki atau abang kepada nenek)
d) yaki incan (sepupu lelaki nenek)
e) yaki ngenduo (nenek lelaki pupu dua kali)
vi) Pangkat yadu (nenek perempuan)
a) yadu dinan (nenek perempuan sendiri)
b) yadu tiri (nenek tiri perempuan)
c) yadu kaminan (adik atau kakak nenek)
d) yadu incan (sepupu perempuan nenek)
e) yadu ngenduo (nenek perempuan pupu dua kali)
vii) Pangkat nakaon (anak kemanakan - anak saudara)
a) nakaon dinan (anak kemanakan sendiri)
b) nakaon incan (anak kemanakan saudara sepupu)
c) nakaon ngenduo (anak kemanakan saudara dua pupu)
vii) Pangkat aki (cucu kepada nenek lelaki)
a) aki dinan (cucu sendiri)
b) aki nakaon (cucu kemanakan)
c) aki nakaon incan (cucu kemanakan pupu sekali)
d) aki nakaon ngenduo (cucu kemanakan pupu dua kali)
viii) Pangkat adu (cucu kepada nenek perempuan)
a) adu dinan (cucu sendiri)
b) adu nakaon (cucu kemanakan)
c) adu nakaon incan (cucu kemanakan pupu sekali)
d) adu nakaon ngenduo (cucu kemanakan pupu dua kali)
ix) Pangkat yantud (atuk)
a) yantud dinan (atuk sendiri)
b) yantud kaminan (kakak atau adik perempuan atuk )
c) yantud kamaman (abang atau adik lelaki atuk )
d) yantud incan (saudara sepupu atuk)
e) yantud ngenduo (saudara dua pupu atuk)
x) Pangkat antud (cicit)
a) antud dinan (cicit sendiri)
b) antud nakaon (cicit kemanakan)
c) antud nakaon incan (cicit kemanakan pupu sekali)
d) antud nakaon ngenduo (cicit kemanakan pupu dua kali)
xi) Pangkat Kiut (kiut)
a) Kiut dinan (kiut sendiri)
b) kiut kamaman (abang atau adik lelaki kepada kiut )
c) kiut kaminan (kakak atau adik perempuan kepada kiut)
xii) Pangkat Piut (piut)
a) piut dinan (piut sendiri)
b) piut nakaon (piut kemanakan)
c) piut nakaon incan (piut kemanakan pupu sekali)
d) piut nakaon ngenduo (piut kemanakan pupu dua kali)
3. SUATU RISTAAN SEJARAH PERKAMPUNGAN DAN KEKERABATAN SJD
Beratus-ratus tahun dahulu kawasan-kawasan ulu Tutong dan Belait telah didiami oleh masyarakat SJD dan mereka telah mengujudkan beberapa perkampungan besar yang mereka panggil sebagai BANG GAYAO, MARIMBUN, KUBAN dan NULOW di Daerah Tutong, PASAL, TAMANDA dan MARANGKING di Daerah Belait.
Menurut cerita orang-orang tua, semua perkampungan tersebut mempunyai sejarahnya tersendiri bilamana menurut ceritanya, semua perkampungan tersebut ada kaitannya dengan tujuh orang adik-beradik yang dipercayai menjadi perintis di kawasan berkenaan. Mereka adalah:
1. Imbun - perintis perkampungan Marimbun
2. Yuban - perintis perkampungan Kuban
3. Yulow - perintis perkampungan Nulow
4. Tamanda - perintis perkampungan Tamanda
5. Yangking - perintis perkampungan Marangking
6. Pasal - perintis perkampungan Pasal (Kid Pasal)
7. Gayao - perintis perkampungan Bang Gayao (Rambai)
Perkampungan Marimbun melingkungi kawasan-kawasan Tasik Merimbun, Kuala Ungar dan sekitarnya yang diberi nama baru sebagai Kampong Merimbun, Kuban melingkungi kawasan-kawasan Nong Tadion, Nong Mayan, Banggalaw dan sekitarnya yang sekarang diberi nama baharu iaitu Kampong Long Mayan, Nulow melingkungi kawasan-kawasan Bang Ligi, Litad, Pangkalan Padang dan sekitarnya yang sekarang diberi nama baru sebagai Kampong Bukit. Perkampungan Bang Gayao melingkungi kawasan-kawasan Kampong Rambai dan sekitarnya. Semuanya terletak di kawasan ulu Sungai Tutong
Perkampungan Pasal berpusat di sekitar kawasan Bukit Pasal, Perkampungan Tamanda yang suatu ketika dahulu termashyur dengan kehebatannya sudah tidak ada berpenghuni lagi sementara perkampungan Marangking yang meliputi kawasan-kawasan Marangking Dud, Marangking Saba, Pangkalan Deraan, Pulau Pisu dan sekitarnya sekarang dikenali sebagai Kampong Merangking, ketiga-tiganya di dalam Mukim Bukit Sawat di ulu Belait.
Yangking yang lebih dikenali sebagai Merangking iaitu yang dikatakan sebagai perintis Kampong Merangking mempunyai susur-galurnya seperti berikut hingga ke masa sekarang:
MERANGKING
!
BILIK
!
PAJAL
!
BULAT
!
TUAN
!
ORANG KAYA MUDA ENGKUWOW
! !
INTIP NANTI
! !
SIRIP RIMAN
[Kesahihan fakta sejarah seperti yang tertera adalah betul pada nama kampung-kampung dan kawasannya sementara siapa sebenarnya menjadi perintisnya masih memerlukan kajian dan penyelidikan khusus dan betulkah tidak mereka itu adik-beradik juga perlukan kajian yang mendalam. Jika benar mereka bertujuh yang adik-beradik itu perintisnya dan menghasilkan keluarga maka mereka yang sekarang tinggal atau berasal dari ketujuh-tujuh kawasan tersebut setentunya ada tali persaudaraan yang dekat. PENULIS]
Berikut senghaja dikarangkan dua rangkap pantun jenis PANTUN-PANTUN PERPADUAN yang berpengertian tersendiri khusus untut tatapan semua.
1. Sada paus senalom kabaot
Kabaot tenan disan tamu
Yo sadu mancoi gon rapaot
Yo nukat mancoi gon namu
Maknanya:
Ikan paus di dalam kurungan
Kurungan dipasang tepi penemuan
Yang jauh baik dekat-dekatkan
Yang terputus baik sambung-sambungkan
2. Lama jati ngal umai
Umai eniliw isan batu
Eyaw jati agao la damai
Uno gala magak basatu
Maknanya:
Orang kita membuat umai
Umai diletak di sisi batu
Hidup kita biarlah damai
Serba serbi indah bersatu
[Apa sekalipun hakikatnya, keharmonian keluarga boleh saja membawa kepada keharmonian masyarakat , keharmonian bangsa, negara dan dunia umumnya. PENULIS]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Apakah kehebatan kg Tamanda? dimana letak sebenarnya kg ini?
ReplyDeletePerkampungan lama yang digelar Tamanda terletak di bahagian tengah (centralised) di antara kawasan Kg Merangking dan Kg Long Mayan yang ada sekarang. Kawasannya berbukit bukau sahaja.
DeletePerkampungan berkenaan dibuka oleh seseorang dari bangsa Sang Jati yang bernama Raja Tamanda di zaman dahulu. Raja adalah gelaran yang bermaksud dia adalah berkuasa seperti raja di zaman itu yang berkemungkinan mempunyai kuasa memerintah di kawasan berkenaan dan lain-lain kawasan yang berhampiran.
Tidak banyak cerita yang penulis dapat kutip tentang nama-nama mereka yang pernah bermastautin di situ. Yang pasti kesemuanya hanya tinggal nama penempatan itu sahaja. Namun begitu bekas-bekas penerokaan hutan untuk dijadikan tempat kediaman mereka memang masih jelas dikesan pada masa sekarang. Entah bagaimana mereka meninggalkan tempat berkenaan atau samada mereka habis pupus terkena serang musuh dan sebagainya di waktu itu adalah masih menjadi tanda tanya masyarakat sekarang.
Terima kasih penulis. bnyk info dan sejarah berguna yg saya dapati dri blog penulis. Klu dilihat dari kawasan saya, Kg Papakan(Seberang kg Telamba) adalah satu perkampungan besar dan sering dikunjungi peniaga dari kawasan lain. dipercayai Puak Tutong berasal dri campuran Pedagang dri Pulau Luzon(Pulau Lesung/Liusung) yg berkahwin dengan Perempuan dri.puak Dusun di Papakan. kisah ini.diceritakan berlaku pada tahun 1690..
DeleteTapi sekarang kg Papakan sudah tidak didiami. bnyk penduduk asalnya berpindah ke kg2 lain seperti Telamba,Telisai,Danau dan ke kg2 lain..
Raja Temanda Berkahwin Dengan Puteri Gunung Mulu.
ReplyDeleteSatu cerita rakyat yg terkenal di kalangan Puak Tutong dan Dusun yg tinggal di hulu Tutong dan Belait ialah mengeni perkahwinan Raja Temanda dengan Puteri Gunung Mulu. Raja Temanda ialah anak Penglima Guntur iaitu raja bagi puak Dusun yg menetap di Kg Merimbun Tutong. Pekerjaan beliau ialah menggarut rumbia untuk mendapatkan ambulung yg dilakukan di suatu tempat di Kg Merangking, hulu Belait. Pada suatu hari ia mendapati ambulung yg disimpannya di dalam perahu bertaburan di atas tanah. Keadaan ini berlaku buat beberapa hari sehingga dia mensyaki kemungkinan ada perbuatan khianat dari manusia atau binatang. Bagi memastikan perkara tersebut, beliau mmbuat intipan pada waktu malamdengan bersembunyi di dalam sawang ripau dibuatnya utk mengetahui siapa yg membuatnya. Setelah genap bulan ke 14, di waktu cahaya bulan terang benderang muncul satu cahaya seperti kilat yang terangnya mengalahkan cahaya bulan. Cahaya tersebut telah turun ke tempat penggarutan rumbia Raja Temanda secara bersilih ganti. Raja Temanda yg berasa terpegun melihat peristiwa itu telah mendapati bahawa cahaya2 itu adalah tuan puteri yg turun dari Gunung Mulu untuk bermandi manda di sebuah telaga berhampiran tempat Raja Temanda menggarut rumbia. Tempat tersebut sekarang dikenali sebagai 'Telaga Pemandian Puteri'. Raja Temanda yang asyik memerhatikan puteri2 itu mandi itu telah terpikat dgn puteri bungsu. Pada kesempatan itu, Raja Temanda mendapat fikiran untuk menangkap puteri bungsu itu dengan cara menyembunyikan sarung kainnya ketika dia sedang bermandi manda. Ketika puteri itu hendak terbang pulang, dia mendapati bajunya telah tiada dan tinggalah puteri itu dlm kesedihan. Pada masa itulah Raja Temanda dpt menangkap puteri tersebut dan membawanya pulang kerumah. Disebabkan puteri itu tiada pilihan lain, maka dia terpaksa setuju apabila Raja Temanda menjadikan dia sebagai isterinya dan melahirkan seorang anak perempuan yg bernama Puteri Ba'aiah.
Semenjak mereka mendpt cahaya mata, kehidupan mereka bertambah bahagia. Namun begitu Raja Temanda terpaksa meninggalkan isteri dan anaknya untuk beberapa lama untuk menggarur rumbia. Padas suatu hari sedang isterinya memberi makan anaknya, tiba2 kuil(sudu) yg digunakan utk memberi mkn anaknya itu terjatuh di bawah rumah. Isterinya pun turun utk mengmbil kuil itu. Ketika dia mencari2 kuil itu, tanpa disangka2, dia terlihat sarung kainnya. Sarung kainnya disembunyikan oleh Raja Temanda bagi mengelakkan isterinya meninggalkannya. Tanpa berlengah lagi, isterinya pun menyarungkn kain tersebut dan terus terbang ke gunung Mulu walaupun berat rasa hatinya meninggalkn anaknya. Oleh itu tinggallah anaknya keseorangan dalam buaian yg dijaga oleh seekor ular tedung.
Sesudah anak tersebut meningkat dewasa, dia menjdi seorang puteri yg cantik jelita. Kejelitaanya telah menambat hati seorang utusan dri Brunei yg bernama Bendahari Julak yg dtg ke kediaman Raja Temanda yg akhirnya berkahwin dgn puteri tersebut setelah sekian lama hidups sebagai suami isteri, terjadilah satu musibah ke atas rumah tangga mereka apabila isterinya telah melakukan perkara sumbang dengn salah seorang hulubalang Bendahari Julak yg tinggal di kg itu. Bendahari Julak telah menghukum isterinya berserta hulubalangnya dengan cara dikujut hingga mati. Tempat hukuman tersebut dilakukan di suatu kawasan yg terletak di antara Kg Merangking dan Kg Bukit, hulu Belait. Walaupun isterinya terpaksa dihukum bunuh, tetapi perkahwinan mereka telah berjaya melahirkan beberapa org anak yg menjadi zuriat mereka sehingga ke hari ini. Oleh itu zuriat mereka inilah yg telah menurunkan sebahagian Puak Dusun dan tutong yg tinggal di Kg Tanjong Maya.
Sumber cerita : Buku Puak Tutong, Sejarah dan Perkembangan Awal Sosio-Budaya
Terbitan:Pusat Sejarah Brunei Kem Kebudayaan Belia dan sukan
Sesuatu yang sungguh menarik. Terima kasih STP. Belum pernah cerita sedemikian penulis dengar dituturkan oleh masyarakat SJD di sini terutamanya yang berkaitan dengan perkahwinan Raja Tamanda dengan Puteri Gunung Mulu yang hampir mirip jalan ceritanya seperti yang di ceritakan di dalam Hikayan Malim Deman /Malim Dewa yang ditulis di Semenanjung (Malaya).
DeleteTentang Gunung Mulu, memang banyak cerita-cerita lama SJD di sini menyebut tentang adanya puteri keturunan dewa-dewa yang menjadi penunggu puncak gunung berkenaan dan juiga tentang buluh perindu ajaib yang gemar dicari-cari oleh orang-orang dahulu.
Saya hanya mengonsikan cerita2 yg saya baca melalui Buku Puak Tutong terbitan Pusat Sejarah Brunei
DeleteMenurut sumber tradisi lain,mengatakan asal usul Puak Tutong dari seseorang yg bernama Si Letong yg datang dari Pulau Celebes(Sulawesi) Indonesia. Berdasarkan sumber tersebut bahawa Si Letong pada awalnya tinggal di Sg Papakan yg terletak di Kg Telisai.sekarang. Di sana dia berkahwin dengan salah seorang penduduk tempatan dri Puak.Dusun berketurunan Penglima Guntur iaitu ketua bagi Puak Dusun. Disebabkan bunyi ombak yg bising,ia pun berpindah ke Kg Suran
DeleteKisah ini pun saya perolehi dari buku mengenai asal usul Puak Tutong. yg menarik perhatian saya ialah mengenai Perempuan Dusun yg berkahwin dengan Si Letong adalah keturunan Penglima Guntur(dipercayai bapa kepada Raja Temanda)yg tinggal di Papakan.
mengikut lojik dan salahsilah urg2 Telamba/Papakan asli,kebnykan nene moyang mereka berasal dri Kawasan Kg Bukit/Bkt Sawat
Penulis pernah terjumpa satu perkataan "inda-inda" yang bermaksud "barang-barang kepunyaan seseorang" yang pernah diguna sama oleh sedikit penduduk asli Kampong Merangking tetapi sudah tidak digunakan lagi sejak tahun-tahun 1950an dahulu. Perkataan "inda-inda" berkenaan penulis fahami masih digunakan oleh para penduduk Sang Jati Dusun di Mukim Telisai hingga sekarang.
DeleteKg Merangking suatu ketika dahulu berpusat di sekitar kasawan Sungai Merangking dan anak-anak sungai di sebelah ulunya dan kawasan ini berjiran dekat dengan Kg Pasal dan Kg Tamanda.
Yang pasti adalah tentang penghijrahan penduduk asal kedua-dua perkampungan berkenaan ke kawasan lain. Seperti STP katakan memang ada lojiknya mereka yang ada di Telamba dan sekitarnya adalah orang-orang yang asalnya datang dari kedua-dua perkampungan berkenaan. Mereka mudah saja berjalan melalui jalan darat samada melalui Bang Ligi di Kg Bukit terus ke Telisai ataupun melalui Sungai Tutong bermula samada dari Merimbun atau Ukong terus ke hilir hingga ke kawasan Danau dan sebagainya.
Pernah diceritakan di sini tentang perlawanan hebat "one-to-one" di antara perwira handalan Sang Jati dari Kg Merangking dengan raja Kayan yang memimpin pasukannya datang menyerang di kawasan Bukit Pasal. Kerana kalah pertarungan maka raja Kayan berkenaan telah berjanji tidak akan datang lagi mengacau penduduk di kawasan berkenaan. Tetapi mungkin kerana khuatir diserang semula maka semua penduduk asal Pasal dan Temanda berpakat untuk berpindah ke tempat lain.
Perkataan "Guntur" adalah sememangnya perkataan Sang Jati Dusun (SJD) bagi "guruh dilangit" . Pastinyalah Panglima Guntur itu memangnya orang bangsa SJD .
Raja Kayan berkenaan bernama Kului sementara perwira handalan SJD itu bernama Bandang, kedua-dua mereka kebal dan cukup pendekar dalam ilmu peperangan. Bandang adalah diutus khas oleh masyarakat SJD dari kawasan Merangking untuk membantu para penduduk di perkampungan Pasal berkenaan serta untuk membalas dendam di atas kematian seorang wanita kaum Sang Jati yang di bunuh oleh kaum Kayan sebelumnya di kawasan Pasal tersebut.
DeleteMereka bertarung dengan hebat dan lama sekali sepanjang hari dan tidak ada di antara masing-masing dapat mencederakan mana-mana pihak. Paling akhirnya raja Kayan membuat sedikit kesilapan dan tali "ubut" yang dipakainya putus terkena mata pedang Bandang dan semua isi "ubut" tersebut jatuh terburai yang memberi alamat bahawa dia sudah kehilangan "pakaian hikmat pelindung"nya dan kerana takut kena bunuh maka dia telah mengaku kalah sahaja dan mengaku kehebatan pahlawan handalan Sang Jati tersebut. Dia juga bersumpah janji dengan ikrar bahawa dirinya dan kaum kayan semua tidak akan mengayau orang-orang Sang Jati Dusun lagi. Kului dan Bandang masing-masing bersetuju untuk terus berdamai dengan mengadakan upacara "baparit ra" (blood brothers ritual) sebelum berpisah.
Satu cerita yg menarik. klu dilihat,kaum SJD bukanlah kaum yg suka kekerasan melainknjika dganggu seperti cerita penulis diatas.memang di Telamba pun Sang Madi hidup aman damai dgn SJD disini. kebanyakan mereka tinggal di Telamba. tetapi mereka tetap diburu oleh Kaum Kayan.. selepas diayau,kepala mereka digantung disebatang pohon Belunu(pohon ini masih ada bersebelahan dengan rumah Allahyarham Hj Md Yassin bin Timbul iaitu Penghulu Luba). Kaum SJD di Telamba dan Papakan dilindungi oleh Dato Pemancha Saging. Dato Pemancha Saging juga menpunyai baju kebal yg diperbuat dari kayu pokok.(yang saya dengar dan ada salah seorang warisnya masih menyimpan). menurut kisah,DPS pernah berlawan dgn org2 kayan dengan hanya menggunakan kain. segala serangan kaum Kayan dpt dipatahkan. saya kurang pasti bagaimana DPS boleh tinggal di Telamba memandangkan beliau dikatakan berasal dri kg Ukong. mungkin isteri beliau berasal.dari Telamba/Papakan yg menurun kami sebagai warisnya.. saya kurang pasti samada Sang Madi.pernah berkahwin dengan SJD disini..
Delete