© SEMUA HAKCIPTA ADALAH TERPELIHARA. All Copyrights Reserved
ISI KANDUNGAN BLOG ****** TENTANG PENULIS*******HOME
Friday, March 8, 2013
BERKAITAN DENGAN LOBANG
Ada berbagai perkataan yang ada hubungkaitnya dengan perkataan SJD "luang" yang bererti lobang di dalam bahasa Melayu.
Contohnya:
a. Perkataan-perkataan berkaitan dengan lobang terbuka
tababaong
encangow
langap-langap
langai-langai
nabangaow
b. Perkataan-perkataan berkaitan dengan usaha menutup lobang:
kanaput (tutupkan)
tenancaong (disumbatkan)
panali (timbus)
tanutup (ditutup)
nampil (tampal)
nyulat (membaiki - untuk menutup lobang)
Contoh-contoh ayat:
1. Luang tana eno kakal lagi tababaong andi tanutup muyun.
Lobang tanah itu masih lagi terbuka belum kamu tutup.
2. Encangow luang kabang ero pango karangow pangumuman gaji ero suat putung.
Ternganga lobang mulut mereka setelah mendengar pengumuman gaji mereka kena potong.
3. Langap-langap luang tagu atis eso karana buai andi lagi banabod.
Terbuka lobang luka kakinya kerana lama belum lagi dibalut.
4. Kakal langai-langai luang pintu alai pasal kamuan ero nutup.
Masih terbuka lobang pintu rumah kerana mereka lupa menutup.
5. Nabangaow gayo luang pukoat ku nancirak gama gabuk.
Ternganga besar lobang pukatku koyak oleh beruk.
6. Andi lagi kanaput mu luang radus eno.
Belum lagi kamu tutupkan lobang bayung itu.
7. Tenancaong o ya raun luang bulu eno.
Lobang buluh itu disumbatkannya dengan daun.
8. Suda panali jami luang tana eno kaniab.
Sudah kami timbus lubang tanah itu kelmarin.
9. Suda tanutupka pintu alai ti kuma?
Sudah ditutupkah pintu rumah tadi?
10. Agaon kuji nampil ya papan la luang abaon eno.
Akan ku tampal dengan papan nanti lobang dinding itu.
11. Buai ni kalaw nyulat pukoat yo suang sirak eno.
Lama juga kalau membaiki pukat yang banyak koyak itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment