Monday, March 25, 2013
KEPERCAYAAN: MAKHLUK & POKOK YANG BER"IBLIS"
A. MAKHLUK-MAKHLUK HIDUP BER"IBLIS"
Orang-orang SJD di sini sejak dari zaman dahulu lagi menyimpan kepercayaan bahawa beberapa makhluk yang hidup di sekitaran kawasan di dunia ini ada hubung kaitnya dengan iblis atau sesuatu yang serupa dengannya. Di antara yang lumrah disebut-sebut adalah:
a) Dari jenis burung:
1. puntianak (pontianak)
2. koklir (koklir)
3. bugang (bugang)
4. taguwok (burung hantu)
5. puwok lamatai (pungguk hantu)
6. gunggut (gunggut)
7. kuangkulit (kuangkulit)
8. bubut (bubut)
b) Dari jenis serangga:
1. tampuyung (tempuyung)
2. tingduit (sisip, silasit)
c) Dari jenis amfibia:
1. lalangut (katak piak)
2. uwak-uwak (balingkatak uwak-uwak)
d) Dari jenis binatang:
asu pandao; asu tani (anjing tani, koyok pangi)
Menurut kepercayaan makhluk-makhluk tersebut hadir bersama-sama iblis atau sesuatu yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar yang berperangai suka mengacau manusia. Kehadiran makhluk-makhluk berkenaan dianggap sebagai mendatangkan masalah dan berbagai usaha akan dilakukan demi untuk menghalau mereka supaya pergi jauh dari kawasan rumah misalnya.
Antara usaha-usaha atau petua tradisi orang-orang SJD untuk menghalau atau menghindar makhluk-makhluk tersebut secara berlainan khusus bagi yang berkenaan termasuklah:
a) manangas (menangas)
b) ngalikit tutud (menghidupkan tanggar)
c) ngunun raun mawow (membakar daun yang berbau)
d) ngalincob aig lasu (mencurah air panas)
e) mapow anak apui (menjatuhkan anak api)
f) nempalung papow apui (membaling bara api)
g) nganjapa (membaca mentera)
h) ngantung raun madang baukir apow (menggantung daun tarap yang berukir kapur)
B. POKOK-POKOK YANG BER"IBLIS"
Beberapa jenis pokok atau tumbuh-tumbuhan juga turut dipercayai oleh beberapa ahli masyarakat SJD di sini ada hubungkaitnya dengan iblis, penunggu ataupun sesuatu makhluk yang biasannya tidak dapat dilihat dengan mata kasar manusia. Antaranya adalah:
1. nunuk (kayu ara)
2. nibung (nibung)
3. tambilik (pulaie)
4. pagino
5. damaian
6. barasan
7. yadu
8. gundai
9. raring (malawaring)
10. lukut (malukut)
11. kapa
12. bulu gana
Menurut kepercayaan pokok atau tumbuh-tumbuhan tersebut adalah tempat tinggal iblis atau penunggu yang berkenaan yang secara biasanya disebut saja sebagai -
isi untu kayu (penunggu kayu)
isi nunuk (penunggu kayu ara)
isi nibung (penunggu nibung)
isi gundai (penunggu kayu gundai)
.............dan selainnya.
[Setiap orang mempunyai kepercayaannya yang tersendiri dan setiap masyarakat dan bangsa di dunia inipun demikian juga. Ianya amat subjektif untuk dihuraikan secara terperinci dan tidak akan diperbincangkan di dalam blog ini. PENULIS]
No comments:
Post a Comment