Thursday, May 9, 2013

TENTANG SESUATU YANG "GANJIL-GANJIL"





Berikut merupakan nama-nama "sesuatu" yang dipercayai ujud oleh bangsa SJD sejak zaman berzaman dan banyak juga cerita-cerita lisan atau sastera rakyat yang menyentuh sedikit sebanyak tentang salah satu darinya.


1.  Tengkad  (jenis kalindahau)
   Tengkad dipercayai adalah sesuatu makhluk yang boleh menyerupai wajah seseorang yang dikenali. Biasanya  seseorang kanak-kanak akan menjadi sesat dihutan akibat cuba mengikut berjalan dibelakang makhluk ini.


2. Ungkad (hantu sincud)
     Ungkad dipercayai merupakan sejenis makhluk yang kelihatan hadir biasanya bersama kumpulan binatang babi hutan dan cara nya berjalan ialah dengan bergayut pada batang-batang kayu dan sebagainya. Makhluk ini sering diceritakan sebagai suka mencuri makan nasi di pondok-pondok di tepi sawah  padi apabila ditinggalkan oleh orang semasa menghalau lari monyet-monyet di hutan.

3. Kuoawad (ranggaw)
      Kuoawad seri diceritakan sebagai sejenis makhluk tinggi yang jarang-jarang kelihatan oleh mata kasar dan dipercayai gemar berjalan sewaktu hari hujan panas.

     
4.  Bunian (bunian)
      Menurut lagenda lisan masyarakat tempatan bunian merupakan sejenis makhluk yang tinggal di kawasan hutan dan di atas pokok. Bunyi tangisan anak bunian kadang-kadang dapat didengar sewaktu bulan penuh mengembang di hutan.

5. Jawa
      Makhluk yang digelar jawa oleh penduduk tempatan dan sering disebut-sebut di dalam cerita penglipur lara mereka merupakan sesuatu yang hidup berkampung di dalam hutan dan terlindung dari pandangan kasar manusia. Diperkatakan makhluk ini memakan ulat yang berwarna-warni dan percayakan tentang amalan hidup yang jujur dan amanah, tidak boleh berbohong, memegang teguh pada janji dan berkata satu sahaja. Bunyi gendang mereka kadang-kadang dapat didengar pada waktu bulan mengembang penuh di tengah hutan.
   
6. Jin (jin)
      Makhluk jenis ini dipercayai sering merayau-rayau dihutan dan terlindung dari pandangan mata kasar manusia kecuali jika ia mahu menunjukkan dirinya.


7. Lamatai (hantu)
      Lamatai sering dikaitkan dengan hantu orang-orang yang telah meninggal dunia. Ianya dipercayai ada di tanah-tanah perkuburan.

8.  Paruwab (roh orang meninggal)
       Paruwab dikatakan sebagai jelmaan roh  seseorang yang sudah meninggal dunia yang pada waktunya dapat dilihat dengan mata kasar oleh manusia.


9. Bancali
      Bancali dipercayai sebagai sesuatu makhluk yang datang mengganti tempat seseorang di dalam kawasan rumah yang di tinggal kosong sekian lama. Perkataan "bancali" adalah singkatan dari dua perkataan iaitu "banca" (bangsa /makhluk) dan "menyali" (mengambil alih tempat).

10. Bugang (bugang)
       Bugang merupakan makhluk gimbaran yang dipercayai ada bersama-sama dengan sejenis burung yang terbang di waktu malam. Bunyi burung ini besar dan nyaring dan kononnya pokok boleh mati akibat terkena kencing haiwan ini.



                puntianak
                tampuyung
                taguwok
                babalan
                tutut
                isi nunuk
                isi entalun
                isi arung
                isi tambilik
                isi nibung
                datao balian
                anak datao
                dewa-dewa
                yungkuk
                ugoal
                lanut piak bulan
                galaop
                naga
                tambakar
                iblis
                saitan
                koklir
                nerayi
                endauu ( jenis kalindahau)
                toktoi 
                lalangut
                gungut 
             


[Di atas merupakan kepercayaan dan didasarkan kepada cerita dari mulut ke mulut di kalangan masyarakat tempatan. Apa yang mereka percayai adalah sesuatu yang "subjective" dan sebarang perbincangan mengenainya adalah diluar skop blog ini. PENULIS]

No comments:

Post a Comment