Thursday, April 11, 2013
PENJODOH-PENJODOH BILANGAN
Terdapat juga penggunaan penjodoh-penjodoh bilangan di dalam bahasa dialek sang jati dusun. Berikut adalah berupa contoh perkataan yang digunakan oleh para penduduk yang bermastautin di Mukim Bukit Sawat :-
sa rampun bulu = se rumpun buluh
sa uwas rumbia = se pohon rumbia
sa pasang galaong = se utas gelang
sa pasang baju = se pasang baju
sa bantuk sincing = se bentuk cincin
sa babak jarum = se batang jarum
sa batang kayu = se batang kayu
sa ngumi empuni = se biji telur
sa bua alai = se buah rumah
sa ganggom parai = se genggam padi
sa bidang tana = se bidang tanah
sa pon labu = se pohon labu
sa nginan jelama = seorang manusia
sa kaping papan = sekeping papan
sa golong tali = segolong tali
sa ikat daing = seikat sirih
sa inan karabow = seekor kerbau
sa lambar raun = sehelai daun
sa lambar libun = se helai kain
sa lambar abuk = selembar rambut
sa pusuk badil = sepucuk bedil
sa pata tuntut = sepatah perkataan
sa lapaot kanupis = sebungkus kenupis
sa gulung uwai = segulung rotan
sa tangkai parai = setangkai padi
sa tundun punti = setandan pisang
sa nganci kapak = sebilah kapak
duo anci tabulang = dua bilah lembing
[Tunggal anci tabulang suda sukup untuk jaye.(SJD)
Satu bilah lembing sudah cukup untuk saya . (BM)
(ng digugurkan apabila di awali dengan perkataan selain sa)]
Ada juga waktunya penjodoh bilangannya digugurkan saja.
Contoh ayat:
Mok kampung ino arao duo langayao.
[Perkataan "batang" digugurkan]
Di kampung itu ada dua batang jalanraya. (BM)
Perkataan "kanupis" iaitu kenupis boleh saja menggunakan penjodoh bilangan "lapaot" dan "babak":
sa lapaot kanupis inakan jayi.
sa babak kanupis inakan jayi.
Saya makan sebungkus kenupis.
No comments:
Post a Comment