Saturday, March 9, 2013

PERSAMAAN DAN PERBEZAAN BAHASA-BAHASA DUSUN


Selain banyak persamaan pasti terdapat juga banyak perbezaan di antara perkataan-perkataan yang digunapakai oleh masing-masing masyarakat Sang Jati Dusun di negara ini, contohnya SJD yang berasal tinggal di kawasan Liang, Lumut, Danau dan Telisai, di kawasan Batang Mitus, Kebia, Kiudang dan Lamunin, di kawasan Layong, Kuala Ungar, Panchong dan Rambai, di kawasan Merimbun, Long Mayan dan Kg Bukit, dan di kawasan Ukong serta Bukit Udal  dan juga bangsa-bangsa Dusun di negara luar, di Sabah contohnya dan di seluruh dunia ini di mana saja mereka berada amnya. 

Mungkin banyak juga yang teringin tahu sejauh manakah perbezaan & persamaannya itu.

Melalui blog ini penulis mengalu-alukan penglibatan para pembaca yang sangat arif dan dihormati sekalian untuk sama-sama membuat penterjemahan ke dalam bahasa Dusun menurut versi masing-masing tentang skrip pendek cerita lagenda yang berbahasa Melayu yang berasal dari Mukim Bukit Sawat berikut dan menghantarkannya kepada penulis blog melalui email  netbizdan@yahoo.com  dengan tujuan untuk melihat sejauh manakah persamaan dan perbezaan perkataan mereka secara praktikalnya.

Penulis akan ikhtiarkan menyiarkan di dalam blog ini segala sumbangan semua pihak yang amat dihargai itu nanti.


VERSI BAHASA MELAYU

Pangkalan Pulau Apil


LAGENDA PULAU APIL

Tersebutlah kisah seorang ibu menyisik seekor ikan kalui sambil menyikut anak kecilnya dibelakang di  sebuah pangkalan  di tepi pulau. Tiba-tiba datang beberapa ekor pikat mengganggu anak kecil yang disikutnya itu. Anak kecil itu menangis.

"Jangan kacau anak ku" kata si ibu sambil menepis-nepis tangannya cuba menghalau pikat-pikat yang datang berterbangan itu.

Tapi pikat-pikat itu tetap juga mengganggu anak kecilnya itu secara terus-terusan membuat si ibu rasa bertambah marah.

 "Hei jangan dikacau anak ku. Kamu mengganggu kami bekerja. Jika kamu pandai, cuba kamu saja  yang menyisik ikan kalui ini,"  teriaknya dengan geram.

Tiba-tiba cuaca jadi berubah serta merta. Walaupun di pagi itu matahari bersinar dengan terangnnya tapi kini berubah menjadi gelap kerana ditutupi oleh awan hitam yang tebal di langit. Angin mula bertiup dengan kencangnya. Tiba-tiba mencetuslah satu halalintar yang dahsyat datang memanah si ibu dan si anak yang sedang menyisik ikan kalui di pangkalan perahu tersebut. Panahannya bukanlah jenis panahan biasa. Badan kedua-dua mereka tiba-tiba bertukar menjadi keras dan seterusnya menjadi batu. Batu tersebut digelar oleh orang-orang di zaman itu sebagai "batu bababa"  yang bermaksud "batu bersikut" di dalam bahasa Melayu.

Atas kejadian tersebut maka nama pangkalan perahu itu disebut sebagai Pangkalan Pulau Apil kerana kaitannya dengan "ikan kalui"  bermaksud sebagai  "sada apil" di dalam bahasa Sang Jati Dusun.  

Begitulah bagaimana pulau tersebut mendapat namanya sebagai Pulau Apil.

"Batu bababa" berkenaan masih ada di dalam air sungai di kawasan pangkalan berkenaan sampai masa sekarang tapi menurut nasihat orang-orang tua ianya tidak boleh diganggu. Kerana jika diganggu maka malapetaka ribut dan hujan lebat akan turun.


[Sila terjemahkan skrip di atas ke dalam bahasa Dusun menurut versi masing-masing dan kirimkan kepada penulis blog ini melalui email:  netbizdan@yahoo.com    Tarimo kasi. ]
------------------------------------------------------------------------------




Berikut adalah terjemahannya di dalam bahasa Dusun


1. Versi SJD Bukit Sawat:


LAGENDA PULAU APIL

Aro no kisa sanginan kakimu nyisi sanginan sada apil sambil mamaba anak diok o mok likud diso mok sabua pangkalan mok disan pulau. Sa mana-mana nikot puro inan pikot ngacaw anak diok yo banaba o eno. Anak diok eno magiad.

"Adaong ngacaw anak ku" kain indu o sambil ngurab-ngurab langon o suba nyigo pikot-pikot yo mikot tulud-tulud eno.

Tapi pikot-pikot eno tatap ni ngacaw anak diok o eno tarus-tarusan mengal indu o raso batamba kasiow.

"Hei adaong ngacaw anak ku. Muyun nganggu  jami bakarijan.  Kalaw muyun pandai, suba muyun gala nyisi sada apil ti," rauk o kasiow.


Samana-mana cuaca jadi baruba jam-jam eno. Walaupun ampak sambut eno mata adaw senikit tarang tapi masa no baruba jadi liom karna tanutup gama awan itom tabal mok dadaw.
Langos mulo tamilib kancang.  Samana-mana samilaw no tunggal kademat yo kuat mikot memana indu ya anak o yo kakal nyisi sada apil mok pangkalan padas ti. Pana o ainka pana sabarang-barang.  Inan duo' eno samana-mana jadi kadow yo satarus o njadi batu.  Batu eno genalar jalama masa eno sabagai "batu bababa" yo bamaksud "batu bersikut" senalom tuntut Malayu..

Karna kajadian eno maka ngaran pangkalan padas eno kenadim sabagai Pangkalan Pulau Apil pasal kaitan o maya  "ikan kalui"   bamaksud sabagai  "sada apil" senalom  tuntut Sang Jati Dusun.  


Manino la gimana pulau eno nakalap ngaran o sabagai Pulau Apil.

"Batu bababa" eno kakal aro mok senalom aig bawang mok pangkalan eno saboi masati tapi nyugut ira jalama-jalama tuo eyo no andi malap gon ngacaw. Kalaw gon ngacaw maka malapataka ribut ya rasam sapow kan mendau.

[Sang Jati]

 

No comments:

Post a Comment