Sunday, April 14, 2013
CABARAN DI MASA AKAN DATANG
Berbagai cabaran akan ditemui oleh mana-mana bangsa atau puak yang boleh saja menggugat kestabilan bangsa dan bahasa yang dipergunakan sekarang. Dari segi bangsa, sudah banyak terdapat orang-orang yang sememangnya berketurunan Sang Jati Dusun telah mengubah status bangsanya sebagai " BANGSA MELAYU" atas sebab-sebab tertentu. Manakala banyak pula anak-anak generasi muda keturunan Sang Jati itu sendiri yang tidak pandai berbahasa Sang Jati kerana diasuh sedemikian rupa oleh orang-orang tua mereka.
Apakah bahasa Sang Jati Dusun dapat dipertahankan hingga ke masa-masa yang mendatang? Ini merupakan suatu cabaran yang perlu ditangani oleh semua yang terlibat.
Penulis dengan ini senghaja memaparkan beberapa isu bahasa khususnya Sang Jati Dusun yang digunapakai di kawasan Mukim Bukit Sawat, Daerah Belait.
No comments:
Post a Comment