© SEMUA HAKCIPTA ADALAH TERPELIHARA. All Copyrights Reserved
ISI KANDUNGAN BLOG ****** TENTANG PENULIS*******HOME
Tuesday, May 28, 2013
PERBANDINGAN BAHASA SJD DENGAN MURUT TIMUGON
Bahasa Sang Jati Dusun agak berbeza sedikit jika dibandingkan dengan Murut Timugon di Sabah. Kemiripan memang ada tapi pada kebanyakan tempatnya ianya kelihatan berbeza sekali.
Contoh-contohnya:
SJD MURUT TIMUGON B MELAYU
madaop mombolong tidur
makan mangkan makan
manaw mugar jalan
buli mabuli boleh
tulung tulungo tolong
uno atan apa
dambao ati mana
esoi osoi siapa
umbus sansam sayur
adaw iti raiti hari ini
lagu rimbai lagu
Contoh ayat 1.
BM: Siapa nama kamu?
Murut: Osoi inggalan muno?
SJD: Esoi ngaran ijun?
Contoh ayat 2:
BM: Tolong saya ambil gitar itu.
Murut: Alapi raki gitar no.
SJD: Lapao dijaye gitar eno.
Contoh ayat 3:
BM: Kamu masak apa itu?
Murut: Atan ansakon muno?
SJD: Ekow nanaok uno eno?
Contoh ayat 4:
BM: Apa sayur kita hari ini?
Murut: Atan sansam takau raiti?
SJD: Uno umbus jati adaw iti?
Contoh ayat 5:
BM: Sudah makan atau belum?
Murut: Naka'akan kono kia?
SJD: Pangao nakan ataw andi?
Contoh ayat 6:
BM: Mari kita makan sama-sama.
Murut: Ibok mangkan takau sasama.
SJD: Sung jati makan samao-samao.
Sunday, May 26, 2013
MUSIBAH MASAB DAN LAGENDA PULAU APIL
Masyarakat Sang Jati Dusun sejak dahulu lagi menyimpan kepercayaan mendalam tentang adanya keujudan fenomena malapetaka asab (masab). Masab adalah sesuatu fenomena kejadian yang berlaku atau timbul sebagai kesan akibat perbuatan manusia yang secara senghaja ataupun tidak senghaja mamulai (mempersenda-guraukan) benda-benda yang kelihatan ganjil di dunia ini ataupun berbuat sesuatu perbuatan yang agak pelik secara rasionalnya.
Contohnya:
a) Mempersenda-gurau keganjilan sesuatu:
magirak rupa kabuding (mentertawakan rupa nandung / pepatung - dragonfly)
magirak rupa tumpi (mentertawakan rupa tumpi)
magirak rupa maragang (mentertawakan rupa beruk merah)
b) Berbuat sesuatu yang ganjil atau pelik:
nganjua duo inan utod (menyabung dua ekor ulat sagu)
menau' rusoang mok rampaod anci tabulang (meletak arang di hujung mata lembing)
Perbuatan masab tidaklah terbatas kepada yang di atas itu sahaja malahan meluas merangkumi kepada semua perangai atau perbuatan yang kelihatannya "menghina" dan "mempersenda-guraukan" serba-serbi yang dicipta oleh Tuhan Yang Maha Pencipta.
[Apa kemungkinannyakah masab itu adalah amaran atau hukuman duniawi yang diperturunkan oleh Tuhan kepada hambanya? Entahlah. Masing-masing masyarakat mempunyai kepercayaan yang berbeza-beza dan amat subjektif untuk dipersoalkan. Pihak orang-orang tua SJD selalu mengingati anak buahnya agar jangan berbuat masab agar tidak ditimpa sebarang musibah yang tidak diingini. Jalama tatuwo labi tagulu nakan uson kain ero (Kata mereka, orang tua lebih awal merasai makan garam). PENULIS]
CERITA-CERITA TENTANG KESAN MASAB
Banyak diceritakan tentang hal bagasab (membuat masab) ini di kalangan masyarakat SJD. Diceritakan bahawa seseorang itu dengan semena-mena berkelakuan ganjil tergeleng-geleng kepalanya selepas mentertawakan rupa seekor nandung (pepatung) yang memang mempunyai kepala yang tergeleng-geleng ketika hinggap di atas daun. Ada juga orang yang pernah banungkar (diserang) oleh beruang ketika baharu sahaja masuk hutan setelah selesai mentertawakan rupa tumpi (kuih sagu yang menyerupai ruti canai) di rumahnya awal sebelum itu.
Kadang-kadang ada juga terdapat kisah orang cedera malahan mati akibat dipanah kedemat (petir) tunggal di siang hari setelah selesai mentertawakan rupa beruk merah ataupun apa saja benda-benda, binatang, serangga dan sebagainya. Yang paling ganjilnya ada juga yang kononnya menjadi batu akibat berbuat masab sementara pernah diceritakan oleh beberapa orang bagaimana rumah mereka didatangi oleh berbagai bunyi yang menakutkan ketika malam menjelma akibat perbuatan anak-anak mereka yang suka membuat patung-patung tanah dan mentertawakannya.
Lagenda Pulau Apil berikut merupakan sebuah cerita asal usul yang berhubungkait dengan musibah masab.
LAGENDA PULAU APIL
Aro no kisa sanginan kakimu nyisi sanginan sada apil sambil mamaba anak diok o mok likud diso mok sabua pangkalan mok disan pulau. Sa mana-mana nikot puro inan pikot ngacaw anak diok yo banaba o eno. Anak diok eno magiad.
"Adaong ngacaw anak ku" kain indu o sambil ngurab-ngurab langon o suba nyigo pikot-pikot yo mikot tulud-tulud eno.
Tapi pikot-pikot eno tatap ni ngacaw anak diok o eno tarus-tarusan mengal indu o raso batamba kasiow.
"Hei adaong ngacaw anak ku. Muyun nganggu jami bakarijan. Kalaw muyun pandai, suba muyun gala nyisi sada apil ti," rauk o kasiow.
Samana-mana cuaca jadi baruba jam-jam eno. Walaupun ampak sambut eno mata adaw senikit tarang tapi masa no baruba jadi liom karna tanutup gama awan itom tabal mok dadaw.
Langos mulo tamilib kancang. Samana-mana samilaw no tunggal kademat yo kuat mikot memana indu ya anak o yo kakal nyisi sada apil mok pangkalan padas ti. Pana o ainka pana sabarang-barang. Inan duo' eno samana-mana jadi kadow yo satarus o njadi batu. Batu eno genalar jalama masa eno sabagai "batu bababa" yo bamaksud "batu bersikut" senalom tuntut Malayu..
Karna kajadian eno maka ngaran pangkalan padas eno kenadim sabagai Pangkalan Pulau Apil pasal kaitan o maya "ikan kalui" bamaksud sabagai "sada apil" senalom tuntut Sang Jati Dusun.
Manino la gimana pulau eno nakalap ngaran o sabagai Pulau Apil.
"Batu bababa" eno kakal aro mok senalom aig bawang mok pangkalan eno saboi masati tapi nyugut ira jalama-jalama tuo eyo no andi malap gon ngacaw. Kalaw gon ngacaw maka malapataka ribut ya rasam sapow kan mendau.
TERJEMAHANNYA:
Pangkalan Pulau Apil |
LAGENDA PULAU APIL
Tersebutlah kisah seorang ibu menyisik seekor ikan kalui sambil menyikut anak kecilnya dibelakang di sebuah pangkalan di tepi pulau. Tiba-tiba datang beberapa ekor pikat mengganggu anak kecil yang disikutnya itu. Anak kecil itu menangis.
"Jangan kacau anak ku" kata si ibu sambil menepis-nepis tangannya cuba menghalau pikat-pikat yang datang berterbangan itu.
Tapi pikat-pikat itu tetap juga mengganggu anak kecilnya itu secara terus-terusan membuat si ibu rasa bertambah marah.
"Hei jangan dikacau anak ku. Kamu mengganggu kami bekerja. Jika kamu pandai, cuba kamu saja yang menyisik ikan kalui ini," teriaknya dengan geram.
Tiba-tiba cuaca jadi berubah serta merta. Walaupun di pagi itu matahari bersinar dengan terangnnya tapi kini berubah menjadi gelap kerana ditutupi oleh awan hitam yang tebal di langit. Angin mula bertiup dengan kencangnya. Tiba-tiba mencetuslah satu halalintar yang dahsyat datang memanah si ibu dan si anak yang sedang menyisik ikan kalui di pangkalan perahu tersebut. Panahannya bukanlah jenis panahan biasa. Badan kedua-dua mereka tiba-tiba bertukar menjadi keras dan seterusnya menjadi batu. Batu tersebut digelar oleh orang-orang di zaman itu sebagai "batu bababa" yang bermaksud "batu bersikut" di dalam bahasa Melayu.
Atas kejadian tersebut maka nama pangkalan perahu itu disebut sebagai Pangkalan Pulau Apil kerana kaitannya dengan "ikan kalui" bermaksud sebagai "sada apil" di dalam bahasa Sang Jati Dusun.
Begitulah bagaimana pulau tersebut mendapat namanya sebagai Pulau Apil.
"Batu bababa" berkenaan masih ada di dalam air sungai di kawasan pangkalan berkenaan sampai masa sekarang tapi menurut nasihat orang-orang tua ianya tidak boleh diganggu. Kerana jika diganggu maka malapetaka ribut dan hujan lebat akan turun.
JARI-JARI TANGAN DAN LAGENDA PU RIGAN
Tangan biasanya mempunyai lima jari. Dari ibu jari yang besar hinggalah ke jari kelengkeng yang kecil sekali. Setiap jari mempunyai panjang dan bentuk yang berlainan serta kegunaan khusus mengikut kemampuannya. Kelima-lima jari jika digunakan secara bersatu boleh memberikan genggaman atau pegangan yang kuat bertenaga berbanding jika digunakan satu-satu.
Bagi masyarakat Sang Jati Dusun, setiap jari diberikan nama tertentu.
Masing-masing disebut sebagai:
indu langaon (ibu jari)
jari tanduru (jari telunjuk)
jari bantang (jari tengah)
jari manis (jari manis)
jari kaningkis (jari kelengkeng)
[sangilu (kuku jari)]
Jari tangan juga diberikan gelaran nama tertentu di dalam masyarakat SJD di sini.
NAMA GELARAN NAMA JARI
yagul ibu jari
yunjuk jari telunjuk
yantang jari tengah
yanis jari manis
ingkis jari kelengkeng
Hal ini ada terdapat di dalam cerita usul asal serta mitos SJD, Lagenda Pu Rigan, tentang lima orang adik-beradik lelaki yang diberi nama menurut susunan umur mereka, yang tertua bernama Yagul, yang kedua bernama Yunjuk, yang ketiga bernama Yantang, yang keempat bernama Yanis manakala yang bungsu sekali bernama Ingkis. Masing-masing gagah perkasa dan berani menentang apa sahaja.
Di suatu masa ketika kedatangan seekor ular raksasa jenis jadi-jadian yang digelar sebagai lanut piak bulan (ular piak bulan) yang turun dari langit mengancam nyawa manusia di sekitar kawasan Bukit Sawat mereka lima orang adik-beradik ini tampil ke depan untuk menentangnya. Kononnya ular itu besar sekali dan dengan sedutan nafasnya sahaja orang dengan mudah masuk ke mulutnya. Ia dikatakan muncul pada masa malam waktu bulan mengembang penuh dan kerana itulah kenapa orang menggelarkannya sebagai ular piak bulan. Banyak sudah orang terkorban menjadi mangsanya dan tidak seorang pun yang berani dan mampu melawannya.
Mereka lima orang beradik ini mencari ikhtiar untuk cuba membunuh ular yang ganas tersebut. Masing-masing mereka berusaha membuat anak sumpitan yang paling berbisa kerana ular ini perlu dibunuh secara sembunyi-sembunyi dan dari jarak jauh sahaja supaya selamat dari sedutan nafasnya.
Yang pertama mencuba ialah Yagul. Yagul berjaya menyumpit badan ular tersebut akan tetapi ianya tidak mendatangkan sebarang kesan kepada makhluk itu. Demikian juga dengan adiknya Yunjuk, Yantang dan Yanis, masing-masing gagal untuk menjahanamkan ular itu.
Sekarang adalah giliran untuk Ingkis, adik yang bungsu untuk mencuba pula. Ingkis berbadan kecil dan kelihatan secara luarannya sebagai seseorang yang biasa sahaja dan tidak ada tokoh keperwiraannya berbanding dengan abang-abangnya. Abang-abangnya sering mempersenda guraukan tentang keupayaannya untuk menangani masalah ular itu. Ingkis walaupun berbadan kecil tapi dia mempunyai fikiran yang lebih bijak dari abang-abangnya.
Ingkis membuat persediaan rapi sebelum pergi menentang ular yang selain suka makan orang adalah juga gemar memakan pucuk daun bagu. Anak sumpitannya dicubanya berkali-kali untuk mengetahui bagaimana bisanya racun yang digunakannya itu. Yang pertama diujinya tidak berapa hebat dan kurang berbisa. Dicarinya lagi bahan-bahan racun yang lain untuk mempertingkatkan kekuatannya dari sehari ke sehari selama tujuh hari sehingga ia berpuas hati. Yang terakhirnya agak hebat sekali. Bisa racun sumpitannya boleh membuat tanah yang disumpitnya berubah warna selebar nyiru. "Iti nao yo kan isu kuji ntuk mamatai lanut piak bulan eno la (inilah dia yang akan aku gunakan untuk membunuh ular piak bulan itu nanti)," kata Ingkis di dalam hatinya.
Ingkis bersembunyi di bawah akar kayu besar di mana terdapat banyak pucuk bagu disekitarnya untuk menanti ketibaan ular berkenaan. Apabila bulan mengembang penuh maka datanglah ular piak bulan itu dengan ganasnya turun dari langit menuju ke arah Ingkis bersembunyi dan terus memakan pucuk-pucuk bagu di sana. Ingkis dengan sumpitnya bersedia untuk mencari peluang terbaik untuk bertindak. Suatu ketika ular itu menyedari bahawa ia sedang dihendap oleh seseorang dan terus mengalih pandangannya kepada arah di mana Ingkis berada. Dia membuka mulutnya dengan lebar cuba untuk menyedut Ingkis akan tetapi Ingkis tidak dapat disedutnya kerana akar-akar di atas menahan Ingkis daripada tertarik keluar. Ingkis terus menyumpit mulut ular itu dan mengena pada sasarannya. Bisa racun anak sumpitan si Ingkis meresap masuk ke badan ular itu hingga membuatnya pengsan dan mati.
Kononnya setelah empat puluh hari maka baharulah seluruh badan ular piak bulan itu gugur ke bumi. Bekas hempapannya menjadi pupu (lopak berlagun) yang kini terkenal dengan nama Pu Rigan iaitu sebuah kawasan yang terletak bersebelahan bukit dengan bangunan Sekolah Rendah Orang Kaya Pemancha Berandai di Kampong Bukit Sawat. Kawasan Pu Rigan masih lagi kekal sebagai hutan belantara yang asli hingga sekarang ini.
Bagi masyarakat Sang Jati Dusun, setiap jari diberikan nama tertentu.
Masing-masing disebut sebagai:
indu langaon (ibu jari)
jari tanduru (jari telunjuk)
jari bantang (jari tengah)
jari manis (jari manis)
jari kaningkis (jari kelengkeng)
[sangilu (kuku jari)]
Jari tangan juga diberikan gelaran nama tertentu di dalam masyarakat SJD di sini.
NAMA GELARAN NAMA JARI
yagul ibu jari
yunjuk jari telunjuk
yantang jari tengah
yanis jari manis
ingkis jari kelengkeng
Hal ini ada terdapat di dalam cerita usul asal serta mitos SJD, Lagenda Pu Rigan, tentang lima orang adik-beradik lelaki yang diberi nama menurut susunan umur mereka, yang tertua bernama Yagul, yang kedua bernama Yunjuk, yang ketiga bernama Yantang, yang keempat bernama Yanis manakala yang bungsu sekali bernama Ingkis. Masing-masing gagah perkasa dan berani menentang apa sahaja.
Di suatu masa ketika kedatangan seekor ular raksasa jenis jadi-jadian yang digelar sebagai lanut piak bulan (ular piak bulan) yang turun dari langit mengancam nyawa manusia di sekitar kawasan Bukit Sawat mereka lima orang adik-beradik ini tampil ke depan untuk menentangnya. Kononnya ular itu besar sekali dan dengan sedutan nafasnya sahaja orang dengan mudah masuk ke mulutnya. Ia dikatakan muncul pada masa malam waktu bulan mengembang penuh dan kerana itulah kenapa orang menggelarkannya sebagai ular piak bulan. Banyak sudah orang terkorban menjadi mangsanya dan tidak seorang pun yang berani dan mampu melawannya.
Mereka lima orang beradik ini mencari ikhtiar untuk cuba membunuh ular yang ganas tersebut. Masing-masing mereka berusaha membuat anak sumpitan yang paling berbisa kerana ular ini perlu dibunuh secara sembunyi-sembunyi dan dari jarak jauh sahaja supaya selamat dari sedutan nafasnya.
Yang pertama mencuba ialah Yagul. Yagul berjaya menyumpit badan ular tersebut akan tetapi ianya tidak mendatangkan sebarang kesan kepada makhluk itu. Demikian juga dengan adiknya Yunjuk, Yantang dan Yanis, masing-masing gagal untuk menjahanamkan ular itu.
Sekarang adalah giliran untuk Ingkis, adik yang bungsu untuk mencuba pula. Ingkis berbadan kecil dan kelihatan secara luarannya sebagai seseorang yang biasa sahaja dan tidak ada tokoh keperwiraannya berbanding dengan abang-abangnya. Abang-abangnya sering mempersenda guraukan tentang keupayaannya untuk menangani masalah ular itu. Ingkis walaupun berbadan kecil tapi dia mempunyai fikiran yang lebih bijak dari abang-abangnya.
Ingkis membuat persediaan rapi sebelum pergi menentang ular yang selain suka makan orang adalah juga gemar memakan pucuk daun bagu. Anak sumpitannya dicubanya berkali-kali untuk mengetahui bagaimana bisanya racun yang digunakannya itu. Yang pertama diujinya tidak berapa hebat dan kurang berbisa. Dicarinya lagi bahan-bahan racun yang lain untuk mempertingkatkan kekuatannya dari sehari ke sehari selama tujuh hari sehingga ia berpuas hati. Yang terakhirnya agak hebat sekali. Bisa racun sumpitannya boleh membuat tanah yang disumpitnya berubah warna selebar nyiru. "Iti nao yo kan isu kuji ntuk mamatai lanut piak bulan eno la (inilah dia yang akan aku gunakan untuk membunuh ular piak bulan itu nanti)," kata Ingkis di dalam hatinya.
Ingkis bersembunyi di bawah akar kayu besar di mana terdapat banyak pucuk bagu disekitarnya untuk menanti ketibaan ular berkenaan. Apabila bulan mengembang penuh maka datanglah ular piak bulan itu dengan ganasnya turun dari langit menuju ke arah Ingkis bersembunyi dan terus memakan pucuk-pucuk bagu di sana. Ingkis dengan sumpitnya bersedia untuk mencari peluang terbaik untuk bertindak. Suatu ketika ular itu menyedari bahawa ia sedang dihendap oleh seseorang dan terus mengalih pandangannya kepada arah di mana Ingkis berada. Dia membuka mulutnya dengan lebar cuba untuk menyedut Ingkis akan tetapi Ingkis tidak dapat disedutnya kerana akar-akar di atas menahan Ingkis daripada tertarik keluar. Ingkis terus menyumpit mulut ular itu dan mengena pada sasarannya. Bisa racun anak sumpitan si Ingkis meresap masuk ke badan ular itu hingga membuatnya pengsan dan mati.
Kononnya setelah empat puluh hari maka baharulah seluruh badan ular piak bulan itu gugur ke bumi. Bekas hempapannya menjadi pupu (lopak berlagun) yang kini terkenal dengan nama Pu Rigan iaitu sebuah kawasan yang terletak bersebelahan bukit dengan bangunan Sekolah Rendah Orang Kaya Pemancha Berandai di Kampong Bukit Sawat. Kawasan Pu Rigan masih lagi kekal sebagai hutan belantara yang asli hingga sekarang ini.
Friday, May 24, 2013
ADAT MENETAK ROTAN
Uwai (rotan) memang biasa ditetak dan diambil batangnya untuk dijadikan bahan pengakut (pengikat) dan punu o (umbutnya) dijadikan makanan. Tetapi tidak semua batang rotan dapat digunakan untuk mengikat dan umbutnya dijadikan umbus (sayur-sayuran).
Uwai saga (rotan saga) baik dijadikan bahan untuk membuat lampit (tikar rotan), uwai dabur, uwai padaos ya uwai piyos (rotan dabur, rotan pedas dan rotan pios) sesuai untuk anyaman bingkai saging (tekiding) sementara uwai taut ya uwai pagaw (rotan taut dan rotan pagau) dijadikan anyaman badan tekiding itu sendiri dan membuat ragao (raga), gagan (sarak), bakul dan lainnya. Uwai tumbu (rotan tumbu) sesuai diambil batangnya untuk dijadikan sukud (tongkat) untuk berjalan.
Uwai-uwai (rotan-rotan) jenis dabur (rotan dabur), lambat (rotan lambat), jempalak dan kiton (jelayan) sesuai diambil umbutnya untuk dimakan.
Uwai rambiyo (rotan rumbia) tidak sesuai digunakan untuk dijadikan bahan pengikat dan anyaman atau sayur tetapi rotan jenis inilah yang penting digunakan oleh masyarakat Sang Jati Dusun di sini untuk dijadikan bahan ketika menyempurnakan adat 'mataod uwai' (menetak rotan) selain untuk dijadikan sebagai bahan membuat bingkai apui salaong (lampu api salang) dan tali penghulur sewaktu menurunkan keranda di tanah perkuburan. Semuanya berkaitan dengan kematian.
Apakah adat 'mataod uwai' itu?
Kita sering terdengar orang-orang Melayu pernah berkata tentang sumpahan "bertetak rotan berpatah arang" yang bermakna, secara negatifnya, sebagai "memutuskan pertalian persaudaraan, persahabatan, kekeluargaan dan sebagainya". Perilaku bersumpah seperti ini tidaklah ada diamalkan dan tidak akan pernah diadakan oleh masyarakat SJD kerana atas motif buruknya yang secara langsung boleh menggugat keharmonian dan perpaduan keluarga dan masyarakat umumnya.
Secara tradisinya sepertimana yang diamalkan oleh masyarakat SJD (bagi mereka yang tidak beragama Islam atau Kristian) adat mataod uwai (menetak rotan) ini cuma dilakukan khusus untuk upacara penamat "menjaga dan memelihara" bagi seseorang yang meninggal dunia. Apabila seseorang itu meninggal dunia maka diadakanlah adat-adat "makan adaw"(jamuan makan menghitung hari) bermula dengan salaong talu, salaong turu, salaong podapat, akan apat ngapod, akan saratus (api salang ketiga, api salang ketujuh, api salang ke empat belas, jamuan empat puluh hari, jamuan seratus hari) dan bagi yang mampu dilanjutkan hingga kepada akan taun (jamuan tahunan). Apabila pihak keluarga yang berkabung ingin memutuskan sampai dimana mereka berkabung maka diadakanlah upacara adat "mataod uwai" sebagai tanda penamat yang mereka setakat itulah sahaja mengadakan upacara "makan adaw" untuk mengingati orang yang meninggal dunia itu.
Upacara adat "mataod uwai" dilakukan di pondok kuburan orang yang meninggal dunia itu sendiri. Ianya dilaksanakan oleh seorang ahli keluarga tertua lelaki si mati dengan memegang hujung potongan batang rotan rumbia sementara hujung yang bertentangan adalah dianggap sebagai dipegang oleh pihak si mati. Setelah selesai memberi ucapan terakhir yang memberitahu si mati bahawa itulah hari terakhir pihak keluarganya mengadakan "makan adaw" maka rotan itu ditetak putus sekali sahaja dengan pemarang di atas se batang kayu yang disediakan.
Setelah tamat upacara adat menetak rotan maka tidaklah diadakan apa-apa lagi kegiatan yang dihubungkaitkan dengan pihak si mati selepas itu. Kerana ianya sudah terucap di dalam perjanjian semasa menetak rotan itu yang sedikit sebanyak berbunyi seperti:
"Ba .....(gon nyabit ngaran jalama natai). Iti no yo antaob jami katamu di dijun. Yo no antaob jami ngesa di dijun. Ancoi-ancoi kow iyaw mok pagun sawat. Adaong maya gina yo andi tantu. Agao nikom rampaod uwai ti. Kuji nikoam saputul ekow nikoam saputul. Batamu uwai ti kanduwo baru no jati buli katamu lagi."
[Bah ....(disebut nama si mati). Inilah kali terakhir kami bertemu kamu. Kali terakhir kami menjaga kamu. Baik-baiklah kamu menjalani hidup di akhirat. Jangan ikut perangai mereka yang tidak baik. Pegangkan hujung rotan ini. Saya pegang satu bahagian kamu pegang di satu bahagian. Kita boleh bertemu lagi apabila rotan ini dapat bersambung semula.]
Rotan ditetak putus. Potongan yang dipegang oleh ahli keluarga itu tadi dilontar ke arah matahari hidup sementara potongan yang tinggal dibiarkan di situ sahaja. Semua orang pulang ke rumah untuk melanjutkan upacara menurut adat yang selanjutnya bagi mengumumkan kepada orang ramai bahawa itulah hari terakhir untuk berkabung.
KAITAN ADAT MATAOD UWAI DENGAN TANAH PERKUBURAN:
Di dalam masyarakat SJD ada diujudkan pantang larang bagi sesiapa pun untuk "jangan mengacau" kawasan perkuburan. Kawasan kuburan adalah kawasan larangan kerana itulah apa yang termaktub di dalam "perjanjian" adat mataod uwai kecuali ada orang yang meninggal dunia untuk dikebumikan di sana.
Adat adalah adat dan janji adalah janji. Setiap janji haruslah dipatuhi. Yang berjanji adalah kita sendiri. Hormatilah janji kita itu.
Nah...di sini ada pantun yang berkaitan dengan JANJI:
Rabaw-rabaw sawat empapao
Karama kuat mok anggip ao
Karabaw gon nikom samaok tali ao
Jalama gon nikoam samaok janji ao
Teriak-teriak atas lempapa
Ketam kuat pada sepitnya
Kerbau dipegang pada talinya,
Manusia dipegang pada janjinya.
IMPLIKASI ADAT MENETAK ROTAN
Kebanyakan masyarakat sekarang sudah tidak begitu mengetahui tentang apa sebenarnya intipati adat "mamataod uwai" yang sudahpun diamalkan sejak zaman berzaman ini. Mereka dengan sewenang-wenangnya keluar masuk tanah perkuburan orang-orang SJD dengan tidak mengendahkan pantang larang yang ada malahan segelintir dari mereka mencemuh bahawa itu sudahpun ketinggalan zaman dan sebagainya.
Yang ketinggalan zaman ialah manusia itu sendiri. Zaman tetap beredar. Manusia tetap akan hidup dan mati semula. Yang ketinggalan ialah pengetahuan manusia itu sendiri. Setiap manusia mempunyai masyarakatnya dan setiap masyarakat mempunyai amalan cara hidup yakni adat resamnya tersendiri samada tercatat dan tertulis untuk dilihat ataupun diwariskan secara lisan dari mulut ke mulut . Yang tidak mengikut adat dikatakan sebagai andi baradat (tidak beradat) manakala yang tidak tahu peradapan bangsa dikatakan sebagai biadap.
Adat dan peradapan perlulah dijaga dan dihormati bersama kerana di situlah letaknya keharmonian dan perpaduan bangsa dan negara.
KEPERCYAAN SJD TENTANG ADAT MATAOD UWAI
Menurut kepercayaan masyarakat SJD, adat menamatkan tempoh berkabung ini perlu diujudkan demi untuk melepaskan roh orang yang meninggal dunia itu daripada sentiasa berulang alik dari bumi dengan akhirat. Setelah adat mataod uwai dilakukan maka roh si mati akan menetap di akhirat dan tidak lagi akan turun ke bumi. Sekiranya adat itu tidak dilakukan maka terus-terusanlah roh si mati itu berulang alik turun naik antara bumi dan akhirat buat selama-lamanya dan ini boleh dianggap sebagai "menyeksa" kepada diri si mati.
[Ini adalah kepercayaan. Setiap manusia ada kepercayaannya tersendiri. Sebagai sesuatu yang subjektif maka ianya tidaklah akan dihuraikan secara panjang lebar di sini. PENULIS]
Wednesday, May 22, 2013
NAHU: Penggunaan Komparatif & Superlatif
Kata sifat bentuk komparatif digunapakai untuk membandingkan dua orang atau benda (misalnya: Eyo no labi mawad tad jaye - dia adalah lebih tinggi dari saya) sementara kata sifat superlatif adalah digunakan untuk membandingkan seseorang atau sesuatu benda dengan mereka yang sekumpulan dengannya atau yang lebih dari dua ke atas. (misalnya: Eyo la anak manyanai yo paling mawad selalom kelas ao - dialah budak lelaki yang paling tertinggi di dalam kelasnya).
Penggunaan kata sifat komparatif dan superlatif memang ada terdapat di dalam bahasa SJD dan ianya digunakan serupa sepertimana yang digunakan di dalam bahasa Melayu. Sebagai contoh:
KOMPARATIF SUPERLATIF
SJD: lasu labi lasu paling lasu
MEL: panas lebih panas paling panas
ENG: warm warmer warmer
SJD: laju labi laju paling laju
MEL: cepat lebih cepat paling cepat
ENG: quick quicker quickest
SJD: mawad labi mawad paling mawad
MEL: tinggi lebih tinggi paling tinggi
ENG: tall taller tallest
SJD: ayer labi ayer paling ayer
MEL: akhir lebih akhir paling akhir
ENG: late later latest
SJD: magak labi magak paling magak
MEL: elok lebih elok paling elok
ENG: nice nicer nicest
SJD: gayao labi gayao paling gayao
MEL: besar lebih besar paling besar
ENG: large larger largest
SJD: lamaa labi lamaa paling lamaa
MEL: lemah lebih lemah paling lemah
ENG: feeble feebler feeblest
SJD: badanga labi badanga paling badanga
MEL: terkenal lebih terkenal paling terkenal
ENG: famous more famous most famous
SJD: pintar labi pintar paling pintar
MEL: pintar lebih pintar paling pintar
ENG: clever more clever most clever
SJD: lawa labi lawa paling lawa
MEL: menarik lebih menarik paling menarik
ENG: attractive more attractive most attractive
ENG: attractive more attractive most attractive
MEL: gembira lebih gembira paling gembira
ENG: happy happier happiest
SJD: rangka labi rangka paling rangka
MEL: gelojoh lebih gelojoh paling gelojoh
ENG: greedy greedier greediest
SJD: kamas lagi kamas paling kamas
MEL: kemas lebih kemas paling kemas
ENG: tidy tidier tidiest
MEL: jahat lebih jahat paling jahat
ENG: bad worse worst
SJD: mancoi labi mancoi paling mancoi
MEL: baik lebih baik paling baik
ENG: good better best
SJD: kadiok labi kadiok paling kadiok
MEL: sedikit lebih sedikit paling sedikit
ENG: little less least
SJD: suang labi suang paling suang
MEL: banyak lebih banyak paling banyak
ENG: much more most
[SJD = SANG JATI DUSUN, MEL = BAHASA MELAYU, ENG = INGGERIS]
Monday, May 20, 2013
KEUNIKAN PERKATAAN SISIPAN : ATUK TUNTUT
Atuk tuntut yakni perkataan sisipan yang tidak bermakna sering dijumpai di kalangan para penutur bahasa Sang Jati Dusun di masa-masa dahulu hinggalah membawa ke zaman sekarang. Atuk tuntut merupakan sesuatu perkataan atau beberapa ungkapan perkataan yang terselit tanpa disedari di antara ayat yang dicakapkan oleh seseorang itu. Orang lain mudah sahaja mendengarnya manakala si penutur sendiri biasanya tidak akan menyedarinya malahan ada di antaranya menafikannya.
Yang pasti ianya memang ada. Tidak semua orang memilikinya. Ia bukanlah jenis tabiat atau perilaku keturunan atau sesuatu yang dapat dipelajari dan digunapakai atau dipinjam-pinjam. Fenomena keberadaan "atuk tuntut" merupakan sesuatu "keunikan" yang "natural" bagi seseorang. Justeru itu kadangkala sebagai senda gurau seseorang yang memiliki "atuk tuntut" tertentu akan dikaitkan dengan keunikannya itu ketika orang lain membuat rujukan tentang dirinya. Namun begitu ianya adalah sesuatu isu yang sensitif dan banyak di antara pemiliknya tidak mahu ianya disebut-sebut atau dijadikan bahan senda gurauan.
Berikut ada beberapa atuk tuntut yang pernah didapati digunakan oleh penutur-penutur bahasa SJD:
kar
ngat
ji
kuo kuo
nyong nyong
bir bir
nyi
kih
aib aib
nya nya
................ dan banyak lagi
Contohnya:
Ji ji uno nengal mu ji eno?
Apa yang kamu buat?
Puro nyi rago o barang nyi iti?
Berapa harganya barang ini?
Kalaw aku bir bir andi bir aku mau maya bir diso.
Kalau saya tidak saya mahu ikut dia.
Perkataan-perkataan ji , nyi serta bir di atas tidak ada mempunyai makna apa-apa. Semuanya merupakan perkataan sisipan yang tidak disedari oleh penuturnya.
Pentingnya hampir semua ahli masyarakat setempat akan kenal seseorang itu melalui rujukan atuk tuntut tertentu. Misalnya bila dikatakan, "Ji nalanjop sambut kamaye" membawa makna "Orang yang ada perkataan sisipan 'ji' meninggal dunia pagi tadi".
ATUK TUNTUT SEBAGAI "BUNGA BAHASA PERTUTURAN"
Atuk tuntut bukanlah sebagai sesuatu bahasa yang salah kendatipun perkataan-perkatan itu tidak membawa sebarang maknapun tetapi boleh saja dianggap sebagai usak tuntut yakni "bunga-bunga" bahasa pertuturan vokal (unwritten words) yang dimiliki oleh seseorang sepertinya terdapat pada beberapa penceramah terkenal yang sering menggunakan perkataan Melayu "maksudnya" dan lainnya berulang-ulang di sana-sini tanpa disedarinya semasa berceramah. [Setentunya perkataan tersebut memang tidak ada tertulis di dalam skrip yang mereka baca.]
Sunday, May 19, 2013
PERBANDINGAN BAHASA SJD DENGAN JAWA - NGOKO, INDONESIA
Memperkatakan tentang perbandingan bahasa SJD dengan bahasa Jawa-Ngoko, Indonesia, kita akan dapat lihat dengan jelas tentang persamaan dan perbezaannya seperti berikut:
BAHASA SJD BAHASA JAWA-NGOKO BAHASA MELAYU
miso siji satu
duo loro dua
talu telu tiga
apat papat empat
limo lima lima
anaom nem enam
turu pitu tujuh
walu wolu lapan
siam sanga / songo sembilan
mapod sapuluh sepuluh
sabelas sewelas sebelas
mapod duo ro las duabelas
mapod talu telu las tigabelas
mapod apat pat belas empat belas
mapod limo limalas limabelas
simbul mlayu lari
makan pangan makan
miup ombe minum
manaw dalan jalan
intong delok lihat
madaop turu tidur
manju adus mandi
lapaon jupuk ambil
tak wenehi beri
baca waca baca
laggawow wanuk burung
manuk pitik ayam
itik bebek itik
kambing wedhus kambing
asu asu anjing
raun godhong daun
jalama wong orang
kakao miyanai kakang abang
Jelasnya terdapat beberapa perkataan yang agak ada kemiripan (seperti yang bertanda biru) dan cuma perkataan anjing (asu), bertanda merah, sahaja yang betul-betul sama.
PERBANDINGAN BAHASA SJD DENGAN DUSUN SABAH
Bahasa Dusun yang digunakan di Sabah mempunyai beberapa berbezaan yang ketara jika dibandingkan dengan bahasa Sang Jati Dusun yang digunapakai di sini. Tidak dinafikan memang ada juga terdapat persamaan, seperti yang berwarna merah di bawah, dan kemiripan beberapa di antara mereka .
Diberikan beberapa contoh-contoh seperti berikut:
1. Tentang nama-nama warna:
SJD DUSUN - SABAH B MELAYU
purak opurak putih
ragang oragang merah
gadung otomou hijau
biru obulou biru
itom oitom hitam
2. Cara menghitung dari satu hingga sepuluh:
SJD DUSUN-SABAH B. MELAYU
miso iso satu
duo duo dua
talu tolu tiga
apat apat empat
limo limo lima
anaom onom enam
turu turu tujuh
walu walu lapan
siam siam sembilan
mapod hopod sepuluh
3. Perkataan-perkataan biasa:
SJD DUSUN-SABAH B MELAYU
menyanai kusai lelaki
kimu tondu perempuan
sada sada ikan
rasam rasam hujan
tarang atalang terang
liom otuong gelap
madaw tadau siang
basimbul manangkus berlari
sambut kosuabon pagi
dapadaw sodopon petang
agas wagas beras
ramao bakas babi hutan
jalama tulun orang
manuk manuk ayam
makan makan makan
miup minum minum
manaw mamanau jalan
intong intong lihat
madop modop tidur
manju modsu mandi
ngara momisunud beritahu
mangara popoilo memberitahu
nyaboi bilin popoboros do pason menyampaikan pesan
lagawow tombolog burung
asu asu anjing
kaliyas nondui nyamuk
karabaw karabau kerbau
Di dalam lagu Dusun Sabah yang bertajuk Tanak Kampung (Anak Orang Kampung) oleh Jimmy Palikat jelas dapat dilihat tentang persamaan dan perbezaan bahasa yang digunakan oleh Sang Jati Dusun di sini berbanding dengan Dusun di Sabah.
Sila perhatikan lagunya: TANAK KAMPUNG
Berikut adalah lirik lagu asal dengan terjemahannya di dalam Bahasa Melayu dan Sang Jati Dusun (SJD):
Diberikan beberapa contoh-contoh seperti berikut:
1. Tentang nama-nama warna:
SJD DUSUN - SABAH B MELAYU
purak opurak putih
ragang oragang merah
gadung otomou hijau
biru obulou biru
itom oitom hitam
2. Cara menghitung dari satu hingga sepuluh:
SJD DUSUN-SABAH B. MELAYU
miso iso satu
duo duo dua
talu tolu tiga
apat apat empat
limo limo lima
anaom onom enam
turu turu tujuh
walu walu lapan
siam siam sembilan
mapod hopod sepuluh
3. Perkataan-perkataan biasa:
SJD DUSUN-SABAH B MELAYU
menyanai kusai lelaki
kimu tondu perempuan
sada sada ikan
rasam rasam hujan
tarang atalang terang
liom otuong gelap
madaw tadau siang
basimbul manangkus berlari
sambut kosuabon pagi
dapadaw sodopon petang
agas wagas beras
ramao bakas babi hutan
jalama tulun orang
manuk manuk ayam
makan makan makan
miup minum minum
manaw mamanau jalan
intong intong lihat
madop modop tidur
manju modsu mandi
ngara momisunud beritahu
mangara popoilo memberitahu
nyaboi bilin popoboros do pason menyampaikan pesan
lagawow tombolog burung
asu asu anjing
kaliyas nondui nyamuk
karabaw karabau kerbau
Di dalam lagu Dusun Sabah yang bertajuk Tanak Kampung (Anak Orang Kampung) oleh Jimmy Palikat jelas dapat dilihat tentang persamaan dan perbezaan bahasa yang digunakan oleh Sang Jati Dusun di sini berbanding dengan Dusun di Sabah.
Sila perhatikan lagunya: TANAK KAMPUNG
Berikut adalah lirik lagu asal dengan terjemahannya di dalam Bahasa Melayu dan Sang Jati Dusun (SJD):
Lirik
Lagu Dusun (Sabah) – Tanak Kampung
1.Yoku
nopo diti, Tanak do mosikin
Aiso nunu-nunu do posurungon ku
Ika tu olumis, auh oku kaanu
Papasanang dika
Aiso nunu-nunu do posurungon ku
Ika tu olumis, auh oku kaanu
Papasanang dika
BM:
memang aku ini, anak orang miskin
tiada apa-apa yang mahu di kasi
engkau memang cantik memang tidak padan
dan tidak sepadan
SJD:
Mimang kuji iti, anak lama miskin
Mimang kuji iti, anak lama miskin
Anjaop uno-uno, yo kan takan
Ekow no magak, mimang andi padan
Andi sapadan
2. Yoku
tanak kampung, aiso sinikulan
Kuli-kuli doh toukeh, auh kapadan dika
Ika tu olumis, ogumu pohmuhang
Lagi orang kaya
Kuli-kuli doh toukeh, auh kapadan dika
Ika tu olumis, ogumu pohmuhang
Lagi orang kaya
Aku anak kampong tiada pelajaran
kuli-kuli sahaja memang nda padan
cantik bah kau itu banyak yang suka kau
orang kaya lagi
kuli-kuli sahaja memang nda padan
cantik bah kau itu banyak yang suka kau
orang kaya lagi
Kuji anak kampung, anjaop palajaran
Kuli-kuli gala, mimang andi padan
Magak bao ekow no, suang yo maraye ijun
Lama kayao lagi
3. Ingaa
kurita ku, mongowit diah mimpanau
Ingaa noh walai ku, usukon tongoduo
Om lobi doh pongumpung, om balanja dapur
Panansawo dika
Ingaa noh walai ku, usukon tongoduo
Om lobi doh pongumpung, om balanja dapur
Panansawo dika
Tiada kereta ku bawa kau jalan-jalan
rumahku pun tiada ada pun bapa punya
apa lagi belanja mau bayar berian
kahwin sama kamu
rumahku pun tiada ada pun bapa punya
apa lagi belanja mau bayar berian
kahwin sama kamu
Anjaop bantuka kuji ngibit kow manaw-manaw
Alai pun anjaop yo arao yama mpuan
Alai pun anjaop yo arao yama mpuan
Uno lagi balanjao ngabayar kabarian
Kawin maya dijun
4. Okon koh auh, oku orohian diah
Nga rosian oku, katanud koh doh susah
Sabab no do muhang, pologoson ku dika
Id longon doh wokon
Nga rosian oku, katanud koh doh susah
Sabab no do muhang, pologoson ku dika
Id longon doh wokon
Bukannya aku ini, benci sama kamu
tapi aku takut berikut kau sengsara
itu sebab aku kasi lepas kau
sama orang lain
tapi aku takut berikut kau sengsara
itu sebab aku kasi lepas kau
sama orang lain
Ainka kuji ti, banci li dijun
Tapi kuji malakak, ekow la kan susa
Eno la kari o, kuji ngalapas
dijun
Li mok lama lain
5. Ika poimulok,
lagi ki kolumison
Kada doh sumonsog , kusai irad doho
Ika tu olumis, manasal koh moti
Nga ingaa noh guno…
Kada doh sumonsog , kusai irad doho
Ika tu olumis, manasal koh moti
Nga ingaa noh guno…
Kau yang masih muda cantik lagi menawan
janganlah kau cari lelaki macam saya
engkau memang cantik nanti kau menyesal
janganlah kau cari lelaki macam saya
engkau memang cantik nanti kau menyesal
tiada guna
Ekow kakal muda, magak mangagud gina
Adaong la ekow gium, manyanai laku jaye
Ekow mimang magak, nyasoal ekow la
Anjaop neo arao guno
Subscribe to:
Posts (Atom)