Thursday, June 25, 2015

PROSES AWAL TANAMAN BERBUAH







Engkawa tabadak



Setiap tanaman samada jenis berpokok atau tidak menghasilkan sesuatu terdahulu sebelum menjadi buahnya. Lazimnya tanam-tanaman berbuah mempunyai cara mereka tersendiri yang agak unik bagi menandakan yang mereka akan menghasilkan buah. 







Terdapat beberapa perkataan khusus yang digunapakai oleh masyarakat  Sang Jati Dusun di sini bagi menceritakan tentang masing-masing jenis tanam-tanaman bagi maksud  "proses awal dalam menghasilkan buah"  seperti berikut:

a) Ngusak 
Khusus bagi berbagai jenis pokok-pokok yang  mengeluarkan bunga seperti  rambutan, pengelaban,  tampoi, belimbing tampoi, mata kucing jambu,  kembayau, embanganmanggamatan dan sentul .
 
b) Nambagaoh
Khusus bagi pokok jenis langsat yang mula mengeluarkan tangkai kecil

c)  Ngkawa
Khusus bagi pokok tarap, tembedak dan nangka  yang mula mengeluarkan buah-buah kecil.

d) Ngalaput
Khusus bagi pokok durian ketika mula menunjukkan tanda-tanda letupan/pecahan pada kulit batang dan dahannya sebelum mengeluarkan bunga.

e) Ngantian
Khusus bagi tanam-tanaman padi ketika mula bunting sebelum mengeluarkan tangkai bunga.

f) Ngulow
Khusus bagi pokok-pokok pisang yang mula menghulurkan jantung tandan buahnya

g) Ngamayang
Khusus bagi pokok pinang dan kelapa ketika mula mengeluarkan mayangnya.  





1 comment:

  1. Blog yang sangat menarik tuan, semoga abiskita sentiasa mengemaskini blog dengan artikel-artikel mengenai kebahasaan SJD. Terima kasih atas maklumat yang sangat banyak dalam blog ini. Bolehkah kami kutip bahan rujukan tersebut untuk membuat artikel? namun kami akan membuat nama tuan di dalam artikel tersebut sebagai tanda penghargaa. Siapa nama penuh tuan?

    ReplyDelete