Friday, March 22, 2013
KEPERCAYAAN : AMALAN MESRA ALAM DAN MESRA KAWAN
Masyarakat SJD mempunyai satu petua yakni amalan unik yang diwarisi sejak zaman berzaman mengenai kepercayaan untuk sentiasa hormat-menghormati, beramal baik, rukun dan damai sesama manusia dan lain-lain makhluk di dunia ini. Mereka telah memahami bahawa selain manusia maka ada juga makhluk lain yang jelas tidak kelihatan oleh mata kasar manusia yang turut menjadi penghuni dunia ini.
Amalan ini jelas ditunjulkan apabila mereka memulakan aktiviti seperti sebelum menebas dan menebang hutan, sebelum membangun rumah, sebelum menebang pokok-pokok besar dan sebagainya. Intipatinya adalah memohon izin atau pemberitahuan awal tentang hajat kepada yang "empunya" kawasan supaya ianya tidak kelihatan sebagai sesuatu kegiatan pencerobohan. Maknanya setiap sesuatu yang dilakukan pada awalnya secara mesra alam dan mesra kawan boleh saja tidak menimbulkan kesulitan di kemudian hari. Yang bermula dengan baik setentunya akan berakhir dengan baik juga. Itulah kepercayaan orang-orang SJD di sini umumnya.
Antara petua yang diamalkan adalah:
1. ngentaki
Usaha awal meminta pertanda samada diperbolehkan membangun rumah di kawasan
berkenaan.
2. bagangai
Usaha awal meminta pertanda samada diperbolehkan menebas atau membersihkan kawasan
berkenaan.
3. nibak
Usaha awal meminta pertanda samada diperbolehkan menebang pokok besar yang
berkenaan.
4. ngilag
Usaha awal memberitahu semua yang ada untuk segera berikhtiar pindah tempat kerana
kawasan tersebut akan dibakar tidak berapa lama lagi.
5. nadak
Usaha awal memberitahu kerja-kerja mengetam padi akan dimulakan dalam masa tiga hari.
No comments:
Post a Comment