Friday, March 22, 2013

SENANG SULITNYA BERBAHASA SANG JATI

Mana ni....kiri ke kanan??? Betul ke atau salah????

Tak dihairankan jika terdapat beberapa orang yang baharu berjinak-jinak dengan bahasa Sang Jati Dusun mengalami kesulitan untuk memahami makna perkataan yang digunakan di dalam sesuatu ayat ataupun sendiri-sendirinya kerana seperti juga dengan Bahasa Melayu dan Inggeris, ianya tidaklah boleh diterjemahkan satu-satu perkataan (words by words) malahan harus dibaca atau didengar ayat sepenuhnya untuk memahami makna isi yang sebenarnya.

                        

Bagi illustrasi grafik di atas terdapat kesalahan pada penterjemahan perkataan bidan kibang (sebelah kiri) dan bidan kanan (sebelah kanan).

                 right side  kata lawannya wrong side  atau left side
     
                     right juga bermakna betul atau kanan









  
                     betul (right) lawannya salah (wrong)

Maka berlakulah kesalahan penterjemahan bilamana sebelah kiri dan sebelah kanan sepatutnya di terjemahkan ke Inggerisnya menjadi "left side" dan "right side".



Ada berbagai contoh yang lain, seperti:


Contoh 1:

Sang Jati Dusun: Kaniab eyo nanaw li sapitar pasal andi pa mancoi
                                 gena o. Suda ajal o, sambut ti nalanjop no yo eyo.


Jika diterjemahkan secara satu-satu perkataan ianya akan berbunyi seperti berikut:

Bahasa Melayu:   Kelmarin dia pergi ke hospital pasal tidak berapa
                             baik hatinya. Sudah ajalnya, pagi ini hilanglah dia.

Bahasa Inggeris:   Yesterday he went to hospital because not so good
                              liver his. Already  fated, morning this  lost is he.

ADA MAKNA TAK?  Maksud yang sebenarnya adalah SALAH!

Terjemahan yang di bawah ini sekurang-kurangnya memberi maksud yang betul: 

Bahasa Melayu:   Kelmarin dia pergi ke hospital pasal kurang sihat.
                             Sudah ajalnya, pagi ini dia meninggal dunia.

Bahasa Inggeris:  Yesterday he went to hospital  after feeling not so well.
                              It is his fate, he passed away this morning.




Contoh 2:

Sang Jati Dusun: Adaong gayo kabang. La merat gena jalama karangow.


Terjemahan satu-satu perkataan (word by word):

Bahasa Melayu:   Jangan besar mulut. Nanti buruk hati orang mendengar.
Bahasa Inggeris:  Do not big mouth. Later bad liver people hear.


Terjemahan sebetulnya adalah:

Bahasa Melayu:  Jangan bercakap sombong. Nanti orang marah mendengarnya.
Bahasa Inggeris: Do not speak proudly. People will get annoyed if they hear you.




Contoh 3:

SJD: Kan li dambo ekow?

Jika diterjemahkan satu-satu perkataan (word by word):

Bahasa Melayu:    Akan ke mana kamu (engkau)? (betul)
Bahasa Inggeris:   Will to where you? (salah nahu - grammatical error))

Bahasa Inggeris: Where are you going? (betul)



Ingatlah bahawa penggunaan bahasa Sang Jati Dusun nampaknya mudah (simple) tapi ianya tidak senang (easy) dikuasai. Bak kata Sang Jati: Mudaa tapi ainka sanang  (mudah tapi tidak senang - easy but not simple)

Hal ini dapat diatasi dengan cara memperbanyakkan usaha mendengar dan membaca serta mempraktikkannya secara berbual dan menulis kerana teori saja tidak akan mamadai.




No comments:

Post a Comment