© SEMUA HAKCIPTA ADALAH TERPELIHARA. All Copyrights Reserved


ISI KANDUNGAN BLOG ****** TENTANG PENULIS*******HOME


Tuesday, May 20, 2014

PENGGUNAAN PERKATAAN "TI" DAN "NAO"



Perkataan Sang Jati Dusun "TI"  dan "NAO" yang bermakna "INI"  dan "ITU"  di dalam Bahasa Melayu sering digunakan ketika berbual di antara satu dengan yang lain.

Ianya digunapakai secara tersendiri atau pun digabungkan dengan perkataan lain yang sesuai untuk menyampaikan sesuatu maksud tertentu.

Contoh-contoh ayat:


A.  PERKATAAN "TI"

1. Kuji ti memang andi pandai di dijun.
    [Saya ini memang tidak kenal diri kamu. ]

2. Masati sengaye jalama suda nuli.
    [Masa ini semua orang sudah pulang]

3. Kalau mantiti andi ni pa susa ayu ao.
    [Jika begini tidaklah berapa sulit lakunya.] 

4. Gao ngibit li siti bantuka eno.
    [Bawa ke sini kereta itu]

5.  Diti alan ku nau jam ku eno kemaye.
     [Di sini tempat aku menyimpan jam ku itu tadi]

6. Kuwo iti suda nabuai napung diti.
    [Yang ini sudah lama tertinggal di sini]

7. Yao iti-iti gala yao salalu sabiton jalama.
    [Yang ini-ini sahaja yang selalu disebut orang]

Rumusan:
ti, iti     =    ini
masati  = masa ini
mantiti = begini
siti  = sini
diti   =  di sini
iti-iti   =  ini-ini



B. PERKATAAN "NAO"



1. Eyo nao salalu mikot lambat.
    [Dia itu selalu datang lambat]

2. Masanao jami suda nuli.
    [Masa itu kami sudah pulang.]

3. Kalau maninao andila paya kuji maya.
    [Jika begitu tidaklah payah saya ikut.] 

4. Tulung nudul barang ku iti li sinao.
    [Tolong hantarkan barang ku ini ke sana]

5.  Kuji ngintai  dinao kan ngentamu dijun.
     [Saya tunggu  di sana untuk bertemu kamu]

6. Kuwo enao suda buai nakalamuan ku.
    [Yang itu sudah lama saya lupakan]

7. Uno yao enao-enao gala agaon muyun nyarita!
    [Kenapa yang itu-itu sahaja yang kamu ingin ceritakan!]


Rumusan:

nao, enao    =    itu
masanao  = masa itu
maninao= begitu
sinao  = sana
dinao =  di sana
enao-enao  = itu-itu




C.  PENGGUNAAN GABUNGAN  PERKATAAN  "ENAO ITI"

Kadangkala perkataan "enao" dan "iti" digunakan bersama seperti

a. enao iti,  
b. sinao siti dan
c. manino mantiti."


Contoh ayat:

1. Untuk enao iti  gatakaon jami limo ribu ringgit gala untuk majlis kawin ti la.
[Untuk itu ini permintaan kami lima ribu ringgit sahaja untuk majlis perkahwinan ini nanti.]

2. Sinao siti suda enium ku kakal ni kuji andi karumpak.
[Sana sini sudah aku mencari masih juga aku tidak terjumpa].

3. Puas ni jati berunding maninao mantiti tapi kakal ni jati anjaop lagi nakalap kaputusan.
[Puas juga kita berunding begitu begini tetapi masih juga kita belum lagi beroleh keputusan.]



Rumusan:

enao iti  =  itu ini
sinao siti  =  sana sini
maninao mantiti  = begitu begini




---------------------------------------------------------------



No comments:

Post a Comment