Wednesday, May 8, 2013

NAMA-NAMA BARANG ANYAMAN

Berbagai barang anyaman telah dibuat sendiri oleh masyarakat SJD atas tujuan untuk membawa  dan menyimpan  segala benda ataupun untuk digunakan untuk menjemur dan mengolah padi dan lainnya.



     A) JENIS PERKAKAS BUATAN SENDIRI UNTUK MEMBAWA BARANG


           kiba
           saging
              saging bidut
              saging lamatung
           lasuk
           ibad
           bakang
           lanji
           binon
           sintung
           balanat
           barait
           suangan
           sungkad



   


















B)   JENIS PERKAKAS BUATAN SENDIRI UNTUK MENYIMPAN BARANG 



          radus
          raya
          rago
          barakai
          balatak
          bakul
          aluk

C)  JENIS BARANG UNTUK MENJEMUR DAN MENGOLAH PADI

          ikam
          niu pengatap
          niu penyiri
          gagan
          

D) JENIS TIKAR ANYAMAN

        lampit uwai saga
        ikam damayan
        ikam barasan 
        ikam purun 
        ikam tapow 

17 comments:

  1. Suangan ani yang bentuk macam tekiding kah? Yang digunakan semasa menuai padi

    ReplyDelete
    Replies
    1. "Suangan " digunakan semasa menugal padi bukit sahaja. Ianya berbentuk kecil (kira-kira 6 inci garis pusat/diameter) dan diikat dengan sehelai tali di sebelah pinggang seseorang bagi menyimpan benih padi yang bakal di tugal (dimasuk ke dalam lobang tanah yang ditumbuk dengan sebatang kayu yang khusus).

      Versi yang lebih besar tapi yang gunakan sewaktu menuai/mengetam padi yang biasanya disangkut di sebelah bahu adalah disebut "binaon". Ianya adalah berbentuk kecil sedikit dari "saging" atau tekiding. Tekiding biasanya disikut di belakang di bahu seseorang menggunakan dua helai tali yang disediakan.

      Delete
    2. Macam mana cara membuat suangan
      Asal usul dari mana
      Kegunaan
      Boleh jelaskan secara terperinci

      Delete
    3. Penulis mengetahui ada beberapa orang yang mahir dan bersedia untuk mengajar cara membuat suangan di negara ini.

      Suangan memng berkait rapat dengan kegiatan bertanam padi bukit. Ertinya memang sudah lama digunakan dan sudah ada sejak manusia pandai menggunakan pisau besi sebagai peraut buluh, rotan dan sebagainya

      Suangan digunakan sebagai tempat menyimpan benih padi yang bakal ditugal [di hembur masuk dengan tangan ke dalam lobang tanah yang sudah ditumbuk dengan kayu penumbuk yg disebut "tumbuk"].

      Delete
  2. Terima kasih atas pengetahuan yang kita berikan

    ReplyDelete
  3. Pengertian Suangan in Detail please!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suangan adalah bekas khusus yang biasanya diperbuat samada dari daun mengkuang ataupun kulit buluh yang diikat pada pinggang seseorang untuk menyimpan padi sewaktu kerja menugal benih padi bukit.

      Perkataan "suangan" adalah terbit dari perkataan dasar "suang" yang lebih kurang bermakna "hembur masuk" yang mana di sini bermakna "hembur masuk ke dalam lobang tanah yang senghaja dibuat secara ditumbuk dengan kayu penumbuk". Aktiviti ini disebut "menugal".

      Perkataan terbitannya selain "suangan" antaranya adalah:

      "nyuang" = hembur masuk
      "sanuang" = dihembur masuk
      "manyuang" = menghembur masuk
      "nakasuang" = terhembur masuk

      "Suang" juga mempunyai makna lain iaitu "banyak". Tapi dalam konteks di atas ianya adalah tidak berkenaan.

      Delete
  4. Boleh terangkan mcmana cara mbuat suangan?dan jua apa jenis2 suangan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suangan dibuat secara berperingkat-peringkat. Pertama perlu dianyam daun mengkuang atau bahan lain untuk bahagian badannya menurut bentuk dan saisnya yang khusus. Kemudian dipasang bingkainya yang biasanya menggunakan bahan batang rotan tertentu. Setelah itu dipasang "ligir" atasnya supaya tegap maka baharulah dipasang kedua telingannya iaitu tempat mengikat tali pembawanya. Suangan diikat pada bahagian pinggang seseorang sahaja.

      Jenis suangan cuma satu.

      Delete
  5. Boleh bagi kegunaan kraf tangan riribu? Dari suku kaum KDM

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di mukim penulis "baribu" tidak pernah digunakan untuk sebarang anyaman.

      Delete
  6. Kalau ada video pembuatan atau biskita published buku cara² mbuat (menganyam) barangan yg disenaraikan ani... bisai ni... inda hilang ditelan zaman. Cadangan sahaja... moga bermanfaat.

    ReplyDelete
  7. lasuk ani yang mana satu?

    ReplyDelete