Tuesday, February 3, 2015

TENTANG GERHANA & KIAMAT

Kita memang telah banyak mendengar dan membaca tentang kejadian gerhana serta hari-hari kiamat oleh masing-masing masyarakat di dunia ini. Begitulah juga halnya di antara ahli masyarakat Sang Jati Dusun di sini yang mempunyai versi kepercayaan dan keyakinannya yang tersendiri tentang apa yang mereka gelar raung (gerhana)  dan labur (kiamat) itu.


  a.  NAKAN RAUNG  (GERHANA  - Eclipse)


Matao adaw nakan raung (gerhana matahari)



Bulan nakan raung (gerhana bulan)
Matao adaw nakan raung (gerhana matahari)

 Jalama-jalama tagulu pasaya kajadian bulan ya matao adaw nakan raung aro kaitan ao maya musibah yo kasuat apar bulan ya matao adaw makaya ni sengaye maluk mok dunya. Sabab eno pabila balaku raung ero andi kan samilaw alai ataw manaw tarus sabab lakak kalaw katadu tunggul ero ni kan tarus batukar jadi tunggul. Aro yo ngalawod gandang-gandangan, tong, lalid kayu ya uno gala sacara ramai-ramai sapaya mingor konon ao ntuk mangidu ataw nyigao  uno gala yo ngal raung eno. Eno no jalama-jalama tagulu ya zaman ao.

Orang-orang dahulu percaya kejadian "gerhana bulan dan matahari" ada kaitannya dengan musibah yang menimpa bulan dan matahari dan juga kepada semua mahluk di dunia. Oleh itu apabila berlakunya gerhana mereka akan tidak keluar rumah atau meneruskan perjalanan kerana takut jika tersepak tunggul maka mereka akan  terus bertukar menjadi tunggul. Ada yang memukul alat gendang, tong, banir kayu dan sebagainya secara beramai-ramai supaya hingar bingar suasana kononnya untuk mengusir apa saja yang mengakibatkan gerhana berkenaan. Itulah orang-orang dulu dengan zamannya.



    b. MEMPERKATAKAN TENTANG KIAMAT (Doomsday)

        labur    (kiamat)

Lama banca sang jati tad awal tagulu suda pasaya kan kajadian labur. Bila-bila masa gala kalaw Alatala mau sengaye mok dunya ti malasod matai gama banjir yo paling gayo. Anjop sanginan pun bule eyaw. Rasam mendau andi ranti-ranti. Sengaye kawasan masakob. Anjop aro tinggol tana. Eno no yo labur. Dunya labur. Sengaye yo banyawa matai. Macam eno la katab sarita ero tad tagulu.


Orang bangsa Sang Jati dari awal dahulu sudah percayakan kejadian (hari) kiamat. Bila-bila masa sahaja kalau Tuhan hendak semua di dunia ini tenggelam mati oleh banjir yang paling besar. Tidak seorang pun boleh hidup. Hujan turun tidak henti-henti. Semua kawasan tenggelam. Tidak ada tanah yang tinggal.   Itulah dia kiamat. Dunia kiamat. Semua yang bernyawa mati. Macam itulah bunyi cerita mereka dari dahulu.


No comments:

Post a Comment