Monday, April 1, 2013

PESANAN ORANG-ORANG TUA




Ibubapa yang penyayang sering berkata: 
"Adaong kalamuan era lama tatuwo" 
"Jangan lupa pesanan orang-orang tua" 
"Don't forget the words of the wise old man"

Adalah menjadi amalan biasa kepada orang-orang tua masyarakat SJD sejak beratus-ratus tahun dahulu sehingga sekarang memberi pesanan yang berbentuk nasihat atau teguran kepada anak buahnya supaya berkelakuan baik dan menjadi ahli masyarakat yang berguna di masa depannya.

Berikut disenaraikan di antara beberapa pesanan (teguran) yang lazim mereka hulurkan:

    a)  Pesanan yang bersifat larangan:

         1. Adaong mambung adaong mangkaog ya jalama.
             Jangan sombong jangan bongkak dengan orang.

         2. Adaong ngintong matao gala kalaw aro lama susa.
             Jangan dilihat saja kalau ada orang yang susah.

         3. Adaong malao' uno gala.
             Jangan dikacau apa saja.

         4. Adaong suang katab gala.
             Jangan banyak bunyi (cakap) sahaja.

         5. Adaong suka ngutil lama lain.
             Jangan suka cari kelahi dengan orang lain.

         6.  Adaong kalamuan ya indu yama.
              Jangan lupa kepada ibu bapa.

         7.  Adaong suka gium pasal.
              Jangan suka cari pasal (gaduh).

         8.  Adaong bal-bal tuntut.
              Jangan sebarang-barang cakap.

         9. Adaong suka ngalimut.
             Jangan suka mengumpat.

       10. Adaong ngal tuntut.
             Jangan membuat cerita yang tidak benar.


 b)  Pesanan yang bersifat kewaspadaan dan keperihatinan:

        1.  Intong-intong kalaw manaw no.
             Lihat-lihat (hati-hati) kalau berjalan.

        2.  Intong-intong li kibang li kanan kalaw batuntut.
             Lihat-lihat ke kiri ke kanan kalau bercakap.

        3. Intong-intong lama tuwo sakali sakala.
            Lihat-lihat (lawat-lawat) orang tua sekali sekala.

        4. Intong-intong ni kalaw kan nulung jalama eno.
            Lihat-lihat (hati-hati)  juga kalau ingin menolong orang.

        5.  Intong-intong jalama o kalaw bakawan eno.
             Lihat-lihat orangnya kalau berkawan.
        

  c)   Pesanan yang berunsur galakan untuk berbuat pertimbangan yang wajar:
       
        1. Agaon ngarangow ni tuntut lama tuwo yo tagulu nakan uson.
            Didengarkan juga cakap orang tua yang lebih awal makan garam.

        2. Agaon mikir ni alus-alus, mancoi ka andi tuntut eno.
             Difikirkan juga sehalus-halusnya, baik tidaknya perkataan itu.

        3. Agaon nginyam ni mok inan sandiri kalaw jati sandiri yo kasuat cam eno.
            Dirasakan juga pada diri sendiri jika kita sendiri yang terkena seperti itu.

        4. Agaon nyiboak ni selalom gina uno yo sanabit o eno.
            Dikajikan juga di dalam hati apa yang dikatakannya itu.

        5. Agaon mikir suang-suang sabalum mengal kuwo yo andi tantu.
            Difikirkan banyak-banyak sebelum berbuat sesuatu yang tidak menentu.

   
        .......................... dan seterusnya



[Para ibubapa sering memberi pesanan dan teguran kepada anak-anak mereka tentang sesuatu yang berguna di dalam menempuh perjalanan hidup yang penuh dengan cabaran ini dan semua yang mereka pesan atau sebutkan itu adalah bersumber dari wasiat-wasiat orang-orang tua yang hidup sebelum mereka.

Beruntunglah kita jika kita ada mempunyai ibu bapa yang sering membimbing kita ke arah penghidupan yang berakhlak mulia, bersopan santun,  berbudi bahasa dan berguna kepada keluarga, masyarakat, bangsa, negara dan dunia seluruhnya. PENULIS]



No comments:

Post a Comment