Monday, April 15, 2013
BAHASA DALAM - unik dan unggul
1 BAHASA UNIK
Ada juga ayat-ayat dengan perkataan-perkataan yang agak unik yang terdapat di dalam perbendaharaan kata Sang Jati Dusun di sini. Maknanya sulit untuk difahami atau ditafsirkan oleh orang-orang biasa. Contohnya:
Bahasa Unik : Ngkeruak Kaluyon (Burung Keruak "Kegigiran")
Burung keruak apabila terkejut maka ia akan berbunyi bising sepertinya seseorang yang "kegigiran" (melatah) . Bunyi bising keruak tersebut ditafsirkan kononnya sebagai ungkapan-ungkapan perkataan berikut:
"karuak babaok nakaon nibung,
indu akaong bagang salaong,
siuk bagancul bangow madang"
Bahasa Unik: Lama Kaluyon (Orang Terkejut Kegigiran - melatah)
Orang-orang dahulu apabila terkejut dan terjatuh benda dari tangannya akan secara tidak sedar melatah dan mencetuskan ungkapan-ungkapan perkataan seperti:
"e pok ngak balanga yasong"
Bahasa Unik: Tuntut Lamatai (Bahasa "Hantu")
Ini berkaitan dengan bahasa "hantu". Dikatakan hantu pandai menghitung dari satu hingga sepuluh sebagai:
sin duin talun latun tak tudu malai lutai langit tupu
sa duo talu apat limo anom turu walu siam mapod (SJD)
satu dua tiga empat lima enam tujuh lapan sembilan sepuluh (BM)
2. PERKATAAN UNGGUL YANG BERMAKNA DALAM
Terdapat juga perkataan-perkataan unggul yang mempunyai makna yang dalam:
Contohnya:
bagulid = Berpantang membuat aktiviti-aktiviti jenis suka-suka (hiburan) seperti bernyanyi,
memasang radio, tv dan sebagainya di rumah seseorang selepas kejadian kematian dan
dipantangkan ahli keluarga untuk berkunjung secara bebas ke rumah orang lain.
taduyon = Tanpa disedari membuat perbuatan atau aktiviti yang sama atas sebab terlalu biasa dan
sudah banyak kali melakukan perbuatan / aktiviti tersebut berulang-ulang.
sasilon = Membuat aktiviti yang sama selalu seperti orang yang ketagihan
nyisil = Sesuatu yang mengakibatkan tidak terjumpa binatang buruan misalnya sewaktu dalam
perjalanan terjumpa seekor binatang "kedurau" yang berbau busuk.
...................... dan banyak lagi
No comments:
Post a Comment