Wednesday, February 20, 2013

PERKATAAN YANG JARANG DIDENGAR


     
Terdapat sejumlah perkataan Sang Jati yang sudah jarang dipakai oleh masyarakat sekarang. Kerana jarang-jarang digunakan maka ada kemungkinan juga beberapa antaranya boleh saja hilang suatu masa nanti. Antaranya adalah seperti perkataan-perkataan berikut disusuli dengan terjemahan dan ayat-ayat contoh:

  
A

aga luan (bunyi ribut)
Karangow suda aga luan. 
Kedengaran sudah bunyi ribut.

alangan   (peluang; masa kosong)
Kalau arao alangan mu tulung la ngibit barang eno.
Kalau ada peluang mu tolong bawakan nanti barang itu.
 

aluk (bekas penyimpan sirih pinang)

Dambao no yo ekow nau aluk jaye?
Di manakah kamu simpan tapak sirih pinang ku?
(Where do you place my beetle-nut container?)

ampaoh (tempat untuk melepas geram, mangsa)

Jalama lain rumo bagutol kuji gat jadi ampaoh ao.
Orang lain dengan berkelahi aku pula menjadi tempat untuk dia melepas geramnya.
(He quarrels with other people but he victimizes me instead)

apid (madu)

Kimo duo inan eno apid o.
Wanita dua orang itu madunya.
 Those two ladies are his wives.

apar (arah)

Tad dambao kan apar ikot ao katab eno?
Dari manakah arah datangnya bunyi itu? 
Which direction does the sound come from?


akat  (persetujuan bersama)

Iti suda jadi akat senalom rundingan jami kaniab.
Ini sudah jadi persetujuan bersama di dalam perundingan kami kelmarin.
This has become common consensus in our meeting yesterday. 

anggaom-anggaom  ( digenggam atau disimpan dengan cermat)

alim-alim  (serupa diam tapi mempunyai rencana yang tersembunyi)





B
bagampui (bernekad enggan mahu makan atau minum)

Duo adaw suda eyo bagampui .
Dua hari sudah dia bernekad enggan mahu makan atau minum.
He has refused to take any food for two days.

bagintong (makan)

Bagintong jati tagulu sabalum manaw sapaya andi malaus la.
Makan kita dulu sebelum berjalan supaya tidak lapar nanti.

baguang (melolong)

Tiap entuwong asu eno baguang gala.
Setiap malam anjing itu melolong saja.

balungking (yang paling kurang berjaya dsb)

Sengaye rumo sentari diso pandai-pandai kacuali diso sinan jadi balungking gala.
Semua adik-beradiknya pandai-pandai kecuali dia seorang  yang paling kurang berjaya.

basandait (berteka-teki)

Kalaw basandait mancoi ni masa bajaga-jaga mantuwong
Jikalau berteka teki baik juga semasa berjaga-jaga di waktu malam.

batarak    (bertapa)  

Ero batarak turu adaw turu ntuwong senalom gua eno.
Mereka bertapa tujuh hari tujuh malam di dalam gua itu.

batariang  (berpisah)

Jami jarang batariang sadu.
Kami jarang berpisah jauh.



balaon-balaon    (semena-mena, menunjul-nunjul)

Anjaop gulu-ulu gena ao balaon-balaon pandai ngal kabang macam eno.
Tidak pernah dia semena-mena pandai berbuat mulut seperti itu. 
Never before did he all of a sudden says something that bad.


buat-buat (cuba-cuba)



Buat-buat ni kuji ti kan ngadudul surat li diso.
Cuba-cuba saya  akan mengirim surat kepadanya.
I just try to send a letter to him. 
 


bakatumbah (bunyi heboh bising di dalam rumah)

Uno gala katab bakatumbah mok alan jalama sambila ti kamaye.
Apa saja bunyi yang heboh bising di rumah orang sebelah ini tadi.
What were all the noises from the neighbouring house just now. 


banadi  (di tunjuk arah)


Andi banadi mu di diso dambao kadai alan mali empuni manuk.
Kamu tunjukkan kepadanya di mana kedai tempat membeli telur ayam. 
You show him the shop that sells chicken eggs.


bagabas (kegiatan menolak bala)


Jalama tagulu bagabas kalaw nakalap nupi yao andi pa mancoi.
Orang-orang  dahulu mengadakan kegiatan menolak bala jika mendapat mimpi yang tidak baik. 


basangi (kegiatan meraikan sesuatu yang baik)

Ero basangi karana anak  yao sanakit eno suda nancoi.
Mereka mengadakan kegiatan majlis kesyukuran kerana anak yang sakit itu sudah sembuh.
They organised thanksgiving ceremony because the son who was ill had been getting well. 


basagagil ( selalu khianat-menghianati, berkelahi)

Adaong muyun basagagil samao santari.
Jangan kamu  berkelahi sama adik-beradik.
Do not fight amongst your brothers and sisters.

batabug; basatabug ( bermusuh; bermusuhan)
Andi mancoi jati basatabug sasamao sandiri.
Tidak baik kita bermusuhan sesama sendiri.
It is not proper for us to be fighting among ourselves.

bakalidaw  (melepak tanpa arah)

bakaliwoh (mencari serata tempat)


bakari    (mahu bersusah payah)
Andi kuji bakari kan manau kalau adau kakal marasam.
Saya tidak mahu bersusah pergi jikalau hari masih hujan.


balabi-labi  (berlebih-lebihan)
Adaong batuntut balabi-labi la jalama andi suka.
Jangan bercakap berlebih-lebihan nanti orang tidak suka.


bagulid    (berkabung; berpantang akibat ada kematian)
Nyugut adat memang andi kasa mamasang radio masa jalama kakal bagulid.
Menurut adat  memang tidak boleh memasang radio masa orang masih berkabung.

baguil  (bercampur gaul)
Jalama eno jarang baguil ya jalama lain.
Orang  itu jarang bercampur gaul dengan orang lain.

basatantaor (saling berpandangan antara satu dengan yang lain)
Uno pasal muyun ti basatantaor gala tad kamaye?
Apa sebab kamu ini saling berpandangan antara satu dengan yang lain sahaja sejak tadi?

bancalaod  (seperti "malukut",  merampas hak orang lain)

bajurit    (jatuh bersepah; biji nasi yang gugur dilantai misalnya)

baraot-baraot  (berbatik warna berbelang-belang)

balun, nakabalunan

bida  (beza, kelainan) 


barungkud  (sebutan lain bagi binatang babi)

basakunyi (asyik membuat bising)

basakunyil  (asyik bertengkar)

baraoh ngambaraoh 1 (bunyi,  berbunyi) 

baraoh ngambaraoh 2 (janji mulut, berjanji mulut)

bapataoh (bersumpah janji tidak berbuat lagi) 

bagimba (senghaja menutup cahaya lampu; senghaja bergelap-gelapan)

bakalingow (tercari-cari di merata tempat)

bakiarut   (sudi atau sanggup berpenat lelah berbuat sesuatu)

bakarey   (berminat mencari fasal)

Contoh ayat: Andi ku bakarey kan manau li sino adau iti.
(Tidak ku berminat mencari pasal akan jalan ke sana hari ini)



D

dakaot (sarang)
Suang dakot mutit mok ran manggis eno.
Banyak sarang lebah madu di dahan pokok manggis itu

dampal (letak)

Anjop tantu dampal rampod pun o tuturan diso eno.
Tak tentu letak pucuk pangkalnya cerita dia itu.

 dukut ( alat tiupan guna untuk memanggil dan menangkap punai)  

Jelama selalu nugi dukut untuk ngadim lamukoan.
Orang selalu meniup dukut untuk memanggil punai.

dampas  (jalan terus tanpa singgah)

dapa  (keadaan atap rumah yang  agak rata contohnya)

dandai-dandai  (tersedia siap untuk digunakan sahaja)
Dandai-dandai suda pariuk nadir ku untuk isu nanaok sada.
Tersiap sedia sudah periuk aku sediakan untuk guna memasak ikan. 







E

encakaon   (didatangi dan dirasuk oleh makhluk lain)

enipar     (diintai, dijagai atau ditunggui)
Anak diok ino enipar gama kako kimu ao.
Anak kecil itu dijagai oleh kakaknya.

endawan (tempat atau masa lazim untuk turun beraksi)
Tampat endawan kara bao rampod bukid ino.
Tempat lazim kera turunlah pada hujung bukit itu.

entayaon (ditunggui)
Entayaon gala ekot saro.
Ditunggui saja kedatangan mereka.



 
 
G

gabur-gabur (terendam-rendam di air)

gagai-gagai (terketar-ketar)

ganciw-ganciw (bahagian tajam yang hujungnya terkeluar)

gata-gata (terbaring  "terlayah-layah")

gatui-gatui (menjulur keluar)

gilang-gilang (tinggi menjulang)

gulu-gulu (perbuatan yang tidak pernah dilakukan)

gusu-gusu (kelam kabut)

gutai-gutai (menjuntai)


I
iluk   (isyarat tangan berbentuk bulatan menandakan jumlah permintaan)

impir-impir (mendekati)

inid (damar)

iyad-iyad   (bertangisan)

itig-itig (geram rasa tangan mahu memukul)

itog-itog (berdiri saja tanpa sesuatu tujuan)





 
J
jalab-jalab (menyala-nyala)

jampaol (tidak tajam lagi)

juntun-juntun (ramai-ramai berbaris)

jurut (jatuh turun)

jurut-jurut  (bersambungan) 

jaluak  (termuntah keluar)




K

kabaratan (mengganti kerana terpaksa)

Kabaratan ekow la jikalau bantuka eno banasa gama mu.
Mengganti kamu nanti jikalau kereta itu rosak oleh mu.


kabarian   (kepandaian membuat)
Anjop ta kabarian mu mengal barang macam eno.
Mungkin tak ada kepandaian kamu membuat benda seperti itu.

kabarian  (permintaan bentuk 1 pihak pengantin perempuan menurut adat)

kabilangan  - terbilang, terkenal

kabir-kabir (terlondeh-londeh)

kagis  (kikis kulit)

kalamait (mempelawa ikut sama)

kalamuit  (lambat sangat)

kalawat (tempat memproses sagu)

kalaop-kalaop (mata terkelip-kelip)

kalilig  (tersentuh sedikit)

kamait (membawa bersama)

kamarie ( ada masalah)
Andi kamari dijaye kan balawan basimbul ya diso no.
Tidak ada masalah bagi saya hendak berlawan lari dengannya itu..

kandur (kendur)

kasabaon (timbul masab atas perbuatan tertentu)

kasauu (mengetahui)

kaselan (permintaan  bentuk 2 pihak pengantin perempuan menurut adat)

kasuloab (terjail tali; tertungkup/tertutup dari atas)

katampiasan (terkena tempias)

katampaok (jatuh terduduk)

katampuk  (terjatuh di atas sesuatu benda)

kataop (masakan nasi yang belum masak betul,  nasi mentah)

kataop-kataop (cakap terketap-ketap)

kial-kial  (lambat sangat, terkial-kial)

kuai-kuai  (tangan meracau-racau)

kujai-kujai (kaki tertendang-tendang)

kusom-kusom (berpeluk tubuh akibat malu dsb)

katilus (tertelan secara tidak senghaja)

katalanan  (tertelan benda makanan yang besar)

kalabaon (buah yang terbesar menurut jenisnya)

kapalisan (terkena tempias bala petaka akibat perilaku orang lain)

kaliyon, naliyon (mabuk makan pinang)


kalalayon (tersangkut lambat)


kalintong (banyak bunyi cakap sahaja)


kasalu,  kasaluan  (tidak kenal,  tersalah kenal )

kasilang  (Roh orang meninggal dipercayai menjadi gundah akibat tidak tenteram akibat perbuatan ahli keluarga bersengketa atau tidak menjalani adat pantang larang dengan sempurna)


kasulang (kejadian yang dipercayai berlaku akibat perbuatan yang melanggar adat pantang larang sewaktu berkabung)

kasaup  (kejadian yang dipercayai berlaku akibat perbuatan ganjil yang tidak mengikut peraturan sebenar sewaktu berkabung, sewaktu proses mengubati orang sakit secara bertemarok atau juga sewaktu menjalani proses pengubatan tradisional)

kalajiman (menjadi tabiat biasa)

kaluk (kebetulan atau bertepatan)

kaluk-kaluk  (berhabis-habisan ketawa misalnya)

karina  (karinah atau sebab yang dibuat-buat)

kaliyu (pelupa, masalah sering lupa)  

kamuan,  kalamuan (lupa,  terlupa)

karaob-karaob (berpakaian terlebih besar dari ukuran badan)

kamajang - tempat tertutup bagi meletak mayat orang mati

karian - terpikat sungguh

kalaot  (kelat)

kalalaot (berpeluang masuk campur)

kalibat  (perbuatan kurang penting yang senghaja dibuat-buat)

kuloab  (sama bentuk atau keadaan seperti yang asal)

karatan   (terlalu semak)

kalatan matao (mata mengelat)

kalatan sumpa  (ditimpa musibah akibat sumpahan seseorang)

karutan  (penggarut)

kelaang  (saudara jauh)

kuluk-kuluk ( peniruan sebutan perkataan tapi kurang tepat)

karimping   (keriping)

kampar ( himpunan batang kayu yang terdampar hanyut)

kadawan (tertidur nyenyak sampai kesiangan hari)

kalagaos  (rasa tidak rela kerana terpaksa melepaskan kepada yang lain)  

kabang-kabang  (selalu disebut-sebut)

kasaluk  (dapat memahami betul makna apa yang dipersindirkan)

kasaluk (terseluk tangan)

karey (fasal, sebab)
Contoh ayat: Uno karey lampung ino andi samikit/iyaw?
(Fasal apa lampu itu tidak marak/hidup?)






L


ladun  (anak-anak padi lama yang tumbuh)

lalam  (cuaca buruk berguruh bertemparik tapi tidak ada hujan)

lalai (1. lambat berbuat sesuatu  2. sibuk berbuat sesuatu yang lain))

lalaoi-lalaoi (keluar mengalir seperti air)

lampong-lampong  (terapung-apung timbul  di air)

langka dulang (yang adik kahwin dahulu)

lakub-lakub (berdebuk-debuk)

langis (habis disapu ambil atau habis semua dimakan) 


lapus  (tembus)

lasaok (becak berlumpur)

lasuk (sikutan besar untuk membawa padi )

limpar  (melimpah)



lincob (disiram dengan air untuk memadam api)

lincuk-lincuk (sebelah hujung dan sempit)

lingaob   (terdinding oleh sesuatu)


lulun-lulun (hanyut mengikut arus)


linca (lincah)


laod-laod  (berfikir panjang untuk membuat kesimpulan)


luku-luku  (bersedih hati)

lung-lung  (berasa hampa)

labagan  (harta pusaka lama yang tersimpan)

lungun   (1. keranda   2. sarung bagi sesuatu benda)

lantiw   (berkelakuan terlalu nakal atau seksi)

luan (1. terlampau    2. haluan) 

luak ( keadaan paras tanah yang jauh menurun)

lukoat-lukoat  ( terkial-kial)

lampig-lampig  (keadaan badan yang gemuk dan hodoh)

labai-labai  (terlebih penuh sehingga meluah keluar) 

lutu  (persiapan bekalan yang hendak dibawa pergi)






M


madun   (teliti membuat sesuatu) 

mait  (cukup berat boleh diangkat)

makutang (dihukum kerana melanggar adat resam setempat)

mamali (membuat sesuatu yang tidak wajib dilakukan kecuali sewaktu ada kejadian kematian)

masadu gena (perilaku umpama menyumpah) 

masisi (terlalu rakus mendapatkan sesuatu yang diingininya)

magalang (seorang lelaki melakukan "adat berpantang" akibat kematian isteri)

makalalow (wajah yang menakutkan)

malili  (meleleh)

mampaoh  (menghempas)

mampaog (habiskan semua)

mancip, nancip  (tersepit)

mangadop (lelaki mendatangi seseorang wanita di waktu malam)

manaong (terpaku atau terlalu lambat bergerak)

manyali  (mengambil alih tempat kedudukan)

manyalu (membuat tidak kenal atau mengelirukan)

mataguu  (a) sirius penampilan (b) dalam keadaan tegap dan kuat

matakaor  (bertenaga mengangkat sesuatu barang)

matuir  (terlalu lebih panjang, perahu misalnya)

muang  (menghidupkan api)


mubah  (terbiasa)

muir  (menolak jatuh)

mumpoah  (cukup besar untuk dimasukkan;  muat)

miload (cukup muat)

makatiroh (mengundang bala petaka)

magunjil (tidak tetap pendirian)

mabuit (bertabiat apabila dikehendaki membayar hutang misalnya)

mantun (membantu seseorang yang kurang upaya berjalan)

mangaos, nangaos (basi, menjadi basi  - stale, becoming stale)

mamiroat (memusing penutup botol misalnya supaya terbuka atau mengencangkan penutupnya)

maripat (serba-serbi tentang peribadi seseorang)


manat  (amanat - pesan terakhir)  

migaot  ( teguh)

mubuh  ( menyediakan makanan embuyat sagu)

mulud (1. cukup kering setelah dijemur, khususnya bagi padi)

mulud (2. terlalu mengecewakan - suatu bahasa halus)

maus  (1. menipis akibat terlalu banyak kali di asah tajam)

maus (2. tidak dapat diharapkan lagi - suatu bahasa halus)

malao  (terlebih masuk bahan campuran)

mampar  (rata-rata mengeluarkan buah - khusus bagi tanaman padi) 

malukoat ( tabiat buruk yang sukar berubah)

mataod  (1. memotong    2. bersifat teliti)

malantiw  (sifat wanita yang kurang sopan)



mincud  (berpindah tempat kedudukan)



N


nakasupan   (1. sempat dikejar   2. sempat terkena )

nakalao'  (terusik)


nakasip  (terkecip)


nakasapai  (tersangkut)


nakasapul  (timbul mendatangi)


nakapandai  (mendapat tahu)


nakalaluan  (terkena benda miang)


nakasiow (timbul marah)


nakil  (berwakil)

nalapad  (terkejut terbang lari) 


nalibah  (habis hilang kesan baiknya, mansuh)

nalimpar (melimpah penuh)

nalintaoh (tercedera bahagian dalam)

namaod (meracun seseorang)

nampil  (tampal)

nantaor  (merenung muka dengan tepat  - stare)

napali   (tertimbus)

napalid (sesat)

napar  (menjangka arah tempat)

napisoak (padam)

natali  (cair sepertinya pada embuyat)

ncipon  (sakit di bahagian tepi badan)

ngantutuk (berlipat hampir jatuh)

ngadubuh (bunyi seperti barang berat jatuh)

ngalagur  (bunyi seperti dinding dipukul kuat)

ngadaop (lelaki menemui wanita semasa tidur)

ngalakub (bunyi berdebuk-debuk)

ngalamait (hancur becak)

ngalilu  (mengelirukan)


ngaliwan  (mengambil alih peranan sebagai suami kepada seseorang janda yang baru kematian suaminya bilamana suami yang lama adalah saudara terdekat kepada bakal suami berkenaan)

ngamun    (meminta-minta perkara yang buruk atau tidak mendatangkan faedah)



ngambaraoh  (1)  (berbunyi)


ngambaraoh (2)  berjanji dalam ucapan

ngaradaon  (penat)

ngatar   (memotong rata rambut depan)

ngarancum  (menganggap semuanya sama)

ngarancam  (melanggar tak tentu arah seperti kerbau)

ngarumpad  (lari lintang pukang kerana takut)

nyemparu    (mengikut kumpulan lain untuk mendapat rahasia atau berbuat kacau)

ngancalaod   (mengambil alih)

ngigur (bunyi bergema seperti banir kayu dipukul kuat)

ngingul  (mendesak meminta sesuatu)

ngitoak    (menyentuh badan supaya jadi geli)

nuat  (di naikkan ke atas)

nudan (dimuatkan)


numpil , ngumpil    (diumpil, mengumpil)

nutap  (menetap, tidak berpindah)

nyangod (menyerang)

nyarantan (kerbau jantan menggilai kerbau betina)

nyiar-nyiar (bunyi bising seperti cengkerik)

ngendapuk (pergi menyumpit sesuatu)

nyembalai (bertandang ke rumah orang lain)

nyangkuar (menyelongkar sesuatu)

nyisil  (mendatangkan sial ketika mencari binatang buruan)

ngalanuk (mengakibatkan kelecuran atau tercedera oleh api)

napadaor (terlalu banyak dibubuh garam)

nalakah  (di buka setelah selesai menggunakan sesuatu)

napakah (bingkas msl untuk jerat; terbuka msl untuk rantai)

nalanuk (melecur oleh minyak panas dsb)


nengkad (keracunan akibat makan sesuatu yang tidak sesuai)

nalangu (sakit akibat makan makanan yang tidak sesuai dengan perut)

nalumoah (menjadi lemah longlai tidak bermaya lagi)


nakasait (tersangkut,  terkait)


napisok  (padam msl api)


ngusoag (tidak ketemu jodoh)


ngarun (mengerumuni sepertinya perbuatan semut dan lalat)


nyumpoag (memberitahu sesuatu itu ditunda atau dibatalkan) 

ngampit (mengongsi sama semua yang dibahagikan) 

naritah   (carik sedikit)

nancirak (koyak )

naramuk  (buruk; mudah patah)

nakumu  (lusuh)

nuncag (koyak berlobang sana sini)

nurak  (terkoyak; kain yang koyak contohnya)

nangamayaa  (bersepah)

ngalamayaa   (tidak bersusun)

ngalamparan  (bertaburan; tidak disusun dengan baik)

ngamparan    (berkelempiaran; buah yang banyak jatuh misalnya)

nangalus  (ambil hati kerena tidak diberikan sesuatu)

napalakaok (berdiam diri seolah-olah bersembunyi)

naruncoad  (dimasukkan bersama sesuatu di dalam bekas atau lobang misalnya)


nakaruncoad (termasuk kaki misalnya kedalam lobang)


ngirad  (memberi gambaran tentang sesuatu dengan melakukan perbuatan tertentu)



nulus, inulus    (dihulus, dihuluskan)

nulus, manulus  (berjaya mencari atau menuju tempat yang dituju)

nganggaw  (minta diberikan sesuatu)

ngindung  (1. menunggu agar diberikan sesuatu)

ngindung (2. menyanyikan lagu agar anak damit boleh tidur)

nalanai  (menjadi cair )

nabaku  (menjadi keras)

nalantau  (1. menjadi timbul  2. dimasak goreng bagi kueh)

nganurai (menyejuk sangat) 

nakiagu ( terlalu sulit untuk dibuka semula)

nampalilit (terlilit)

nakapalit  (terpalit)

nalintaoh  (tercedera pada batang atau pangkal sesuatu)

nyambuat  (menghumban ke atas) 

nguat  (mengangkat ke paras yang lebih tinggi)

ngandauu (menurunkan ke paras yang lebih rendah)

ngulow  (menghulur ke bawah)

ngalais  (meraut supaya menjadi runcing dan tajam)

nalingkung    (dilingkungi)

nalaku  (duduk diam - khusus bagi binatang)

nalukuu  (kelihatan sedih atau tidak bersemangat)

ngaluluk  (mengerjakan sesuatu berulang-ulang)

ngalalaok  (bertanya berkali-kali)


nampaolaok  (diberi cakap secara kasar)



nyalakaoi (pergi ke rumah orang lain bermaksud untuk mencari pergaduhan)


nyamparu (senghaja mencampuri dalam persengketaan orang lain)

nakuir  (tersentuh di bahagian hujung sesuatu yang dipegang)

napisok  (terpadam atau lenyap habis)

nunui  (menyerah wang atau benda sebagai tanda bayaran hukum yang berkaitan dengan adat resam  atau kepercayaan)

nasukun (menderita sakit)

napaping (pecah sumbing)

ngimba  (menebang kayu besar di kawasan hutan tua)

ngarasi  (membantah cakap orang lain)

nggaye  (degil hati)

ngamaot  (mengacau orang sakit kuat)

nalampiar  (lari dari arah tuju yang asal)

nalagaos  (diserahkan tanpa rasa rela)

naluwing (dibiarkan bergantungan sehingga sendirinya menjadi kering dan buruk)

nyaruyud  ( mengulangi ungkapan percakapan seseorang bertujuan untuk memperlinya)

nuyud  (disangkut pada bahu)



 

P
palih-palih (berpaling muka melihat seseorang menandakan benci)

pampang (rentis)

panakod (majlis makan-makan terbuka)

panarom (disimpan dan tidak disentuh secara sembunyi)

panitik  (alat menghidupkan api cara lama)

pantaok  (tanda bulat)

pantis (hujung misai)

paping (pecahan, sumbing)

paritaw-paritaw (berpusing-pusing)

pasakan (hilang kesan baik misalnya akibat terlanggar pantang)

piang-piang  (senang hati)

pundu (jarum sengatan penyengat)

pungkas (pemberani)

purit-purit (jatuh sebiji-sebiji)

putoar-putoar (berputar-putar)

puwod (seseorang wanita yang berpantang akibat baru kematian suami)

parangkatan (kerja-kerja menyiapkan diri) 

pananjat (dibunuh secara digantung dengan tali)

panayat (jalan bersambung-sambung ramai-ramai)

paparampad  (lari lintang pukang) 

paparitau; paritau-paritau ( kelihatan berkecamuk berputar-putar)

puyat (gotong royong mengetam padi paling ramai sekali)

padaor (terlalu masin)

pantalau (penakut)

panapi   (gemar mengadu-domba)

paraot (rasa minyak yang sudah basi)

paraong  (berkebolehan menyelam dalam air dengan lama)

pincang (tidak betul penuh atau cacat )

pundul (sesuatu dijadikan umpan untuk menarik perhatian)

paminta  (orang yang suka meminta-minta) 

pangarasi (orang yang suka membantah)

panggaye (orang yang bersikap degil)

pangamaot (orang yang suka menyakiti hati orang lain)






R

rasaonon   (rasa tubuh badan)


ratup (gelap tertutup)

raung-raung (meraung-raung)

ritoap-ritoap (dagu terketap-ketap)

rumpung (jumpung - terpotong pendek)

ripow (isi batang rumbia) 

rakaw-rakaw (teraba-raba seperti orang buta)

ringkaod-ringkaod  -  tidak rata



S
 sabalaon (tersembelit untuk buang air besar)
 
 sabaolaong (pura-pura tidur)

 sabit  (permintaan tambahan oleh keluarga pengantin perempuan)

 sagantaok (bertemu janji dengan kekasih; berasmara)

 sagubah (berkasih sayang dengan teman)

 sagum (misai)

  saladan (seorang balian yang didatangi 'datao')

  saladaon (pengambilan alih tempat)

  salaon ( kepingin sama)


 sakakaon (tangisan sedu-sedan yang terlalu)

 

 salulu (sesuai dan mendatangkan kesan yang baik) 

 salu-salu  (pandangan yang mengelirukan atau kurang jelas)

 sambur-sambur (sembur-sembur keluar)

  sanimbat (disinggahi secara cepat)

  saniyod (hilang bunyi,  lenyap)

 sangampaod (mengurat,  menarik perhatian seseorang yang   berlainan jenis )


 sanampung ( diperlekeh oleh seseorang)
 
 saningkat  (direnjat secara kasar)

 sapanaon (binatang dan burung berhubungan jenis)

 sapayaoi (pura-pura mati atau lemah tidak berdaya)


 

 saruwod  (berdiri tegak di hadapan)

 sampidan (kemiripan wajah)

 samalaot  (ikut masuk di tengah-tengah)

 samapai  (tidak akan mati dan boleh hidup seperti biasa)

 sagutil  ( berkelahi seperti kanak-kanak)

 sancaong (penutup ) 

 sampir  (1. bahagian tepi perahu   2. sebagai tambahan sahaja)

 sincuk-sincuk (rasa tercucuk-cucuk seperti terkena jarum)


  selaon  (terkena kacau iblis dan sebagainya)



 simpir-simpir  (mendekat kerana ada maksud tertentu) 

 suir-suir (mengalir keluar seperti air)

 sanangkuar  (dikeluar secara tidak bersusun rapi lagi)




   sapak  (benda tambahan yang dimasuk bersama)



T
tabul-tabul (memancut keluar seperti darah)


tabusu  (tidak disenghajakan)


talang-talang (menunjuk-nunjuk)

talaran (terbiasa dengan tingkahlaku; kurang ajar)

tamakin ( hinggap; menyertai)

tamparaon (1. dibiarkan begitu sahaja  2. ditampar)

tamuang (sesuai dipersetujui,  berkenan)

tapangan (kayu tinggi rendang biasa tempat lebah madu bersarang)

tata (rupa paras)

titiw (kayu bara api dipakai untuk penyuluh jalan di waktu malam)

tuing-tuing (tergantung-gantung)

talikudan (dibelakangi) 

talie (cair,  misalnya embuyat cair)


tapu  (rapuh;  mudah koyak atau putus)



tumpal  (pukulan serentak khusus alat gendang ketika ada kematian)



tuntung  (pukulan tawak menandakan ada kematian)

tabiris  (keadaan atap rumah yang kuat mencurang)

taranao (diam tetap)

tandaong-tandaong ( sememangnya pada asalnya)


tagawoi  (jatuh akibat terlepas pegangan pada sesuatu)


tambiraon  (tebing bukit)

talaob-talaob (berdiri-diri seperti penghalang di depan)

tuaya  -  benda-benda yang diletak atas kuburan

tungkus - pakaian orang yang sudah mati


taraon; tamaraon  -  berhenti sejenak

tamingkaod  -  berhenti berehat

tipak -   bercakap terkeluar tajuk

tamalincim  -   berenang menyelam di dasar sungai 

talimbaong  -  ternganga terbuka  tidak ditutup, mulut tempayan misalnya

talikudan (dibelakangi) 


tampaokaon (dihentak keras ke bawah)

tampirau (tidak betul arah letaknya) 

tanalud (dilempar atau dibaling dari jauh ke arah sasaran)

tamalup (berubah warna menjadi lebih gelap)

 

U
uang (lolongan anjing)

ubah (kekasih)

ugan (cucul botol minyak gas)

ulam-kabang  (buah mulut)

uyu; baguyu  (giliran untuk menolong; tolong-menolong bergilir-gilir)

uyuk-uyuk  (kelakuan terminta-minta tanpa rasa malu)


W
wang palakan (wang pendaftaran cerai perkahwinan menurut adat)

wang turus  (wang pendaftaran berkahwin menurut adat)

wali-walam (belum tentu dapat)


.................................. dan banyak lagi

20 comments:

  1. Sang Telamba PepakanMay 27, 2014 at 7:55 AM

    Di Telamba/Telisai, perkataan yang saya sebutkan ini jarang sekali digunakan ioleh golongan muda serperti Angkuous,Gusal,Dulin,Dud, Saba,Kaebang,Kuanam,Mempalan, Bemanuk, Sengaut, Ran, Pisang, Setagol, Kaunyar, Sangu2, Keparitin, Begawan, Alungsedan,micud,saruk2,patiw,geramtimo,kaunyar dan sangu2. Perkataan ini saya perolehi dari salah seorang penduduk Kg Telamba yg bertutur menggunakan bahasa Sang Jati berumur dalam 40an.. Mungkin semua perkataan atau ada yang masih digunapakai di kawasan penulis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sang Telamba PapakanMay 27, 2014 at 7:57 AM

      Maaf jika ada salah dari segi ejaan...

      Delete
    2. Beberapa perkataan seperti "gusal, kaunyar, sangu2, kaparitin, geramtimo & sangu2" penulis belum pernah terjumpa di sini.

      Perkataan "engkuwos" bermakna "bergerak seolah-olah melepaskan diri" ataupun "pergerakan seperti yang dilakukan oleh seseorang yang mabuk arak, misalnya" atau "bergelut sendiri". Kata-kata terbitan yang lain: nangkuwos, mangkuwos

      Dulin = di bahagian belakang perahu

      Dud = di ulu

      Saba = di hilir

      kibang = kiri

      kanan = kanan

      mempelan = memperlahan

      bamanuk = ada memelihara ayam

      sanggaut = kelam kabut / secara tergesa-gesa

      ran = dahan

      setagaol = sekejap

      bagawan = kelakuan yang serupa keanak-anakan (lali) akibat usia yang sudah lanjut misalnya.

      mincud = berpindah

      saruk-saruk = bunyi seperti leher binatang yang kena sembelih

      patiw = terbalik / songsang

      Perkataan " pisang" tidak digunakan di sini tapi digunakan di kawasan Bukit Udal misalnya yang membawa maksud "nenas" yang di sini kami sebut sebagai "basung"

      "Alung sedan" boleh diertikan sebagai "permukaan perut" tapi tidak pernah digunakan sebegitu di sini. Biasanya yang digunakan adalah "alung entuko" .

      Penggunaan suku kata "ku" dan "ke" biasa dijumpai digunakan oleh penduduk di kawasan seperti Kg Bukit sama seperti yang STP katakan bagi perkataan "kaebang, kuanan" yang di sini disebut sebagai "kibang kanan " sahaja..

      Delete
  2. Sang Telamba PapakanMay 27, 2014 at 9:00 PM

    Geramtimon~Geram sangat, Kauyar(mabuk/keracunan makanan), sangu2(perihal mcm capi2 seperti mendengar urg bercerita hampir tapi diselurukan),kapariton(kulit paha yg tergisil seluar seperti badas)

    sedikit Perkataan Sang Jati di Kebia yg saya kutip.seperti munyar atau kunyar(kalanguan/kepuasan), Bicud(picak), Nengarak/Keduan(keguguran).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di sini kami mengggunakan perkataan-perkataan berikut untuk apa yang STP sebutkan:
      :

      Girigitan /girigiton = geramtimon (geram sangat)

      nalangu = mabuk akibat tersalah makan makanan

      pariton = kapariton (kulit di antara dua peha menjadi merah akibat terkena peluh sewaktu bergeselan) atau ruam.

      napariton = terkena ruam akibat geselan kulit yang berpeluh

      nyaluru = menyeluru cakap orang lain

      badungoan = hilang selera,

      kalanguan = jera untuk makan

      nampinyok = picak ( seperti buah pisang)

      nakuboat = picak (seperti tin)

      narunyik = picak (seperti kotak akibat terkena himpitan benda berat di atas)

      napinyik = tinggal rata akibat tertekan oleh benda berat di atas (seperti tin miinuman yang dipijak keras dengan kasut)

      naruyas = pecah dan isinya berselerakan (seperti buah tarap masak apabila terjatuh keras ke tanah)

      kaduan / nakaduan = keguguran anak yang dikandung


      Terima kasih STP atas input yang amat berguna di atas.

      Delete
    2. Sebagai tambahan, ada juga perkataan "NYAMUGA" yan bermaksud "menyeluru" .

      Contoh ayat:

      Adaong nyamuga tuntut jalama tuwo
      (Jangan menyeluru cakap orang tua)

      Delete
    3. Sang Telamba PapakanMay 28, 2014 at 7:20 AM

      Terima kasih penulis.

      Di Telisai Kmi menyebut sarang burung sebagai Ampalan manuk walaupun manuk itu sebenarnya ayam.
      disini burung tidak dipanggil logowow tetapi tetap burung. begitu juga kucing yg tidak dipanggil anjang tetapi using.
      begitu juga penggunaan 'empawoh' yg bermaksud 'sasak' atau meluat.
      saya kurang pasti apa perkataan sang jati yg digunakan arh tempat penulis yg kmi sebut 'nguwoh' yg bermaksud 'menganu'. berbeza di Rambai atau kwasan2 lain yg menggunakan 'ngulai' yg bermaksud 'menganu'. maaf jika ada kesalahan dri erti..

      Delete
    4. Sang Telamba PapakanMay 28, 2014 at 7:29 AM

      satu lagi Selare' yg bermaksud tidak.lawa.
      contoh ayat "selare' ni rabas muh".
      saya tidak pernah mendangar perkataan 'selare' dimna2 kawasan yg menggunakan bahasa Sang Jati s3lain dri di Telisai

      Delete
    5. Sang Telamba PapakanMay 28, 2014 at 7:38 AM

      Ngapung beerti meninggal dunia.
      mungkin ditempat penulis menggunakan nelonjop yg beerti meninggal dunia selain daripada hilang

      Delete
    6. Perkataan yang digunakan di mukim penulis:

      empalan = sarang

      empalan lagawow = sarang burung

      natai = meninggal dunia

      nalanjaop = hilang

      nalanjaop = meninggal dunia (bahasa halus)

      nanaw = meninggal dunia (bahasa halus)

      nuli = meninggal dunia (bahasa halus)

      nguwo = membuat sesuatu

      using /anjang = kucing

      sasak = sesak

      namuaw = rupa tidak berseri (tidak lawa)

      Perkataan "selare" tidak ada digunakan di sini. Perkataan "sasak" adalah asli dan bukannya dikutip dari bahasa Melayu. Selain itu agak banyak juga perkataan Sang Jati Dusun di sini yang digunapakai sama di dalam bahasa Melayu seperti yang penulis senaraikan pada topik yang berkenaan di dalam blog ini.

      Delete
    7. Perkataan SJD yang juga bermakna "sesak"" dalam Bahas Melayu:

      sasak pikiran = sesak fikiran

      panuh bagincoak ya jalama = penuh sesak dengan orang

      mabaong genaon = sesak nafas.

      Delete
    8. Sang Telamba PapakanMay 28, 2014 at 5:17 PM

      selare itu sebenarnya selari tetapi sebutan mungkin terikut2 cara Puak Tutong membunyikan.. seperti 'Ri' menjadi 'Re'. seperti Baseng(Bahasa Tutong) yg bererti Basing. begitu juga perkataan 'maring' dlm Bahasa Dusun Telisai yg bermaksud bau sepeerti bau belacan.. mungkin penulis lebih arif dripada.keterangan yang saya cuba jelaskan..

      Delete
    9. Perkataan "salari" memang ada digunakan di sini yang bermaksud "berpadanan" atau "berbaloi":

      Contoh ayatnya"

      Andi salari ya nyawa ku ta kan nakaod ngalap anak teow mok punggur kayu ramuk eno!. Kalaw maratu uno asil ao.

      (Tidak sepadan dengan nyawaku untuk naik mengambil anak tiong di punggur kayu buruk itu! Jika jatuh apa faedahnya.)

      Perkataan "maring" pun ada yang bermakna "hancing" sama seperti yang STP sebutkan. (Terutamanya jika seseorang itu tidak pernah mandi empat lima hari... begitulah lebih kurang maknanya. )

      "Baseng" lebih dikenali sebagai "kitan" di mukim penulis.

      Delete
    10. Sang Telamba PapakanJune 1, 2014 at 8:03 AM

      Ditempat saya juga menggunakan kitan.

      abon-pintu
      tabobol-perihal bibir yang tebal dan terturun(mirip bibir urg hitam seperti negro), gagai-gagai(kajar2),balakuwing(kucing hitam).
      Dikawasan saya,tidak pernah saya mendgr kaum SJD disini menggunakan Ina(emak),Yadu(nenek perempuan) dan Yama(bapa). mereka hanya menggunakan Yama(emak),yapa(bapa) dan Ine(nenek lelaki dan perempuan)

      Delete
    11. Sang Telamba PapakanJune 1, 2014 at 8:14 AM

      maaf. kucing hutan

      Delete
    12. Begitulah keindahannya bahasa. Setiap masyarakat memang ada keistimewaannya yang tersendiri. Contohnya pada perkataan2 yang STP katakan : Yama, Yapa, Ine kesemuanya mirip dengan perkataan Bahasa Melayu Mama, Bapa dan Nene(k). Sementara di mukim penulis kami masih menggunakan bahasa asli Sang Jati iaitu Yama (bapa), Ina/Indu (Ibu), Yadu dan Yaki (nenek perempuan dan nenek lelaki). Masing-masing mengkhususkan kepada jantina seseorang itu dengan jelas.

      Perkataan "tababaol" kami gunakan bagi maksud yang berlainan di sini. Ianya kami gunakan untuk memberi makna "terjulur" atau "terkeluar terbeliak" seperti pada ayat-ayat:

      1. Tababaol dila ao.
      (Terjulur lidahnya.)

      2. Tababaol gala mata ao nakito jalama suang ngarampas barang ao.
      (Terkeluar terbeliak sahaja matanya melihat orang banyak merampas barangnya.)


      Bagi bibir yang tebal (yg spt Negro) itu kami gunakan perkataan "ngkabir":

      Bibir ao ngkabir laku nua saningot pangian.
      (Bibirnya besar seperti bengkak disengat tabuan.)

      Perkataan "balakuing" (kucing hutan) juga ada digunakan oleh masyarakat Sang Jati yang tinggal di Merimbun tetapi ianya dikhususkan bagi binatang serupa kucing tapi berbadan lebih besar dari kucing biasa.

      Kami di sin menggunakan perkataan "pasa using" saja bagi binatang yang menyerupai dan sebesar kucing (kucing hutan) tersebut. Sementara yang lebih besar digelar "mandaow rias" (spt harimau dahan) dan "kanah bukid" (harimau).

      Ianya tidak sama seperti yang tergulung di dalam kumpulan jenis "musang" seperti yang kami sebutkan sebagai "kasimbaong, munin & bancakaok" .

      Delete
    13. Sang Telamba PapakanJune 2, 2014 at 4:55 AM

      Klu dilihat dan diamat-amati,memang ada variasi.. Saya masih ingat yang ibu saya mengatakan Bahasa Dusun di Telisai lebih 'Kemelayuan'. Memandangkan ibu saya berasal dri Rambai(Cucu Mayong). tapi golongan,memang msih bnyk menggunakan perkataan yang agak 'dalam'dan jarang2 didengar. ada jua urg2 tua disini menggunakan 'na' dan ada yang menggunakan 'ya'. tapi begitulah keindahan bahasa. ia boleh berubah dipengaruhi alam sekitar.

      Delete
    14. Sang Telamba PapakanJune 2, 2014 at 4:56 AM

      Golongan Tua...

      Delete
    15. Adaptasi bahasa lazim berlaku akibat beberapa faktur tertentu. Mungkin kerana biasa bergaul dengan orang-orang yang berbahasa Melayu atau atas sebab lain maka ada juga penduduk Sang Jati di Kampong Batang Mitus yang menyebut beberapa nama ikan air tawar umpamanya ikan tapah dan ikan belida sebagai "sada tapah" dan "sada balida" manakala di mukim penulis ianya kekal dipanggil sebagai "sada katabi" (tapah) dan "sada balilo" (belida) tanpa ada sebarang perubahan.

      Delete
  3. Salam Sejahtera, terima kasih atas perkongsian anda 👍
    Dari Pulau Pinang Malaysia

    ReplyDelete