Monday, July 15, 2013

MEMPERKATAKAN TENTANG BUMI

Masyarakat Sang Jati Dusun sejak zaman-berzaman sudah peka dengan keadaan hidup di hutan belantara serta bukit-bukau di kawasan-kawasan pedalaman dan secara semulajadi (natural) mencipta sebutan khusus bagi setiap apa yang mereka nampak di sana.  Berikut dipetik beberapa perkataan yang biasa digunakan oleh masyarakat setempat tentang sesuatu yang berhubungkait dengan perihal bumi :

1. Kumpulan umum:

gumi  (bumi)

bukid (bukit)
     bukid sawat (bukit tinggi)
     bukid riba (bukit rendah)
     bukid daru (bukit panjang)
  
gunung (gunung)
     
puruk (puncak)
      puruk bukid (puncak bukit)
      puruk gunung (puncak gunung)
      sariba bukid (di kaki bukit)

      mok puruk bukid (di puncak bukit)

  tabing - (tepi)
  tabing bukid (tepi bukit)
  tabing gunung (tepi gunung)
  tambing bawang (tebing sungai)

  tambiron (kawasan sebelah tepi bukit)
  pipiron (tebing bukit atau kawasan tinggi yang agak curam)

tana - (tanah)
       tana lanah (kawasan yang cukup rata dan subur untuk tempat bercucuk tanam)
       tana tambiring (tanah mencuram)
       tana lupoak (tanah berlupak)
       tana payo (tanah paya)
       tana bukid (tanah bukit)
       tana ngantual (tanah berbiji-biji, tidak rata)
       tana lami (tanah lembut)
       tana kadow (tanah keras)
       tana babatu (tanah berbatu)
       tana agis (tanah pasir)
       tanah gilot (tanah liat)
       ukat tana (kawasan terputus di antara dua bukit)
       tana miting (kawasan tanah jatuh menggelongsor ke bawah)
       tana muntud (kawasan tanah ternaik ke atas)
       tana ngalamait (tanah berlumpur)
       tana lasaok (tanah bicak)
       tana buyow-buyow (kawasan tanah lembut berair)
       tana bila (kawasan permukaan tanah retak)
       tana susur (kawasan yang ditimbus oleh tanah yang menyusur turun dari kawasan tinggi)
       tana padang (kawasan tanah rata seperti padang)



  tapason (kawasan lembab berair seperti kolam di tengah hutan)
  arung (kawasan rendah di antara beberapa tanah yang tinggi)
  suwok (kawasan bawah antara kawasan berbukit)
  tamunung (hujung bukit)
  tamunung daru (kawasan hujung bukit yang panjang)
  rampaod tamunung (penghujung bukit)
  pun tamunung (pohon bukit)
  entason (kawasan laluan untuk berjalan pintas)

 luang - (lubang)
           luang tana (lubang tanah)
           luang tangaon (lubang mata air)

bawang - (sungai)
               bawang gayao (sungai besar)
               bawang diok (sungai kecil)
               anak bawang (anak sungai)
               bawang entasan = ukat bawang  (sungai pemintas terdekat)
               dud bawang (ulu sungai)
               saba bawang (hilir sungai)

lagaon (lagun)
kanayao (tasik)
pupu (kawasan kecil dan rendah yang biasa mudah dibanjiri air)
sakat (lubang terbitan kayu besar yang tumbang bersama akar-akarnya)
parit  (parit, sesuatu yang senghaja dibina oleh manusia)

puncu (tanah pungsu)

aig maratu (air terjun)
gua batu  (gua batu)
gana (kawasan lembah)
gana bawang (kawasan rendah di tepi sungai)

2. Kumpulan tambahan

Terdapat juga beberapa perkataan-perkataan khusus yang berunsur kepercayaan sahaja yang berhubungkait dengan kawasan-kawasan bumi seperti:

   luang sutan (lubang tanah yang terdapat di tengah hutan yang dipercayai berpuaka)
   tana narintod (kawasan tanah sumpahan yang terlarang untuk sesiapa untuk menerokainya )
   tana kedataan (kawasan tanah yang dipercayai berpuaka)
   

No comments:

Post a Comment