Monday, April 22, 2013
MENGENAI SESUATU YANG MUDA
Di sini kita akan memperkatakan tentang sesuatu yang muda (the youngs of something).
Berbagai benda hidup terutamanya jenis serengga, ikan, amfibia, burung dan binatang menjalani corak bentuk pusingan hidup (life cycle) yang berbeza dan dipanggil dengan nama yang tertentu seperti yang ada di dalam bahasa Inggeris:
The Adult The Young
Frog - tadpoles
fly - maggots
mosquito - larvae
man - baby
Ikan, sebagai contoh, mempunyai pusingan hidup (life cycle) khusus iaitu bertelur, telur menetas menjadi anak ikan dan membesar menjadi ikan dewasa dan kemudiannya bertelur lagi dan seterusnya . Setentunya yang bertelur itu adalah jenis ikan yang betina yang disebut dalam bahasa SJD sebagai "indu sada".
Terdapat di dalam bahasa SJD penggunaan beberapa perkataan khusus untuk nama sesuatu yang berbentuk muda atau kecil itu iaitu berbeza dari nama yang dipanggil apabila ianya sudah membesar yakni dewasa. Di antaranya adalah:
Panggilan bagi yang dewasa Panggilan khusus bagi yang muda
sada lair (ikan lair) - babilak
sada banyingot (ikan baung) - gagunoam
sada balilo (ikan belida) - balunting
enggaung (kumbang rumbia) - utoad
pangat (lalat) - baridih
kalias (nyamuk) - jantik-jantik
anai (anai-anai) - bubul
kara (kera ) - aning
tabajang (katak) - emputid
No comments:
Post a Comment